BAB 9

Horror & Thriller Completed 9981

-Ahad, 30 Mac 2019-

"Tuan mau order apa?" jawab Yukiko dengan sedikit ramah.

Pelanggannya ini adalah seorang lelaki hensem. Putih.

"Bagi saya set C tu. Nampak cam sedap. Makan sini ya," kata Yohan.

"Siap,"

Yohan melihat di sekelilingnya. Pelanggan tidak ramai ketika itu. Boleh dibilang dengan jari sahaja.

"Nah tuan," kata Yukiko.

"Thank you. Kamu dah tak kenal saya ke?" tanya Yohan.

"Emm? Siapa eh? Maaflah saya memori tak kuat,"

"Ni Yohanlah,"

"Ooooh. Yohan yang kalah teruk masa lawan lontar pisau tahun lepas tu? Oooo mestilah ingat!" kata Yukiko dengan kuat.

Yohan berasa malu.

"Shhh..Jangan cakap kuat sangat,"

"Hahahaha, dah kalah itulah jadinya," gurau Yukiko sambil tergelak kecil.

Jauh di sudut hati. Yohan sebenarnya memendam perasaan terhadap Yukiko sejak tahun lepas. Namun tidak diluahkannya.

"Err, kau dah ada boyfriend ke?" tanya Yohan.

Yukiko terkejut dengan soalan Yohan. Kantoilah dia nak mengorat Yukiko.

"Tuan suka saya ke?" tanya Yukiko dalam nada yang sedikit perlahan.

Yohan malu-malu kucing. Dia akhirnya mencari tempat duduk untuk makan.

Yukiko tergelak melihat reaksi Yohan. Siapa sangka mereka akan bertemu di sini.

*****

"Nama mangsa Casier?" tanya Hazaki.

"Ya," jawab Carrol.

"Hmm, dia positif dadah dan kaki clubbing," kata Hazaki.

"Dia tidak dimasukkan ke dalam mahkamah pun. Dalam erti kata lain, dia tidak pernah ditangkap oleh pihak polis," sambung Hazaki lagi.

"Pembunuh yang sama ke?" tanya Joan.

Melihatkan keadaan mangsa. Dia tidak ditikam tetapi dihiris seperti bawang.

"Mungkin ya, mungkin tak. Tapi apa yang sama ialah alat untuk membunuh iaitu pisau," jelas Hazaki.

Setelah dibedah siasat, mangsa dihiris menggunakan pisau yang sama.

"Orang yang sama," bisik Hazaki.

Licik sungguh. Bunuh tanpa dikesan. Betul-betul mencabar pihak polis. Adakah Tsukiko dan Yukiko dalangnya? Hazaki berfikir sejenak.

"Hazaki, kita kena pergi sekarang. Kes mahkamah tu dah start," kata Joan.

Ya betul. Mereka perlu ikut penjenayah yang terlepas hukuman dunia.

Mereka cepat-cepat masuk ke dalam kereta yang sama. 5 jam mereka berada di mahkamah melihatkan kes-kes pembunuhan.

Hazaki tidak dapat tidur kerana asyik dicubit oleh Joan.

Defendan pertama dikenakan hukuman tali gantung. Manakala defendan kedua dikenakan bayaran RM1,000 sahaja. Tidak masuk akal. Dia membunuh kucing.

"Dia bunuh kucing saja, kita kena ikut dia juga ke?" tanya Joan. Pembunuh tu berminat dengan haiwan ke?

"Ikut sajalah, mana tau pembunuh tu muncul," kata Hazaki.

Hazaki dan Joan mengekori pembunuh haiwan tersebut secara senyap-senyap. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Anytime dia boleh datang,"

Waki yang dibebaskan atas pertuduhan membunuh seekor kucing. Sedang berjalan secara berseorangan di dalam lorong yang gelap.

"Mana duit aku?" tanya Ghater.

Waki menyerahkan sejumlah wang yang banyak sambil diperhatikan oleh Hazaki dan Joan.

1 jam berlalu namun tiada apa-apa yang berlaku pada Waki. Joan sudah bosan menunggu.

"Jomlah balik Hazaki. Pembunuh tu tak berminat dengan pembunuh kucing rasanya," ajak Joan.

Hazaki tidak mempedulikan kata-kata Joan. Dia masih setia mengawasi pergerakan Waki dari jauh.

Tiba-tiba Waki melarikan diri. Hazaki dan Joan yang perasan perubahan itu, terus mengejar Waki.

Waki membelok ke kiri iaitu satu lorong yang gelap. Joan dan Hazaki cepat-cepat mengejarnya. Dia lari daripada siapa?

Setibanya Joan dan Hazaki di lorong gelap, mereka mendapati bahawa Waki sudah tidak bernyawa. Waki yang memakai hood biru itu mudah untuk dikenalpasti.

"Gelapnya, macam mana pembunuh tu boleh bunuh Waki dalam masa yang singkat?" Joan pelik.

Hazaki memeriksa nadi tersebut. Sudah tidak bernyawa. Hazaki mengeluarkan lampu dari handphonenya dan memeriksa mayat tersebut dengan lebih jelas.

"Darahnya sedikit kering. Dia dah lama dibunuh," kata Hazaki.

"Haa? Tadi tu kita kejar siapa?" Joan sudah memikirkan perkara yang ghaib ketika ini.

Hazaki membuka hood lelaki tersebut. Mereka berdua terkejut.

"Ini...lelaki yang Waki berbual tadi," kata Joan.

"Waki ada lalu sini kemudiannya dia dibawa lari oleh seseorang," Hazaki meneka.

"Makin pelik ni," ujar Joan.

Mereka mencari Waki di dalam lorong yang gelap itu. Mustahil Waki hilang sekelip mati. Mustahil juga Ghater yang berlari kerana dia sudah lama mati. Dan mustahil juga pembunuh itu yang lari. Mata Hazaki sentiasa mengawasi Waki dari awal hingga akhir.

"Mungkin, waktu Waki larikan diri tu, dia bertukar dengan si pembunuh," teka Hazaki lagi.

Hazaki dan Joan menemui jalan buntu. Pembunuh ini semakin licik!

-Bersambung-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience