"Hana, kenapa kau tak siapkan breakfast macam dulu?" soal Afiq Raihan.
"Suka hati akulah nak siapkan ke tak nak. Nanti lepas kita berpisah, kau jugak kena buat sendiri kan. So, berdikarilah dari sekarang." balas Anis Raihanna dingin.
Dia terus mengurung diri di dalam bilik. Pintu ditutup dengan kasar. Berdentum bunyi kedengaran sehingga bahu Afiq Raihan terhenjut sedikit.
Afiq Raihan melepaskan keluhan berat. Sudah seminggu berlalu sejak pergaduhan antara dia dengan Anis Raihanna.
Hubungan mereka semakin renggang hari demi hari. Tiada lagi gurau senda antara mereka. Layanan Anis Raihanna berubah secara mendadak.
Hanya perlian dan sindiran pedas saja keluar dari mulut gadis itu. Semuanya mengungkit tentang perpisahan mereka.
"Kenapa buat aku macam ni Hana?" keluh Afiq Raihan.
Dia tak mahu perkara ini makin berlarutan. Dia rindukan keadaan mereka yang dulu. Yang paling penting, dia rindukan Anis Raihanna yang dulu.
Sikap isterinya yang periang, garang dan selamba. Dia sangat rindukan semua itu. Namun sekarang, semua berubah.
Setiap hari, Anis Raihanna hanya mengurung diri dalam bilik. Dia sering mengelak daripada bertembung dengan Afiq Raihan. Sehinggakan di tempat kerja pun perkara sama yang terjadi.
Walaupun duduk serumah, mereka langsung tak bertegur sapa. Sepatah yang ditanya oleh Afiq Raihan, sepatah juga yang dijawab oleh Anis Raihanna. Keadaan mereka tak ubah seperti orang asing yang tinggal bersama.
Masing-masing tak mahu mengalah. Ego tinggi melangit menguasai mereka berdua. Tanpa mereka sedari, ego tersebut memakan diri mereka dalam diam.
Namun apakan daya, tak kira apa yang terjadi mereka tetap akan berpisah akhirnya. Cuma dia sering tertanya-tanya. Mengapa begitu sekali perubahan Anis Raihanna?
Hana, aku rindukan kau yang dulu.
???
Anis Raihanna merenung cincin perkahwinannya. Tanpa dia sedar, air mata mula berlinangan.
Dia sendiri kecewa dengan tindakannya terhadap Afiq Raihan. Sepanjang seminggu berlalu, dia langsung tak menjaga kebajikan suaminya.
"Maafkan aku, Afiq..." ucap Anis Raihanna sambil menahan sedu.
Dia langsung tak berniat sebegitu. Dia cuma kecewa dengan keputusan Afiq Raihan untuk berpisah.
Sejak itu, dia mula berputus asa untuk mempertahankan rumah tangga mereka. Sudah tiada gunanya jikalau dia masih berusaha kerana pada akhirnya keadaan masih sama. Mereka tetap berpisah.
Setiap hari, dia cuba untuk melenyapkan rasa cintanya kepada Afiq Raihan. Berkali-kali dia cuba membenci lelaki itu. Namun, rasa cinta dan sayangnya masih utuh.
Pemilik hatinya kini hanya Afiq Raihan. Orang yang pertama berjaya mengambil hatinya.
Mungkin juga yang terakhir. Ini semua kerana dia serik untuk mencintai seseorang lagi. Biarlah dia simpan perasaan ini untuk selamanya. Ini semua hanya akan menjadi kenangan yang pahit kelak.
Kau tak perlu tahu, Afiq.
???
"Hello, Afiq. Lepak jom!" suara Adam Syahmi memenuhi corong telefon pintar milik Afiq Raihan.
Serta-merta, Afiq Raihan menjauhkan telefon dari telinga. Nyaring sungguh suara Adam Syahmi.
"Kau kecik-kecik dulu tertelan mikrofon ke apa? Kalau boleh cakap kuat lagi. Biar pekak terus telinga aku ni." balas Afiq Raihan dengan nada memerli.
"Aduh, yelah. Aku minta maaf. Jom lah wei lepak. Jangan lupa ajak Anis. Aku bawa Aira sekali ni. Dah lama tak lepak sama-sama macam dulu." balas Adam Syahmi teruja.
Afiq Raihan mengeluh buat ke sekian kalinya. Ajak Hana? Entah mahu ke tak nak Anis Raihanna mengikuti dirinya. Dia tak sanggup lagi mendengar sindiran pedas dari gadis itu.
"Kau dekat mana? Nanti aku datang. Tapi aku tak bawa Anis. Dia...tak sihat. Kalau kau nak bawak Aira, aku tak kisah. Sebab aku ada benda nak cakap dengan dia." jelas Afiq Raihan.
Dia terpaksa menipu keadaan Anis Raihanna ketika ini. Biarlah mereka berdua menyelesaikan masalah itu sendiri.
"Okay. Aku tunggu dekat tempat biasa. Jangan lambat. Kalau lambat, kau belanja!" balas Adam Syahmi.
"Yer. Aku letak dulu. Kau tunggu je aku. Bye." kata Afiq Raihan lalu menamatkan panggilan.
Dia mengatur langkah ke bilik tidurnya. Kunci kereta disambar sebelum diletakkan ke dalam poket seluar. Dia berselisihan dengan Anis Raihanna.
"Hana..." panggil Afiq Raihan.
Anis Raihanna menoleh. Riak muka tiada perasaan dipamerkan. Matanya yang sembap kerana menangis tadi langsung tidak disorok olehnya.
Afiq Raihan yang sedar dengan mata isterinya mengalihkan pandangan ke arah lain. Hatinya bagai ditusuk sehingga meninggalkan luka yang dalam.
"Kau nak apa?" soal Anis Raihanna tanpa perasaan.
"Aku nak keluar. Kau nak apa-apa ke? Aku boleh belikan." jawab Afiq Raihan.
"Tak payah. Aku tak nak apa-apa. Mulai hari ni, jangan panggil aku Hana lagi. Panggil aku Anis. Itu je yang aku nak." arah Anis Raihanna dingin.
Afiq Raihan mengerutkan dahi. Kenapa perlu tukar nama panggilan? Dia makin tertanya-tanya.
"Tapi kenapa Hana? Aku dah biasa dengan panggilan tu. Selama ni kau tak pernah persoalkan pun. Kenapa baru hari ni?" soal Afiq Raihan tak puas hati.
"Sebab kau sendiri pernah cakap, kau panggil aku Hana sebab aku kau punya. Tapi kenyataannya tak kan. Jadi kenapa perlu panggil aku Hana lagi." jawab Anis Raihanna sinis.
Afiq Raihan mengucap panjang. Kecewa dengan jawapan isterinya. Benci sangat ke kau dekat aku, Hana?
"Aku tetap akan panggil kau Hana. Sebab selagi kau isteri aku yang sah, kau aku punya. Dah aku tak nak cakap pasal ni lagi. Jaga diri elok-elok. Aku pergi dulu." balas Afiq Raihan dengan nada kecewa.
Dia mencium dahi isterinya lama. Anis Raihanna diam tak membalas. Dia rindu dengan belaian suaminya. Pemergian suaminya dihantar dari ekor mata.
Kenapa susah sangat aku nak benci kau, Afiq?
???
Afiq Raihan berjalan ke arah Adam Syahmi dan Aira. Dia melemparkan senyuman palsu.
"Ha, sampai pun kau Afiq. Berjanggut dah aku tunggu kau tahu tak?" sapa Adam Syahmi mesra.
Aira hanya mengeleng kepala melihat kerenah lelaki itu. Tunang siapalah ni. Tolong kutip.
"Sorrylah. Aku lambat sikit. Jalan sesak lah tadi." tipu Afiq Raihan.
Dia mengambil tempat dihadapan mereka berdua. Rasa kecewa dengan jawapan Anis Raihanna tadi masih tersisa.
"Tak kiralah jalan sesak ke apa. Siapa lambat, belanja ah." kata Adam Syahmi selamba.
Afiq Raihan tersenyum tawar. Dia hanya mengangguk kepala. Aira seakan menyedari perubahan sikap Afiq Raihan. Dia mula merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki itu.
"Afiq, Anis okay? Dia demam ke apa?" soal Aira lembut.
"Haah, Anis okay ke? Kenapa aku tengok kau yang lemau semacam ni. Siapa yang sakit sebenarnya? Kau ke Anis?" celah Adam Syahmi.
"Eh, aku okay jerlah. Anis pun okay. Cuma tulah aku penat sangat kot." balas Afiq Raihan cuba menyorokkan masalahnya.
"Adam, saya nak pergi tandas kejap eh." pinta Aira kepada Adam Syahmi.
Adam Syahmi hanya mengangguk tanda membenarkan. Kini tinggal Afiq dan dirinya sahaja.
"Afiq, kau ada masalah ke wei? Ceritalah dekat aku." ucap Adam Syahmi memulakan perbualan.
"Tak ada apalah Adam. Kau salah faham ni. Aku betul-betul okay lah." balas Afiq Raihan yang masih tidak mahu berterus terang.
"Afiq. Aku tahu kau ada masalah. Ceritalah. Aku kan kawan kau. Bukan sesiapa pun. Takkan kau malu dengan aku?" pujuk Adam Syahmi lagi.
Afiq Raihan mengambil masa untuk berfikir sebentar. Dia termenung sebelum membalas.
"Aku...sebenarnya gaduh dengan Hana." balas Afiq Raihan lemah.
Adam Syahmi hanya diam. Dia sudah agak memang ada perkara yang sedang menggangu sahabatnya.
"Kau dah bincang elok-elok dengan dia?. Macam mana korang boleh gaduh? Setahu aku, korang tak pernah gaduh seteruk ni kan?" balas Adam Syahmi.
"Belum. Dia mintak aku tak ceraikan dia. Kalau aku tunaikan permintaan dia, macam mana dengan Haiqal Iskandar, Adam? Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni." jawab Afiq Raihan lagi.
"Afiq, kau cintakan Hana?" soal Adam Syahmi tiba-tiba.
Afiq Raihan hanya membalas dengan gelengan kepala. Dahinya dikerutkan. Tak faham dengan maksud soalan Adam Syahmi sebentar tadi.
"Betul kau tak cintakan dia? Atau kau sebenarnya takut Haiqal Iskandar tahu kan? Kau rasa macam kau tikam belakang Is kalau kau cintakan Hana kan?" soal Adam Syahmi bertubi-tubi.
Dia mahu Afiq Raihan sedar akan perasaannya terhadap Anis Raihanna. Dia tak nak Afiq Raihan bakal kehilangan orang yang dicintainya.
Afiq Raihan diam tak membalas. Fikirannya masih mencerna maksud kata-kata Adam Syahmi.
"Afiq, kalau betul kau cintakan Hana, jangan sesekali lepaskan dia. Kau kena ingat kau suami dia yang sah. Kau yang berhak ke atas Anis Raihanna bukan Haiqal Iskandar atau sesiapa.
Kau kena ingat tu. Baik kau jujur dengan Is yang kau sayang Hana. Jangan pendam atau nafikan lagi perasaan kau pada isteri kau sendiri. Aku tak nak kau menyesal nanti. Boleh?" pinta Adam Syahmi.
Sempat juga dia menitipkan pesanan kepada Afiq Raihan. Semoga sahabatnya sedar.
"Sorry, lama sangat dekat tandas. Kena beratur panjang tadi. Korang sembang pasal apa ni? Serius semacam je." ucap Aira yang baru tiba.
"Ada lah rahsia. Kan, Afiq?" balas Adam Syahmi selamba.
Afiq Raihan hanya mengangguk kepala. Dia masih ligat memikirkan pesanan Adam Syahmi sebentar tadi.
"Korang, aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi. Thanks, Adam." kata Afiq Raihan tergesa-gesa.
Dia segera meninggalkan mereka. Hanya nama Anis Raihanna yang berlegar-legar difikirannya pada ketika ini.
Aira pelik dengan tindakan Afiq Raihan. Manakala, Adam Syahmi mengukir senyuman penuh makna.
Alhamdulilah, kau dah sedar Afiq.
???
Tombol pintu rumah dibuka dengan pantas. Langkah diatur masuk ke dalam rumah.
Afiq Raihab menuju ke ruang tamu. Matanya mencari kelibat Anis Raihanna.
"Kau cari siapa? Baru sekarang nak balik? Kenapa tak balik tahun depan je?" sindir Anis Raihanna daripada belakang Afiq Raihan.
"Hana, we need to talk. Please..." rayu Afiq Raihan.
"Aku dah cakap jangan panggil aku Hana! Nak bincang apa lagi? Kau sendiri yang cakap kita akan berpisah. Boleh tak jangan kacau hidup aku?" balas Anis Raihanna dengan nada yang mula meninggi.
Dia sendiri tak tahu kenapa dia bertindak sebegitu. Dia mula melangkah pergi. Derhaka ke aku? Ya Allah ampunkan dosa hambaMu ini.
Afiq Raihan masih tak berputus asa. Dia akan cuba untuk memujuk isterinya lagi. Satu helaan panjang dilepaskan.
"Kau... cintakan aku?"
Soalan daripada Afiq Raihan menghentikan langkah Anis Raihanna. Tangannya digenggam erat.
"Soalan apa kau tanya ni Afiq? Kau buta ke apa?" balas Anis Raihanna sinis.
"Apa maksud kau, Hana? Aku tak faham." soal Afiq Raihan ingin tahu.
Anis Raihanna mengetap bibir. Dia sedaya upaya untuk mengawal emosi. Riak wajah tanpa perasaan masih terpamer diwajahnya.
"Kau buta ke Afiq? Sampai tak nampak cinta aku pada kau?"
Kata-kata itu hanya diluahkan di hati. Anis Raihanna tak berani meluahkan kata-kata tersebut.
"Kau buta ke sampai tak nampak aku ni tak pernah cintakan kau?" kata Anis Raihanna tanpa perasaan.
Lain yang dikata didalam hati dan lain juga yang dikata oleh mulut Anis Raihanna. Afiq Raihan terdiam. Tiba-tiba telefon pintarnya berdering.
Tit! Tit! Tit!
Afiq Raihan segera menjawab panggilan. Tipulah kalau dia kata dia tak kecewa. Namun dia hanya berdiam diri.
"Ya nanti Afiq dengan Hana datang. Afiq letak dulu." balas Afiq Raihan terburu-buru.
"Kenapa? Siapa call tadi?" soal Anis Raihanna.
"Hana...Tok Nek sakit. Dia dekat hospital sekarang." balas Afiq Raihan.
???
"Tok Nek...macam mana boleh jadi macam ni? Anis dah kata kan jaga kesihatan." soal Anis Raihanna sebaik saja tiba di hospital.
Afiq Raihan pula sedang berbual-bual bersama ibu dan ayah mertuanya. Hanya Anis Raihanna yang melawat Tok Nek pada ketika ini.
"Tok Nek sihat je sayang... Jangan risaukan Tok. Tak ada apalah sangat yang jadi. Jangan risau ya?" balas Tok Nek lembut.
Anis Raihanna sebak apabila melihat sekujur tubuh tua itu terlantar di hospital. Ditatap wajah itu penuh kasih sayang.
"Anis dah tunaikan janji Anis? "
Anis Raihanna hanya diam. Tak mampu menjawab soalan wanita tua itu. Dia menyembamkan mukanya pada tubuh Tok Nek.
"Anis minta maaf Tok. Anis dah cuba. Anis tak boleh nak bahagiakan Afiq, Tok. Anis minta maaf..." ucap Anis Raihanna diselangi tangisan.
Tok Nek menggosok belakang badan Anis Raihanna. Terbit rasa kasihan pada nasib cucunya.
"Jangan menangis sayang. Anis dah cuba kan? Tok tak marah tapi Tok-"
Uhuk! Uhuk! Uhuk!
Tiba-tiba, Tok Nek memuntahkan darah yang banyak. Habis basah baju yang dipakai dibasahi darah tersebut. Anis Raihanna mula cemas.
"Doktor! Doktor!" panggil Anis Raihanna.
Namun Tok Nek masih tak henti memuntahkan darah dari tadi. Air mata Anis Raihanna mula mengalir dengan laju. Risau dengan keadaan wanita tua itu.
"Cik sila keluar. Maafkan kami. Tapi kami perlu periksa keadaan pesakit sekarang ni." pinta jururawat yang bertugas.
"Tak nak. Saya nak duduk dengan Tok Nek. Tolonglah cik. Bagi saya duduk dengan Tok Nek saya." rayu Anis Raihanna sambil menangis.
Afiq Raihan segera mendapatkan Anis Raihanna. Dia meminta maaf kepada jururawat tersebut.
"Hana, jom keluar. Nanti kita tengok Tok Nek. Bagi doktor check dulu okay?" pujuk Afiq Raihan.
Dia menarik Anis Raihanna keluar dari wad hospital. Anis Raihanna tak henti-henti meronta-ronta supaya dilepaskan.
"Afiq, lepaskan aku! Aku nak jumpa Tok Nek... Tolonglah lepaskan aku. Aku nak jumpa Tok Nek." rayu Anis Raihanna sambil menangis.
Afiq Raihan memeluk tubuh Anis Raihanna erat. Wajah isterinya disembamkan pada dada bidang milik Afiq Raihan.
"Aku tak nak hilang Tok Nek, Afiq. Aku sayang dia. Tok Nek akan tinggalkan aku ke, Afiq? Tsk...tsk...tsk..." soal Anis Raihanna lagi.
"Jangan nangis Hana. Semua akan baik-baik je. Tok Nek takkan tinggalkan kita. Jangan risau aku ada untuk kau." balas Afiq Raihan lembut.
Anis Raihanna membalas pelukan suaminya. Terasa tenang apabila berada dalam dakapan Afiq Raihan. Akhirnya, dia terlelap.
???
Anis Raihanna tersedar dari lena. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling. Sekujur tubuh di atas katil dipandang lama.
"Anis, dah bangun?" soal Puan Aimi.
"Ibu, bila ibu sampai? Anis baru bangun tadi. Nampak Afiq tak?" jawab Anis Raihanna.
"Afiq sembang dengan abah. Anis okay ke sayang?" soal Puan Aimi lagi.
"Anis okay ibu. Macam mana dengan Tok Nek? Ibu dah tengok Tok Nek?" balas Anis Raihanna.
Dia menghampiri Tok Nek yang sedang terbaring lemah diatas katil. Dahinya dikerutkan.
"Ibu siapa tutup muka Tok Nek dengan selimut ni? Kesian Tok Nek." rungut Anis Raihanna.
Puan Aimi diam. Dia tak sanggup menceritakan hal sebenar. Dia mengikuti langkah Anis Raihanna.
"Ibu kenapa ibu nangis? Anis ada buat apa-apa ke?" soal Anis Raihanna risau.
Puan Aimi mengeleng kepala. Air matanya mula laju berlinangan. Anis Raihanna ditarik ke dalam pelukan.
"Anis...bawa bersabar sayang. Tok Nek...dah tak ada."
Anis Raihanna bagai tak percaya dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Puan Aimi. Kolam air matanya mula pecah.
"Ibu, betul ke apa yang Anis dengar ni?" soal Anis Raihanna mahukan kepastian.
"Ya sayang...bawa bersabar ya." balas Puan Aimi sambil mengusap belakang anaknya.
Tiba-tiba, Afiq Raihan masuk ke dalam bilik tersebut. Anis Raihanna segera mendapatkan suaminya.
"Afiq, Tok Nek. Dah tak ada. Kau kata Tok Nek takkan tinggalkan kita." ucap Anis Raihanna sayu.
Afiq Raihan segera menarik Anis Raihanna dengan kasar keluar dari bilik tersebut. Anis Raihanna meringis kesakitan.
"Afiq, sakit...lepaskanlah aku." rengek Anis Raihanna.
Afiq Raihan tersenyum sinis. Dia melepaskan tangan isterinya.
"Hana, aku nak kau dengar ni baik-baik. Sekalipun dalam hidup aku, aku tak pernah cintakan kau. Sekarang dah tiba masanya untuk aku luahkan segalanya." kata Afiq Raihan tanpa perasaan.
Anis Raihanna menghamburkan tangisannya. Dia jatuh terduduk. Dirinya tak sanggup menerima berita buruk lagi.
"Anis Raihanna binti Zahid...
....aku ceraikan kau dengan talak tiga."
Share this novel