Ambil

Horror & Thriller Series 22056

Khalil mengejar aku dari belakang dengan langkah yang tidak sekata kerana kasutnya tertanggal sebelah setelah aku menyepak lututnya.

“Una, terangkan pada aku. Apa yang jadi pada tangan kau sebenarnya? Kenapa sama dengan kesan pada tangan kawan aku yang dah mati tu?” Bertalu talu suaranya bertanya pada aku di kaki lima yang penuh pelajar itu. Aku menjelingnya apabila semua mata tertumpu kepadanya.

“Ikut aku.” Ujar aku merenung tajam matanya. Aku tidak mahu mereka yang lain teruja. Aku terlalu penat untuk melayan mata mata yang menghakimi ini.

Aku berjalan diikuti Khalil sehinggalah aku sampai di sebuah bilik kelas yang kosong tidak digunakan. Jari telunjuk aku gerakkan sebagai isyarat supaya lelaki berkulit cerah itu ikut masuk.

Aku menarik kerusi yang disediakan untuk pensyarah lalu aku letakkan di berdekatan tempat aku berdiri asalnya tadi.

“Duduk.” Aku arahkan Khalil.

“What for?” Tanyanya protes. Degil.

“Duduk atau aku takkan ceritakan apa apa pada kau.” Aku memeluk tubuh.

“Okay, maam. As you wish.” Dia memutar mata sarkastik lalu akhirnya duduk di kerusi itu.

“Manusia paling degil pun akan patuh juga akhirnya kalau nakkan sesuatu.” Aku ketawa sinis.

“ Cepatlah jawab soalan aku, kalau tak aku akan kacau kau sehari suntuk.” Khalil merenung wajahku jengkel.
“Ugh.” Aku mengeluh. “Jadi tangan aku ni..Ialah tanda aku seorang Pengutus Kegelapan.”

“P-Pengutus kegelapan?”Wajah lelaki itu berkerut.
“Aku dipilih oleh entiti halus ke apa entah, aku sendiri pun tak tahu. Mereka pilih aku untuk sebarkan kegelapan.” Aku menyambung.

“Apa kau mengarut?” Khalil ketawa kecil.

“Tangan aku ni bila berpegangan tangan dengan orang lain akan buat aku tahu tentang kisah paling menakutkan dalam otak diorang. Daripada kisah kisah tu, aku kena beritahu orang lain supaya aku boleh sebarkan tentang kegelapan. Kegelapan nak semua orang tahu tentang kewujudan mereka. Mereka nak semua orang takut.” Aku mengulang semula ayat ayat yang Himawari selalu katakan kepada aku.

“Dan kalau kau tak buat?” Khalil bertanya.

“Mereka akan ambil aku macam mereka ambil magsa mangsa mereka yang lain.” Aku menjawab ketika Khalil tertunduk.

“Macam mereka ambil Taha.” Wajahnya yang ego berubah suram. Aku boleh rasakan kesedihan dari wajahnya.

“Maksudnya kau nampak apa yang jadi pada Taha? Aku pegang tangan kau tadi..” Dia mengangkat wajah merenung wajahku. Aku mengangguk.

“ Kegelapan yang ambil dia..” Seperti sesuatu merasuk Khalil, pupil matanya membesar. “ Bawa aku jumpa makhluk yang pilih kau tu! Aku nak tahu kenapa mereka ambil Taha? Kenapa mereka ambil Taha??” Dia bangun secara tiba tiba dan terus menggoncang bahuku.

“Aku sendiri pun tak tahulah!” Aku menolak dirinya kuat namun dia lebih kuat. Genggaman tangannya di bahuku menyakitkan, aku mengetap gigi rapat rapat.

Kedegang!

Kedengaran bunyi sesuatu dibaling dari belakangku. Aku menoleh.

Seorang lelaki berambut panjang paras bahu baru sahaja masuk ke dalam bilik yang tadinya kosong.

Khalil sepertinya sudah memiliki kewarasannya semula lalu melepaskan bahuku.

Lelaki itu menunding jarinya ke arah wajah Khalil dengan wajah garang ibarat singa yang meradang.

“Aku tak buat apa punlah!” Khalil mengherdik.

Lelaki itu mendekati Khalil. Khalil kekal diam tetapi matanya terus merenung wajah lelaki yang lebih tegap daripadanya seakan mengungut.

Lelaki itu mengangkat dagu merenung Khalil seperti berkata ‘Apa tengok tengok?’ Jantung aku bagaikan terhenti saat lelaki itu mengenggam tangannya menjadi penumbuk untuk memukul Khalil.

Dia menarik tangannya jauh dan menyasarkan buku limanya ke wajah Khalil, saat itu aku mengenggam penumbuknya untuk menghentikannya.

Saat itu bayangan lelaki itu duduk di pentas Dewan Universiti masuk ke dalam otakku.

“Que!” Pandangannya terarah ke arah gadis kecil molek yang baru memasuki dewan. Gadis yang menjadi pembantunya untuk pementasan teater semester akhir.

“Prop yang kau mintak tu lapan puluh peratus dah siap, kau tak payah risau. Setlist music aku belum bagi dekat penjaga audio tapi aku akan pastikan aku bagi before hari jumaat, pelakon tambahan pun aku belum jumpa.
Aku risau jugak kalau kalau perkara tak diingi terjadi-“

Kata kata gadis itu yang bertalu talu tanpa noktah terhenti apabila Que meletakkan jarinya di bibir gadis itu yang mungil.

“Terima kasih, manager. Tapi aku dengar kau ni macam stress sangat je.” Que tersenyum lembut.

“Relaks,Alisya.” Sambungnya lagi.

“Yelah. Persembahan kita tu hari Ahad. Hari ni dah hari Rabu.” Alisya mencebik.

“Jangan risau, okay? Everything will be okay.” Que menunduk supaya wajah mereka pada paras yang sama. Mata mereka bertentang.

Que menoleh kiri kanan untuk memastikan tiada siapa yang melihat sebelum wajahnya didekatkan ke arah wajah gadis itu. Bibir mereka bertemu untuk 27 saat. Ya, Que kira berapa saat ia terjadi.

“Que!” Wajah Alisya merah padam apabila Que menjauh. “Apa?” Que ketawa kecil. “Macam mana kalau ada orang nampak?” Wajah gadis kecil itu berkerut.

“Okay, and?” Que menyengetkan kepalanya, senyumannya masih belum pudar.

“Ni universiti, Alisya. Semua orang boleh buat apa pun diorang nak buat.” Que ‘menenangkan’ Alisya.

“It’s not like kita berdosa ke apa, kau lupa ke kita bukan muslim.” Que ketawa besar namun Alisya hanya menjeling.

Wajah Que dan Alisya memang nampak seperti melayu namun mereka bukannya orang Islam. Que berbangsa Kadazan Dusun dan beragama atheis sementara Alisya berbangsa India.

“Yea, whatever Que. Aku nak sambung buat kerja. Kau pun janganlah berehat sangat.” Alisya mengetuk kepala Que manja dengan pen di tangannya sebelum berlalu pergi.

Que dan Alisya sudah beberapa bulan berpacaran. Namun mereka seboleh bolenya tidak mahu orang lain tahu. Sebenarnya Alisya yang tidak mahu orang lain tahu, entah kenapa Que sendiri tidak pasti.

Que berpendapat teman wanitanya memang suka berahsia tentang kisah percintaannya. Yalah, sebelum ini pun bukannya Alisya pernah bercinta dengan orang lain.

“Director, pelakon dah siap untuk latihan!” Pembantu dari belakang tabir menjerit.

“Alright, I’m coming!” Que menyahut.

Saat itu, matanya tergerak ke ruang gelap dia sebelah pentas tempat dia duduk,ruang stor di mana mereka letakkan kerusi dan meja tidak digunakan.

Di atas timbunan meja meja dan kerusi kerusi itu, terlihat seekor kucing putih duduk dan merenungnya dari jauh.

Bulunya bersih dan matanya berwarna merah.

Kening Que bertaut, sudah berbulan dia berlatih di dewan ini, belum pernah dia nampak kucing ini.

Bagaimana ia naik ke atas timbunan meja meja itu pun Que tidak pasti kerana timbunan itu agak tinggi. Sepertinya mustahil untuk dipanjat kucing sekecil itu.

Dia mengelip mata.

Kucing itu kini di depannya. Bentuk pipi kucing itu ibarat ia tersenyum.

“Cari aku bila kau rasa cahaya menjadi gelap. Dan yang benar menjadi salah.” Suara berbisik di telinganya. Dia tersentak.

Dan saat itu, makhluk itu ghaib. Apabila Que membuka mata,kucing tadi sudah hilang di balik kegelapan. “What the-“ Que bermonolog sebelum pembantu belakang tabir memanggil lagi.

“Director?”

Badan Que mengigil namun pada saat itu Que memutuskan yang dia tersilap pandang, dia tersilap dengar. Dia tidak percaya dengan benda halus. Bahkan Tuhan pun dia tidak percaya, apatah lagi hantu. Dia kemudiannya naik ke pentas untuk latihan.

Malam itu, Que dan rakan baiknya Junaidi yang mempunyai kereta bersetuju untuk makan luar daripada kampus universiti. Kafe baru telah dibuka beberapa hari lalu dan menjadi perbualan hangat pelajar universiti kerana dekorasinya yang cantik dan harga yang berpatutan.

“Nasib kau ada kereta, kalau tak, tak merasa nak makan luar kampus macam ni.” Que meletakkan tangan di atas bahu rakan baiknya.

“Yalah, kalau takde kereta ni tak beroperasi khidmat prebet aku tu.” Junaidi ketawa sebelum menolak pintu kafe tersebut. Suasana riuh rendah,dipenuhi gelak tawa dari pengunjung yang kebanyakkannya pelajar universiti.

Mata mereka melilau mencari tempat kosong dan akhirnya ternampak meja yang belum berpenghuni di hujung kafe.

“ Ha, situ kosong!” Junaidi yang mengenakan topi hijau menunding jari.

“Nice!” Que berjalan laju ke tempat itu sebelum matanya tertancap ke arah seorang perempuan yang dikenalinya. Di sebelahnya, seorang lelaki duduk rapat, sebelah tangannya diletak di atas paha gadis itu. Mesra benar.

“ Que, tu bukan...girlfriend kau. Si Alisya ke?”Junaidi berbisik dengan mata bulat tidak percaya.

Que terkesima,tidak mampu berkata kata. Biar betul.
Hati menenangkan yang mereka mungkin hanya berkawan dan sedang berbual bual. Namun monolog dalam hati itu terhenti apabila mata melihat apa yang Alisya sedang lakukan dengan lelaki itu.

Mereka sedang berciuman.

Lebih daripada 27 saat. Ya, Que kira saat mereka bercium. Lebih dari 27 saat.

“Ya Allah, Que. Jom balik.” Junaidi menelan liur terkejut sebelum menarik rakannya untuk keluar dari kafe itu.

“Lepas.” Que berbisik tegas.

“Que, sabar-“ Sebelum Junaidi sempat menasihatinya lagi dia menarik tangannya kasar dan berjalan ke arah Alisya. Dengan harapan sekelumit kuman yang itu bukannya Alisya.

Namun, saat dia berdiri betul betul di depan mereka, dia yakin. Itu Alisya, teman wanitanya.

“Oh my God, Que. Buat apa kat sini?” Alisya bangun, meleraikan pelukan erat teman lelakinya.

“Jangan risau, aku takkan buat apa apa kata kau. Just nak bagitau, relationship kita sampai sini. Jangan call aku lagi, jangan text aku lagi. Kalau aku nampak kau dekat dewan teater, aku tak teragak agak panggil guard untuk bawak kau keluar.” Que menunding jari ke arah muka gadis itu yang kininya pucat lesi kerana rahsianya terbongkar.

Que melangkah pergi dengan matanya yang penuh air mata,mengugut untuk jatuh membasahi pipi. Dia masih berharap gadis itu memanggilnya untuk menjelaskan segalanya namun hampa. Dia diam di tempat duduknya, seperti mengiakan yang dia betul betul salah.

“Que,kau sabar okay?”Junaidi menenangkan setelah mereka duduk di dalam kereta. Que bersandar pada kerusi kereta dengan mata terpejam. Mindanya kembali ke kata kata yang didengarinya pagi tadi.

“Cari aku bila kau rasa cahaya menjadi gelap. Dan yang benar menjadi salah.”

“Drop aku kat Dewan Besar.” Jawab Que.

“Dah malam ni, takkan kau sorang sorang kat sana.” Junaidi mengerling jam yang sudah menginjak pukul 10 malam.

“What could go worse, Jun?” Que bertanya.

Junaidi menghela nafas lalu menghidupkan enjin kereta untuk pulang. Tidak kesampaian hasratnya ingin minum kopi americano.

Beberapa minit selepas itu, mereka sampai di Dewan Besar.

“Thank you Jun, jumpa nanti.”Que tersenyum pahit sebelum keluar dari kereta dan masuk ke dalam dewan.

Suasana gelap walaupun beberapa lampu automatik telah terbuka.

Dia berjalan ke arah pentas di hujung dewan dan waktu itu, kelibat kucing itu mula kelihatan. Benarlah dia tidak bermimpi siang tadi.

“Que.” Mulut kucing itu tersenyum setelah melontarkan suara yang garau, ibarat suara seorang tua.

Que menelan liur, bahunya terjunggit sedikit, kaget. Terkejut dengan apa yang dilihat dan didengarinya namun kali ini dia yakin dia tidak bermimpi.

“ Kau rasa yang cerah sudah menjadi gelap?” Kucing itu bertanya.

Metaforanya, manusia yang dirasakan paling baik di atas muka bumi ini sebenarnya ialah manusia yang paling jahat pernah ditemuinya.

“Ya.” Que mengangguk sekali.

“Kau ikut cakap aku untuk berjumpa aku,ya?”Kucing itu tersenyum lagi, namun kali ini sinis.

“Apa yang kau boleh buat untuk aku?” Tanya Que,tidak sabar.

“Aku akan buat apa sahaja kau hajatkan. Aku ni.. Syaitan yang boleh kabulkan permintaan.” Jawab makhluk itu.

“ Macam jin aladdin tu ke.”Que ketawa sinis, tidak percaya.

“Minta dulu daripada aku, aku akan buktikan.” Kucing itu menjilat jilat tangannya. Lagak seperti kucing biasa.

“Bunuh bekas teman wanita aku dan kekasih dia. Aku nak diorang ingat balasan diorang sebab menipu aku sampai bila bila.”Que mengenggam tangannya rapat rapat sehingga buku limanya pucat.

“ Permintaan kau akan ditunaikan.” Kucing itu tunduk sebelum segalanya menjadi gelap. “Tapi ingat, segalanya yang kau ambil, belum tentu kau akan dapat.” Dia berbisik sebelum Que pengsan sepenuhnya.

+++
“Director, bangun!”

Mata Que terbuka apabila bahunya digoncang.

“Director okay ke?” Pembantunya bertanya.

“A-aku okay.” Dia menjawab.

Mereka memberitahunya yang dia pengsan di situ sejak entah bila. Que pasti dia pengsan setelah peristiwa semalam.

“Que.. aku tahu kau lemah sekarang. Tapi aku ada benda nak bagitau kau.” Rakannya yang seorang lagi meletakkan tangan di atas bahunya.

“ Alisya dah mati. Mereka jumpa dia dekat kolej-“

“Macam mana dia mati?” Que bertanya sebelum mereka sempat menghabiskan ayat.

“Lidah dia dipotong.. Mereka kata mereka tak jumpa bukti sesiapa masuk ke bilik dia malam tadi. Macam dia yang buat sendiri. Pisau pun ada kat tangan dia.”

Dalam hati Que tersenyum lebar namun di luar air mata jatuh membasahi pipinya. Di balik alis mata yang basah, dia nampak kucing itu lagi. Tunduk dan tersenyum menampakkan giginya yang tajam.

“Setiap yang kau ambil, kau belum tentu kau akan dapat semula, Que.” Suara kucing yang garau itu berbisik.

Selang beberapa hari kemudian, benar benar pada hari pementasan, ketika pengarah pementasan itu mahu memanggil pelakon pelakon untuk naik ke pentas, suaranya hilang.

Dia bukannya sakit tekak atau sakit apa pun.

Dia bisu. Serta merta. Beratus doktor ditemuinya namun hampa. Sehingga kini dia bisu.

Aku menolak Que jatuh ke lantai, tidak sempat dia menumbuk Khalil.

“Berhenti, dia tak bermaksud pun nak serang aku tadi.” Aku berdiri di depan Khalil.

Que terus merenung wajah aku dan wajah Khalil silih berganti. Pandangannya tajam ke arah Khalil seakan mengingatkan supaya jangan sentuh aku lagi.
Kemudian dia pergi.

Saat itu aku nampak kucing putih di belakangnya. Ia perlahan lahan berubah menjadi Himawari dan tersenyum.

Lalu dia hilang, ghaib. Ibarat api ingin tahu dalam hati Khalil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience