Bab 22

Romance Completed 78329

Kristine melopongkan mulutnya sebaik saja dia menjejakkan kakinya masuk ke dalam restoran yang agak mewah padanya. Kristine membaca nama restoran tersebut. Belga Rooftop Bar and Brasserie yang terletak pada tingkat 32 bangunan Sofitel Sukhumvit Bangkok. Namun, apa yang menarik perhatiannya ialah bila mereka berjalan ke luar restoran tersebut dan suasananya memang cantik! Sumpah cantik sangat!

Jericho memberitahu nama penuhnya kepada pelayan yang setia menunggu di pintu tengah antara kawasan dalam dan luar restoran. Pelayan yang memakai tag nama Anawin membawa mereka ke meja makan yang sudah pun ditempah oleh Jericho.

Kristine? Dia awal-awal lagi dah tersenyum memanjang siap dengan ambil gambar selfie lagi. Maklumlah…bukan senang nak datang sini lepas tu makan dekat restoran mewah lagi! Ini pun nasib baik Jericho yang belanja tau! Kalau tak…memang tak merasalah dia nak makan dekat tempat mewah begini. View dari tingkat 32 ni memang cantik bila dapat tengok suasana Bangkok pada waktu malam.

Ketika mereka mula mengambil tempat duduk masing-masing, empat orang pelayan wanita datang ke arah mereka dengan hidangan yang sudahpun dipesan awal-awal oleh Jericho ketika dia membuat reservation di restoran ini. Empat orang pelayan wanita tersebut mengucapkan sawatdee ka kepada mereka dan dibalas kembali oleh Gia dalam bahasa Thai juga.

“This is your food. We served Trouffle Risotto, Scallop Butter Lemon, Chicken Breast, Crispy Belgian Fries, Shrimp and Cheese Croquettes, Cote de Boeuf (sejenis steak), Stoemp (potato mash with root vegetables), and the last one is Braised Duck Leg,” akhirnya…habis jugak senarai menu yang dipesan oleh Jericho.

Ketiga-tiga mereka terlopong melihat hidangan yang mula penuh di hadapan mereka. Untung saja meja makan ini panjang. Boleh jugaklah muat menu yang dipesan oleh Jericho.

“Jericho! Gusto mo kaming tatlo namatay na kumakain ng maraming pagkain huh (Kau nak kami bertiga mati ke makan makanan banyak macam ni)?” Kristine hampir gila dibuatnya memandang kesemua makanan yang dihidang di depan matanya. Boleh kembung jadi belon jawabnya!
Jericho cuma ketawa besar. Lawak tengok reaction Kristine.

“Gustung-gusto ni Jericho na namatay ang tatlo sa kanyang hangal na biro (Jericho memang suka buat kita tiga ni mati dengan lawak bodoh dia!)” Sumpah lawak kalau mereka kena habiskan semua ini. Empat orang saja makan tapi hidangan sampai banyak sebegini rupa!

Mata salah seorang pelayan tersebut memandang ke arah Gia lalu mula berbisik kepada kawannya di sebelah.

“Diau…nii…ter pen nang baeb chai mai? Cheux Gia Vatanika chai mai (Kejap…dia ni bukan ke model? Nama Gia Vatanika kan)?” bisik Natie kepada Panthila dan Mew. Nalinthip yang berdiri di sebelah Panthila turut dengar apa yang dibisikkan kepada Natie.

“Chai ka (ya betul)…” jawab Gia bila dia turut terdengar apa yang dikatakan oleh Natie.

“Auw, khun phud phasa Thai dai ro(bunyinya lo)?” Mereka berempat mula teruja. Walaupun Gia adalah model asal dari Filipina tapi mereka kenal juga dengan Gia sebab dah berapa kali Gia datang buat modelling di Thailand.

“Dai ka (boleh),” sekali lagi mereka berempat teruja sakan.

Maya, Kristine dan Jericho pula terkebil-kebil dengan apa yang dikatakan oleh Gia dan empat pelayan tersebut. Seronoknya Gia berbahasa siam dengan keempat-empat orang pelayan tersebut.

“Laew rau thaya phap duway kan dai mai (boleh kita ambil gambar sekali)?” Pinta Natie. Bukan senang nak jumpa model yang agak terkenal di depan mata sendiri. Jadi, bila dah ada peluang ni, gunakan dengan sebaiknya.

“Dai ka,” Gia segera berdiri di tengah-tengah antara mereka berempat. Natie membuka kamera depan dan beberapa keping foto diambilnya.

“Khob khun mak na ka thi thaya phap duway kan kab rau na ka (terima kasih banyak-banyak sebab sudi bergambar dengan kami),” ujar Panthila dengan senyuman lebarnya.

“Ka,” jawab Gia sopan. Mereka berempat kembali masuk ke dalam restoran. Kang kalau lama-lama dekat luar sini dikatakan curi tulang pulak.

Gia kembali ke tempat duduknya dan memandang mereka bertiga yang sedang memandang ke arahnya dengan pandangan tertanya-tanya.

“Apa? Kenapa pandang aku macam tu?”

“Kitaorang speechless tengok kau cakap dengan pelayan-pelayan tu dalam bahasa siam,” jawab Maya.

“Well ya…tatay dulu kan Thai-Malaysia. Tatay dulu pernah ajar aku cakap bahasa siam. So ya…aku boleh cakap siam dan aku boleh cakap bahasa melayu jugak. Jangan terkejut pulak ye.”

“Untunglah!” Kristine mencebik sambil jarinya menyuap kentang masuk ke dalam mulutnya.

“Kejap…banyak-banyak makanan macam ni, kita berempat nak habiskan ke?” soal Gia. Kalau nak suruh aku habiskan sekali memang aku surrender awal-awal.
Bukan sebab aku takut gemuk tapi kalau aku makan banyak sangat, aku bakal jadi ikan kembung. Perut ni kembung je.

“Actually, aku nak perkenalkan seseorang dekat korang,” ucapan yang keluar dari mulut Jericho membuatkan mereka bertiga berkerut dahi.

“Siapa?” tanya Gia.

“Someone special…”

“Emmm…I smell something…” ujar Kristine yang dari tadi tak habis-habis menyuapkan kentang ke dalam mulutnya. Tak boleh berhenti makan.

Tak lama kemudian, mereka dihampiri oleh seorang wanita dengan hanya mengenakan blaus berwarna purple grey dan dipadankan dengan skinny jeans yang koyak di bahagian lutut. Kasut tumitnya saja tinggi entah berapa inci pun tak tahu. Itu kalau tengah jalan tiba-tiba kaki terpelecok, mahu tergeliat seminggu! Menangis tak berlagu.

Jericho dah tersenyum lebar sebaik saja gerangan yang dimaksudkan sudah berada di hadapan matanya. Dia menjemput wanita tersebut duduk di sebelahnya.

“So, inilah someone special yang aku nak kenalkan pada korang tu,” ujar Jericho sambil senyuman manisnya masih lagi tak hilang dari bibirnya.

“Ohhh…patutlah baik hati sangat nak belanja kami tiga dekat tempat mahal. Rupa-rupanya sebab share the happiness sekarang ni sebab dah ada awek. Congrats bro!” Kristine mengangkat thumbs-up nya. “By the way, she’s beautiful!” sambungnya.

“Kenalkanlah dekat kitaorang siapa dia?” Teringin pulak Gia nak tahu gerangan wanita di hadapannya ini yang dah berjaya curi hati Jericho.

“Her name is Lisa. Not Lisa Blackpink ok. Lisa, these are my best friends and two of them,” jarinya menunjukkan ke arah Gia dan Kristine. “Diorang berdua kawan baik dari sekolah lagi.”

“Hai…” Lisa tersenyum manis kepada mereka.

“Orang Thai?”

“Mix. Actually, I’m from Philippines. Saya stay dekat Thailand about 15 years something like that sebab daddy asal sini,” mereka bertiga mengangguk dengar jawapan yang keluar dari mulut Lisa.

“Macam manalah si Jericho ni boleh jumpa dengan Lisa?” Kristine agak tertanya-tanya di situ.

“Secret,” jawab Jericho senang. Kristine mencebik! Tunggu kau! Aku korek habis-habisan nanti.

“Can speak Thai? Yahhh…since you have been stayed here for many years and I think you can speak Thai, right?” Tanya Gia ingin tahu.

“No, I can’t. I think Thai language are quite hard to understand actually. I tried to understand what are my officemate talking about when they’re having their chat but it seems like I can’t understand even a word. Actually, they helped me to understand Thai language but I can’t accept it. It’s very hard for me to understand each meaning from their words and their pronunciation. But to speak or understand in simple words, yes I can.”

“I see…” Gia mengangguk faham. Masa kecil-kecil dulu pun masa tatay ajar dia bahasa siam, dia pun nak bebai jugak sebab tak faham sangat. Bila tatay berinteraksi dengan dia dalam bahasa siam, dia mula blur apa yang tatay cakap. Benda tu tatay praktikkan dekat aku tiap-tiap hari dan aku pun ambil masa yang lama untuk boleh bercakap dalam bahasa siam.

Macam apa yang dikatakan Lisa tadilah. Memang susah nak pronounce diorang punya bahasa sebab dia ada up and down tone ketika bercakap. Jadi, kalau kita bercakap tak ikut tone yang sebetulnya, boleh lari dari makna yang asal. Orang Thai will be like, hey dude! What are you talking about, huh?

“End of topic. Sekarang, apa kata kita makan? Perut aku pun dah start lapar ni!” Maya menyampuk. Dari lagi dia terliur tengok makanan di hadapannya.

“Yayaya…jom,” Jericho tersengih. Nampak Lisa depan mata terus lupa pasal makanan. Perut yang tadinya berkeriuk pun dah tak berkeriuk. Ah! Jangan nak buat ayat drama sangatlah dekat sini. Hahaha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience