Pada malamnya pula, mereka lagi teruk dikacau.
“Masa aku nyenyak tidur, tiba-tiba kaki aku kena tarik hingga aku jatuh katil. Di dalam bilik itu cuma ada Lan yang tidur di katil atas. Anehnya, bila aku jenguk ruang tamu tingkat bawah, Lan sedang menonton DVD bersama kawan yang lain.
“Bila aku naik semula ke bilik, aku nampak selimut di katil Lan membonjol. Bila selimut itu ditarik, aku terkejut kerana ada batu nisan yang sudah retak di situ.
“Tiba-tiba seluruh bilik berbau hanyir dan busuk,” kata Azmi seorang dari penghuni di rumah banglo murah itu.
Disebabkan tidak tahan diganggu, kami keluar pada pukul 3 pagi dan melepak di sebuah restoran mamak. Rupa-rupanya, ramai yang terkena pada malam itu.
“Wak yang sedang muat turun lagu lebih kurang pukul 12 malam terdengar bunyi orang membaling batu dekat tingkap biliknya. Bila dijenguk, dia nampak ada seorang budak perempuan duduk di atas kayu ara di sebelah rumah itu.
“Budak itu pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang,” cerita Azmi tadi.
“Rizal pula nampak budak perempuan melambai tangan kepadanya. Budak itu tiada kaki! Manakala Sam, tergamam melihat hantu di siling rumah. Tapi bila aku kata kaki aku kena tarik ketika mereka asyik menonton DVD, mereka kata, ‘bila masa kami tengok DVD’.”
“Seorang jiran pernah memberitahu kami terdapat rumah berhantu di sini dan tidak pernah diduduki. Rumah itu didakwa pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam dengan mayat mangsa ditanam di dalam dinding rumah.
“Saya agak ragu-ragu dengan cerita itu sehinggalah saya mendengar kisah penuntut universiti diganggu makhluk halus di rumah yang mereka sewa ini,” kata Yusof.
“Kedua-dua kaki kawan saya ditarik hingga dia terjatuh dari katil. Kejadian itu menyebabkan dia segera berpindah ke rumah lain walaupun sewa banglo itu tidak sampai RM100,” katanya.
“Tetapi masih ada penduduk yang melintasi kawasan rumah itu pada waktu malam mendakwa ternampak lembaga wanita berambut panjang melambai-lambai ke arah mereka,” cerita Yusof.
“Kalau tidak percaya, cubalah bermalam di bekas tapak rumah berkenaan atau rumah lain yang dikatakan berhantu di kawasan ini,” ujarnya.
Share this novel