BL 24

Humor Series 177133

MEY LING menggelengkan kepalanya di dalam tidur. Keningnya berkerut manakala peluh dingin mula membasahi penuh di dahinya. Dadanya berombak kencang apabila suara itu menganggu lenanya. Suara lelaki yang sering menjadi mimpi ngerinya. Nafas Mey Ling bagaikan tersekat di kerongkongnya apabila dia merasakan bahawa bayangan hitam itu semakin kuat dirinya di pukul dan akhirnya di hempas dilantai yang dingin itu.

"N? huó g?is? n? gè g?u niáng y?ng de.(Kau patut mati dasar anak pembawa sial)"

"Zang Wo! Kau dah gila ke! Budak ni darah daging kau lah bodoh!" Bergema kuat suara lantang seorang wanita dan serentak itu tubuh wanita yang sedang menekan tubuh kecil Mey Ling berusia 8 tahun itu dia tolak kasar dan Mey Ling terus ditarik olehnya.

Dengan nafas yang termengah-mengah kerana menangis Mey Ling terus bangkit dan memeluk tubuh wanita tersebut. Nafasnya tidak seiring dan dadanya berombak kencang. Air mata masih lagi menitis laju keluar dari bebola matanya yang sudah kemerahan.

"Sa..aki aunty.."ujar Mey Ling pada wanita itu perlahan.

Mata Mey Ling melekat pada susuk tubuh Zang wo yang sedang mencerlung tajam ke arah Vivian dengan pandangan yang menggerunkan. Bibirnya menggeletar hebat. Menahan amarahnya.

"Shuu,Aunty ada sayang"Hanya itu perkataan terakhir yang sempat ditangkap oleh Mey Ling sebelum akhirnya tubuhnya rebah di dalam pelukkan Vivian.

"Mey.. Mey Ling." Suara husky milik seseorang menyapa pendengaran Mey Ling. Pipi yang terasa seakan-akan ditepuk lembut itu membuatkan Mey Ling terus membuka matanya secara perlahan-lahan.

Suara lelaki yang sedang cuba untuk menyedarkannya itu bagaikan sayu memanggilnya kembali dan berulang kali menyapa pendengarannya. Mey Ling ingin bangkit daripada tidurnya. Dia ingin bangkit daripada mimpi ngerinya itu.Namun,seakan-akan ada sesuatu yang menghalangnya daripada terus bangkit daripada nyenyaknya.

Tidak cukup dengan itu, dada Mey Ling berombak semakin kencang apabila dia bagaikan tidak mampu untuk bernafas ketika ini.

"M?m? bìngle. W? bùxi?ng sh?ngbìng.. (Mama sakit, Tak nak Mama sakit)" Mimpi sebentar tadi kembali terlintas di benak fikirannya. Ia kembali bermain di situ sehinggakan kepalanya berasa sakit dan dadanya bertambah sesak.

"Mey, Bangun. Kau mimpi ni." ujar lelaki itu dengan nada cukup lembut dan perlahan. Botol air di tangannya di buka. Sedikit air di tuangkan di tapak tangan, Lalu dengan perlahan air itu di sapukan dia wajah Mey Ling cuba untuk membangkitkan Mey Ling daripada mimpi itu.

Saat mata Mey Ling terbuka, wajah Megat Fairus yang berada amat dekat dengannya itu menyapa retina matanya. Bias kerisauan jelas terpancar di wajah tampan itu. Mey ling pula terus bangkit daripada tidurnya bersama dengan dada yang berombak kencang.

Serta-merta, memori hitam di sewaktu kanak-kanak bermain di fikirannya. Dan serentak itu, air matanya menitis perlahan. Tangannya mengenggam kuat jari-jemarinya, cuba mencari kekuatan.

Megat Fairus mengetap bibir. Dia memberhentikan keretanya di bahu jalan,Dan membetulkan duduknya memandang Mey Ling. Tanpa kata tubuh Mey Ling dipeluknya erat. Tangannya mengusap lembut lengan Mey Ling membiarkan gadis itu menangis.

Mey Ling mengenggam kuat hoodie yang dipakai olehMegat Fairus. Ini bukanlah kali pertama dia mengelami mimpi tentang memori hitammya itu ketika bersama orang lain. Bahkan berkali-kali. Dan kisah itu hanya seorang sahaja yang mengetahui iaitu seorang wanita yang semakin uzur dan menjadi saksi yang berlaku sejak dia di awal usia.

Mimpi itu sentiasa menghantuinya hingga kini. Dia sering mengatakan kepada diri bahawa dia akan melupakan semua itu dan itu hanyalah satu fasa terburuk dalam hidupnya, Namun sesuatu terjadi dan hanya seketika tembok kekuatan yang dibinanya runtuh juga. Tidak ada penawar yang akan mengurangkan rasa sakit yang sering dialaminya setiap kali mimpi tersebut menjengah tidurnya.

"Sorry.." Mey Ling menjauhkan badannya setelah tangisannya reda. Megat Fairus mengetap bibir bila melihat mata gadis itu merah.

"Dah lega?"Soal Megat Fairus.

Mey Ling mengangguk. Dia memandang wajah tenang Megat Fairus. Entah kenapa semakin selesa dengan lelaki itu kehadiran lelaki ini.

"Dah Thanks Fairus."

"Terima kasih untuk apa? I didn't do anything"

"Because you see my worse and you are still here."

Megat Fairus ketawa perlahan selang sesaat dia menghelakan nafasnya.

"Fairus" Mey Ling menyeru perlahan dengan nada yang rendah dan lemah.Kini, anak mata mereka bertembung.

"Boleh hantar aku dekat rumah aunty aku tak?" ujar Mey Ling sambil tersedu-sedu.

"Rehatlah, kau pun baru balik check up kan. Dengan kaki masih berbalut," jawab Megat Fairus. Jam yang berada di dashboard kereta dikerling olehnya. Sudah pukul 4 petang.

"N.. No! Sekarang,I'm begging, please." Mey Ling tidak sedap hati. Dia menggelengkan kepalanya, tidak bersetuju dengan kata lelaki itu.

Megat Fairus mengetap bibir.

"Tak boleh aku ada kerja. Cukup baik aku teman kau tau. Kalau si mak lampir tu tak call aku tadi jangan harap aku nak teman kau."

"Takpe la. Aku naik grab." Mey Ling menunduk sedikit ingin mencapai bag tangannya.
Dia harus berjumpa dengan Aunty Vivian. Firasatnya seperti ada sesuatu yang bakal terjadi. Kerana semakin kerap mimpi ngeri itu menganggunya.
Dia enggan menangguh lagi. Dia memerlukan ke sana.

"Dengan kaki macam ni kau nak naik GraKau ni kan." Megat Fairus menghelakan nafasnya.

"Okey aku tolong hantar."Akhirnya Fairus akur akan permintaan Mey Ling.

Mey Ling memandang wajah tegang Megat Fairus.

"Thanks Fairus. I really appreciate it"

Bag tangan di ambil dan di letakkan di atas riba, Lalu telefonnya dicapai. Saat melihat notifikasi yang tertera di atas skrin telefon pintar miliknya, dahi Mey Ling berkerut seribu.

9 missed calls from Mrs.Vivian.

Tidak menunggu lama, dia mula mendail kembali nombor Aunty Vivian. Beberapa detik selepas itu, panggilan mereka bersambung.

"Haloo?" Mey Ling menjauhkan telefonnya, Screen yang cerah itu di pandang apabila yakin melihat nama yang tertera itu, dahinya berkerut. Suara lain yang menyapa deria pendengarannya.

"Boleh saya bercakap dengan Aunty Vivian?" Tanpa membuang masa Mey Ling terus bertanya.

"Vivian..." Suara perlahan di hujung talian itu membuatkan Mey Ling semakin berdebar.
Berdasarkan suara kendur itu, dia yakin ada perkara buruk yang menimpa.

"Pemilik telefon ini..Dia di temui berlumuran darah di rumahnya. sekarang mangsa berada di hospital Putra" sambungnya lagi.

Sebaik sahaja tamat bicara tersebut Mey Ling kembali menangis mata Megat Fairus menyorot ke arah Mey Ling yang tersedu-sedan di dalam tangisan.

"Mey, Kenapa ni."

"We need to go to the hospital now Fairus." beritahu Mey Ling dalam esakkannya.

TANGAN wanita tua itu digengam erat. Bibir masih mengeter halus mengeluarkan esakkan. Mey Ling masih tidak percaya dengan keadaan yang berlaku pada saat ini. Matanya setia memandang sosok tubuh wanita yang sentiasa bersamanya disaat di memerlukan kasih sayang seorang ibu. Tubuh yang dipenuhi dengan wayar yang berselirat itu di pandang sayu.

Farah yang sedari tadi hanya berdiri di hujung bilik mendekati sahabatnya.

"Mey..." Farah memanggil Mey Ling perlahan, membuatkan Mey Ling terus mendongakkan wajah.

"Macam mana Najwa?" soal Mey Ling. Dia ingin tahu senario yang terjadi di tempat kejadian.

Selepas dia dan Megat Fairus tiba di Hospital Putra itu, Megat Fairus terus mengkhabarkan berita itu kepada Farah. Dan setelah Farah tiba, Lelaki itu terus meninggalkannya kerana perlu ke tempat kejadian.
Dan kini, sudah hampir lima jam dan bayangan lelaki itu masih belum kelihatan.

"Masih dalam siasatan Mey," jawab Farah.

Kejadian ini bukanlah sesuatu yang biasa. la seperti sudah dirancang. Seperti ada sesuatu yang cuba di sampaikan.

Mey Ling menghelakna nafasnya. Dia palingkan wajahnya ke arah Aunty Vivian semula lalu tangan mulusnya mula mengelus lembut kekura tangan wanita itu.

"Aunty, I'm sorry, Salah Mey."ujar Mey Ling bersama esakkan.

Farah menggelengkan kepalanya sedikit dan tanpa sedar air matanya menitis perlahan.

"Kau kena kuat untuk dia Mey. Kau kena kuat" Dia memandang Mey Ling. Dia pernah berasa di tempat Mey Ling satu ketika dulu.

"Aku akan cari siapa pelakunya Najwa." Perlahan-lahan, Mey Ling memandang Farah lama.

"I'll Tell you everything Najwa, Every single thing," ujar Mey Ling sambil matanya langsung tidak dilarikan daripada wajah Farah. Dia akan ceritakan semua kebenaran. Dia akan cantumkan satu per satu cebisan-cebisan kecil ini agar menjadi sebuah bayangan yang lebih jelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience