(sessantanove)

Other Series 152481

Dari sarapan tadi lagi, tangan berparut itu tak lepas daripada memegangnya.

Dom juga tak banyak berbicara seperti biasa, hanya berwajah mendung saja. Tetapi Aleena masih melayan si suami seperti biasa.

Dia perlu kuat, kuat dengan semua ini. Semuanya akan baik-baik saja, dia yakin.

Suara riang Andy menceriakan saat-saat terakhir mereka, sedikit sebanyak merawat duka yang kian parah.

Setibanya kereta ARS7 Dom diiringi lagi oleh empat buah kereta RR Velar hitam di perkarangan Forrestor, Zen memanggil Dom dan Aleena di ruang tamu.

"Now is the time. Let's go Mika." Aleena menarik tangan Dom di sebelahnya untuk berdiri sama.

Dapat dia rasakan pegangan tangan Dom semakin kuat menggenggam tangannya. Bagaikan tak mahu pergi, tapi digagahkan juga dirinya untuk bangun dan beriringan bersama si isteri keluar.

"Dobbiamo andare adesso Dom" (Kita patut beredar segera Dom.) Jacq berbicara setelah dia dan kumpulan pengiring Dom ke Italy menunduk hormat pada si tuan.

"Sì. Lo so. Wait for a moment." (Ya. Aku tahu.) ujar Dom dingin. Jacq mengangguk sekali menerima arahan.

Suasana diam saja walaupun ramai orang di sekeliling. Angin pagi itu meniup sempoi-sempoi, menampar wajah Dom yang menghadap perkarangan hijau beserta bunga-bungaan luas.

Berat hatinya mahu pergi setelah pelbagai kemungkinan difikirkannya. Tapi dia perlu, demi isteri dan bakal puteranya.

"Darling.." suara lembut Aleena menyentakkan dia dari lamunan. Kepala ditoleh menghadap si isteri.

Senyuman manis Aleena dengan mata berkaca merundumkan hati jantannya. Sesak. Hiba.

Kedua tangan Dom digenggamnya dan diusap kekuranya lembut sambil mereka bertatapan.

"Awak perlu pergi sekarang.. Hati-hati ye dekat sana. Jangan lupa.. jaga diri, rawat luka awak kalau cedera walaupun awak tak sakit, makan minum kene jaga walaupun awak tak lapar, tidur cukup walaupun awak tak mengantuk hmm? Oh ya, dan yang paling penting, jangan duakan saya tau." ketawa kecil Aleena dengan bicara sendunya sendiri.

"No I won't carrissima.. I won't." Tersenyum kecil Dom sebelum wanita setinggi paras bawah dagunya itu ditarik ke dalam pelukan. Dipeluknya semahu-mahunya, erat.

Mungkinkah ini pertemuan terakhir mereka? Adakah ini pelukan terakhir mereka? Tiada siapa yang tahu..

"You are the only woman in my heart carrissama.. before, now and forever. Only you." ubun-ubun Aleena dikucupnya sayang seraya membelai lembut belakang tubuh itu. Aleena menggangguk di dalam pelukan si jejaka.

"Awak berpegang pada janji kita ye? Saya akan tunggu awak di sini.. sampailah awak pulang. Setiap hari." ujar Aleena perlahan menahan esaknya yang mula kedengaran.

Pelukan dileraikan Dom dan jari-jemari kasarnya mengusap pipi si isteri yang sudah berhias dengan air mutiara jernih miliknya walaupun sedang tersenyum.

"Thanks for trusting me. I promise you I'll back and meet you cara." Mereka berbalas senyuman sebelum dia mengucup lembut kedua pipi dan dahi Aleena, lama.

Entah bila lagi dia mampu berbuat demikian. Berkesempatankah dia?

"I love you with all my heart Danielle Mikhail." Senyuman cuba dikekalkan untuk Dom sehingga ke saat akhir mereka.

"I love you more than everything Aleena Humairah. So much." dahi mereka disatukan sebentar menikmati saat-saat akhir sebelum Dom mengucup lembut bibir Aleena sekali.

"Okay then.. Zen.." Dom memanggil Zen pula yang hanya setia menunggu dari tadi lagi. Memerhatikan mereka sayu.

"Dom?"

"Come here bro." suaan tangan Dom teragak-agak mahu disambutnya tetapi melihatkan senyuman lelaki itu Zen menyambut juga.

Tak dia pedulikan lagi pandangan sekeliling, tubuh Dom dipeluknya erat dan lelaki itu sedikit tergamam pada mulanya tetapi turut membalas pelukan Zen.

"Un ragazzo debole e gli piance piangere prima adesso è un uomo forte." (Budak kecil yang lemah dan kuat menangis dulu dah besar dan kuat sekarang.) Ketawa kecil lelaki itu di pendengaran Zen.

Kot Dom digenggamnya dari belakang menahan air mata. Dia tak akan menangis. Dia perlu kuat, menjaga amanah lelaki itu padanya.

"Grazie per essere sempre con me Zen. Lo apprezzo." (Terima kasih kerana sentiasa bersama saya selama ini Zen. Saya sangat hargainya.) belakang tubuh Zen diusapnya perlahan beberapa kali sebelum pelukan mereka dileraikan.

"I'll repay all your kindness Dom. Mi prenderò cura di loro più della mia stessa vita. I promise you." (Saya akan jagakan mereka lebih dari nyawa saya.) Zen berbicara yakin.

"Thanks Zenny.." tersenyum manis Dom pada si adik sebelum beralih pula pada si anak kecil mereka.

Dia dan Aleena sudah mengambil keputusan untuk mengambil Andy sebagai anak selepas memalsukan segala dokumen Andy.

"Andy sweetie, could you please do something for me?" kedua tangan Andy digenggamnya lembut sambil bertinggung.

"Of course! What is it daddy?" terangguk-angguk bersemangat saja si kecil seraya tanyanya polos.

"I want you to take care of your mum and brother, okay dear?" anggukan pantas diterima Andy mengukirkan senyuman manis Dom lagi.

"Here. Take this with you." pisau belati bersarung sepanjang sejengkal diberikan kepada Andy.

"You need to be strong and protect you loved ones. So I count on you hmm?" rambut lembut itu diraupnya ke belakang beberapa kali sebelum mengucup dahi Andy dan anak kecil itu pantas memeluk leher Dom manja.

"I will. I want to be like you, be the strongest and gentleman! You're my inspiration." suara comel itu kedengaran lagi.

"Hahaha.. really? Baiklah. Anything you want. I need to go now, okay?" rambut Andy dielusnya lembut sebelum bangun dari tinggung.

Aleena dipeluk dan dikucupnya buat kali yang terakhir sebelum dia berangkat ke Italy. Perut memboyot itu dikucup dan diusapnya sayang.

"Jagakan dia untuk saya ya?" pintanya pada si ibu.

Aleena mengangguk mengiakan. Air mata yang mengalir dikesatnya dengan senyuman di bibir. Menghantar pemergian si suami.

'Dia lakukannya untuk aku.. untuk kami. Aku perlu terima semua ini.' kandungannya diusap lembut.

"Assalamualaikum." ucap Dom buat kali yang terakhir sebelum keretanya mula bergerak pergi, meninggalkan perkarangan Forrestor.

Bayangan Aleena, Zen dan Andy dilihatnya dari kejauhan dan semakin menjauh. Seperti tinggalnya separuh nyawa dan hatinya di sana.

"Close the window for me." arah Dom dingin.

Cermin tingkap dinaikkan si anak buah di hadapan. Jacq memandang si tuan di belakang dari cermin sisi.

Betapa lemahnya Dom tika ini. Lelaki itu memejamkan mata sambil bersandar tenang dan terdongak sedikit.

Pandangan pantas dialihkan apabila Dom mula membuka matanya, menatap siling kereta.

'Dom sta piangendo?'

~~~~~~~~~~~~~

Kelibat wanita yang sedang duduk memeluk kaki di balkoni bilik itu dirapati. Sedih hatinya melihatkan rakan baiknya itu merana.

"Isya.. kau kene kuat. Janganlah lemah macam ni.." bahu Aisyah yang sedang menangis di tepi balkoni diusap lembut.

"Aku tahu.. cuma aku tak tahan desakan macam ni. Aku tak nak dengan dia." Isya mengesat air matanya yang dari tadi tak henti menangis.

Sudah hampir 3 bulan semenjak Aleena dan Zen menghilangkan diri tanpa berita, Aisyah mula dipaksa kawin dengan pilihan ibu tiri dan bapanya.

Memandangkan keluarganya menjalankan perniagaan dan dibebani hutang yang banyak, dia dijadikan kambing hitam pula untuk melangsaikan hutang bertimbun empayar si bapa.

Sehingga tidak dihiraukan perangai binatang si lelaki yang ingin dijadikan suaminya, Syed Hadi.

Seorang yang kaki perempuan, anak mak, kelab malam dan arak adalah perkara biasa buatnya. Lelaki begitu mahu Aisyah jadikan suami? Tidak akan!

Dengan membantah pilihan dan ketentuan keluarganya dari menghancurkan hidup sendiri, Aisyah dihalau dari rumah dan kini dia tinggal di rumah sewa lama mereka bersama Lara.

"Tapi bukankah kau perlu risau pasal hal tu lagi? Kau tak payahla balik sana.. duduk je dengan aku dekat sini. Aku tak kisah." Lara memujuk Isya lagi.

Aisyah menarik air hidungnya dek menangis tadi. Wajah si rakan di sebelah dipandangnya.

"Aku kene balik jugak nanti. Mereka masih family aku.. sejauhmana pun aku pergi, aku tak akan boleh lari dari mereka Lara. Aku sayang ayah tapi dia.." berkaca mata itu bertutur dan cuba menahan sebak.

Tisu dihulurkan Lara dan Isya mengambilnya pantas. Kepala disandarkan pada bahu si rakan, menagih kekuatan dan berkongsi kesedihan.

"Kau akan setuju dengan pertunangan tu?" tanya Lara perlahan.

Anggukan lemah dari Aisyah membuatkan dia tahu rakannya itu akan terseksa kemudian hari. Dia tak akan benarkan perkara itu terjadi.. tapi apa saja yang dia boleh lakukan?

"Berapa hutang ayah kau? Terlalu banyak ke? Tak ada cara lain nak selesaikan?" tanya Lara bertalu-talu. Risau.

"Banyak Lara.. terlalu banyak. Bukan sejuta.. bukan dua juta. Tapi berjuta-juta. Abang aku berhutang, mak cik.. ayah dan adik lagi. Aku tak tahu nak cari duit sebanyak tu dekat mana lagi. Aku buntu." bertambah kuat esakan rakannya kedengaran.

Lara terus memeluk Aisyah dan diusap lembut belakangnya, menyalurkan serba-sedikit kekuatan.

"Isya..." panggilnya perlahan.

"Hmm?" jawab Aisyah lemah, pelukan masih tak dirungkai.

Suasana sunyi malam dirasai. Jam sudah berginjak ke angka 1am, tiada banyak bunyi-bunyian kedengaran di kawasan rumah teres tersebut.

"What about Zen? Kau tak nak tunggu dia ke?" soalan Lara mendiamkan tangisan Aisyah. Perlahan-lahan dia menjarakkan kedudukan mereka, ingin melihat wajah Aisyah.

Perlukah dia mengharapkan pada lelaki itu? Dia sendiri tak pasti jika Zen juga punya perasaan yang sama dengannya.

Dia tak mahu mengharapkan pada sesuatu yang tak pasti. Terlalu menyakitkan kemudiannya apabila mengetahui kebenaran.

"Aku... tak tahu. Aku tak rasa dia ada perasaan yang sama macam aku. Mungkin cuma aku je yang bodoh sukakan lelaki sempurna macam tu. Dia dan aku macam langit dengan bumi. Langsung tak setaraf.. tak sepadan." luah Aisyah tenang.

Dia perlu menerima hakikatnya, dia perlu teruskan juga kehidupannya daripada mengharapkan kedatangan Zen semula.

Tapi.. hatinya meraung apabila memikirkan perkara itu.

'Aku hanya cintakan dia.' hatinya merintih pilu, sendirian.

Kedengaran Lara mengeluh berat. Simpati dengan nasib si rakan.

"Aku pun tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Sekarang ni.. kita banyakkan berdoa ye?.. InshaAllah semuanya akan baik-baik je. Aku yakin. Mari sini."

Isya ditariknya ke dalam pelukan kembali sambil merenung ke luar jendela.

Dia bukannya Aleena yang bisa menenangkan, yang mampu meredakan keadaan. Dia lemah dalam hal-hal begini. Lara kian sebak dengan keadaan kini.

'Aku rindukan kau Aleena..'

'Aisyah perlukan kau Zen..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience