BAB 13

Humor Completed 22641

Sebaik sahaja Haris tersedar dan sakitnya sudah berkurang, perkara pertama yang terlintas di fikirannya adalah Syuhada. Dia segera mengemaskan pakaiannya dan mendaftar keluar.

Apabila sampai di jeti, Haris mengambil keretanya dan memandu pulang. Dia mahu segera sampai ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Syuhada.

Setelah Haris sampai ke perkarangan rumah papa. Dia berlari-lari masuk ke dalam rumah. Di lihat papa sedang membaca di sofa ruang menonton. Haris menyapa dan terus berlalu.

Tuan Jamil agak pelik melihat kelakuan anak sulungnya itu. Tiba-tiba sahaja Haris pulang ke rumah, padahal dia belum sempat mematikan credit card anak lelakinya itu. Biasanya setelah susah mendapat duit, barulah Haris tahu jalan untuk pulang ke rumah tetapi ini tidak.

Baru beberapa hari berjauhan dari rumah, tiba-tiba saja muncul sendiri. Moodnya juga baik, tidak merajuk atau marah-marah seperti selalunya. Tuan Jamil tersenyum gembira.

Mungkinkah ini semua kerana Syuhada? Senyuman lucu masih lagi melekat di wajahnya. Besar juga pengaruh Syuhada ni!

Haris mencari di dapur tetapi kelibat Syuhada tidak ada di situ. Dia kemudiannya naik ke bilik mereka di tingkat atas. Pintu bilik dikuak rakus. Syuhada yang sedang duduk melipat baju di tempat tidur terkejut menerima kunjungan yang tidak terduga itu.

“Eh, awak ni kena sampuk ke apa? cubalah bagi salam” bentak Syuhada, marah kerana sikap Haris yang lepas laku itu membuatkan dia kaget besar.

Haris menutup pintu dan melangkah laju ke arah Syuhada. Syuhada yang sekadar melihat mulai takut dengan reaksi Haris. Lelaki itu seperti sedang berlari ke arahnya.

“Apa awak buat ni?” Soal Syuhada. Serentak dengan itu, Haris segera menghentikan langkahnya. Tidak terdetik di hatinya untuk menakutkan Syuhada. Entah kenapa dia gembira apabila bertemu dengan Syuhada.

“Abang rindu Syuhada” beritahu Haris. Ilmu apalah yang dipakai oleh Syuhada untuk membuatkan aku berasa sangat rindu kepadanya.

Tak jumpa beberapa hari pun dah boleh jadi rindu macam ni, padahal ada je perempuan lain yang tidak kurang cantik yang boleh menghiburkan hari-hari ku tanpa Syuhada. Tapi kenapa Syuhada pula yang dicari?

“Rindu? Lepas tidur dengan perempuan lain, awak ingat awak balik sini boleh tipu saya dengan kata-kata manis awak tu?”

“Abang tak tidur dengan Julia” Syuhada diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience