Bab 16

Family Completed 3187

"Alisha.."Fairuz mengeluh seketika.Alisha hanya mendiamkan diri sambil merenung ke bawah dengan pandangan yang kosong.

"Setiap orang ada cerita duka masing masing.Dan tak semua cerita mereka sama.Allah maha adil Lisha..kalau awak rasa derita awak ni teruk sangat,apatah lagi mereka yang kehilangan mama dan papa ataupun mereka yang didera atau dibunuh.Apa perasaan diorang?kalau diorang nak banding hidup diorang dengan awak, awak dah dikira beruntung.Masih ada mama dan datuk awak di muka bumi ini bersama awak. Saya pun pernah rasa kehilangan..adik saya, Kyra,meninggal pada 2 tahun lepas semasa pergi ke lawatan bersama rakan sekelasnya.Saya pun pernah rasa kehilangan orang yang saya sayang tapi situasi kita lain.Awak kehilangan mereka dalam keadaan mereka masih hidup di bawah langit yang sama tapi saya..saya dah tak dapat jumpa adik saya dah."cerita Fairuz panjang lebar.

"Awak tau tak bertapa cemasnya mama awak tadi kat sekolah."sambungnya.

"Ha?mama datang sekolah?"fanya Alisha terkejut.

"Ya..dia menangis macam orang gila tau sebab awak hilang.Itu awak kata tak sayang?saya rasa awak perlu minta penjelasan dari mama awak dulu.Jangan bertindak secara melulu nanti menyesal dikemudian hari."pesan Fairuz ikhlas.

Alisha berfikir seketika tentang perkara yang dikatakan oleh Fairuz sebentar tadi.

*****

Puan Rosmah duduk di kerusi yang terletak pada lapangan terbang.Dia bersedia untuk terbang ke London pada hari itu.Dia telah mendapat berita bahawa Alisha telah pulang semula ke rumah semasa dia bertolak ke lapangan terbang sebentar tadi. Walaupun masih sedih kerana tidak sempat bertemu dengan Alisha,dia tetap bersyukur kerana tiada apa apa yang berlaku terhadap anaknya.

"Mama.."panggil seseorang di hadapan Puan Rosmah.Wanita itu terkejut melihat anaknya sedang berdiri sambil tersenyum memandangnya.

"Lisha.."Puan Rosmah terus meluru ke arah anaknya lalu didakapnya Alisha erat.Air matanya mengalir.

"Lisha maafkan mama..Mama memang nak bagitahu Lisha pasal Wawa tapi mama takut Lisha marahkan mama lagi.Mama tak sanggup lagi kehilangan anak mama buat kali kedua.Mama serik.Allah dah balas balik dosa mama terhadap Alisha.."katanya lalu berhenti seketika.Alisha hanya mendengar walaupun matanya sudah mula berair.Dia tahan agar tidak mengalirkan air matanya di pipi.

"Mama kahwin dengan seorang lelaki kat London dan Wawa tu anak mama dengan lelaki tu.Tapi..Wawa menghidap penyakit barah otak namun belum tahap kritikal lagi..suami mama pula dah meninggal.Jadi mama takde duit nak tampung segalanya.Mama sedar ini merupakan balasan mama kerana meninggalkan Alisha dulu."jelasnya panjang lebar.

"Takpe..Lisha faham dan Lisha dah boleh terima semua perkara yang dah berlaku.Lisha diuji oleh Allah sebab Allah masih sayangkan Lisha.Bukan Alisha seorang je yang pernah melalui derita tapi banyak lagi melalui nasib yang sama dengan Lisha tapi dengan cerita masing masing."balas Alisha hasil daripada pesanan ikhlas dari Fairuz.

Puan Rosmah terdiam sambil mengalirkan air mata.Sedih dia mendengar luahan anaknya.Begitu terseksa sekali perasaan anaknya semasa ditinggal oleh dirinya selama ini.Banyak dosa yang telah dia lakukan terhadap anaknya.

"Boleh Lisha tengok gambar Wawa?"tanya Alisha apabila tiada butir kata keluar dari mulut mamanya.

"Boleh."Puan Rosmah mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuka apps gallery.Gambar seorang kanak kanak dalam lingkungan 8 atau 9 tahun terpapar di skrin phonenya.

"Comelnye.."puji Alisha sambil tersenyum.Puan Rosmah turut tersenyum gembira.

Panggilan terakhir bergema di seluruh lapangan terbang menyebabkan Puan Rosmah terpaksa pergi meninggalkan Alisha.

"Jaga diri baik baik ye Lisha sayang.Selepas Wawa jalankan pembedahannya nanti mama janji mama akan balik ke sini semula jaga Alisha dengan ayah.We start a new life together okay?" Kata Puan Rosmah lalu memeluk erat tubuh Alisha seperti tidak ingin dilepaskan.

Akhirnya Puan Rosmah masuk ke dalam kawasan lapangan terbang sambil melambai lambai ke arah anaknya yang masih setia berdiri di kawasan luar.

Alisha menghembus nafas perlahan.Betul kata ayah,kemarahan itu seperti api yang membara.Jika api dibiarkan dalam api maka ia akan membakar diri dan menghasilkan sesebuah kekesalan.Jika dia tetap melarikan diri hari itu pasti dia takkan mendapat penjelasan dari mamanya.Alisha tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience