"You gotta be kidding me?"tanya Eden sambil jalan mendekati Davina. "Dari awal lagi kau tahu apa yang berlaku tapi kau tak cakap apa-apa mengenainya kepada aku atau Declan?"tanya dia lagi lepas berdiri melangit di depan Davina.
Davina terkedu di situ. Dia terundur ke belakang sikit kerana agak intimidate dengan Eden yang kelihatan bengang dengan kenyataan ni.
"Beritahu aku...apa yang berlaku dekat kapal tu kau memang dah tahu dari awal ianya berpunca dari Spencer sendiri atau tak?"
Davina menggeleng kepala sambil mengetap bibir dengan erat.
"By word. You not mute!"arah Eden dengan tegas sambil jalan mempenjurukan Davina ke belakang.
Tak tahu nak cakap macam mana, Davina hanya pandang Eden dan jalan undur ke belakang nak jauhkan diri.
"Davina!Answer me!"ketap Eden yang hendak mengawal diri dari tinggikan suara di situ.
Bersandar Davina pada almari tadi lepas Eden berderam padanya dengan garang begitu sekali. Nafasnya mula naik turun tidak menentu. Apa dia nak cakap sekarang ni?Takkan la dia kena beritahu semuanya?
"Tak sebelum serangan tu berlaku."jawab Davina sambil pandang ke kotak di sebelahnya.
Kening Eden berkerut, dia pegang bawah dagu Davina dan palingkan muka tu supaya memandang dia. "Apa maksud kau?"tanya dia sewaktu meletakkan tangan di tepi kepala tu lalu tunduk sondong di depan muka Davina. Cuba nak kesan sama ada Davina berkata benar atau tidak padanya.
Davina ketap giginya dengan erat sewaktu merenung tepat ke mata Eden. "Malam sebelum kejadian berlaku aku ada bertembung dengan dia...masa tu aku tak tahu lagi siapa dia sebenarnya, sampai la pada malam kau orang heret aku sekali ke tempat persembunyian tu...dia ada datang ke bilik dan tanya aku something tentang barang apa aku tak sure...kemudian dia tunjukkan diri dia dekat aku. Dari situ aku tahu dia terlibat dalam kegiatan tu.."jelasnya.
Eden terdiam sekejap lepas dengar, dia turunkan tangan dari dagu Davina setelah mengingatkan sesuatu. "Jadi lelaki yang ditemui mati dalam bilik tu Bersama dengan kau adalah rakan dia jugak?"
Davina mengangguk. "Aku tak tahu kenapa, tapi masa kawan dia cakap nak bunuh aku, Spencer dedahkan diri dia pada aku dan bunuh kawan dia tu.."
"Kenapa?"
Davina menjungkit bahu. "Kan aku cakap aku tak tahu"
Eden tolak dirinya jauh dari Davina lalu buat muka berfikir. Sesuatu tak kena sedang berlaku sekarang ni. Kenapa Spencer lepaskan Davina?Dan bunuh rakan sendiri untuk tu?
"Jadi sebab itu kau tak nak cakap apa-apa mengenai Spencer?Sebab kau berhutang nyawa dengan dia?"tuduh Eden yang berasa tak puas hati dengan apa yang di dengarnya sekarang ini. "Kalau kau beritahu hal ni lebih awal kita orang boleh tangkap dia dan selesaikan kes ni secepat mungkin tanpa bazirkan masa siasat siapa orang tu.."marahnya.
Berkedip-kedip mata Davina dibuatnya. Dia buat muka serba salah.
"Kau tahu tak apa yang kau dah buat ni Davina?Sebagai saksi kau patutnya berpihak pada orang yang benar bukan untuk lelaki dan pesalah seperti Spencer tu...jangan kau beritahu aku yang kau cuba lindungi dia sebab kau masih ada perasaan pada cinta pandang pertama kau tu?"tambah Eden lagi.
Terkesan dengan tuduhan itu, Davina pandang terkedu ke Eden. Macam mana semua ni boleh berlaku.
"Kau..senagaj lengahkan aku sebab kau tahu aku nak cari dia sebab tu kau ajak aku jaga aku dan segala ni?Adakah semua ni hanya lakonan semata?"soal Eden dengan nada tak percaya. Sungguh!Sakit betul dada dia sekarang ni sebab darah di pam terlalu laju ke jantung dan otaknya.
Davina menggeleng kepala dengan laju. "Eden..."lengan tu di pegangnya. "Aku tak tipu...semua ni bukan lakonan..please...percayakan aku.."jelasnya dengan sedih. Dia tak pernah terlintas pun mengenai Spencer atau pura-pura. Dia memang ikhlas nak jaga Eden.
Bersama renungan kecewanya, Eden tarik lengannya dari cengkaman Davina."Aku tak sangka kau akan buat macam ni.."lafaznya sebelum berpaling dari situ dan gerak hendak keluar. Dia kena temui rakan-rakannya dan Declan. Mereka perlu dapatkan Spencer secepat mungkin!
"Eden!"panggil Davina yang mengejar langkah lelaki itu dengan lekas.
Eden tidak berhenti. Dia jalan berarak menuruni anak tangga dengan lekas.
"Tolong la..percaya cakap aku...aku tak cuba lindungi Spencer atau lengahkan kau.."beritahu Davina yang berlari menuruni tangga sampai hampir hendak tersungkur di situ. "Aku memang nak jaga kau.."air mata mula bergenangan di kelopak matanya.
Terus Eden capai telefon dari poket seluarnya. Dia sentuh skrin itu lalu di sambungkan terus ke orang kanannya. Dia kena pastikan satu perkara terlebih dahulu sebelum buat assumption. Kalau betul apa yang dia rasakan, hal ini akan jadi semakin rumit dari yang sepatutnya.
Sampai saja di depan Eden, Davina cepat-cepat pegang lengan tu. "Jangan pergi Eden...dia akan sakitkan kau...aku tak sanggup kau terluka lagi...stay dengan aku.."rayu Davina dengan terdesak.
Sewaktu Eden bawa telefonnya ke telinga, dia tunduk memandang wajah Davina yang sudah blushing dan basah dengan air mata. Baru dia sedar apa yang sedang berlaku. Baru dia faham apa yang berlaku sekarang ini. Sememangnya Davina seorang wanita yang bijak. Dia sendiri pun kalah!
"Baru aku faham sekarang. Kau...putuskan Declan sebab bukan kau pilih aku. Tapi kau putuskan dia sebab kau tahu Spencer akan cari kau dan sakiti Declan. Sebab itu kau reject dia awal-awal.kau buat aku berharap pada kau supaua aku ada dekat sisi kau dan tak cari si keparat tu supaya aku tak terluka?"soalnya sambil tunggu panggilannya di angkat.
Oleh kerana begitu terkejut dengan apa yang berlaku, Davina cengkam kuat lengan baju Eden lalu bersandar pada badan tu. "Please...Eden..tolong stay...aku dah tak ada sesiapa!"rintihnya dengan sedih.
Eden berdengus tak percaya. Kecewanya dia saat ini. Nak menangis pun ada. Terus dia tolak Davina jauh darinya. "Lepaskan aku Davina. Aku ada kerja yang perlu di buat."arahnya.
Davina tak nak, Dia berkeras mahu memegang Eden. "Tak!Eden tolong...dia akan sakitkan kau...aku tak sanggup tengok kau terluka lagi"rayunya dengan terdesak sewaktu cuba mengeratkan cengkaman pada lengan tu.
Hanya satu rentapan saja, Eden Berjaya buatkan Davina jatuh terduduk di lantai itu dan dia gerak buka pintu rumah sebelum melangkah dari situ tanpa memandang Davina sekali pun.
Bersimpuh saja Davina di situ, dia pandang akan pintu rumah yang tertutup rapat itu Bersama linangan air mata di pipi. Kenapa la semua ni boleh jadi macam ni!Ya Tuhan!Tolong lindungi Eden dia. Kalau terpaksa ganti dengan nyawa dia sekalipun. Ambi la!Dia tak nak apa-apa terjadi pada Eden....
Share this novel
i vote for eden. tolonggggg jangan bagi harapannnn