Rate

Bab 15 Perhatian Cikgu Adib

Romance Completed 278239

Sesampainya di bilik perpustakaan sekolah, Adib bertanya pada Soleh selaku pengawas perpustakaan yang bertugas.

"Assalamualaikum Soleh, ada nampak Anis ke?"

"Waalaikumussalam Cikgu Adib ... Anis tadi ada masuk sini." Ucapnya singkat.

"Kalau macam tu, Cikgu cari Anis dulu... Terima kasih ya."

"Sama-sama cikgu." Soleh cuma mengedipkan bahunya sambil menyambung tugasnya yang tergendala.

Adib berkeliling di balik rak-rak buku dalam perpustakaan tersebut. Keadaan perpustakaan sedikit lengang kerana jarang pelajar-pelajar yang datang ke perpustakaan kecuali time yang di peruntukan oleh guru kelas masing-masing. Apa lagi sekarang time pelajar semua berada di dalam kelas.

Sedang Adib terjenguk-jenguk, tiba-tiba dia terlihat Anis sedang bersandar di balik rak buku paling hujung. Senyuman Adib tersungging seketika. Dia berjalan mendekati Anis dan melihat Anis tertunduk di balik lututnya.

"Kenapa dengan kamu Anis?" Tanya Adib sambil duduk berjongkok depan Anis.

Adib mengusap lembut kepala Anis Umairah, perasaan Adib Umair bercampur aduk.

Anis cuma menggeleng pelan di balik lututnya dan belum melihat Adib yang berada di depannya.

"Kamu ada masalah ke? Cuba kongsi dengan Cikgu!"

"Tak ada Cikgu." Sahutnya cepat.

"Kalau tak ada, kenapa tak masuk kelas?" Soal Adib yakin yang Anis tengah berdalih.

"Cikgu takkan beranjak dari sini kalau Anis tak nak cerita!" Tegas Adib.

Anis sudah mula faham dengan perangai Cikgunya itu, walaupun Adib seorang yang dingin dan tegas tapi dia adalah seorang yang perhatian dan penyayang.

"Tolong Cikgu jangan terlalu baik dengan Anis, takut nanti ada orang salah faham." Tiba-tiba Anis mendongak melihat Adib yang ada di depannya.

"Apa maksud Anis?" Adib melihat Anis begitu comel dengan muka yang memerah dengan mata yang sembab dibalik cermin matanya itu.

Adib tak habis fikir kenapa Anis sampai berkata begitu. Adib menyentuh dagu Anis Umairah dengan lembut dan mengangkatnya agar Adib dapat menatapnya.

"Perasaan siapa yang Anis nak jaga?"

"Siapa yang akan salah faham kalau cikgu rapat dengan Anis?"

"Cuba Anis cerita dengan Cikgu, Anis ada masalah ke?"

Bertubi-tubi soalan Adib Umair lontarkan pada Anis.

Anis sempat terkejut dengan tindakan Adib padanya, kenapa cikgu Adib terlalu berani menyentuh Anis? Anis tengok Cikgu Adib adalah seorang yang menjaga solat, taat dalam beragama tapi kenapa dia terlalu lancang dengan Anis, kalau cikgu Farah tahu ni apa Anis nak jawab?

Anis cuma menggeleng kepalanya pelan.

Takkan Anis nak cerita dengan Cikgu Adib yang Cikgu Farah sudah warning untuk tidak mendekati dan rapat dengan Cikgu Adib. Anis takut masuk dalam masalah orang dewasa. Dia takut terjebak sekali.

"Baik la, kalau Anis tak nak cerita dengan Cikgu, tapi Anis janji jangan begini lagi. Pastikan jangan skip pelajaran lagi." Adib menarik tangannya dari wajah Anis Umairah.

Anis cuma mengangguk melihat Cikgu Adib seketika.

"Jom ke kantin Cikgu belanja Anis, Anis belum makankan?"

"Belum Cikgu!" Jawab Anis pelan.

"Okay, Anis pergi cuci muka dulu dekat toilet. Nanti orang sangka pula cikgu yang sudah buat Anis sedih." Ucap Adib sambil tersenyum.

Mereka serentak berdiri dari tempatnya.

Anis cuma tersenyum simpul sambil mengikuti arahan Adib. Sesekali Anis membetulkan cermin matanya yang melorot.

"Cikgu, Anis tak mahu ke kantin. Anis cuma nak balik kelas saja. Sekarang ni sudah jam akhir pelajaran. Anis nak ambil beg dan pulang ke rumah."

"Cikgu hantar Anis balik ya!" Ucap Adib lembut.

"Tak payah Cikgu, Anis boleh tunggu teksi atau bas sekolah yang akan lewat." Ucap Anis sedikit tegas.

"Kenapa tak mahu ikut Cikgu? Cikgu janji akan terus hantar Anis balik rumah." Suara Adib penuh penekanan.

Takkan Adib nak biarkan isterinya naik bas atau teksi, sedangkan dia sebagai seorang suami memiliki kereta sendiri. Apa kata mertuanya nanti?

"Anis boleh menunggu kat stesen bas, lagi pun dari dulu Anis memang sudah biasa begini."

Adib menggeleng singkat, tak sangka walaupun abah dan umie Anis dari kalangan orang berada... tapi dia masih ingin kelihatan sederhana. Tidak seperti pelajar-pelajar yang lain, masing-masing bergaya dan menunjuk kelebihan yang mereka ada.

"Cikgu kawan Anis tunggu bas ya, tiada penolakan!" Tegas Adib tak mahu di bantah.

Apa kata Cikgu Farah nanti kalau tengok Adib Umair kawan Anis tunggu bas? Anis sudah janji tidak akan dekat-dekat rapat dengan Adib, tapi Adib yang berkeras nak dekati Anis terus. Anis jadi bingung dan serba salah.

Anis memuncungkan mulutnya tanda protes dan menghentak-hentakkan kakinya berlalu pergi keluar dari perpustakaan. Adib tergelak melihat tingkah laku Anis Umairah, kelihatan manja di mata Adib.

Adib keluar dari perpustakaan sekolah sebelum Soleh mengunci pintu perpustakaan. Rupa-rupanya dari tadi Soleh menunggu mereka keluar. Nasib baik Soleh bukan jenis orang yang busy body (mengambil tahu hal orang lain), kalau tak... boleh huru hara 1 sekolah tahu akan kedekatan Adib Umair dengan Anis Umairah tadi.

Adib menuju ke pejabat guru untuk mengambil barang-barangnya.

"Cikgu Adib dah nak balik?" Tegur Cikgu Farah lembut dengan senyuman manisnya yang berdiri didepan meja Adib.

"Oh Cikgu Farah, betul Cikgu." Jawab Adib datar yang sempat terkejut dengan sapaan Cikgu Farah sambil tangannya tangkas mengemas meja kerjanya.

"Lepas ni Cikgu Adib tak ke mana-mana?" Tanya Cikgu Farah dengan berani.

Beberapa orang guru yang masih ada didalam pejabat guru tidak peduli dengan keberadaan Adib dan Cikgu Farah. Masing-masing dengan hal mereka.

"Lepas ni saya nak terus balik Cikgu, ada apa ya?" Sahut Adib sedikit hairan.

"Begini Cikgu, baru saja saya nak ajak Cikgu jalan-jalan... Tapi kalau cikgu busy, tak apa kita boleh jalan-jalan lain hari." Ucap Cikgu Farah dengan yakin.

"Maaf cikgu, rasanya saya tak dapat. Saya ada kerja yang nak di selesaikan." Elak Adib hati-hati dengan pelawaan Cikgu Farah, dia tak mahu bagi harapan pada orang... Apa lagi statusnya kini sudah menjadi suami orang.

Adib keluar dari pejabat guru menuju keluar pagar sekolah kerana dia sudah melihat Anis duduk di perhentian bas dengan beberapa orang pelajar.

Adib Umair langsung duduk di sebelah Anis untuk menunggu bas atau teksi yang lewat, beberapa orang pelajar yang ada di perhentian bas tersebut tersipu-sipu malu melihat cikgunya ada di sana dengan mereka. Anis cuma mendiamkan dirinya dan cuba menjarakkan kedudukannya dengan Adib.

"Selamat tengahari Cikgu!" Ucapan hormat pelajar-pelajar hampir bersamaan pada Adib.

"Selamat tengahari." Ucapnya dengan senyuman. "Terus balik rumah ya!" Kata Adib lagi pada pelajar-pelajarnya.

"Baik Cikgu...." Sahut beberapa murid yang ada.

Dari pejabat guru, Cikgu Farah melihat Adib yang turut duduk di perhentian bas duduk bersebelahan dengan Anis. Dia merasa kalah dengan Anis dan tak habis fikir kenapa Cikgu Adib cuba menjauhkan diri darinya? Dia tak cukup cantik ke? Apa kelebihan Anis? Dia cuma seorang pelajar yang dapat masuk di sekolah itu kerana biasiswa penuh, penampilan pun sederhana sahaja. Tidak ada yang istimewa jika di bandingkan dengan dirinya. Tidak cukup ke dengan amarannya tadi pada Anis?

Dari pejabat guru, Cikgu Farah melihat Adib yang turut duduk di perhentian bas duduk bersebelahan dengan Anis. Dia merasa kalah dengan Anis dan tak habis fikir kenapa Cikgu Adib cuba menjauhkan diri darinya? Dia tak cukup cantik ke? Apa kelebihan Anis? Dia cuma seorang pelajar yang dapat masuk di sekolah itu kerana biasiswa penuh, penampilan pun sederhana sahaja. Tidak ada yang istimewa jika di bandingkan dengan dirinya. Tidak cukup ke dengan amarannya tadi pada Anis?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience