PUCUK dicita, ulam mendatang. Aliya senyum lebar saat melihat Zailani di hadapan Butik Uniqlo.
Namun timbul tanda tanya. Kali terakhir mereka bertemu, Zailani bagai kurita. Tangannya meliang liuk ke sini sana bagaikan tiada tulang.
Tapi hari ni, jalannya penuh bergaya. Seperti Zailani yang dikenalinya di universiti dulu. Antara jejaka yang menjadi kegilaan para gadis. Bahkan ada juga pensyarah yang tergilakan Zailani.
Gayanya cukup bersahaja. Senyumannya manis. Apatah lagi mepunyai lesum pipit di kedua belah pipinya. Style ala-ala artis korea itu menambahkan lagi ketampanannya.
Aliya tersenyum bahagia. Dia perlu mengatur strategik. Tanpa berlengah Aliya berjalan laju menuju ke arah Zailani.
"Ops... sorry. I tak sengaja." Aliya tersenyum sebelum wajahnya berubah riak terkejut.
"Oh my gosh! Lan... tak sangka jumpa you lagi." Wajah Zailani berubah riak. Andai diberi pilihan, dia tidak ingin bertemu dengan Aliya.
"Hai Aliya," tegur Zailani hambar.
Aliya kecewa melihat riak yang ditunjukkan oleh Zailani. Namun dia tak peduli. Yang penting, dia perlu dapatkan Zailani walau dengan apa cara sekalipun.
"You sorang je ke?" soal Aliya. Sengaja memanjangkan perbualan mereka.
"Tak la.. I dengan..." belum pun sempat Zailani menghabiskan kata-katanya, Juwita muncul.
Tangan Juwita diraih lembut untuk mendekati. Aliya tahan hati. Perempuan ni lagi.
"Sorry. Hari tu tak sempat nak kenalkan. Ni tunang I," ujar Zailani selamba. Juwita juga turut terkejut. Namun, dia hanya mendiamkan diri.
Dia pasti ada sebab kenapa Zailani memperkenalkan dia sebagai tunangnya.
"Oh... really? Tapi you berdua langsung tak sepadan." Panas telinga Juwita mendengarnya. Sudahlah emosinya masih belum stabil. Berjumpalah pula dengan perempuan macam ni. Juwita buat muka menyampah.
"Lan... you layak dengan perempuan macam I je." Tanpa segan silu, Aliya memeluk erat lengan kanan Zailani. Tercengang Juwita dibuatnya.
"Seriously?" soal Juwita seakan tak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya.
Zailani menyumpah dalam hati. Bimbang emosi Juwita kembali tak stabil. Baru sekejap tadi Juwita mempamerkan wajah ceria. Tapi kini, rosak segala rancangannya.
"Yes. Memang I yang layak untuk Lan. Just look at you. Langsung tak sepadan." Aliya memandang Juwita atas bawah.
T-shirt V neck, jeans dan sneakers. Juwita cukup santai. Tidak seperti Aliya yang mengayakan dress V neck paras lutut bersama kasut tumit keluaran Vincci.
Juwita mengubah posisinya mengadap Zailani yang masih berusaha melepaskan pegangan tangan Aliya. Melihat wajah Juwita, Zailani tak henti berdoa. Janganlah Juwita berlalu pergi.
Namun, sangkaannya meleset. Dan tanpa diduganya, Juwita merentap kasar tangan Aliya.
"Bila dia kata aku tunang dia. Bermakna aku yang dipilih. Bukan kau." Tangan Zailani diraih lalu mereka meninggalkan Aliya yang berubah wajah.
Siaplah kau, pompuan. Kau tak kenal siapa Aliya. Aliya takkan mengalah selagi tak dapat apa yang dia nak.
Dalam diam Aliya memasang niat. Juwita pasti terima balasan kerana merampas Zailani darinya.
Zailani memandang Juwita. Dia lega, terasa Juwita telah kembali. Dia perlu cari tahu kenapa Juwita berubah murung.
MAISARA tersenyum saat melihat Haris sendirian di dalam sebuah cafe. Tanpa menunggu lama dia terus merapati Haris.
"Sorry... you Haris, kan?" Haris memandang lama wanita di depannya sebelum mengangguk. Dia cuma mengingati siapa wanita itu.
"Mind if I join you?" soal Maisara lembut. Senyuman manis tak lekang di bibirnya.
"Sure." Makin lebar senyum Maisara. Ditarik kerusi di depan Haris sebelum melabuhkan punggungnya.
"You tak ingat I ke?" soal Maisara lembut. Berharap Haris masih mengingatinya.
Belum pun sempat Haris menjawab soalannya, telefon bimbit Haris berdering.
"Hello," Haris terus menjawab panggilan itu. Berkerut wajahnya seketika.
"Okey. Thanks." Hanya itu bait ayat yang keluar dari mulut Haris.
"Sorry. You tanya apa tadi?" Haris membetulkan duduknya.
"You tak ingat I ke?" soal Maisara lagi. sakit pula hatinya kerana terpaksa ulang soalan yang sama.
"Mestilah I ingat. Maisara, kan? Perempuan cantik macam you ni mana boleh lupa." Lebar senyuman terukir. Hati Maisara berbunga riang.
"So, you sorang je ke?" Maisara sekadar inginkan kepastian. Walaupun hanya kelihatan Haris sendirian.
"Now I dengan you lah. Mana ada sorang." Haris ketawa kecil.
"Ish... nakallah you ni. Seriuslah. Mana tau ada orang jealous pula kalau nampak you dengan I." Maisara terus memancing.
"Hahaha... you ni kelakarlah Maisara. Patut I yang tanya soalan tu pada you. Kang tak memasal lebam pula muka I ni." Maisara tersipu malu.
"Takdelah. Siapalah yang nak kan I ni." Maisara mainkan peranan. Wajahnya berubah mendung.
"Hey... chill. I gurau jelah. Janganlah sedih. You nak order apa-apa tak? Boleh temankan I sekali." Haris mengubah topik.
"Sure." Haris segera mengamit pelayan untuk mengambil pesanan mereka.
Share this novel