AFSHIN 02

Fantasy Completed 7262

Kantung hitam yang menghiasi mata Rycca jelas menunjukkan gadis itu tidak cukup lena. Semuanya gara-gara lelaki misteri yang muncul semalam. Rycca menyapu jam stawberry di atas roti sambil mulut tidak henti-henti menguap. Rissa yang melihat gelagat adiknya itu hanya menggeleng-gelengkan kepala.


"Akak kena pergi outstation hari ini. Kau tak apa kan duduk di rumah sorang-sorang?" Rissa menghirup teh panas yang dibancuhnya sebentar tadi.


"Pergi ajelah kak. Rycca dah besar. Lagipun Rycca kena juga belajar untuk hidup sendiri." Rycca membalas malas. Sejak ayahnya meninggal, mereka berdua membuat keputusan untuk memberhentikan orang gaji yang menjaga makan minum mereka selama ini. Jadi, mungkin akaknya risau dia tinggal seorang diri kerana sebelum ini ada orang gaji mereka yang menemani di rumah.


"Yelah.. Nanti ada apa-apa hal, call akak terus. Kalau urusan akak selesai dengan cepat, dalam seminggu macam tu akak dah boleh balek. Kau tu nanti bawalah kawan kau datang sini temankan kau. Akak pun tak senang duduk, tinggal kau sorang-sorang." Rissa berpesan sebelum mula melangkah dengan penuh gaya ke muka pintu.


Rycca hanya mengangguk lemah. "Pandai-pandai Ryccalah nanti. Akak jangan risau tentang Rycca. Rycca tahu nak jaga diri macam mana." Rycca membalas.


"Baiklah. Akak pergi dulu. Jangan lupa kunci semua pintu kalau kau nak keluar. Check apa yang patut sebelum masuk tidur. Jangan lupa!" Rissa menjerit dari sisi keretanya.


Rycca hanya menggangguk membalas bebelan kakaknya. Dia betul-betul rasa mengantuk sekarang. Katil dan tilam empuk sudah menari-nari di hadapan matanya kini. Langkahnya yang ingin dibawa menuju ke bilik terhenti, sebelum pandangannya mula tertancap pada sesuatu di luar rumah menerusi sliding door yang menghubungkan ruang dapur dengan laman belakang rumahnya. Laman di mana dia melihat lelaki misteri itu.


Cahaya yang berkilauan di atas rumput itu menarik perhatiannya. Terus sahaja Rycca membawa diri ke halaman itu. Semakin dekat dengan objek tersebut, semakin berdebar pula jantungnya dirasakan.


"Rantai?" Rycca tunduk mengutip rantai perak yang terdampar di atas rumput. Terik matahari yang memancar ke arah rantai itu menyebabkan kilauan sebentar tadi. Rycca mula membelek-belek rantai itu bersama dahi yang berkerut.


"Rantai siapa? Setahu aku Rissa tak pernah pakai rantai perak. Aku lagilah." Rycca mula tertanya-tanya. Penat otaknya memerah gerangan yang memiliki rantai perak itu. Tiba-tiba ingatannya teringatkan lelaki berhoodie semalam.


"Aku yakin rantai ini kepunyaannya." Muka Rycca bertukar serius. Dia bertambah yakin apabila mengenal pasti kedudukan lelaki itu semalam. Rantai itu mungkin terjatuh semasa lelaki itu kalut melarikan diri. Di situlah dia melihat lelaki berhoodie itu. Jadi, tidak dapat dinafikan lagi rantai tersebut milik lelaki itu.


Rycca kembali membelek dengan lebih teliti rantai di genggamannya. Entah apa yang dicari dia sendiri tidak pasti. Tetapi jujur dikatakan dia mula tertarik dengan rantai itu. Rantai yang berbentuk istana dan terlihat sebutir bintang diukir atas istana tersebut. Simple tapi cantik.


"Eh! Aku rasa macam pernah tengok bentuk rantai ni." Rycca mengetuk-ngetuk dagunya cuba membuka memori. Sumpah bentuk dan ukiran istana itu terasa familiar pada pandangannya.


Rycca membulatkan mata apabila dia teringatkan sesuatu. Laju sahaja kakinya mengorak langkah ke bilik kerja ayahnya. Buku yang diambil semalam kembali dicari. Dia terkedu seketika sambil memandang kulit buku tersebut dengan rantai di tangan bersilih ganti.


"Kebetulan atau.." Rycca tidak dapat meneruskan kata. Betullah andaiannya. Bentuk ukiran itu persis sekali dengan lambang di kulit buku ungu itu dan dibelakang potret wajah ibunya. Sangat sama.


"Siapa lelaki itu? Apa yang dia mahukan dari aku?" Rycca mundar-mandir sendiri. Tidak mungkin semuanya kebetulan. Tidak mungkin kehadiran lelaki itu secara kebetulan. Atau mungkin lelaki itu tahu di mana ibu berada? Hanya seorang sahaja yang mampu menjawab semua persoalannya. Lelaki misteri itu!


"Ya! Aku perlu bersemuka dengan dia." Rycca nekad.

BUNYI cengkerik yang memenuhi suasana sepi itu tidak langsung menggetarkan hati Rycca yang berkeliaran di halaman belakang rumahnya. Dia menunggu kehadiran seseorang. Kehadiran seseorang yang tidak pasti sama ada akan muncul atau tidak. Tapi entah mengapa hatinya yakin lelaki itu akan hadir malam ini.


"Ini semua kerja gila." Rycca menggumam seorang diri. Dia tahu dirinya kini terdedah kepada bahaya kerana bila-bila masa sahaja lelaki itu boleh menyerang hendap dirinya. Rycca tidak peduli dengan semua itu. Dia tidak kisah kerana dengan ilmu persilatan dan taekwondo yang dimiliki mungkin sedikit sebanyak dapat membantunya mempertahankan diri nanti jika hal itu berlaku.


Bunyi akar pohon kering dipijak membuatkan Rycca berpusing ke belakang. Tubuhnya diam tidak berkutik apabila dihadapannya kini berdiri lelaki berhoodie itu. Lelaki misteri semalam akhirnya muncul dihadapannya kini.


Terasa dirinya ditenung sesuatu, pantas sahaja lelaki itu memanggungkan kepalanya yang menunduk sejak tadi. Jelas dirinya tersentak apabila melihat Rycca muncul dihadapannya. Dia mula berpaling ingin melarikan diri. Tidak menyangka gadis itu berada di luar pada waktu begini.

"Siapa kau?!" Suara keras Rycca mematikan langkah lelaki itu.


"Apa tujuan kau ke sini?!" Rycca kembali bertanya apabila dilihat lelaki itu diam ditempatnya berdiri. Walaupun lelaki tersebut membelakanginya, tetapi Rycca tahu pertanyaannya didengari dengan jelas.


Sepi melanda suasana seketika. Lama kedua-duanya mendiamkan diri.


"Rantai.. Rantai ini kau punya kan?! Ukiran rantai ini sama dengan lambang dibelakang potret wajah ibu aku. Kau tahu ibu aku dekat mana?" Rycca akhirnya kembali bersuara. Tidak betah berada dalam kebisuan yang lama. Dia mengeluarkan rantai perak dari sweaternya.


Rycca sudah tidak mampu menahan kesabaran di dalam hati apabila lelaki itu seperti tidak mahu bercakap dengannya. Dia mula mendekati lelaki itu. Ingin sekali mengetahui identiti lelaki dihadapannya ini. Ingin melihat wajah sebenar lelaki misteri itu.


"Jika kamu ingin mengetahui bab perihal hidupmu, pergilah mencarinya. Ibumu mengerti segala hal yang tidak kamu ketahui." Suara garau itu akhirnya kedengaran. Sejurus itu, tubuhnya hilang dibalik hutan seolah-olah tahu niat Rycca yang ingin menarik mask yang menutupi wajahnya.


Rycca tidak sempat mengejar kerana pandangannya terhad dengan persekitaran yang gelap sekarang. Nampak sangat lelaki tersebut tahu-menahu tentang selok-belok jalan di dalam hutan. Mungkin semalam bukan kali pertama lelaki itu ke sini. Boleh jadi lelaki itu sudah mengikutinya sejak sekian lama, cuma dirinya yang tidak perasan selama ini.


'Jika kamu ingin mengetahui bab perihal hidupmu, pergilah mencarinya. Ibumu mengerti segala hal yang tidak kamu ketahui.' Kata-kata itu kembali terngiang di dalan fikiran Rycca. Dia yakin semuanya berkait sekarang. Riwayat Afshin, lokasi ibunya, Kawasan Essam dan sekarang lelaki misteri itu yang muncul entah dari mana sedikit sebanyak menimbulkan perasaan ingin tahu dalam hati Rycca.


"Aku akan mencari lokasi ini. Mungkin ibu berada di situ." Rycca merenung koordinat yang tertulis di belakang gambar tersebut. Dia tidak tahu apa yang akan menantinya di tempat tersebut, tetapi dia harus juga pergi mencari ibunya. Mungkin ibunya perlukan pertolongannya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience