BAB 3: Shahir..

Drama Series 28608

Malam makin melarut sejak Tailong melangkah keluar dari rumah Fatin namun matanya masih berjaga mengenangkan nasibnya.Ayahnya yang dia kasihi sanggup membuatnya sebegini rupa. KEJAM! Air matanya mengalir lagi. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka perlahan. Kelihatan wajah Dato' Rohan menjengah dari pintu. Fatin yang sudah menjangkakannya tidak menoleh.

"Fatin? Fatin dah tidur ke?"tanya Dato' Rohan.

Tiada sebarang jawapan dari Fatin. Perasaan benci mula memutik di dalam hati kecil miliknya.

"Fatin.. Fatin kene faham. Papa buat semua ni untuk kebaikan kita semua." kata Dato' Rohan.

Bilik itu masih sunyi.

"Suatu hari nanti Fatin akan faham kenapa Papa buat semua ni. Maafkan Papa.."kata Dato' Rohan sebelum menutup pintu bilik itu kembali.

Setitis air mata mengalir lagi membasahkan pipinya yang kemerah-merahan itu. Matanya sayu. Barangkali sudah mengantuk.

'Kalaulah Mama ada..'bisik hatinya.

Matanya terlelap. Malam itu dia tidur dalam basah tangisannya mengenangkan nasib yang bakal dia tanggung tak lama lagi. Nasib yang entah baik atau buruk.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shahir hanya menunduk di hadapan Tailong. Jikalau hendak diikutkan hatinya dia memang taknak menjalankan tugas ini namun dia hanyalah Mafia bawahan Tailong. Plan ini mesti diteruskan.

"Plan ni mesti berjaya..Faham? Kalau tak.."kata Tailong mengugut.

Shahir mengangkat mukanya. Senyuman sinis terukir di bibir.

"Ya. Aku faham..Dah berapa lama kau kenal dengan aku Tailong..?"

Tailong hanya tersenyum. Ya, selama ini Shahir atau nama Mafianya Shake tak pernah menghampakannya.

"Ya, aku tahu tapi kali ni lain kau akan berurusan dengan seseorang yang lain daripada lain. Aku takut kau akan jatuh ke tangan dia pulak kali ni."kata Tailong.

Shahir menenung mata Tailong. Sungguh perkataan CINTA sudah lama tiada dalam kamus hidupnya.

"Tak. Aku takkan."katanya.

"Bagus."

Kata-kata Tailong diakhiri dengan ketawa jahat. Sementara itu, Tiger yang sedang berdiri di belakangnya hanya menenung Shahir dari belakang penuh dengan perasaan benci sambil menyilang tangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mata Fatin mula terbuka. Cahaya matahari yang sedang menerbit meluru masuk ke matanya membuatkan dia terpaksa mengecilkan mata. Masih ada lagi sisa–sisa sedunya daripada kejadian malam semalam. Fatin terus bangun dan mencapai tualanya yang tersangkut di ampaian kayu kecil miliknya di hujung bilik. Bilik air menjadi destinasi pertamanya selepas sedar dari alam mimpi.

Selepas selesai melilitkan shawl biru miliknya Fatin menuruni tangga dengan pantas dan senyap. Aroma nasi goreng mula menusuk ke hidung dan turun ke kalbu. Fatin menelan air liur. Nasi goreng Mak Senah sentiasa menjadi kegemarannya tetapi kali ini dia terpaksa menahan nafsu lapar. Dia terus menuju ke pintu keluar dengan pantas, Tiba–tiba..

"Fatin? Fatin nak pergi mana tu?.."tanya Dato' Rohan dengan muka berkerut.

Langkah Fatin terhenti. Fatin membetulkan posisinya. Suara itu ialah suara yang paling dia tak nak dengari pada waktu ini. Dia menoleh perlahan.

"Nak pergi jumpa Nairah. Duduk rumah ni pun ada apa je ?"katanya sambil menjeling.

Hati Dato' Rohan mula panas. Fatin tidak pernah melakukan perbuatan sebegitu rupa padanya sebelum ini. Hatinya dirundum rasa kecewa. Fatin kini bukan lagi bidadari kecilnya yang suka dibelai seperti sebelum ini.

"Fatin. Papa ni masih papa Fatin tau. Jangan sampai papa.."kata Dato' Rohan mengugut.

"Jangan sampai apa?! Tak cukup lagikah apa yang papa dah buat pada Fatin? Tak cukup lagikah?" tanya Fatin.

Air matanya mula bergenang namun empangan matanya diperkuatkan. Dia tak nak nampak lemah di hadapan bapanya.

Dato' Rohan terkelu. Hatinya remuk bagai besi yang diketuk dengan tukul. Dia hanya mampu bersabar. Dia tahu apa yang dia lakukan terhadap Fatin memang berat. Dia tidak layak untuk menghalang Fatin tapi kalau nak dibandingkan dengan akibat yang dia dan Fatin akan terima kalau dia tidak melakukan sebegini rupa lagi berat padahnya.

Fatin hanya keluar tidak menoleh. Dia masuk ke dalam keretanya. Pintu dihempas kuat.
Tangis yang ditahan diluahkan di dalam kereta. Empangan yang tadi kukuh terus hancur lebur. Dia mengambil telefonnya dan menekan nama Nairah.

"Ya, ni Nairah."jawab Nairah.

Fatin tersedu–sedan menjawab.

"Nairah jumpa aku kat taman.."kata Fatin.

"Weyh! Kau kenapa ni?! Kau menangis ke?! Ok aku datang skang."panggilan itu diputuskan dengan kerisauan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Fatin?! Kau..."

Fatin terus memeluk erat tubuh Nairah yang baru sahaja sampai tadi. Nairah terkaku. Terdapat banyak persoalan di dalam kepalanya sekarang namun dia tahu perasaan Fatin lebih penting daripada soalan itu sekarang ni. Nairah mengusap perlahan badan Fatin. Tak pernah dia menyaksikan Fatin menangis seteruk ini.

Setelah beberapa saat berlalu barulah Fatin membuka pelukannya. Matanya basah. Nairah hanya mengeluh melihat nasib sahabatnya itu. Mereka duduk di bangku kayu taman.

"Apa dah jadi ni Fatin?"tanya Nairah.

Fatin menunduk sayu sambil menceritakan apa yang terjadi sebenarnya.

"What?! Sanggup Papa kau buat kau macam tu?! "pekiknya tidak percaya.

Setahu Nairah, Fatin dan Papanya sangat rapat. Tidak mungkin Dato' Rohan sanggup melakukan sebegitu rupa terhadap Fatin. Ianya kejadian yang tidak boleh diterima dek akal namun ia sudah pun terjadi. Ke Dato' Rohan yang gila?

"Aku tak sangka dia sanggup buat macam tu pada aku.. Kalaulah mama aku ada.."kata Fatin teresak-esak.

Air mata mencurah lagi.

Nairah bertindak memeluknya mengharap supaya dapat meredakan sedikit badai ribut di hati. Namun sebenarnya hati Nairah turut sedih melihat Fatin yang ceria orangnya perlakukan sedemikian oleh papanya sendiri. Kalau nak diikutkan hati mahu saja dia lakukan lebih dari sekadar memeluk Fatin tapi apakan daya.

"Ya Allah, kau redakanlah keresahan yang melanda hati sahabatku ini ya Allah."jerit hatinya.

Nairah hanya terus mengusap-usap lembut belakang badan Fatin sambil mengharapkan yang terbaik.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kelihatan Shahir di sebalik pokok mengintip dari jauh sasarannya kali ni. Ya, kali ni dia benar-benar kalah. Kalau nak diikutkan hati dia tak sanggup tapi dia terpaksa.Dia menyarung hoodienya ke kepala. Kakinya berjalan meninggalkan taman yang sunyi dan damai itu.

Shahir sebenarnya ialah anak yatim piatu. Makcik dan pakciknya ialah seorang yang tidak berhati perut. Mereka menjaga Shahir hanya disebabkan hartanya. Sempurna tapi penuh cacat cela itulah kehidupan Shahir. Walau dia cukup dari segi harta benda tapi jiwa dan jasadnya didera dengan teruk. Dia seperti sudah putus asa dengan kehidupannya. Sehinggalah satu hari, kakinya melangkah keluar dari rumah.

Namun tiada yang berbeza. Kehidupannya masih terseksa dengan bermacam dugaan yang mendatang. Shahir yang hanya berusia 9 tahun hidup sebagai pengemis di tepi jalan. Namun nasibnya menjadi semakin baik apabila bertemu dengan seorang lelaki bernama Jai. Jai mengajar cara hidup yang lain daripada perspektif Shahir selama ini. Mencuri. Mulanya Shahir berasa tidak kena. Namun dia mula berasa selesa. Selesa dengan dunia itu.

Pada satu hari Shahir tertangkap semasa mencuri di sebuah kedai makan. Kakinya pantas berlari. Berlari selaju yang boleh. Sehingga dia terlanggar seorang lelaki yang mengajarnya tentang dunia Mafia. Tailong sudah seperti ayahnya sendiri. Dia belajar di bawah Tailong bersama dengan Tiger. Seni bela diri digunakan untuk membunuh. Ya, memang sekarang dia dibelai dengan harta dan kekayaan. Namun dia masih ingat tentang asal usulnya. Dahinya masih bersujud kepada Nya walau bukan selalu. Tekaknya hanya sekali meneguk air kencing syaitan itu. Ya, dia memang pembunuh namun bukan hatinya.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience