Rate

BAB 82 - SEDIH DAN GEMBIRA

Romance Completed 454604

Hari berganti hari.. proses perbicaraan di mahkamah bermula.. Setiap kali Maya dibawa ke mahkamah.. Sedikit pun dia tidak berbicara.. Rata-rata berita mengenai Maya sudah tergempar di seluruh setiap pelusuk dunia.. Di setiap dada akhbar terpampang wajah Maya..

''abang.. Manja ada benda yang nak bincang dengan abang..'' kata Raif..

''ada apa manja? Nak bincang apa?'' tanya Hamzi.

''manja ingat nak hentikan semua ni.. Manja tak sanggup lah abang..'' kata Raif ..

''tak sanggup apa manja .. Abang tak faham?'' tanya Hamzi..

Pada ketika itu para wartawan berlari-lari ke satu arah yang sama.. Bila melihat Maya keluar diiringi oleh pegawai yang menjaganya.. Pucat saja wajah wanita separuh baya itu.. Jelas kelihatan wajahnya seperti keletihan diheret kesana kesini.. Langsung dia tak menghiraukan bila para wartawan sibuk merakam wajahnya.. Pastinya esok.. Wajah itu akan menghiasi dada akhbar lagi..

''manja nak hentikan semua ni abang.. Manja tak sanggup abang.. Memang mama ada buat salah.. Tapi mama tu dah tua abang.. Abang sendiri boleh lihat badan mama.. Semakin lama semakin cengkuk..'' Raif tak lepas melihat kearah Maya yang sedang melangkah masuk kedalam kenderaan, dan naik dengan banduan-banduan yang lainnya..

''manja.. Mama dah buat salah.. Jadi, mama patut terima hukumannya manja.. Hukuman untuk menyedarkan kesalahan mama..'' jelas Hamzi.

'abang pun tak nak manja.. Tapi.. Abang takut.. Kalau mama bebas.. Kalau mama kembali ke perangai mama yang dulu.. Mungkin sekarang ni mama dah insaf.. Tapi masa kedepan..' Hamzi meraup wajahnya.. Hatinya berbelah bagi..

Akhirnya.. Setelah memakan masa hampir tiga bulan.. Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Maya.. Hukuman yang paling berat iaitu hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh dengan niat.. Terkejut Raif dan Hamzi yang mendengar dari hakim yang menjatuhkan hukuman buat Maya.. Maya ada di kandang tertuduh sekadar tersenyum melihat kearah mereka berdua.. Menitis air matanya ke pipi..

''mama.. Manja akan buat rayuan untuk meringankan hukuman mama..'' terus Raif berdiri... Tapi dihalang oleh Hamzi.

''manja.. Mama ada beritahu dengan abang.. Yang dia dah sedia dengan setiap hukuman yang akan jatuh kepada mama..'' Hamzi memeluk Raif..

''tapi abang.. '' Raif melihat Maya sedang dibawa pergi..

'macam mana kita nak tenang abang.. Walaupun hukuman itu untuk mama yang boleh dikatakan setimpal.. Tapi hati manja takkan tenang, manja bukannya nak membalas dendam buat mama..'

''uncle-uncle... Manja nak minta tolong dengan uncle..'' Raif melihat kearah Widad..

Widad yang sedang berbincang dengan sahabat guamannya sudah tahu apa yang Raif mahukan.. Sudah beberapa hari Raif mengutarakan hasratnya untuk membebaskan Maya..

''uncle akan tolong apa yang patut Raif.. Tapi tidaklah sampai untuk membebaskan mama kamu.. Kamu fahamkan..'' kata Widad..

''buat apa saja uncle.. Janji mama tak kena hukuman gantung..'' rayu Raif..

''manja yakin dengan apa yang manja katakan ni?'' tanya Hamzi.

Sebenarnya Hamzi juga mahu merayu bagi pihak mamanya.. Demi menghormati manja, tak mahulah dia ikut campur.. Tak sangka pula Raif yang terlebih dahulu menyuarakan hasrat itu kepada Widad.

''ya abang.. Manja tahu abang pun tak nak mama kena hukuman tu kan.. Abang cuma tak nak manja kecewa kan.. Kerana melibatkan arwah ayahanda.. Tapi manja bukannya nak menyiksa mama.. Anggap saja ini balas budi buat mama dah besarkan manja selama ni..'' Hamzi sekali lagi memeluk Raif.. Kali ini lebih erat dengan perasan yang sebak didada..

''terima kasih manja.. Walaupun macam-macam yang dah mama buat kepada manja.. Manja masih boleh maafkan mama.. Sesungguhnya .. Manja memang sebaik ayahanda..'' balas Hamzi.

Sementara mereka semua sedang sibuk di mahkamah.. Menandatangani kes perbicaraan Maya.. Di lapangan terbang.. Seorang wanita yang baru tiba di lapangan terbang menjejakkan kakinya di bumi Malaysia.. Setelah hampir lapan bulan dia pergi meninggalkan tanah air tercinta.. Pergi dalam keadaan yang berbadan dua.. Kini dia pulang dengan membawa buah hatinya.. Angin bayu, yang menyapa wajahnya disambut dengan senyuman..

Kaki diatur melangkah masuk melepasi gerbang ketibaan.. Terjerit-jerit seorang wanita sebayanya menyambut kedatangannya..

''Inas !'' berlari-lari dia mendapatkan Inas. Inas menolak troli yang mengandungi beberapa beg bagasinya.. Sementara bayinya masih terlena didalam sling bayi yang melekat di tubuhnya..

''nusrah..''Inas mendorong trolinya kearah Nusrah.. Sebaik troli itu sampai kepada Nusrah.. Troli itu terus disambut oleh lelaki yang berbadan tegap di samping Nusrah.

''encik.. Barang saya ni..'' kata Inas. Tidak membenarkan dua lelaki menghampiri trolinya.

''tak apa Inas.. Dia orang berdua ni nak tolong bawakan troli tu je..''

''bawa ke kereta yea..'' Nusrah memberi arahan.. Seorang lagi lelaki mengikut menjaga mereka..

''siapa dia orang ni Nusrah? Jangan cakap pengiring kau pula Nusrah ? Ke kau nak kahwin dengan anak raja.. Sampaikan ada pengiring bagai ni?'' tanya Inas melihat kepada dua lelaki yang mempunyai wajah beku itu..

'adoi, sahabat aku sorang ni.. Sempat di kata kita pula.. Nak kahwin dengan anak raja pula..? Tapi untung juga.. Alang-alang boleh rasa diiring oleh Man in Black sepanjang hari ini..' hati Nusrah bergelak sendiri..

''ha ah! Aku order special ni nak iring kau Inas.. Kau and baby Rifqi..'' jelas Nusrah.

''ada-ada ajelah kau ni Nusrah.. Ni kau nak bawa aku kemana ni?'' tanya Inas..

''kita pergi makan dulu.. Aku tahu mesti kau dah rindu sangat nak makan makanan Malaysia kan..'' Nusrah berkata sambil mengangkat kedua-dua keningnya keatas menggoda sahabatnya itu..

''okay.. Nak belanja ke? Syoknya...'' sorak Inas ceria..

''tak ada masalah sayang.. It on me..'' Nusrah memeluk sahabatnya.. Bayi yang terlena disebalik kain itu diusik Nusrah sehingga Rifqi mengeliat kecil..

Sesudah dua sahabat itu selesai menjamu selera.. Terus Nusrah menghantar Inas ke pejabat Raif.. Manakala dia pulang..

Raif yang baru sampai bersama dengan Hamzi dan Widad ke pejabat terus naik ke ruang kerjanya.. Tegang saja wajah Raif ketika itu.. Sehinggakan tak terlihat ada orang lain di dalam pejabatnya pada ketika itu..

Inas yang sedang duduk di sofa hanya memerhatikan saja tiga orang lelaki itu masuk ke ruangan itu.. Berbincang-bincang dengan serius.. Widad yang sudah melihat kearah Inas sekadar mengenyitkan matanya.. Dia sudah tahu semuanya.. Kerana dia sendiri terlibat dalam perancangan untuk Inas pulang ke malaysia..

Bunyi tangisan Rifqi membuatkan dua lelaki yang sedang berbincang dengan serius berpaling melihat kearah set sofa yang ada disebelah kiri ruangan bilik itu...

''manis!'' terjerit kecil Raif memanggil Inas.

''Inas!'' tak kurang juga Hamzi turut terjerit kecil melihat ada Inas yang duduk di sofa tersenyum kearah mereka semua..

''manis? Macam mana boleh ada disini?'' tanya Raif mengatur langkah kakinya menghampiri sofa hitam yang ada didalam ruangan bilik pejabatnya..

''suprise!'' kata Inas sambil menepuk tangannya dengan perlahan.. Sebaik saja Raif sudah mengambil Rifqi dari tangannya.. Kepala Inas dielus-elus lembut oleh Raif..

''wait-wait-wait!'' Hamzi yang masih tak tahu apa-apa buntu...

''suprise-suprise juga! Tapi ni siapa? Inas? Manja?'' tanyanya.. Menunjuk kearah bayi yang didukung oleh Raif.. Bayi itu direnung lama olehnya..

''kejap-kejap..'' tangan Hamzi terangkat keatas.. Menghalang dari Raif menjelaskan semuanya..

''wajah bayi ni! Macam...'' Raif berpaling melihat kearah Inas..

''muka dia macam..'' kepala Hamzi dibawa senget ke kiri dan kanan.. Meneliti setiap sudut wajah putih bayi itu..

''macam siapa abang? '' tanya Raif..

''MACAM MANJA!!'' jerit Hamzi .. Menunjukkan dua jari telunjuknya kearah Raif..

''so?'' tanya Raif..

''anak manja?'' Hamzi menggaru hujung keningnya.. Meneka-neka..

Raif yang sedang tersenyum itu menjatuhkan kepalanya beberapa kali.. Melopong Hamzi ketika itu..

''what! Tapi macam mana?'' tangan yang tadinya mengaru kening betukar memegang kepalanya..

''Inas sebenarnya.. Dah mengandung masa di keluar dari rumah tu abang..'' jelas Raif.. Sebelah tangannya memeluk bahu inas.. Lalu mencium dahi Inas..

''serius lah! Selama ini ? Oh no! Sampai hati manja tak beritahu abang.. Benda ni ! Kecik hati abang.. Both of you..!! '' Hamzi menunjuk kearah Inas dan juga Raif..

''manja pun sebenarnya tak tahu.. Mama dia terlalu berahsia abang..'' terang Raif..

''disebabkan korang dah rahsiakan tentang anak korang ni..'' Hamzi mengambil Rifqi dari dukungan Raif..

''abang...'' Raif mempertahankan bayinya dari bertukar tangan kepada Hamzi..

''bagi dekat abang.. Bagi abang tengok dia..'' Hamzi berusaha merebut Rifqi daripada Raif..

''ya Allah uncle tengoklah.. Mereka berdua ni boleh buat Rifqi macam toy pulak..'' Inas yang ada di tengah-tengah antara dua lelaki itu turut mengampu bayinya.. Risau juga dia melihat perebutan di antara dua lelaki itu.. Widad yang ada tak jauh dari mereka bertiga sekadar menggeleng dalam senyuman..

Nak abih dah... Hihihihihi.. Satu bab lagi - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience