Bab 7

Humor Completed 19792

?7

Dua tahun kemudian

Vroom! Vroom! Vroom!

“Abang, Hakim tengah tidurlah,” Tihany menampar lembut bahu suaminya. Kalau bercakap sahaja, mana si suami nak dengar. Enjin motor lebih kuat dari suara halusnya itu.

“Alah, dah tiga jam dia tidur. Abang bunyikanlah alarm dia,” balas Ashraf selamba. Sengal punya ayah.

“Pandailah abang ni. Tinggallah kejap motor abang tu. Hana dah siapkan minum petang,” Hana berlalu ke gazebo yang dijadikan ruang berehat di rumah banglo dua tingkat yang dibeli Ashraf di awal perkahwinan mereka dulu.

Ashraf mematikan enjin motorbikenya dan turut berlalu ke gazebo. Setelah dia berkahwin dengan Hana, dia nekad untuk tinggalkan dunia motor berkuasa tinggi yang sudah menjadi minatnya sejak kecil itu. Hanya semata-mata kerana Rihana, isteri tersayang yang dulu pernah ditinggalkannya dek kerana wanita lain.

“Jom abang bawa Hana naik motorbike abang tu pusing taman nak?” pelawa Ashraf.

“Ish, abang tahukan Hana tak suka. Lagi pun bahaya,” tolak Hana. Dek terlalu banyak laporan akhbar yang selalu membuat liputan tentang motor berkuasa tinggi sering terlibat dalam kecelakaan, dia jadi trauma.

“Sayang… naik kereta , motor kapcai , kapal terbang , kereta api… semuanya bahaya. Dah sampai ajal kita, bukannya boleh tangguh-tangguh lagi,” tukas Ashraf perlahan.

“Tak kisahlah. Yang saya tahu saya tak suka hobby abang tu. Please,” Ada nada sedih pada suara Hana. Sebak sebenarnya apabila memikirkan jika si suami yang terlibat dalam kemalangan ketika membawa motorbike besar itu. Nauzubillah.

“Okey… okey. Tak payahlah buat muka sebak macam ni. Abang janji, abang tengok aje motor tu hari-hari. Tak payah menunggang pun tak apalah, sayang oi,” Ashraf membawa Hana ke dalam pelukannya.

“Hana seriuslah,” Dipukulnya dada Ashraf.

“Abang seriuslah ni. Nanti abang simpan dalam stor ya. Dua puluh tahun lagi bolehlah tunjuk dekat anak-anak kita. Nilah harta papa yang mama paling benci,” Hana tergelak kecil. Ashraf melepaskan pelukannya.

“Eleh, iya-iya aje abang ni. Hakim baru nak masuk tiga bulan. Anak-anak konon…”

“Iya jugak kan. Tak apalah. Itu perancangan masa depan. Takkan nak Hakim seorang aje? Kenalah bagi dia kawan-kawan juga kan,” Ashraf menayangkan muka miang. Hana ketap bibir.

“Kawan-kawan ya abang? Kat taman ni pun ramai rasanya,” Hana sengaja mengenakan suaminya.

“Malas layan sayang. Makan donut ni lagi bagus. Kenyang pun kenyang,” Penat juga bertikam lidah dengan isteri kesayangannya itu.

“Abang, esok jangan lupa tau. Kita pergi rumah abang Wan. Sara nak jumpa Laila,” Tak lupa punyalah sahabat sehidup semati dia tu.

“Iya, ingat. Mana boleh lupa,” balas Ashraf sambil mengunyah donut hasil tangan isterinya.

“Nasib baik ingat. Tangan ni dah gatal sangat nak toreh tayar kekasih abang tu,” Terhenti kunyahan Ashraf. Oh, really? No! Terhambur tawa Hana melihat riak wajah suaminya. Sengal tahap kritikal.

“Awak berani buat begitu?” Dikecilkan mata dan ditajamkan pada Hana yang sedang tersenyum itu.

Hana memaut leher suaminya. “Tak sangguplah,” Kasihan pula dia. Reaksi Ashraf tak payah ceritalah. Terus mekar senyuman dia tu. Bersyukurnya dia memperisterikan Hana yang pandai melayan kerenahnya itu.

Ashraf dan Hana berkahwin sebulan lebih awal daripada Ridwan dan Laila. Semuanya gara-gara si Ashraf takut Hana berubah hati. Dan dia juga takut nanti lebih banyak dugaan pula yang datang. Manalah tahu jika tiba-tiba stewardess lain pulak yang muncul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience