"Saraa, Maksu mintak maaf bagi pihak Paksu dan Afrina, ya," ujar Maksu yang diselubungi rasa bersalah atas perbuatan suami dan anaknya.
"Kenapa nak mintak maaf? Layak ke Saraa nak bagi kemaafan? Saraa ni anak buah je," luah Saraa dengan nada mendatar. Langsung tiada ekspresi yang ditunjukkan di wajahnya. Kosong. Hatinya masih terkilan dengan perbuatan mereka terhadapnya.
"Saraa, janganlah macam ni. Semua orang kat dunia ni ada kesalahan masing-masing, dan semua orang juga layak memohon dan memberi kemaafan. Saraa maafkan diorang, ya," pujuk Maksu lembut.
Saraa diam seribu bahasa. Dia tidak dapat mencari alasan untuk diberikan kepada Maksunya. Sungguh, dia masih belum dapat memaafkan perbuatan mereka berdua, lebih-lebih lagi perbuatan Paksu. Akan tetapi, dia tidak sampai hati untuk memberitahu tentang hal tersebut kepada Maksu. Hatinya berbelah bahagi.
"Takpe, take your time. Maksu tahu yang Saraa masih marah kat diorang. Kalau Saraa maafkan diorang sekarang ni pun, tapi hati Saraa tak ikhlas takde gunanya jugak. Saraa redakan amarah Saraa dulu, baru Saraa maafkan diorang, ya," ujar Maksu lembut bagai mengetahui isi hati anak buahnya itu.
Saraa hanya membalasnya dengan senyuman. Dia bersyukur kerana Maksu memahaminya.
"Umm Saraa...," kini Maksu kelihatan sedikit teragak-agak.
"Ye?" Saraa memandang wajah Maksunya.
"Esok Saraa tak payah nak kemas rumah ke nak masak ke. Biar Af dan Suf je yang mengemas rumah esok. Makanan nanti Maksu sediakan untuk Saraa,"
Saraa yang hairan mendengarnya terus mengerutkan dahi.
"Kenapa, Maksu? Kalau sekadar nak menebus kesalahan, Saraa rasa tak perlu kot. Lagipun bukan berat sangat kerja Saraa nak mengemas rumah, selalunya Saraa menyapu lantai je. Kalau memasak, Saraa selalu masak nasi, ikan dan sayur je. Tak payah susah-susahla," jelasnya.
"Bukan macam tu. Sebenarnya esok ada orang datang nak tengok Saraa. Kalau boleh Maksu nak Saraa pakai baju kurung, ya," pesan Maksu.
"Kenapa pulak nak pakai baju kurung? Pakai baju biasa tak boleh ke? Kenapa diorang nak tengok Saraa?" soalnya bertubi-tubi kepada Maksu.
Maksu serba-salah untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada Saraa.
"Maksu, jawablah soalan Saraa," desak Saraa.
"Diorang datang sebab nak merisik Saraa," jawab Maksu perlahan.
"Me..merisik?!" Saraa terkejut dengan jawapan Maksu.
"Tapi Saraa masih muda. Saraa tak nak kahwin!" protesnya.
"Maksu tahu Saraa masih muda. Tapi...,"
"Maksu, Maksu tolonglah Saraa. Saraa taknak kahwin!" Saraa menggoncang-goncang lengan Maksunya.
"Maafkan Maksu, Saraa. Maksu tak dapat nak tolong Saraa. Ni semua keputusan Maklang dan Paksu. Maksu tak dapat nak membantah. Dua lawan satu, dua akan tetap menang," Maksu memandang wajah Saraa dengan penuh kasihan.
"Tapi Maksu..,"
"Maafkan Maksu, Saraa," Maksu melepaskan pegangan tangan Saraa lalu terus melangkah keluar dari dalam bilik Saraa. Hatinya tidak sanggup untuk melihat wajah Saraa pada waktu itu.
"Aku taknak kahwin, aku taknak kahwin, aku taknak kahwin, aku taknak kahwin," gumam Saraa sendirian sambil mencapai telefon untuk menelefon seseorang. Syafiqa.
"Assalamualaikum, Saraa,"
"Syaf! Kau kata hari tu kalau aku ada perlukan apa-apa, aku boleh mintak tolong kau, kan?" tanyanya cemas.
"Eh kau kenapa ni? Kau nak aku tolong apa?" soal Syafiqa yang hairan mendengar nafas kawannnya itu yang jelas kedengaran naik dan turun dengan cepat seperti baru lepas berlari pecut 100 meter.
"Tolong aku lari dari rumah," jawab Saraa tanpa berfikir panjang.
"What?! Kau serious ke ni?!" Syafiqa terkejut dengan jawapan yang diberikan.
"Kau boleh tak tolong aku ni?!!" tanyanya lagi.
"Kenapa kau tiba-tiba nak lari rumah ni, Saraa?" soal Syafiqa yang masih tidak percaya akan perkara yang didengarnya sebentar tadi.
"Aku tak ada masa nak terangkan semua benda kat kau. Aku cuma nak tau kau sanggup tak nak tolong aku?!" nada Saraa kini sudah sedikit meninggi. Hatinya geram apabila mendengar banyak soalan yang ditanya oleh Syafiqa.
"Okey, okey. Bila?" Syafiqa akhirnya mengalah.
"Malam ni,"
"Serious?"
"Pukul 11 malam nanti, kau tunggu kat hujung lorong kawasan rumah aku. Aku akan jumpa kau kat sana," Saraa mengemukakan rancangannya.
"Okey nanti kitaorang tunggu kau kat sana,"
"Aku tak nak Areena dan Shazrin tahu," pesan Saraa ringkas.
"Ke..kenapa?"
"Kau tolong hormat permintaan aku kali ni, okey?" ujar Saraa tegas. Saraa tahu jika mereka berdua mengetahui tentang hal ini, mereka akan mencegah rancangannya.
Syafiqa hanya mampu mengiakan.
"Kalau macam tu, malam ni aku tunggu kau kat sana,"
"Okey. Jangan lupa, ya. Thanks,"
Panggilan diputuskan.
Hatinya berdebar-debar. Tangan dan kakinya sejuk dan menggigil memikirkan tindakan yang bakal diambilnya.
'Betul ke tindakan aku ni?'
'Aku nak lari rumah hanya semata-mata tak nak kahwin?'
'Apa yang akan jadi kat aku lepas ni?'
'Dapat ke aku survive?'
'Tapi aku dah tak dapat nak tinggal dengan mereka'
'Aku mesti buktikan yang aku boleh hidup tanpa mereka'
'Aku mesti pastikan yang mereka akan menyesal atas perbuatan mereka terhadap aku dan ibu bapa aku'
'Aku mesti pandai cari cara untuk hidup. Suatu hari nanti, aku akan balik semula kat sini dan balas dendam kat diorang'
Saraa mula menguntum senyuman licik. Matanya bersinar-sinar dihiasi perasaan benci yang membuak-buak. Mindanya kini ligat memikirkan dendam yang bakal dibalas satu persatu.Hidupnya kini mempunyai matlamat baharu; iaitu membalas dendam kepada ahli keluarganya sendiri.
...
Usai menunaikan solat isyak, Saraa terus berkurung di dalam biliknya. Dia melipat pakaiannya untuk dimasukkan dalam beg galasnya. Tidak dilupakan, barang pentingnya yang lain seperti duit, kad pengenalan, passport, dan kad bank yang ditinggalkan oleh arwah ayah kepadanya. Semua diperiksa dengan teliti sebelum dia berpuas hati bahawa tiada yang tertinggal.
"Eh, ada lagi yang belum lengkap ni," omelnya sebelum keluar dari bilik untuk mengambil sesuatu di dalam bilik arwah ibu dan ayahnya.
Album gambar kenangan dia bersama arwah ibu bapanya.
"Okey, dah lengkap," dia tersenyum.
...
Syafiqa mengambil kunci kereta lalu berjalan terjengket-jengket untuk keluar dari rumah supaya tidak disedari oleh ibu bapanya. Malangnya, perlakuannya itu disedari oleh ibunya.
"Syaf, Syaf nak pergi mana tu?" soal ibunya.
Terkejut Syafiqa dibuatnya.
"Ammm Syaf na..nak ke..keluar jap. Syaf nak jum..jumpa kawan Syaf. Boleh ya, bu" jawabnya tergagap-gagap.
"Nak jumpa kawan? Dah pukul 10 malam dah ni. Sebab apa nak jumpa kawan?" ibunya mula menyoal siasat.
"Kawan Syaf tu ada masalah. Sebab tu Syaf nak jumpa dia. Syaf nak tahu apa masalah dia," Syafiqa mula mengolah alasan.
"Boleh percaya ke ni?" ibunya mengangkat kening tanda tidak percaya.
"Boleh. Ibu percayalah anak ibu yang sorang ni. Syaf janji lepas Syaf jumpa dia je Syaf terus balik," Syafiqa cuba meyakinkan ibunya.
"Okeylah. Tapi Syaf mesti balik secepat mungkin, ya?" ibunya memberi keizinan.
"Syaf janji,"
...
Jarum jam kini sudah melepasi pukul 11 malam. Saraa memeriksa segenap ruang rumahnya untuk memastikan semua orang sudah terlena dibuai mimpi. Senyap. Saraa berjalan membawa beg galasnya dengan berhati-hati supaya tidak mengejutkan mereka. Sebelum meneruskan langkah untuk lari dari rumah, Saraa meninggalkan sepucuk surat di hadapan pintu.
Setelah menutup pintu rumah dengan perlahan, dia terus berlari hingga ke hujung lorong lalu masuk ke dalam kereta Syafiqa yang sudah sedia menunggunya. Jantungnya berdegup laju. Dia bagai tidak percaya bahawa hasratnya untuk lari dari rumah sudah berjaya.
'Betul ke aku dah lari rumah ni?' soalnya dalam hati.
"Kau nak pergi mana sekarang?" tanya Syafiqa.
"Aku tak pasti," jawabnya ringkas.
"Kau nak tumpang kat rumah aku dulu tak?" Syafiqa mengemukakan cadangan.
"Eh tak nak lah,"
"Kenapa pulak? Kau tumpang je la kat rumah aku dulu. Mak ayah aku mesti suruh punya," pujuk Syafiqa.
"Kau nak aku bagi alasan apa kat mak bapak kau? Nak kata aku ni lari rumah? Memang tak logikla aku nak bagi mereka. Nanti mereka fikir aku ni budak liar pulak, gaduh dengan keluarga sikit dah nak lari rumah. Kau nak ke nanti diorang dah tak suruh kau jumpa aku lagi sebab aku ni 'liar'?" Saraa menyuarakan kerisauannya.
"Hmm ikut suka kau la. Tapi sekarang ni kau nak pergi mana? Takkan kau nak aku tinggalkan kau kat bawah jambatan kot?" Syafiqa mengerutkan dahi.
Saraa berfikir sejenak.
"Untuk malam ni, kau hantar aku kat mana-mana hotel murah kat pekan dulu. Untuk hari-hari yang akan mendatang nanti aku pandaila nak cari jalan penyelesaian sendiri," ujar Saraa.
"Sure?" Syafiqa meminta kepastian.
Saraa mengangguk dengan yakin.
"Terima kasih sebab sudi bantu aku," ucapnya.
...
"Saraa! Saraa!" laung Maksu sambil memeriksa segenap pelusuk rumah. Tiada kelibat Saraa kelihatan.
"Af, Af tahu tak Saraa pergi mana?" tanyanya kepada Afrina.
"Entahla. Afrina bukan pengasuh dia," jawabnya acuh tak acuh.
"Suf?" Maksu berpaling kepada Sufrina.
Sufrina hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Ibu! Ibu! Mika jumpa surat kat depan pintu!" Mikail berlari mendekati ibunya sambil membawa sepucuk surat.
"Surat apa ni?" Maksu kehairanan.
Maksu membuka surat tersebut dengan berhati-hati. Riak wajahnya berubah setelah membaca isi kandungan surat tersebut. Air mata mengalir perlahan membasahi pipinya.
"Ibu, ibu kenapa nangis?" tanya Mika yang tidak mengetahui apa-apa. Afrina dan Sufrina saling berpandangan.
"Abang! Abang!" Maksu memanggil suaminya.
"Kenapa dengan awak ni?" tanya Paksu yang baru keluar dari biliknya.
"Awak baca ni," Maksu menghulurkan surat tersebut kepada Paksu dengan tangan yang terketar-ketar.
“Terima kasih sebab sudi layan aku dengan 'baik' selama ni. Aku takkan lupa sampai bila-bila.
Untuk tidak menyusahkan hidup korang lagi, biar aku keluar dari hidup korang untuk mencari kehidupan sendiri.Suatu hari nanti aku akan kembali untuk balas balik 'jasa baik' korang kat aku. Korang tunggu kedatangan aku.
-Saraa Airisha Binti Azman.”
Setelah membacanya, Paksu merenyuk surat tersebut. Wajahnya merah menahan kemarahan.
"Kurang ajar punya budak! Berani dia lari dari rumah!" luahnya tidak berpuas hati.
"Kenapa abang nak marah? Abang jugak yang nak sangat dia keluar dari rumah ni kan?! Sampai sanggup nak kahwinkan dia bagai," Maksu menyerang Paksu dengan kata-katanya.
"Tapi aku tak suruh dia lari rumah! Aku suruh dia kahwin!" tengking Paksu.
"Hey! Hey! Apa yang kecoh-kecoh ni?" tanya Maklang yang tiba-tiba memunculkan diri bersama Syaza dan Mila.
"Saraa lari rumah," jawab Afrina ringkas.
"Hah?!" Maklang, Mila dan Syaza membeliakkan mata kerana terkejut.
"Hancur rancangan kita nak kahwinkan dia," ujar Paksu.
"Habistu macam mana sekarang ni? Rombongan merisik nak datang tengah hari ni," Maklang gelisah.
"Nak buat macam mana? Suruh diorang balikla. Buat malu je. Budak ni memang tak habis-habis nak bagi masalah kat kita," jawab Paksu kesal.
"Semua ni salah korang! Sebab korang, Saraa dah lari! Entah apalah nasib dia kat luar sana!" Maksu bersuara.
"Eh yang kau nak emosi sangat ni kenapa, Su? Nak salahkan kitaorang pulak. Kahwin tu kan perkara yang baik, salah ke kitaorang nak kahwinkan dia?!" marah Maklang.
Maksu sudah tidak mampu menjawab kerana tangisannya semakin kuat. Dia bagai tidak percaya bahawa Saraa, anak buah yang sudah dianggapnya seperti anak sendiri kini sudah lari dari rumah kerana rancangan jahat suami dan kakaknya yang benci akan anak buahnya itu.
Afrina dan Sufrina cuba menenangkan ibu mereka. Mikail pula masih terkebil-kebil kerana tidak memahami situasi yang berlaku.
...
Ring! Ring!
"Hello, assalamualaikum. Ye Syaf?"
"Saraa, aku dan Kak Nurul dah ada kat bawah ni. Kitaorang nak ajak kau sarapan sama-sama?"
"Ka..kakak kau ada sekali?" Saraa terkejut.
"Ha'ah. Alah kau chill la. Kakak aku ni cool orangnga. Dia tak cepat nak menhukum orang," ujar Syafiqa.
"Hmm ye lah. Kau tunggu, aku nak siap jap,"
Saraa memutuskan panggilan telefon lalu terus mengenakan tudung bawal hitamnya yang diguna malam tadi. Dia turun dari bangunan hotel lalu masuk ke dalam kereta Syafiqa yang berada di tempat parkir untuk pergi ke restoren berdekatan.
"Sekarang aku nak kau cerita kat aku dan kakak aku tentang masalah kau," arah Syafiqa.
"Hmmm macam ni...,"
Saraa menceritakan segala perkara yang telah mendorongnya untuk lari dari rumah kepada Syafiqa dan Nurul, kakak Syafiqa.
"Kesiannya Saraa," Nurul bersimpati.
"Hmm," Saraa tersenyum lemah.
"Saraa, kau nak tak kalau kakak aku tolong kau?" ujar Syafiqa. Nurul hanya mengangguk.
"Tolong? Nak tolong apa?"
"Lusa akak dah nak balik Sarawak, jadi akak nak Saraa ikut akak ke Sarawak. Tinggal dengan akak," Nurul tersenyum.
"Sa..Sarawak?"
"Kenapa? Kalau kau takde duit nak beli tiket flight, kau boleh guna duit aku dulu," Syafiqa sedia membantu.
"Eh tak. Duit simpanan aku masih ada lagi. Cukup kalau nak beli tiket. Tapi... betul ke ni?" Saraa ragu-ragu.
"Eh betullah. Sekurang-kurangnya akak ada kawan kat rumah. Taklah sunyi sangat," puji Nurul. Sudah tiga tahun dia berjauhan dengan keluarganya kerana bekerja di negeri tersebut.
"Okey. Saraa nak," Saraa bersetuju.
"Tapi sebelum tu, Saraa kena ada passport untuk ke sana. Saraa ada passport ke?" tanya Nurul.
Saraa mengangguk.
...
Setibanya di Sarawak....
"Selamat datang ke Bumi Kenyalang, Saraa!" ujar Nurul teruja kerana kini dia sudak tidak perlu bersendirian.
Saraa tertawa melihat gelagat Nurul.
Mereka menaiki teksi dari lapangan terbang untuk ke rumah sewa Nurul.
" Saraa buatlah rumah ni macam rumah sendiri," pelawa Nurul.
"Thank you, kak,"
"So, apa perancangan Saraa lepas ni?" tanyanya.
"Saraa ingat Saraa nak cari kerja. Akak boleh tolong Saraa cari kerja?"
"Nak kerja terus? Taknak masuk institusi kemahiran dulu? Senang sikit nanti Saraa dah ada pengalaman. Dapat jugak Saraa belajar bahasa Sarawak dulu. Takut pulak nanti Saraa tak faham apa yang diorang cakapkan," cadang Nurul.
"Institusi kemahiran?" Saraa mengerutkan dahi.
"Ha'ah. Macam Giatmara,"
"Tapi perlukan banyak duit, kan?"
"Eh, tak jugaklah. Setahu akak, nanti dia akan bagi elaun bulanan. Based on course yang Saraa ambillah," jelas Nurul.
"Macam best je. Bolehla. Akak tolong Saraa, ya?" Saraa teruja.
"Boleh je. Saraa nak ambik course apa? Jahitan? Kulinari? Or...,"
"Hmm Saraa minat menjahit, jadi Saraa nak jahitan lah. Nanti manalah tahu Saraa dapat bukak butik sendiri," jawabnya tanpa teragak-agak.
"Okay, set,"
Saraa tersenyum. Dia sudah dapat mengatur hala tujunya untuk menjadi seorang yang berjaya dan membalas dendam terhadap ahli keluarganya.
Share this novel