BAB 23

Romance Completed 18280

Semakin hari kandungan Zahara semakin membesar. Hafiy pula tak lupa tugasnya sebagai suami untuk menjaga dan melindungi isterinya yang makin lemah. Walaupun Zahara sudah mula mendapatkan pemeriksaan rutin, tetapi penyakit kanser makin membuatkan tubuh badannya lemah dan semakin tak sihat.

Zahara sendiri terkejut bila mengetahui Hafiy susah sedia maklum tentang penyakitnya. Rupa2nya doktor Radiah yang memberitahu segala2nya tentang kanser yang dihidapi. Pada permulaan, Zahara agak malu dan sedih berhadapan Hafiy tetapi suaminya sentiasa memberikan nasihat dan semangat untuk dia terus bangkit demi kandungan mereka.

Kini, Zahara sudah sembilan bulan mengandung. Hampir sahaja dia melahirkan anak mereka. Kerana selalu letih, Zahara akan kerap berehat dari melakukan apa2 kerja di rumah. Hafiy pula sekarang banyak mengambil cuti untuk menguruskan Zahara. Mujur Puan Azila kerap datang menjenguk keadaan Zahara dan Hafiy.

Setiap malam, Zahara pasti akan menangis kesakitan. Pinggangnya pasti sakit dan tidurnya akan terganggu. Hafiy yang selalu menjadi panyandar buat Zahara tidur di malam hari. Setiap hari, begitulah rutin harian Zahara. Makan juga berkurang. Isterinya acap kali pengsan kerana kurang mendapat zat dan vitamin dari makanan harian.

"Ara, makan bubur sikit. Abang dah masakkan". Hafiy membawa semangkuk bubur yang masih panas berasap. Wajah cengkung Zahara ditatap lama.

"Ara taknak.. takde selera".

Lemah suara Zahara kedengaran. Isterinya bersandar lesu di kepala katil.

"Jangan macamni. Kita makan sikit lepastu makan ubat. Ara sayang abang, kan?".

Zahara tetap menggeleng. Dia tak mampu nak menelan walau sesudu pun. Bau aroma bubur menyengat hidung. Hafiy cuba menyuap sesudu bubur tapi Zahara menolak lemah. Kesihatan isterinya makin teruk. Mujur sahaja dia masih nak menelan air kosong. Hafiy mengalah setelah beberapa kali cubaan untuk menyuap tak berjaya.

Mangkuk bubur di letak ditepi. Tangan Zahara digenggam erat.

"Ara kena makan. Ara kena kuat untuk baby kita".

Zahara tersenyum kelat. Dia mengusap perutnya lemah.

"Abang tak sanggup tengok Ara macamni. Lemah aje. Abang sedih. Ara kena lawan penyakit ni. Jangan biar lemah aje".

"Ara dah takde.. peluang".

"Shh! Jangan cakap macamtu. Siapa kita nak tentukan tu semua. Ara kena kuat! Ok?". Suara Hafiy kedengaran menggigil sebak. Dia mengelus pipi Zahara lembut.

"Abang jangan.. terus.. tunggu Ara. Mungkin.. Ara tak.. lama".

Hafiy tertunduk sayu. Sebak hatinya bila mendengar kata2 Zahara. Mana mungkin dia akan membiarkan Zahara pergi begitu sahaja.

"Ara takkan tinggalkan abang. Ara jangan pergi mana2!".

"Ara sakit teruk, bang. Abang.. jaga anak.. kita". Tangan Hafiy dibawa ke perutnya yang membesar. Lama dia memandang wajah Hafiy. Hafiy tetap tak memberi respon.

"Jangan tinggal abang, please?". Rayu nya. Tiada apa yang tinggal buat Hafiy kalau Zahara tiada di sisi.

"Ara kan kuat. Ara hidup lama lagi. Jangan cakap bukan2!".

Hafiy mencium dahi isterinya lama. Setitis air mata mengalir ke pipi. Hafiy tak sanggup nak menahan sendu yang menghimpit dadanya. Penuh erat dia memeluk Zahara. Sesekali Hafiy akan mencium perut isterinya. Apa yang akan terjadi kalau Zahara tiada?

Zahara memejam mata rapat. Sebak hatinya melihat air mata Hafiy yang mengalir. Dia tak mampu nak melakukan apa2. Kesihatannya makin teruk. Kalau tak kerana kandungannya sekarang, tak mungkin dia masih bertahan. Hafiy tersedu menangis diperutnya. Pasti suaminya terlalu sedih dengan semua ini.

"Maafkan Ara.."

Tersekat suara Zahara. Air matanya juga mengalir laju. Kalau boleh diputarkan kembali masa, pasti dia juga tak ingin menghadapi semua ini.

"Jangan tinggal abang, please?".

"Ara sayang abang".

Hafiy memejam mata rapat. Betapa pedih hatinya mendengar suara lemah isterinya. Allah! Kuatkan aku.

"Abang sayang Ara. Abang sayang Ara sangat2".

Zahara tersenyum. Wajah suaminya dipegang kemas. Dia membelai lembut pipi Hafiy.

"Abang, Ara tak tau berapa lama lagi Ara boleh tahan".

"Ara jangan buat abang macamni. Jangan cakap bukan2".

Zahara menggeleng. Dia memaut wajah Hafiy agar memandangnya. Ada sisa air mata yang mengalir di pipi suaminya. Zahara tersenyum.

"Ara takut tak boleh tahan lagi lama. Ara nak deliver baby ni untuk abang. Anak kita.. abang jaga elok2, ok?".

Hafiy menangis lagi. Semahunya. Zahara cuba tersenyum walaupun hatinya juga turut menangis.

"Abang tolong bagi dia kasih sayang secukupnya. Selalu cakap kat dia ibu sayang baby sangat2. Maafkan ibu sebab tak dapat jaga baby sampai besar.." Zahara terhenti. Air matanya mengalir laju. Terhenjut2 bahu Hafiy menahan sendu esakan. Basah wajahnya dengan air mata.

"Maafkan Ara, abang. Ara banyak susahkan abang".

"Tak! Ara tak susahkan abang pun.."

"Ara nak dengar abang panggil Ara 'sayang', boleh?".

Hafiy memandang tepat anak mata isterinya. Runtun hatinya melihat wajah suram itu.

"Abang tak pernah panggil Ara macamtu.."

Hafiy tertunduk. Dadanya sesak.

"S..sayang. sayang. Sayang. Sayang. Allahu Akbar, sayang jangan tinggal abang".

Ujar Hafiy berulang kali. Zahara tersenyum bahagia. Untuk pertama kali, Hafiy memanggil dengan panggilan sebegitu. Dia terasa seperti disayangi.

Hafiy mencium dahi Zahara lama. Biarlah masa ini terhenti buat mereka. Hafiy masih tak cukup bersama Zahara lagi.

"Terima kasih, abang. Ara gembira sangat dengar abang panggil macamtu".

"Sayang abang, selamanya sayang abang. Abang cintakan sayang sampai bila2".

Zahara tersenyum. "Ara sayang abang. Abang, Ara isteri yang baik ke buat abang?".

"Ara isteri terbaik buat abang. Abang redha dengan Ara. Abang tak pernah rasa terbeban dengan Ara. Abang sayang Ara".

"Terima kasih sebab redha dengan Ara".

Hafiy kembali memeluk Zahara erat. Perutnya terasa bergerak2. Hafiy terus memegang perut isterinya.

"Baby sedih jugak sebab ibu nak pergi ke? Baby cakap dekat ibu, jangan tinggal ayah. Ayah sayang ibu. Ayah tak boleh hidup tanpa ibu".

Zahara menangis. Sedih melihat Hafiy seperti itu. Berkali2 dia mengusap perut keras Zahara.

"Abang kena kuat. Jaga baby kita. Kalau girl, Ara bagi pilihan untuk abang bagi nama yang sedap2 tau! Kalau dia boy, abang bagi nama Mohd Hareez. Ok?".

"Jangan tinggal abang.."

Zahara memeluk erat suaminya. Dia terasa tenang dipelukan Hafiy. Pasti dia merindukan bau suaminya. Zahara menangis.

Ya Allah, kuatkan suami aku. Permudahkan urusannya.

***

"Mana isteri kamu? Dah masuk ke?". Puan Azila dan Encik Shamsul yang baru sampai di hospital terus bertanya. Sempat dia memeluk erat anak lelakinya. Sedih wajah Hafiy.

"Dah lama masuk. Doktor tak bagi Hafiy masuk lagi. Nanti baru dia panggil".

"Takpelah. Kamu selawat banyak2. InsyaAllah semua ok". Pesan Puan Azila lembut.

Hafiy bersandar lesu di dinding hospital. Jantungnya berdegup laju memikirkan keadaan Zahara di dalam bilik bedah. Isterinya mengadu sakit selepas Hafiy memandikan petang tadi. Kebetulan dalam perjalanan ke sini, air ketuban isterinya pecah. Terus Zahara dimasukkan ke bilik bedah.

Hampir satu jam Hafiy menunggu namun tiada tanda2 isterinya sudah melahirkan.

"Encik Hafiy?".

"Ya, saya!". Hafiy menghampiri Dr Radiah.

"Kandungan Puan Zahara ada masalah. Memandangkan air ketuban dah pecah, kami terpaksa melakukan cesarean sebab Puan Zahara sendiri kurang tenaga untuk meneran. Saya minta Encik sign borang kebenaran dulu".

Hafiy mengangguk laju. Segera dia mengekori langkah jururawat wanita itu.

"Tolong, selamatkan anak dan isteri saya". Ujar Hafiy pada jururawat tersebut.

Risau hatinya hanya Tuhan yang tahu. Tak henti dia berdoa agar Zahara dan anak mereka selamat semuanya. Mariam Zulaikha tiba bersama Mariam Syuhada. Hafiy hanya mampu memandang dari jauh. Fikirannya kusut saat ini untuk memikirkan hal lain.

"Abang, insyaAllah semua selamat". Ujar Mariam Syuhada. Hafiy hanya diam tak menjawab.

Dari duduk, dia bangun. Kemudian Hafiy mundar mandir pula dihadapan bilik bedah. Hatinya tak tenang.

"Fiy, jangan macamni. Ara selamat, InsyaAllah".

Hafiy tak mampu nak mengangguk. Dia tak boleh nak berehat walau seminit. Kalau boleh, dia nak sahaja merempuh masuk ke dalam bilik bedah sekarang ini. Entah apa lah yang berlaku di dalam.

"Doktor, macamana keadaan isteri dan anak saya?".

Dr Radiah mengeluh berat. "Puan Zahara bleeding teruk. Saya mintak maaf terpaksa minta Encik Hafiy pilih antara satu. Samada saya selamatkan baby atau isteri?".

Hafiy menangis terduduk di kerusi menunggu. Terasa berat dengan pilihan yang perlu dibuat. Mariam Syuhada juga turut sedih dengan semua ini.

"Ya Allah..!" Rintih Hafiy.

"Sabar, Fiy. Kuatkan semangat, nak. Mak yakin semua selamat".

"Allahu Akbar!".

"Encik Hafiy, saya harap encik bertabah. InsyaAllah, kami akan buat sehabis baik".

Hafiy mengesat air mata. Tak mungkin dia memilih antara dua.

"Doktor.. saya takkan mintak antara dua. Tolong.. tolong selamatkan anak dan isteri saya". Rayu Hafiy. Sebolehnya dia takkan membuat pilihan.

Dr Radiah terdiam. "Saya akan buat sebaik boleh".

Hafiy mengangguk. Dr Radiah kembali masuk ke dalam bilik bedah. Hafiy menanti dengan penuh sabar. Mulutnya tak sudah terkumat kamit berzikir kepada Allah. Kalaupun dia akan kehilangan isterinya, bukan dengan cara sebegini. Hafiy tak bersedia untuk semua ini.

"Tenangkan hati. Yakin Allah akan selamatkan isteri kamu". Ujar Puan Azila tenang. Risau melihat wajah suram anaknya.

Mariam Syuhada ditepi hanya mampu memandang. Dia tahu suaminya sedih. Ditambah dengan kehadirannya lagi membuatkan Hafiy terluka. Mariam Syuhada tak mampu nak mendekati suaminya memberi kata semangat. Sejak tadi Hafiy langsung tak memandang dirinya. Mariam Syuhada terasa disisih.

"Kak, lapar tak? Adik belikan makanan?".

"Akak ok aje. Er.. kalau nak belikan tu, beli buat abang Hafiy". Pintanya.

"Akak?".

"Akak ok aje".

Mariam Zulaikha mengangguk sebelum berlalu ke kafe hospital. Puan Azila dan Encik Shamsul pula menuju ke surau untuk menunaikan solat. Tinggallah Hafiy dan Mariam Syuhada berdua. Perlahan2 suaminya didekati.

"Abang.."

Tiada respond. Hafiy hanya tertunduk sayu.

"Abang.. Syu simpati.."

"Abang tak perlu simpati siapa2". Potong Hafiy. Dia masih tak memandang Mariam Syuhada. Hafiy kecewa dengan tindakan isteri terhadapnya.

Mariam Syuhada langsung tak terkejut. Dia seperti sudah memahami perasaan kecewa Hafiy terhadapnya.

"Abang, Syu doakan semua berjalan lancar. Syu tau abang marah. Syu mintak maaf".

Hafiy diam. Marah Hafiy bukan bermakna dia bencikan Mariam Syuhada. Cuma hatinya merasa sedih dengan penolakan pujukan Hafiy sebelum ini. Susah sangat Mariam Syuhada ingin memahami dirinya dan Zahara. Tak pernah pula dia menjenguk walau sekali semasa Zahara sedang sakit.

"Tak guna abang marah pun. Syu yang pilih untuk tak jumpa abang. Syu yang taknak tengok muka abang".

"Bukan macamtu..! Syu cuma.."

"Abang faham. Abang tak kisah pun, Syu. Syu ada hak. Abang terima".

Mariam Syuhada terdiam. Tahulah dia padah yang bakal dia terima atas perbuatannya.

"Maafkan, Syu.." Rintihan Mariam Syuhada dibiar sepi.

Hafiy tak mampu nak menjawab apa2. Biarlah hatinya tenang dan masa yang memberikan jawapan segalanya. Hafiy mengeluh berat. Sungguh, dia tak mampu nak memikir hal2 yang lain selain dari Zahara saat ini.

"Abang Hafiy, makan dulu roti ni". Hulur Mariam Zulaikha sopan. Bungkusan roti ditolak.

"Abang tak lapar.."

Hafiy senyum kelat. Pandangannya ditala ke pintu bilik bedah. Sudah hampir sejam lamanya Zahara didalam. Masih belum ada khabar keadaan isterinya.

"Abang kena makan sikit. Nanti perut masuk angin". Ujar Mariam Zulaikha lagi. Hafiy tetap menggeleng.

Dr Radiah keluar dari bilik bedah dengan wajah yang langsung tak dapat ditebak. Hafiy segera mendekati doktor wanita itu. Terus keadaan isterinya ditanya tanpa menunggu.

"Isteri saya ok kan?". Hafiy tak mampu bersabar. Tertinjau2 dia melihat keadaan di dalam bilik.

"Tahniah! Encik Hafiy dapat anak perempuan".

Hafiy tersenyum syukur. Tak sudah dia mengucap hamdalah. Puan Azila dan Encik Shamsul yang baru datang juga tersenyum bahagia.

"Er.. menantu saya?". Soal Puan Azila pula.

Doktor Radiah agak canggung. Wajah insan2 dihadapannya dipandang satu persatu.

"Isteri saya, doktor?".

Semua mata memandang kearah Doktor Radiah. Masing2 berdebar.

"Er.. maaf Encik Hafiy.. kami dah cuba sedaya upaya untuk sel.."

"Doktor! Mana isteri saya?!". Hafiy menjerit. Lagaknya seperti orang tak waras.

"Maaf Encik Hafiy.."

"Mana isteri saya?!".

"Sabar Encik Hafiy. Tuhan lebih sayangkan isteri encik".

"No! Selamatkan isteri saya, doktor! Tolong selamatkan isteri saya. Ara! Kenapa tinggalkan abang?!". Hafiy menjerit sekuat hatinya. Nasib sahaja Encik Shamsul memegang erat lengan anak lelakinya.

Mariam Syuhada juga terkejut mendengar berita itu. Hatinya terasa berat. Perasaan bersalah menerjah relung hatinya. Dia tahu Zahara tak bersalah dalam hal ini. Mariam Syuhada tak sempat nak meminta maaf.

"Ara.."

Mariam Syuhada menekup mulutnya. Air mata jatuh berlinang.

"Ara! Kenapa tinggal abang?! Kenapa, Ara?!". Jerit Hafiy lagi.

"Sabar, nak. Allah lebih sayang Ara". Pujuk Puan Azila.

"Kenapa, Ara?! Kenapa tinggal abang?! Ara dah janji takkan tinggalkan abang!".

Semua yang melihat sayu terutama Mariam Syuhada. Nak dipujuk, suaminya masih marahkan dirinya. Mariam Syuhada hanya mampu memandang dari jauh.

"Ingat Allah, Fiy!". Keras suara Encik Shamsul memecah gegendang telinga. Bahu anaknya dipegang kuat.

"Ayah, dia janji takkan tinggalkan Hafiy. Tapi dia dah pergi. Dia tinggalkan saya dengan anak saya".

"Iya, ayah tahu! Tapi Fiy, Allah sayangkan dia lebih. Kamu tak boleh macamni. Setiap orang akan kembali pada Tuhan nanti".

Hafiy menggeleng laju. Air matanya basah di pipi. Terduduk Hafiy menangis disitu.

"Maaf sekali lagi dari pihak kami". Ujar doktor Radiah sayu.

Serentak itu, katil yang membawa tubuh kaku Zahara keluar dari bilik bedah. Hafiy bangun mendekati tubuh Zahara yang sudah tak bergerak. Menggigil tangannya cuba menyentuh wajah pucat Zahara.

"Bangun, Ara.. abang ni".

Puan Azila menangis sayu. Anak lelakinya masih tak dapat menerima kenyataan.

"Ara.. bangun! Ara janji nak jaga anak kita sama2, kan? Kenapa Ara tinggalkan abang?".

"Mengucap, Hafiy".

Encik Shamsul mendekati. Air mata yang bertakung segera diseka. Hatinya turut merasa sebak dengan apa yang berlaku.

"Ara! Bangunlah!".

Tubuhnya digoncang kuat. Zahara tetap kaku diatas katil. Langsung tak bergerak.

"Hafiy, jangan macamni! Yang dah takde, tetap takde! Istighfar banyak2".

Hafiy tersedu sedan. Tubuh kaku isterinya dipandang lama. Hafiy tak mampu nak menerima pemergian Zahara. Sendu Hafiy di tubuh kaku Zahara. Kemudian, jururawat keluar mengendong bayi kecil. Hafiy pandang kaku. Bertambah pilu hatinya apabila melihat anak kecil mereka.

"Allahu Akbar! Kenapa Kau uji aku macamni..".

Puan Azila mengesat air mata yang mengalir. Bayi kecil beralih tangan. Comel. Saling tak tumpah wajah Zahara.

"Hafiy, iqamatkan anak kamu ni, nak".

Hafiy menekup wajahnya lama. Pilu hati yang ditanggung terasa tak mampu nak diluah. Dengan payah, Hafiy mengendong bayi kecil itu. Satu perasaan terlahir dari hatinya.

"Assalamualaikum, anak ayah". Tersekat2 suara Hafiy. Bayi kecil itu kelihatan selesa dikendong Hafiy. Sesekali, dia tersenyum seolah2 tahu ayahnya sedang memeluk erat dirinya.

Iqamat dibaca perlahan. Hafiy berusaha untuk kuat. Wajah anaknya saling tak tumpah seperti wajah Zahara. Usai iqamat, Hafiy mencium lama kedua2 belah pipi anaknya.

"Ara, tengok lah anak kita ni. Muka dia sama macam Ara. Ara, bukak mata, please ". Bayi tersebut diletakkan diatas dada Zahara. Lena sekali!

Mariam Syuhada mendekati tubuh kaku Zahara. Dengan penuh berhati2, anak kecil diangkat lalu diletakkan tepat dibibir Zahara seolah2 dia mencium anak perempuannya. Hafiy tersentuh. Air matanya kembali mengalir. Terasa sesak dadanya.

"Sayang, ni ibu awak. Cium dia, sayang. Nanti awak tak dapat lagi".

Puan Azila teresak2 menangis begitu juga Mariam Zulaikha. Suasana pilu melatari ruang hospital. Hafiy tak mampu nak melihat.

"Doktor, kami akan bawak mayat Zahara balik. Terima kasih, doktor". Ujar Encik Shamsul sedih. Doktor Radiah mengangguk sebelum berlalu pergi.

"Jom, Hafiy. Kita urus jenazah kat rumah".

Hafiy mengeluh berat. Dengan langkah yang longlai, dia mengambil anak perempuannya ditangan Mariam Syuhada. Hanya itulah penguat Hafiy saat ini.

"Abang, Syu boleh tolong jaga".

"Takpe. Anak abang".

Ayat terakhir yang membuatkan Mariam Syuhada terkedu. Pun begitu, dia terpaksa akur kehendak suaminya.

Mereka pulang ke rumah dengan hati yang walang. Hafiy tak sudah menatap wajah anaknya yang lena tidur didakapan. Sedikitpun dia tak menangis.

"Sayang, tinggal kita berdua aje. Ayah janji akan jaga awak elok2". Hafiy menghembus nafas perlahan. Anak matanya memandang kearah luar tingkap kereta. Entah macamana dia nak menjalani kehidupan selepas ini tanpa Zahara.

Hafiy dan Encik Shamsul sampai dahulu di rumah. Hafiy melangkah lesu ke dalam ruang tamu. Anak perempuannya diletak kedalam baby coat di dalam bilik. Sempat dia mengucup pipi mugil anaknya.

Van jenazah tiba tepat bersama Mariam Syuhada dan yang lain. Hafiy turut membantu jenazah isterinya diangkat dan diletakkan diatas tilam yang telah disediakan oleh Encik Shamsul. Perlahan2 dan penuh hati2.

"Ayah dah bagitau orang taman. Diorang akan datang ziarah kejap lagi. Hafiy, kamu kena kuat demi anak kamu. Oh ye, kita tanam esok lepas subuh la".

"Mana2 aje, ayah. Lebih cepat lebih baik. Hafiy pun tak sanggup nak tunggu lama". Jawabnya lemah. Tak sudah dia memandang Zahara yang sudah ditutupi dengan kain putih. Geleng kepala Encik Shamsul melihat wajah Hafiy.

Mariam Syuhada mengambil tempat tak jauh dari Hafiy. Puan Azila pula bertungkus lumus mengemas kerusi dan meja untuk memberi ruang pada tetamu yang datang.

"Allah..Allah.."

Hafiy merintih sayu. Tangannya erat memegang tangan Zahara disebalik kain.

"Abang, sabar ye. Setiap dari kita akan kembali pada Allah. Abang kena kuat. Kalau abang macamni, Ara pun mesti tak suka". Ujar Mariam Syuhada lembut. Bahu Hafiy dipegang kemas.

Hafiy membiarkan kata2 isterinya bagai angin lalu. Dia masih tak mampu nak melepaskan Zahara pergi.

"Sedekahkan doa buat Ara.. itu yang terbaik".

Mariam Syuhada menghulurkan buku yasin kepada Hafiy. Lambat2 Hafiy mencapai. Helaian pertama diselak. Dia cuba mengumpul segala kekuatan yang masih bersisa. Hafiy mengesat air matanya. Dengan lafaz bismillah, surah yasin dibaca penuh tartil.

Mariam Syuhada juga membaca yasin untuk Zahara. Dia setia menemani Hafiy dan jasad kaku madunya. Habis satu surah, diulang lagi surah yang sama. Mariam Syuhada tekun mengaji ditepi bersama Hafiy.

Semakin lama, semakin ramai jiran2 yang datang untuk memziarahi. Ucapan takziah tak putus2 keluar dari mulut yang datang. Hafiy hanya mampu mengangguk tanpa menjawab.

"Fiy, banyak2 bersabar!".

Nasihat Aizat yang baru datang bersama Zikri. Dia memeluk erat kawannya. Hafiy kelihatan serabut. Matanya sembap.

"Terima kasih sebab datang".

"Ish, kita kan kawan!". Bahu Hafiy ditepuk kuat. Aizat tersenyum manis.

"Kau dari mana?".

"Aku dari rumah. Bapak kau call tadi.. tu yang aku terus datang".

Hafiy mengangguk.

"Aku tadi sempat tengok baby kau. Comel betul!".

Hafiy tersenyum kelat, "Macam ibu dia jugak. Comel!".

Aizat mengangguk setuju. Memang wajah anaknya iras2 Zahara. Mungkin, itu salah satu hikmahnya dia mendapat anak perempuan.

"Kebumi bila tu?".

Pandangannya dihala kearah ruang tamu. Rata2 yang datang menghadiahkan yasin buat arwah Zahara.

"Fiy? Aku tanya ni!".

"Er.. ha? Esok.. esok lepas subuh". Jawab Hafiy kalut.

Ara, abang tak dapat jumpa Ara lagi lepas ni.

"Oh.. ok lah tu. Macamni, aku balik dulu. Esok lepas subuh aku datang. Ok?".

"Kau dah datang ni pun ok dah. Terima kasih la".

"Sama2. Nanti aku datang esok. Kau jangan sedih2. InsyaAllah, dia tenang di sana". Pesan Aizat lembut. Hafiy mengangguk seraya teesenyum.

Setelah menghantar Aizat pulang, Hafiy kembali duduk bersila di sisi Zahara. Mariam Syuhada yang juga baru datang dari mana terus duduk di sisi Zahara.

"Tadi baby nangis.."

Hafiy tersedar. Dia terlupa tentang anak perempuannya.

"Nangis? Ya Allah, abang lupa". Hafiy baru nak bangun tapi dihalang Mariam Syuhada.

"Takpe! Syu dah tolong tukarkan pampers. Dia tengah menyusu dengan adik tu".

Hafiy membetulkan duduk. "Terima kasih, Syu. Abang betul2 lupa".

"Takpe.. Syu ok aje". Mariam Syuhada melemparkan senyuman manis. Wajah Hafiy dipandang lama. Kelihatan letih suaminya saat ini.

"Abang, dah makan? Sejak kat hospital tadi abang belum jamah apa2".

"Abang tak lapar. Abang nak baca yasin. Nanti abang makanlah".

Hafiy mencapai buku yasin kembali. Dia meneruskan pembacaannya semula. Mariam Syuhada hanya mampu mengeluh. Dia bingkas bangun menuju ke dapur. Mujur baki lauk tengahari masih ada. Mariam Syuhada hanya memanaskan dan menghidangkan di dalam pinggan.

"Kak, buat apa tu?".

Soal Mariam Zulaikha. Mulutnya terkumat kamit mendodoikan anak Hafiy.

"Panaskan lauk. Akak tengok ada lauk lebih tadi. Tidur ke tu?".

"Ha'ah. Lena betul. Adik nak tinggal kat bilik kesian pulak. Lagipun, bau baby ni wangi sangat. Sayang nak lepas".

Mariam Syuhada tersengih. Sempat dia melirik pandang bayi kecil didakapan Mariam Zulaikha. 

"Jangan bawak ke depan pulak. Orang tua kata tak elok".

"Iyelah kak. Ni, kebumi bila tu? Kesian betul adik tengok abang Hafiy tu. Murung aje".

"Tulah.. akak pun tak tau nak buat apa. Sejak tadi macam tu ajelah. Akak suruh makan pun taknak".

"Yelah, nama pun isteri. Adik bukan la nak cakap apa, tapi sejak akak duduk jauh dari abang, adik nampak abang dengan kak Ara tu loving semacam. Nak2, kak Ara sakit. Lagi lah abang Hafiy tu care kat dia".

Mariam Syuhada tersenyum pahit. Dia tau pasti suaminya terlalu sayang pada Zahara semenjak ketiadaan dirinya.

"Akak tau tu. Akak sedar mesti abang Hafiy banyak bergantung pada Kak Ara". Balasnya lemah.

"Er.. akak dengan abang Hafiy tak ok ke?". Soalan cepumas dari Mariam Zulaikha.

"Tak.. delah! Akak ok aje. Erm.. kenapa?". Balasnya tergagap2.

"Takde! Saje adik tanya. Hurm.. Kak, yang lepas tu, lupakan aje. Setiap orang buat silap. Sekarang ni, tugas akak untuk jaga rumahtangga akak balik. Akak kena betulkan balik apa yang salah. Adik taknak jadi macam dulu lagi. Nak2 dengan keadaan abang macamtu and baby ni".

"Akak tau, dik. Akak bersalah sangat pada Kak Ara.. pada abang Hafiy. Kalau tak sebab adik yang sedarkan akak, entahlah! Akak rasa akak masih macam dulu kot. Akak dah salah pilih kawan".

Mariam Zulaikha tersenyum manis.

"Let bygone be bygone. Kita ambil iktibar and mulakan hidup baru. Akak ambil balik hati abang Hafiy. Adik percaya korang akan bahagia macam dulu semula".

"InsyaAllah, dik. Thanks. Akak sangat2 bersyukur dan beruntung adik adik macam adik ni!". Mereka tergelak bersama. Pipi Mariam Zulaikha dicubit mesra.

"Syu, adik.. buat apa ni?". Soal Puan Azila tiba2. Ditangannya kain putih dan kain batik lepas.

"Ni akak panaskan lauk tadi, adik teman la".

"Hurm.. meragam tak budak ni?". Puan Azila melirik pandang ke arah bayi didakapan Mariam Zulaikha.

"Tak pun. Dia budak baik ni.." Mariam Zulaikha menggomol mesra anak buahnya.

"Hurm.. eloklah tu. Takut meragam pulak. Yelah, mak nya tinggalkan dia, kan?".

Mariam Syuhada diam. Mengiyakan kata2 Puan Azila.

"Ok lah. Mak nak ke depan ni. Diorang nak mandikan jenazah".

Puan Azila bergerak ke ruang tamu begitu juga Mariam Syuhada. Mereka mulai memandikan jenazah di ruang luar rumah. Mariam Syuhada turut membantu dalam memandikan arwah Zahara.

Setelah siap dimandikan dan dikafankan, jenazah Zahara dibiarkan sementara menunggu waktu subuh untuk dikebumikan.

***

"Alhamdulillah, semua dah settle. Moga tenang roh nya".

Puan Azila, Mariam Syuhada, Mariam Zulaikha dan Hafiy turut mengharapkan yang sama. Jenazah baru sahaja siap disemadikan sebentar tadi. Bantuan dari orang taman dan surau juga memberangsangkan.

"Amin, InsyaAllah". Sahut Mariam Zulaikha.

Hafiy hanya diam. Fikirannya masih dibelenggu bayangan dan suara Zahara. Hatinya masih berat. Terasa sekejap masa yang dilalui bersama arwah Zahara, kini isterinya pergi meninggalkan alam fana ini.

"Oh ye, kamu nak bagi nama anak kamu apa?". Soal Puan Azila lembut. Pastinya mereka ternanti2 nama anak perempuan Zahara dan Hafiy.

"Erm.. Hafiy tak fikir lagi la".

"Erm, takpelah. Ada masa lagi nak fikir, ye tak? Ni, buat sementara kamu tinggal dengan kami la. Senang ada yang uruskan anak kamu tu".

"Betul kata mak kamu tu. Duduk dengan kami. Mak kamu ni boleh tolong tengok2 kan. Kalau dia meragam ke apa, senang sikit". Sokong Encik Shamsul. Setelah pemergian Zahara, Encik Shamsul juga terasa bersalah dengan apa yang telah dia lakukan.

"Mana2 jelah, mak. Hafiy ikut aje. Erm, Hafiy masuk bilik dulu lah. Penat". Hafiy bingkas bangun dari tempat duduk meninggalkan mereka.

Pintu bilik dibuka. Bau haruman bayi memenuhi ruang bilik tidurnya. Hafiy memandang tubuh kecil anaknya yang lena di katil. Perlahan2 Hafiy mendekati lalu mencium lembut jemari kecil anaknya.

"Anak ayah jadi budak baik, ye? Ibu dah takde. Anak ayah jangan nakal2, ok?".

Hafiy tersenyum sendiri. Pipinya yang tembam membuatkan Hafiy terasa ingin mencium berulang kali. Sejurus itu, Mariam Syuhada masuk ke dalam bilik Hafiy. Perlahan2 dia mendekati suaminya.

"Abang, Syu nak cakap sikit?".

"Cakap apa?".

Mariam Syuhada teragak2. Wajah serius Hafiy dipandang lama.

"Abang masih marah dengan Syu?".

Hafiy terdiam. Otaknya sudah lama melupakan hal itu. Dek kerana permintaan Mariam Syuhada sendiri yang tak mahu Hafiy berjumpa dengannya, Hafiy langsung tawar hati untuk menghadap Mariam Syuhada. Dia tak mampu nak menerima tindakan Mariam Syuhada yang langsung tak mengendahkan diri Hafiy dan Zahara waktu itu. Sedikit penjelasan langsung tak cuba untuk didengar.

"Kita cakap lain kali ajelah. Abang penat".

Jawab Hafiy tak acuh. Dia berkira untuk bangun tetapi sempat dihalang.

"Abang marah Syu lagi, kan?". Soalnya buat kali kedua. Air matanya ditahan.

Hafiy menghembus nafas berat. Wajahnya diraup berulang kali.

"Abang penat, taknak cakap pasal benda ni. Syu tak payah la nak tanya2 abang lagi".

"Syu tetap akan tanya sebab Syu nampak abang marah lagi kat Syu". Jawab Mariam Syuhada tangkas. Hafiy ditahan.

"Jadi?".

"Syu mintak maaf atas apa yang Syu buat. Syu bersalah pada abang, pada Ara. Maafkan Syu, abang". Mariam Syuhada mencapai jemari Hafiy. Dia mengucup lembut tangan suaminya.

"Syu yang pilih jalan ni. Abang tak nak fikir sekarang".

"Syu tau! Syu sedar benda ni semua salah! Syu tak sedar dulu. Syu dah berdosa pada abang. Syu isteri yang tak tau bersyukur!". Rintih Mariam Syuhada. Dia tertunduk sayu menyedari salahnya.

"Syu tinggal abang macam tu je. Syu langsung tak dengar penjelasan abang. Dari Ara awal pregnant sampai sekarang.. mana Syu? Syu tak fikir langsung hati abang!".

Mariam Syuhada menangis. Dia sedar kesalahan yang dibuat terlalu berat untuk dimaafkan. Hafiy kelihatan tenang walaupun hatinya terluka.

"Maafkan Syu, abang! Syu terlalu ikutkan hati. Syu lupa tanggungjawab Syu pada abang. Syu bersalah pada arwah Ara. Syu menyesal, abang".

Hafiy mengeluh. Dia sendiri buntu jalan apa yang patut diambil.

"Syu tau semua ni berpunca dari Syu. Syu nak betulkan keadaan. Syu nak kita hidup bahagia macam dulu balik. Abang, maafkan Syu. Syu janji akan jadi isteri yang baik lepasni. Maafkan Syu, bang".

"Entahlah Syu. Abang tak tau nak cakap apa. Abang penat sangat ni, nak rehat. Kepala abang ni rasa nak pecah. Abang harap sangat Syu tak ungkit lagi pasal ni. Abang taknak fikir".

"Abang.."

"Tinggalkan abang. Abang taknak diganggu".

Hafiy berlalu menuju ke bilik air meminggalkan Mariam Syuhada terkulat2. Dia melepaskan geram pada dinding bilik air. Hafiy ego! Tapi, dia terpaksa ego kerana hatinya terluka. Dia terlalu merindukan isterinya tapi kisah lalu membuatkan dia kembali terkilan.

Mariam Syuhada menutup pintu bilik perlahan. Dia sempat mengesat air mata takut2 kalau orang lain perasan. Bibirnya cuba menutup dengan senyuman. Mariam Syuhada takkan mengalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience