BAB 19

Family Completed 6948

TIGA TAHUN KEMUDIAN

Sara menggigit-gigit straw pada chocolate blendednya itu lalu mendengus geram. Dia melihat jamnya. Dia menggigit bibirnya. Sudah sejam dia menunggu disitu. Kelibat Adam masih belum kelihatan.

“Makin hari makin lambat dia datang! Bagus tak payah nak berjanji!” bebel Sara geram sambil melihat sekeliling. Dia berasa cemburu melihat beberapa pasangan yang sedang bergembira berjalan-jalan di pantai itu.

“Bagus tak payah ada suami kalau macam ni!” bebelnya lagi.

Beberapa saat kemudian, dia melihat Adam sedang berlari laju mendekatinya. Rasa geramnya berubah menjadi lucu saat melihat Adam begitu. Dengan pakaian pejabat berlari sebegitu, mengundang jelingan pelik dari pengunjung pantai itu.

“Sayang!” Adam berkata, dia tercungap-cungap kepenatan.

“Hah, tahu pun lambat!” marah Sara, dia menyembunyikan rasa lucunya. Lucu melihat wajah begitu.

“Sorry, sorry!” balas Adam.

Sara mengeluarkan tisu dari begnya lalu mengesat peluh di wajah Adam. Adam tersenyum pada Sara.

“Kalau dah tahu busy, tak payahlah nak ajak keluar! Jumpa kat rumah kan senang!” ujar Sara.

Adam menggeleng.

“Mana boleh kat rumah je! Sayang ingat dating tu orang yang couple je ke boleh buat? Sepatutnya dating tu cuma untuk orang yang dah kahwin je tau, barulah tak bahaya!” bebel Adam.

“Pandai betul kan awak ni bercakap!” ejek Sara.

“Betullah, sebab tu la saya ajak awak kahwin cepat-cepat!” balas Adam lalu memeluk Sara. Sara tersenyum.

“Thanks sayang!” ucap Adam ikhlas.

“Hmm??” balas Sara.

“Thanks sebab bagi saya peluang and thanks sebab ni!” ujar Adam lalu melepaskan pelukannya dan meletakkan jarinya pada perut Sara.

Sara memandang Adam lalu tersenyum gembira. Kalaulah dia mengambil keputusan yang salah dulu, tentu dia tidak akan berasa gembira dan bahagia sekarang. Seandainya sahaja dia mengambil keputusan yang salah, tentu dia akan menyesal. Dia memejamkan matanya, mengusir perasaan takut kehilangan Adam.

“Sayang, ehh, takkan tidur pula!” usik Adam.

Sara membuka matanya lalu mencubit telinga Adam.

“Kalau awak tak datang lagi tadi, mungkin saya dah tertidur betul-betul tau!” marah Sara geram.

Adam tersengih lalu melepaskan tangan Sara dari telinganya lalu menggenggamnya.

“Jom!” ajak Adam.

Sara tersenyum lalu mengangguk. Kemudian mereka berjalan-jalan disekitar pantai itu sambil berpegangan tangan.

********************************

Haikal menggaru-garu kepalanya sambil mengekori Nurin dari belakang. Nurin yang geram tidak berkata apa-apa. Ini bukan kali pertama Haikal lupa akan harijadinya.

Bunyi handphonenya mengejutkannya. Pantas dia mengeluarkan handphonenya dari begnya. Ada mesej yang masuk.

‘Nurin, I’m so sorry! Saya tak lupa hari ni hari jadi awak, saya cuma prepare something untuk awak.Cuba awak pusing belakang.’

Selesai membaca mesej itu, Nurin berhenti berjalan. Dia masih berfikir samada hendak melihat ke belakang atau tidak. Dia menghela nafas sebelum mengangguk. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang.

Dia terpaku melihat sejambak bunga yang dihulurkan oleh Haikal itu. Haikal tersenyum pada Nurin sebelum mengisyaratkan agar Nurin mengambil bunga itu. Perlahan-lahan Nurin mengambil bunga itu dan mendapati ada sekeping nota disitu. Dia mencapai nota itu lalu membacanya. Dia tersentak saat membaca nota kecil itu.

‘Will you be my girlfriend?? J’

Nurin mengalihkan pandangannya pada Haikal yang sedang tersenyum lebar itu.

“Will you be my girlfriend?” Haikal bertanya.

Nurin tersenyum lalu menunduk. Dia berasa sungguh gembira. Dalam beberapa tahun ini hubungannya dengan Haikal bertambah baik dan dia sentiasa berharap agar Haikal berkata begitu. Tidak dia sangka-sangka, pada hari itu hasratnya tertunai.

“Will you?” sekali lagi Haikal berkata.

“Yes!” jawab Nurin lalu tersenyum gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience