BAB 21

Romance Completed 11647

Perayaan hari ini disambut dengan suram. Aidiladha tidak membawa apa apa makna kepadaku kerana ketiadaan ibu. Biasanya, kami akan menerima banyak daging lembu dan kambing daripada penduduk. Jadi selama seminggu atau lebih, kami hanya makan daging sahaja.

Hamka pula tiada, katanya ada sembelihan di balai polis. Tidak lama lagi baliklah dia.

Aku tersenyum apabila melihat keretanya masuk ke perkarangan rumah. Panjang umur! Namun, senyumanku mati apabila aku melihat dia tidak berseorangan. Seorang gadis cantik yang lengkap memakai baju kurung moden dan memakai tudung turut bersamanya. Mereka kelihatan amat mesra sekali. Hatiku ibarat ditusuk sembilu, perit sekali rasanya.

"Assalamualaikum." Jerit Hamka dari luar. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"Waalaikumussalam." Aku cuba memaniskan wajah walaupun dalam hati sudah menyumpah seranah.

Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan gadis di sebelah Hamka. Dia memerhatikan aku atas bawah sebelum menghulurkan tangan.

"Lara, ni Rose. Rose, ni Lara." Hamka memperkenalkan kami berdua. Aku mengukir senyuman paksa kepada Lara manakala dia masih seperti tadi, senyum pun tidak. Sombong!

"Nah daging, letak dalam peti ais." Arah Hamka kepadaku sambil menghulurkan satu plastik merah yang penuh berisi daging. Hatiku mendidih apabila melihat wajah Lara itu memandang aku dengan raut wajah menyampah.

Dari jauh aku terdengar, suara Lara bertanya kepada Hamka.

"Orang gaji you ke?"

Tapi aku tidak mendengar pula suara Hamka menjawab. Kalau dia mengatakan aku ini orang gaji dia, siaplah dia aku kerjakan. Aku merengus kasar lalu mencampakkan daging tadi ke dalam peti di bahagian sejuk beku.

Aku mendaki tangga sambil menghentakkan kaki dengan kuat. Pintu bilik dihempas kasar. Ikatan di rambut dileraikan. Aku berbaring di atas katil dengan hati yang panas. Tanpa disedari, aku terlena.

Aku tersedar daripada tidur apabila terdengar ketukan di pintu bertalu talu.

Tok! Tok! Tok!

Aku dengan malas berjalan lambat lambat untuk membuka pintu. Pantang nenek moyang orang mengganggu tidurku. Pintu bilik dibuka dengan kasar.

"Apa?" Aku menjeling. Geram!

Tanpa memperdulikan soalan aku, dia melangkah masuk ke dalam bilik dan berbaring di atas katilku. Kedua dua belah tangannya diletakkan di belakang kepala. Aku masih berdiri di pintu.

"Buat apa berdiri kat sana? Datang la sini." Kata Hamka. Matanya tertutup. Dalam kedudukan seperti itu, jelas kelihatan otot di lengannya.

Aku masih berdiam di hadapan pintu. Aku mendapat satu idea. Nampak macam nak main main sangat kan?

Aku berjalan ke arah almari yang berada di hadapan katil. Aku melurutkan baju kurung yang dipakaiku lalu dicampak ke dalam bakul yang berada di tepi almari. Kini aku hanya memakai pakaian dalam. Aku melirik ke arah Hamka, kelihatan dadanya berombak kencang. Halkumnya bergerak gerak.

Aku mengambil tuala yang disangkut di tepi almari lalu membaluti tubuhku. Dengan lenggang lenggok yang dibuat buat, aku berjalan keluar dari bilik untuk mandi. Sebelum melepasi pintu, aku sempat menghadiahkannya satu kenyitan.

Aku menghempas pintu sekuat hati. Geram pun ada dengan sikap selambanya itu. Kalau diikutkan hati, memang dah lama diterkam lelaki bernama Hamka itu. Tapi risau pula kalau aku yang kecundang. Nafsu aku bukannya boleh diagak. Panahan matanya saja sudah mampu menjentik naluri wanitaku.

Selesai mandi, aku lihat dia masih berada di dalam bilik. Matanya dipejam rapat, tidur barangkali. Penat sangat agaknya melayan Lara. Entah pukul berapa dia balik. Bayangan Lara mula bermain di benakku. Menurut pandanganku, cantik juga Lara sebenarnya. Matanya yang berwarna kecoklatan dan alis yang panjang mampu menggoda siapa saja yang menatapnya. Apa hubungan dia dengan Hamka? Kalau kawan, mana mungkin serapat itu. Kalau teman wanita, Hamka baru sahaja mengucapkan kata sayangnya pada aku semalam.

Rose, sedarlah dari realiti. Mungkin sayang yang diucapkannya sekadar sayang sebagai tempat melepaskan nafsu, bukannya cinta. Lelaki, kepada siapa saja boleh diucapkan kata sayang. Dalam hati bukannya kita tahu. Ah, kenapa bodoh sangat diri ini? Terlalu mudah termakan dengan lakonan Hamka.

Sedang aku menyarungkan panties, terasa satu sentuhan hangat di belakang badanku. Aku yang terkejut segera berpaling ke arahnya. Dari jarak sebegini, aku dapat menghidu bau wangian dari badannya, sungguh mengasyikkan. Butang baju yang terbuka di dada, menampakkan dadanya yang sasa.

Aku seakan terkesima melihat ciptaan tuhan yang indah ini. Tanpa sedar, tanganku sedang membelai pipinya. Wajahnya yang bersih itu hanya menikmati sentuhanku. Dia menarikku yang hanya memakai panties ke dalam pelukannya. Dalam jarak sebegini, aku dapat merasa hembusan nafasnya yang hangat di wajahku. Aku menutup mata untuk menikmati belaian daripada tangannya yang menjalar di belakang badanku.

Suara orang azan Maghrib mengejutkan kami daripada khayalan. Aku segera menolaknya daripada terus memelukku.

"Keluar!" Aku menjerit padanya. Langsung aku tidak memandang wajah insan di hadapanku ini. Apabila aku mendengar derap kaki keluar dari bilik dan pintu ditutup, aku meraup wajah dengan kasar. Aku kecundang. Mengapa terlalu mudah Hamka meruntuhkan tembok egoku? Mengapa?

Aku mencapai botol bedak Johnson Baby dan dibaling ke arah pintu. Runtuh tembok egoku kerana kau, Hamka. Apa yang kau telah lakukan kepadaku? Aku berbaring terlentang di atas katil tanpa memperdulikan keadaanku yang hanya memakai panties.

Kipas yang berputar ligat dipandang sepi. Aku meramas ramas kain cadar yang membaluti tilamku. Perasaan geram terhadap Hamka semakin membuak buak. Baru pagi tadi sibuk bergelak ketawa dengan Lara, dan sekarang hendak menggoda aku pula? Maaf Hamka, ini bukan Rose yang dulu. Walaupun tembok egoku mudah saja diruntuhkan oleh kau, aku akan terus membinanya. Semakin hari, tembok ini akan semakin kebal dengan godaan kau. Aku yakin Hamka.

Kau fikir, senang kau nak memperkotak katikkan aku? Kalau nak dapatkan layanan aku, bukan percuma. Aku tahu kau cuma menganggapku sebagai pemuas nafsu sahaja bukan? Di depan Lara, kau berlagak suci. Tapi dengan aku, kau jangan harap dapat sembunyikan semua itu lagi. Aku sudah berjaya mengoyakkan topeng yang membaluti wajah kau. Meskipun kau memakai topeng yang baru, sayangnya aku tidak akan mudah terpedaya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience