Rate

Bab 58 Lingerie

Romance Completed 278243

"Assalamualaikum Mai, dah lama tunggu ke?"

"Tak juga Farah, baru juga aku sampai."

"Maaf ya, aku busy urus paper exam pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 4."

"Takde apalah Farah, aku faham...lagipun tak lama lagi SPMkan?"

"Ha'ah, tak sangka pula aku yang kena urus paper pelajar tingkatan 1 hingga 4 ni. Ohya Mai, buat apa you nak jumpa aku kat sini?" Tanya Cikgu Farah ingin tahu, tiba-tiba Maimunah hubung dia... katanya urgent!!

"Sepupu aku nak jumpa kau sekarang, tapi dia lambat sikit sebab dia tiba-tiba ada meeting mendadak tadi." Jelas Maimunah dengan senyuman di wajahnya.

Mata Cikgu Farah terbelalak, terkejut mendengar ucapan Maimunah tadi.

"Ha...kau orderlah makanan, aku akan kenalkan kau dengan sepupu aku...aku harap korang berdua boleh berkenalan dulu."

"Aku malulah Mai, lagipun dia tak suka aku pun!" Ucapnya tidak percaya pada diri sendiri.

"Apa yang kau malukan? Lagipun kau belum jumpa sepupu aku, macam mana kau tahu?"

Wajah gelisah Cikgu Farah sangat ketara dan dapat dilihat oleh sahabatnya Maimunah. Dia takut untuk mengenal lelaki, apa lagi selama ini belum ada lelaki yang meluahkan perasaannya, dan apa lagi untuk menyatakan cinta...sungguh jauh sekali.

"Percayalah sama aku Farah, aku yakin sepupu aku pasti tertawan dengan keperibadian dan kecantikanmu." Ucapnya menggusik Cikgu Farah.

Cikgu Farah tersenyum kecut mendengar usikan sahabatnya itu. Dia tahu Maimunah cuba menghibur hatinya. Apa lagi Maimunah adalah satu-satunya sahabat tempat Cikgu Farah meluahkan keluh kesahnya.

"Lain kalilah ya Mai, aku belum siap." Ucapnya dengan wajah keruh. Dia nak dari tempat duduknya untuk segera pulang namun dapat di tegah oleh Maimunah.

"Sampai bila kau nak macam ni Farah?" Pleaselah, cuba berdamai dengan kenyataan! Atau kau belum dapat lupakan Cikgu Adib tu? Cikgu Adib dah bahagia, kau pun harus bahagia Farah!"

Cikgu Farah tertunduk lesu, perasaannya berkecamuk. Dia betul-betul belum bersedia. Dahi Cikgu Farah berkerut.

"Sepupu awak tu tinggal mana?"

"Dekat-dekat sini juga area kl, orangnya okay Farah baik hati dan peramah orangnya." Back up Maimunah untuk sepupunya itu.

"Dia kerja apa?"

"Dia ada biz kecil-kecil jer, jadi agak busy sikit." Ucapnya sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

Cikgu Farah terangguk-angguk mendengar penjelasan dari Maimunah.

"Hurm! Katanya tadi dah otw ke sini, tapi belum muncul-muncul." Kata Maimunah sambil melihat kesekeliling restaurant tersebut.

"Mudah-mudahan dia tak jadi datang!" Ucap Cikgu Farah sambil tersengih.

Maimunah menjeling kearah Cikgu Farah setelah mendengar ucapan Cikgu Farah berharap agar sepupunya tak kunjung tiba.

"Aku tikam dia kalau tak datang." Sahut Maimunah terdengar dengan nada gurau.

"Hai, dah lama tunggu ke?" Tiba-tiba kelibat seorang lelaki tampan muncul di hadapan mereka, walaupun tak setampan Adib Umair namun memang sedap mata memandang.

"Ha, sampai pun... kenapa lama sangat?"

"Sorry Mai, jem tadi...maaf ya!" Ucapnya sambil melirik Cikgu Farah yang sedang duduk di hadapannya.

"It's okay, yang penting kau tepati janji." Sahut Maimunah dengan bersemangat.

"Korang dah order makan ke? Oleh sebab aku lambat, biar aku yang belanja." Ajunya menawarkan diri.

"Kami dah order makan tadi, kau orderlah dulu. Lambat pula makanan kami sampai." Rungut Maimunah kedengaran.

"Biasalah, tempat ni kan pengunjungnya sentiasa ramai...jadi kena sabarlah!" Ucap sepupu Maimunah lagi.

Cikgu Farah hanya tersenyum melihat keakraban Maimunah dengan sepupunya tersebut. Dia cuma mendiamkan diri mendengar perbualan dua manusia berada di hadapannya.

"Ohya, kenalkan inilah Farah yang aku nak kenalkan kau tu."

"Hai, apa khabar Farah?"

"Alhamdulillah khabar baik." Sahut Cikgu Farah dengan gugup dan debaran yang bertalu-talu.

"Kamu apa khabar?" Tanya Cikgu Farah rasa kekok.

"Alhamdulillah okay, seperti yang Farah lihat." Sahutnya dengan senyuman lebar.

Pertemuan antara Cikgu Farah dengan sepupu Maimunah pun berjalan dengan lancar pada hari itu, Maimunah amat berpuas hati kerana dapat menghilangkan sedikit
trauma Cikgu Farah dan mengembalikan percaya diri Cikgu Farah terhadap lelaki.

*************************

Setelah penat memandu beberapa jam dari Melaka, Adib Umair dan Anis Umairah kembali ke rumah mereka yang telah lama ia tinggalkan. Setelah mereka sampai di rumah mereka, Adib Umair terus sahaja mengangkat semua beg pakaian Dan barang-barang yang mereka beli untuk di jadikan buah tangan kepada orang tua mereka dan Adib tidak lupa menyediakan untuk rakan sekerjanya di Sekolah Menengah Uthman.

"Honey pergi bersihkan diri ya, nanti abang susul setelah selesai bereskan ni semua." Ucap Adib Umair tiba-tiba setelah melihat wajah lelah isterinya.

"Boleh Anis bantu?" Sahut Anis Umairah menawarkan dirinya.

"Tak payah sayang, abang takut terjadi apa-apa dengan janin sayang kalau terlalu letih, lebih baik honey pergi berehat kat bilik ya!" Jawab Adib Umair dengan lembut dan mengusap wajahnya dengan penuh cinta.

"Kalau macam tu Anis naik ke atas dulu." Ucapnya dengan senyuman. Adib Umair dapat melihat mata Anis yang kuyu seperti dah nak tertutup. Dia tergelak perlahan, kemudian dengan cepat mengemas apa yang patut. Nasib baik esok masih ada sehari untuk mereka merehatkan badannya sebelum kembali ke sekolah pada isnin minggu hadapan.

Setelah selesai berkemas, Adib Umair langsung sahaja naik ke tingkat atas menuju ke bilik mereka untuk membersihkan diri. Adib melihat Anis Umairah yang sudah selesai mandi memakai lingerie warna merah terang. Tanpa sedar Adib Umair tertelan air liur melihat kemolekan isterinya.

"Honey tengah goda abang ke ni?" Tanya Adib Umair dengan suara serak.

"Taklah abang, Anis merasa panas sangat malam ni...rimas rasanya." Adib Umair dapat melihat keringat yang menitik di dahi Anis Umairah, namun tidak mengganggu pemandangan indah yang ada pada isterinya itu.

"Tapi tanpa honey sedar, sayang sudah menggoda abang." Ucapnya sambil merangkul pinggang Anis Umairah dari belakang.

Anis Umairah tersenyum mendengar ucapan suaminya itu, dia langsung tak fikir untuk menggoda suaminya. Sejak dia hamil, badannya kerap berkeringat dan rasa melekit, itulah mengapa Anis Umairah memakai pakaian yang jarang.

"Abang pergi mandi ya, ada bau asem...!" Ucapnya dan tergelak setelah melihat wajah masam mencuka Adib Umair.

"Okay, tapi jangan terus tidur tau...tunggu abang...!" Ucap Adib Umair dengan cepat masuk ke bilik air.

"Okay abang, Anis tunggu."

******************************

Pada keesokan harinya, keluarga Adib Umair dan Anis Umairah datang berkunjung ke rumah mereka untuk melihat keadaan mereka yang baru sahaja pulang dari berbulan madu.

"Macam mana percutian korang?" Tanya Encik Muhaimin pada Adib dan Anis setelah mereka berkumpul semua di rumah tamu sambil memakan buah tangan yang Adib dan Anis bawa dari Melaka.

"Alhamdulillah puas hati abah!" Sahut Anis Umairah dengan penuh teruja. Percutian bulan madu yang tak mungkin Anis Umairah lupa seumur hidupnya.

"Dapat lawat semua ke?" Soal Encik Amri pula melihat kegembiraan menantunya Anis.

"Tak dapat pergi semua tempat, penat sangat ayah...lain hari kita pergi ramai-ramai." Kata Adib Umair dengan ceria.

"Boleh juga, insya Allah lepas Anis habis SPM, kita semua boleh jalan-jalan dalam atau luar negara." Cadang Puan Saleha mendapat anggukan dari semua orang yang berada di situ.

semoga terhibur. agak panjang, 1100 word

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience