BAB 2

Horror & Thriller Completed 307

JAZZLE menanggalkan jaket kulitnya. Malam ni stay alone. Scha pula tak nak teman. Dia anak jantan nak takut apa. Budak satu sewa tak der. Dia duduk berdua aje dengan salah seorang rakan sekelasnya. Malas nak menyewa ramai-ramai sangat. Pasal duit no hal. Papa dan Mama orang kaya. Minta saja kasi. Mudah bukan?

Jazzle bersandar pada sofa. Dia kerling jam dinding. Pukul 3.00 pagi. Esok ada kelas tapi dia mahu ponteng. Badan penatlah. Otak tak berfungsi pun nak menghadap kuliah. Tak lulus pun dia masih boleh bekerja dengan papa.

Prang! Jazzle dengar bunyi gelas jatuh atas lantai. Dia malas nak angkat punggung menjenguk dapur. Lantaklah. Esok saja dia bersihkan. Ini mesti kucing jiran sebelah yang mencuri masuk.

Jazzle masuk bilik. Baik tidur buat taik mata. Dia tanggalkan baju t-shirtnya lalu berbaring di atas tilam. Tiada yang menarik aktiviti yang dilakukan malam ini. Main game hantu pun separuh jalan. Baru lilin terpadam dan bunyi orang berjalan rakan-rakannya sudah gelabah cabut lari. Dia tak pernah nampak hantu jadi teringin dia nak menengok hantu. Ada ke hantu tu seperti yang ditayang dalam TV ke? Baru sedap baring-baring telefon bimbitnya berbunyi.
“Helo …”
“Malaun betul ko. Tipon masa aku nak tido!” marah Jazzle .
“Sori bro. Hahahaha… menjadi tak jadi aku punya keseraman?”
“Puii! Setakat bunyi tapak kasut ko kata seram. Ko patut buat lagi seram.”
“Itu pun aku tengok rakan-rakan ko dah cabut lari. Penakut betullah.”
“Hahahaha… orang percaya ada hantu memang kecut.”
Dia yang minta rakannya itu menakut-nakutkan gengnya tadi.
“Tak sempat si Lydia nak kuar jadi hantu. Penat dia make up bagai.”
“Tak per. Dia orang kata nak main game tu lagi. Ko buat lagi gempak tau.”
“Orait, boss!”
Jazzle meletakkan telefon. Seronok tengok wajah cuak rakan-rakannya tadi.

Tok! tok! tok!

Jazzle terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Siapa pula? Masakan budak Agus itu
sudah balik. Pelik pula. Tiada bunyi enjin motorsikal besar Agus. Jazzle bangun. Dia pulas
tombol pintu. Tiada sesiapa. Suasana hening dan sepi. Lampu terpadam.

Shit! Sial! Bayar elektrik bulan-bulan pun servis macam cikai. Meraba Jazzle cari lampu suluh. Nasib baik dapat jumpa. Dia pasang lilin. Hari ni sudahlah panas. Tidur tidak berair-cond pula. Kipas dengan paperlah jawabnya. Mulut Jazzle tak henti-henti membebel. Kalau kerap berulang macam ni, dia akan cari rumah sewa baru.

Tak lama kemudian letrik okey balik. Lampu terpasang semula. Jazzle tarik nafas lega. Kus! Semangat! Jazzle mengurut dada. Sekejap saja, kemudian lampu terpadam semula. Jazzle mula mencarut bagai. Dia pasang lampu suluh dan dia nampak sepasang mata merah.

“Kau?”

Benda tu pantas menerkam ke arahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience