Rate

Bab 41 Mahkota Anis

Romance Completed 278207

Surah Ar-Rum ayat 21

Wa min ayatihi an khalaqa lakum min anfusikum azwajal litaskunu ilaiha wa ja'ala bainakum mawaddataw wa rahmah, inna fi zalika la'ayatil liqaumiy yatafakkarun

21. Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.

Adib percaya, Allah jadikan lelaki dan perempuan ada persamaan dan dalam yang sama ada perbezaan. Persamaan dan perbezaan itu menjadikan kedua-duanya berkehendak antara satu sama lain. Kerana kalau semua sama sahaja, tentu bosan, bukan? Dan kalau berlainan semua sekali pun, tentu tidak berjaya untuk menjadi pasangan.

Nikmat apa lagi yang engkau hendak dustakan?

Setelah Adib membaca doa di ubun-ubun Anis, Adib membelai pipi Anis yang putih kemerah-merahan.

"Mulai hari ini, Anis tak payah memakai tudung 24 jam dekat rumah ni..!" Ucap Adib Umair dengan lembut.

"Boleh ke abang minta hak abang sebagai seorang suami?" Tanya Adib antara dengar dan tidak.

Wajah Anis Umairah bertukar semerah tomato, malu dengan permintaan Adib. Boleh ke dia menolak? Sudah menjadi tugasnya sebagai seorang wanita melayan ajakan suaminya selagi tidak berhalangan.

"Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama) lalu isterinya itu menolak. Maka suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi." Hadis Riwayat Al-Bukhari.

"Anis bersedia juga ke?" Tanya Adib menatap Anis yang masih terpaku di tempatnya.

Anis cuma mengangguk perlahan.

"Kamu betul beri hak abang malam ni?" Terdengar suara serak Adib yang kedengaran seksi.

"Betul abang, Anis bersedia." Sahutnya dengan gugup. Debaran jantungnya bertalu-talu, betul ke apa yang dia buat sekarang?

"Anis, kita sama-sama baca doa ya!" Kata Adib Umair dengan senyuman bahagianya.

Anis mengangguk perlahan.

Bismillah, Allahumma jannib naassyyaithaana wa jannibi syaithoona maarazaqtanaa.

Artinya: Dengan menyebut nama Allah, ya Allah jauhkanlah kami dari (gangguan) setan dan jauhkanlah setan supaya tidak mengganggu apa (anak) yang akan engkau rezekikan kepada kami."

"Aamiin!" Ucap mereka hampir bersamaan.

Adib mengunci pintu bilik Anis. Setelah itu dia duduk semula di tepi katil. Dia mengucup lembut dahi Anis begitu lama, kemudian kedua mata, pipi dan terakhir sekali bibir Anis. Anis tercungap-cungap cuba mengimbangi  ciuman yang dilakukan oleh Adib. Anis mengalungkan tangannya erat di leher Adib, dia terbuai dengan sentuhan lembut dari Adib, semoga malam ini menjadi sejarah yang tak terlupakan untuk mereka berdua.

"Boleh abang tanggalkan pakaian Anis?" Adib meminta kebenaran.

Anis berkeringat dingin, patutkah di tanya?

"Anis malu abang."

"Tak perlu malu Anis, Abang suami kamu. Anis dah siap?"

Anis mengangguk perlahan.

Adib membuka perlahan pakaian yang  Anis kenakan, jejak pemilikan ia tinggalkan di tubuh isterinya, baru pemanasan saja Anis sudah mengerang membuatkan hasrat Adib semakin besar.

****SKIP****

Selama 3 jam mereka melakukan ibadah suami isteri, akhirnya Adib sudah mendapat mahkota yang Anis jaga selama ini.

"Abang nak ucapkan terima kasih." Bisik Adib ke telinga Anis.

Anis tersenyum singkat, dia memejamkan matanya yang masih berada di dalam pelukan Adib. Mereka tertidur nyenyak setelah membersihkan diri.

Anis tidak menyangka akhirnya dia menyerahkan mahkotanya kepada Adib orang yang telah dia cinta dan hormati.

___________________________________

"Anis, bangun solat subuh." Adib menampar lembut pipi Anis.

"Tak boleh lewat-lewatkan solat Anis.

"Ermmm, jap abang! Badan Anis rasa sakit semuanya,!" Sahut Anis dengan suara seraknya tanda baru bangun.

"Nak abang dukung ke bilik air ermmm?" Pelawa Adib melihat isterinya yang masih setia di pembaringan.

Anis membuka matanya, melihat Adib yang sudah lengkap berpakaian baju melayu dan bersarung.

"Anis boleh pergi sendiri!" Sahut Anis Umairah sambil meringis.

"Masih sakit ke?" Soal Adib Umair yang melihat isterinya kepayahan.

"Auw! Aduh!!"

"Mari abang bantu!"

Anis mengangguk perlahan.

"Biar abang angkat ya!" Dengan serta merta Adib mengangkat Anis ala bridal style ke bilik mandi.

"Terima kasih Abang." Ucap Anis tersipu malu. Setelah berada di dalam bilik air, Anis terus saja membersihkan dirinya sambil mandi, setelah itu Anis bersiap-siap memakai dengan lengkap.

"Anis tak usah banyak bergerak dulu, Anis dekat bilik saja rehat ." Kata Adib setelah melihat Anis yang sudah bersiap untuk solat.

"Kenapa abang?" Kurang setuju dengan saranan Adib.

"Kamu boleh ke berjalan dengan betul?" Soal Adib sambil tergelak.

"Kenapa abang gelakkan Anis?" Rungut Anis kedengaran.

"Abang lihat Anis jalan macam penguin!" Sahutnya sambil tergelak pelan melihat wajah Anis Umairah yang comel ketika di bawa bergurau.

Anis muncungkan mulutnya tak menyangka Adib akan mengejek caranya berjalan

Azan berkemandang...

"Mari Anis, mulai hari ini kita akan solat berjemaah." Sahut Adib dengan senyuman.

"Baik abang.

Mereka pun solat berjemaah subuh itu, Adib sebagai imamnya dan Anis sebagai makmum. Setelah solat dan berdoa, Adib menghulurkan tangannya kepada Anis, dan di sambut oleh Anis sambil mencium tangan Adib.

"Anis, semoga keluarga kita menjadi keluarga yang bahagia, mendapat rahmat dan berkah dari Allah yang Maha kuasa."

"Aaminn abang, insya Allah. Anis berjanji akan menjadi isteri yang solehah untuk abang." Ucap Anis lembut.

Adib tersenyum melihat Anis Umairah yang duduk di hadapannya.

"Mari kita tidur semula, abang masih rasa penat."

"Okay."

Adib memejamkan matanya sambil tersenyum kerana akhirnya pernikahan rahsianya sudah Anis ketahui, dan dia dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami tanpa menggunakan helah untuk memenuhi keperluan atau kebutuhan Anis.

***********************************

"Adib, mana Anis? Dia tak turun sarapan ke?" Puan Saleha terjenguk-jenguk mencari kelibat Anis.

"Tidak ibu, Anis masih ada dekat biliknya. Nanti Adib yang hantarkan Anis sarapan.

Dahi Puan Saleha berkerut.

"Anis sakit ke?" Tanya Puan Saleha mulai panik.

Wajah Adib Umair bertukar merah serba salah.

Encik Amri tergelak melihat tingkah isteri dan anaknya.

"Biasalah sayang, sakit kalau dah malam pertama!" Seloroh Encik Amri tergelak.

"Apa? Malam pertama? Maksudnya?" Soal Puan Saleha kurang faham.

"Alahhh, biasa pengantin baru yang dah lama!!" Sambil tergelak.

"Tu ayah dah mula le tu!" Sahut Adib Umair dengan wajah masam mencuka.

"Okay okay ibu dah faham, nanti ibu hantarkan Anis sarapan." Ucap Puan Saleha dengan senyuman manisnya.

"Mari makan, tak usah tunjuk sangat masam muka tu!" Ajak Encik Amri sambil meminum airnya.

Adib tersenyum kecut. Setelah mereka bersarapan, Adib Umair pun pergi ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat mendadak yang akan diadakan pada hari itu.

Anis duduk di birai katilnya sambil melihat ke arah jendela. Macam mana dia nak berjalan dengan betul? Dia terasa seperti ada yang telah hilang!

"Hurmmm!!" Dia menghembuskan nafasnya perlahan.

semoga terhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience