laila hilang?!

Mystery & Detective Completed 2885

Sambungan..

Aku termangu sendiri di hadapan kaunter. Syif aku dah habis.

"Syah, jom" Huda menepuk perlahan bahu aku. Laju aku angguk dan mengikuti langkahnya.

"Kita pergi ambil laila dulu okay"

Aku mengangguk setuju. Memang itu yang sepatutnya kan.

Memandangkan aku mengupah pihak taska untuk menjaga Laila dari pagi hingga petang. Jadi tiada masalah untuk aku bekerja syif. Lagipun kerja aku cuma syif pagi sahaja.

_________

"Hah?! Laila dah balik?!" Aku menggeleng tidak percaya.

"Siapa pulak yang jemput dia, cikgu?"

Wajah guru itu mulai panik. "Err, katanya itu papa laila"

Papa? "Cikgu, laila mana ada papa!" Aku bungkam.

Astagfirullahalazim. Macam mana boleh jadi macam ni?

"Ya Allah,  apa saya dah buat ni? Saya izinkan sebab tadi saya tengok Laila gembira sangat, dia jerit 'papa! Papa!' Sambil menangis minta saya lepaskan dia" panjang lebar guru itu menerangkan perkara sebenar.

Aduh.. aku urut perlahan dahi sendiri. Aku dah hilang family takkan nak hilang laila pula.

"Pukul berapa papa dia ambil laila, cikgu?" Huda bertanya risau.

"Em pukul 4 setengah tadi tak silap saya"

Ya Allah, dah 2 jam setengah dah laila hilang?!

"Cikgu, saya rasa kita kena buat report" aku nekad.

"Aisyah tak boleh, belum 24 jam lagi. Polis akan suruh kita tunggu" suara Huda mencelah.

Ya Allah.. tolonglah jangan jadi apa-apa pada laila. Dia masih kecil ya Allah.

"Jom kita balik dulu, kita tunggu kat rumah mana tahu papa Laila hantar dia balik" Huda memujuk.

"Okay" tanpa banyak soal aku setuju. Kalau tidak kerana jasa cikgu itu, sudah pasti aku meluahkan rasa geramku kepadanya.

"Apa-apa nanti saya telefon puan ya" perlahan guru itu bersuara.

Aku tidak membalas dan terus masuk ke dalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan, tidak tenteram rasanya hati aku. Gelisah tidak menentu.

"Aisyah nak Huda teman?" Wanita itu memandang ku.

Aku tersenyum lemah dan menggeleng. Cukuplah dengan lelah dia di hospital hari ini, takkan nak tambah dengan hal aku lagi.

"Okay, Apa-apa Aisyah call Huda ya. Huda nak balik mandi dulu. Jangan buat tindakan melulu" Wanita itu mengingatkan.

Aku mengangguk sekali lagi dan terus keluar. Lama aku berdiri di halaman rumah sehingga kereta Huda hilang dari pandangan.

Satu keluhan berat aku lepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience