BAB 4

Horror & Thriller Completed 307

“MANA Muiz ni? Dia yang suruh datang tapi batang hidungnya langsung tidak nampak. Ian merungut-rungut sendirian.

Orang lain semua sudah sampai termasuklah si pengecut, Dinzly tu. Jenuh Hanna dan Mat Pit heret Dinzly ke sini semula.

“Kau dah try call handphone dia?” soal Lian pada Ian.

“Dah, tapi tak angkat. Buat habiskan kredit aku je.”

“Esh, mana pulak dia pergi.” Lian menyilangkan tangan.

“Kita masuk dululah. kiat tunggu kat dalam bangunan tu dalam 5 minit. Kalau dia tak sampai jugak, kita teruskan permainan tanpa dia.” Ian yakin Muiz tidak akan datang. Muiz bukan jenis yang suka lewat begini. Selalunya dia orang yang paling awal sampai.

Mayat Muiz tergantung di kipas siling. Lidah Muiz terjelir. Darah menitik-nitik dari perut Muiz yang hampir terburai itu. Hanna dan Scha tidak dapat menahan mual melihat keadaan Muiz. Segala isi dalam perut diluahkan.

“Aku dah cakap…” Dinzly menggeletar seluruh tubuh. “kita dah seru roh pembunuh tu.”

“Shut up, Dinzly !” Marah Ian.

Dia tidak percaya Muiz dibunuh oleh hantu. Mana ada hantu bunuh orang? Kalau hantu bunuh mesti sudah masuk berita dan surat khabar. Cerita hantu ni banyak yang karut!

“Aku nak balik!” ujar Scha . Bulu roma sudah meremang. “Aku nak balik!” ulangnya lagi.

“Kalau kau nak balik, kau baliklah sorang!” tengking Ian. Dia mesti cari dalang disebalik pembunuhan Muiz. Orang itu pastinya berada di dalam bangunan ini.

“Kalau kau nak mati, kau matilah sorang, mari Scha .” Dinzly memaut lengan Scha . Scha menurut langkah Dinzly .

“Siapa nak ikut aku?”

“Jangan cari nahaslah Ian. Aku rasa ada betulnya cakap Dinzly tu?” Lian juga berasa takut.

“Karutlah. Kalau betul ada hantu? mana hantu tu?” Ian mendepangkan tangan.

“Kau ni cakap besarlah Ian.” Hanna mula tidak menyenangi Ian.

“Oit, hantu! keluarlah!” pekik Ian.

Lian membuntangkan bola mata. Ian sudah gila agaknya.

“Kalau nak mati, kau matilah sorang. Kakak tak kuasa lagi nak bertekak dengan orang yang degil macam kau.” Lian berlalu diikuti Hanna dan Mat Pit.

Ian tersengih. Bodoh. Kakaknya pun bodoh kerana takut tak bertempat.

“Woi, hantu! Kalau berani muncullah depan aku!” suara Ian bergema. Ian terasa bahunya dicuit. Sebaik menoleh, dia hanya mampu membeliakkan anak matanya tanpa suara jeritan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience