Bab 8

Romance Series 9630

BAB 8

“Hai,cantik!” sapaan suara yang tidak menjadi kegemaran Maisarah untuk mendengarnya. Sedang dia berjalan di pasaraya, sekali lagi Zikri hadir di hadapannya.

“Nak apa lagi? Tak faham ke? Move on!"bentak Maisarah geram dengan lelaki bebal ni.

“Awak dah kahwin dan suami awak dah meninggal dunia kan? Awak sekarang dah berstatus janda anak satu tapi saya tak peduli. Saya mahu menebus kesilapan dan bersama dengan awak semula.” kata Fakhri serius.

Maisarah mengeluh. Ditolaknya troli ke hadapan.

“Zikri, saya ni janda! Ada anak. Awak nak ke perempuan macam saya?Sanggup terima anak saya dan sayang anak saya macam mana awak kata awak sayangkan saya? Apa yang jadi dulu dah jadi kisah lama. Saya dah lama maafkan awak dan saya hidup bahagia lepas apa yang dah jadi.Awak boleh cari orang lain yang jauh lebih baik dari saya.Jangan harapkan apa-apa lagi okay?” Maisarah menghamburkan kata-katanya tenang supaya Zikri memahami dan berhenti muncul dalam hidupnya.

"Sarah, bagilah saya peluang sekali lagi untuk buktikan yang saya betul-betul sayangkan awak.Saya rasa bersalah. Terima lah saya semula. Kita mulakan hidup baru,” rayu Zikri.

“Zikri, saya tak boleh terima awak semula. Memang tak ada ruang dalam hati saya untuk awak lagi,”terang Maisarah.

“Mia?” kata-kata Fakhri terhenti sebaik sahaja melihat wajah-wajah di hadapannya ini tegang. Fakhri menghampiri Maisarah dan mengangkat keningnya seolah-olah menanyakan apa yang terjadi.

“Zikri, inilah sebab saya tak boleh terima awak lagi. Ini tunang saya, Fakhri. Seorang Inspektor polis di PJ. Kami dah bertunang bulan lepas dan saya akan berkahwin dua bulan lagi.Saya dah bahagia dengan hidup saya dan saya harap awak cari kebahagiaan awak sendiri dengan orang lain.”. Tenganga Zikri apabila Maisarah memperkenalkan Fakhri sebagai tunangya. Fakhri tersenyum gembira mendengar pengakuan Maisarah tadi. Dihulurnya tangan untuk berjabat. Zikri menyambutnya dengan senyuman pahit. Benarlah segala kemesraan yang disaksikannya selama ini. Dia pun berlalu pergi.

Zikri sempat menoleh semula ke belakang. Dia memandang Maisarah yang berlalu pergi bersama lelaki yang diakui sebagai tunangnya. Akhirnya dia akui dia terpaksa akur dengan keputusan Maisarah yang sememangnya memilih lelaki lain dan bukannya dia. Dia tahu semua itu berpunca dari kesilapannya sendiri.

****************

“Mia,siapa lelaki tadi tu?”soal Fakhri sebaik sahaja Maisarah masuk ke dalam perut kereta.

“Ex-boyfriend saya. Kenapa? Cemburu?”selamba sahaja Maisarah membalas dengan nada tiada perasaan.

“Cemburulah! Walaupun kulit dia tak cerah macam saya,tapi dia pun boleh tahan handsome juga! Ramai betullah suka awak. Dari sekolah sampai dah ada anak pun,ada juga yang berkenan. Macam mana saya nak dapat jodoh saya ni?” bebel Fakhri dengan nada cemburu. Mukanya mencuka menahan rasa.

"Merepek apa ni? dah dapat tunang menyamar pun oklah kan. Kenalah cari yang real punya," balas Maisarah tidak mengerti ayat double meaning Fakhri itu.

"Tapi saya serius ni. Jadi tunang saya yang real!" kata fakhri bersungguh.

Maisarah terkedu. Biar betul kawannya ini mahu dia menjadi tunangnya. Lamaran pun dinyatakan di parkir pasaraya saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience