Part 14

Humor Series 90875

Bila aku kata insomnia makanya aku tidak dapat tidur lena semalaman. Whatsapp yang yang terima sudah cukup menggoncangkan lena tidurku. Sampai sekarang aku tidak habis fikir dibuatnya. Sama ada tersilap hantar atau si pengirim sudah dirasuk oleh sesuatu.

Mustahil.

Sangat mustahil kalau Emir yang menghantar whatsapp berkenaan. Lebih-lebih lagi ayat tersebut. Pendek tapi sangat berkuasa.

Tak nak melawat aku ke.

Sumpah, malam tu jugak insomnia. Tak lena tidur aku terkenangkan siapa empunya nombor telefon berkenaan yang tiada dalam senarai kenalan. Tiada salam, tiada nama, tiba-tiba sahaja bertanya.

Tangan terasa gatal untuk membalas, namun aku takut akan jawapan yang bakal diterima. Entah-entah memang Emir. Hatiku kuat mengatakan Emir empunya whatsapp tersebut. Tapi, peliklah pulak. Tiada angin, tiada hujan, tiasa salji, tiada musim luruh, tiba-tiba hantar whatsapp kat aku. Tak ke luar tabii sungguh tu?

Pagi itu, aku ke luar dari bilik, Amira tercengang.

"kau kenapa?"

Aku mengeluh seraya duduk bertenggek di kerusi.

"Insomnia."

Amira kerut dahi. "Lahh, apasal pulak? Kau mimpi ngeri ke apa semalam?"

Aku angguk seraya memangku kepala ke atas meja.

"Ngeri sehh."

"Ngeri apa pulak ni? Cuba cerita kat aku."

Tangan Amira lincah menyediakan sarapan pagi. Aku tiada mood hendak ke dapur. Dek kerana whatsapp yang aku terima semua mood aku melayang dengan jayanya.

"Kau baca ni."

Aku hulurkan fon kea rah Amira. Dia kerut dahi.

"Ohhhhheemmmeggeee."

Aku angkat muka sambil juling bibir. "Tak payah ohmehgehh sangat. Ngeri tak?"

Amira ketawa sambil tangan lincah menggesek-gesek telefonku.

"Kau rasa siapa yang hantar?"

Aku garu kepala. Soalan bernas tu.

"Entahlah. Aku syak naga jantan tu tapi tak mungkinlah."

"Sebab?"

Aku kerut dahi.

"Ish, kau fikir sendirilah. Takkan lah tetiba dia nak sent whatsapp macam tu kat aku?Logiklah."

Amira tersengih. "Mungkin Emirlah sent."

Aku mengeluh. " Instinct aku kata ya. Tapi kalau betul lah dia yang hantar, kau tak rasa ke tu memang dah pelik? Luar tabii?"

Amira tiba tiba petik jari bila bunyi ting daripada telefonku berbunyi, menandakan ada whatsapp yang masuk. Ehh?

Aku jeling maut ke arah Amira. " kau buat apa tuu?"

Telefon dihulur ke arahku. Hampir nak terkeluar anak mata anak tekak anak hidung semua apabila melihat ayat yang tertera di skrin telefon.

Ye. Akulah ni. Emir!! Huh!

Reply pun lambat.

"Amira Jehanna!!!!!!!!"

Amira ketawa kuat. "Reaksi kau lambat sangatlah. Kan Emir marah dah tu."

Aku meraung. Arhh!!! Ni kenapa pulak naga jantan boleh pulak berwhatsapp dengan aku? Munykil. Pelik bin ajaib.

Aku genggam erat telefon aku. Terasa mahu membaling fon tersebut ke dinding sekarang jugak. Macam mana dia boleh dapat nombor aku ni. Arhh!! Tension aku. apa mimpi dia semalam? Tersampuk jembalang ke? Jembalang tanah? Air? api? Kayu? Angin?

"Gila ke apa Emir ni?"

"Dia tak gila cumanya Emir tu suka kat kau. Betullah teori aku."

Aku jeling maut level 9 ke arah Amira. Gila! Tak sanggup aku. dahlah dia tu bad boy. Astaghfirullah hal-azim!! Tak aman hidup aku nanti.

"Teori apa?"

Amira garu pipi sambil tangan kanannya lincah mengacau air di hadapannya.

"Hampir setiap hari nama Emir tu tak pernah gagal meniti dari mulut kau setiap hari. Aku rasakan berkat nama Emir tu, akhirnya Emir pun jatuh hati dekat kau. Tambah lagi, asyik kau aje yang dia cari masalah. Dia ada masalah kau aje yang tolong dia kan."

Aku kerut dahi. Sungguh tak logik. Tang mana logik reason si Amira ni. Nak masuk ke dalam longkang teruihhh. Tentang Emir bermasalah, bukan dia seorang sahaja kot, hampir kesemua kelas Tingkatan Enam Pluto yang bermasalah akan cari aku. Terutama apabila melibatkan bilik PKHEM dan balai polis. Nama aku sahaja yang dirujuk.

Agaknya, aku dah boleh upgrade jawatan sebagai PKHEM baru atau resign jawatan sebagai guru kepada pegawai polis. Nanti, kalau ada student buat masalah, terus refer kat aku. Kan senang. See?

"tak logik la kau punya reason."

Amira jongket bahu. " Tapi aku rasa benda tu sangat logiklah. Nama korang dua pun. Emir Hafiz dan Nuralthea. Nama anak korang boleh la letak Hathea ke? Cun pulak aku dengar."

"gila! Cubalah kau doakan aku kahwin dengan orang baik-baik, yang dah ada kerjaya, yang stok-cair-mak-mentua ke, yang tua sikit daripada aku ke?"

Tergelak Amira.

"Aku doakan kau kahwin dengan Emir nanti baru tahu. Kaulah yang asyik dok ucap nama Emir aje ni."

Terus terhenti ketawa Amira. Nah, padan muka.

"tak lawak okey."

Tahu pun tak lawak. Tadi sibuk suruh aku kahwin dengan Emir. Siap suggest nama anak pulak tu.

"merana aku nanti dapat Emir tu. Silap-silap mak aku yang sakit jantung tu boleh jalan terus."

"Tak payah tunggu mak kau. Aku ni yang menghadap Emir pun boleh sakit jantung, sakit hati, sakit buah pinggang terus tau."

Amira cebik mulut. " Dramatik sangat tu."

Aku muncung mulut. " Kau tak menghadap Emir tu hari-hari. Aku ni yang terpaksa menghadap Emir. Tu. Kesian pulak aku tengok mak ayah Emir. Tak gila ke menghadap anak macam tu? Aku yang ni pun boleh tumbuh uban terus kalau Emir muncul lagi tahun depan."

Amira sambung ketawa.

"Oh, ye. Bercakap tentang mak ayah Emir kan, macam mana hari tu? Kau tak cerita pun lagi kat aku."

"Oh, mereka cakap nak jumpa aku, nak bincang pasal si Emir tu. Aku kena buat sesuatu supaya Emir tu tak muncul lagi untuk tahun hadapan. Tapi tunggulah dulu. sekarang masa tak sesuai lagi."

Amira angguk-angguk kepala.

"tapi, kau nak tunggu masa bila lagi. Tak lama lagi nak dekat STPM tau. Budak-budak pun mula counting days sekarang ni tau untuk STPM."

Aku terasa nak ketuk kepala sendiri. Ada betulnya kata Amira. Bila lagi aku nak tangguh benda ni. Hari semakin dekat dengan STPM. Bila pulak nak jalankan misi mentaubatkan dan membimbing Emir ke jalan yang benar ni?

Nak tak nak aku kena rancang misi khas. Tapi sempat ke aku?

"Woi, kau nak pergi mana tu?"

Amira menegur apabila aku angkat punggung dari dapur. aku toleh belakang.

"Nak mandilah."

"Ni, whatsapp Emir tak nak reply ke?"

Amira angkat tinggi tinggi telefon aku. Arh, boleh lupa pulak whatsapp si Emir. Nak balas?

Tak payah. Seram pulak aku dibuatnya. Ngeri seh.

"muka taknak reply aje. Takpe aku reply dah. Aku cakap kita nak melawat dia arini. Siap, pakai cantik-cantik tau."

Rahangku terjatuh. What?! What?! Luas biji mataku melihat Amira yang tersengih.

"Amira Jehanna!!!!!!! You are so dead!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience