BAB 1

Romance Completed 129968

Tirai besi itu dipandang dengan sayu. Harini, hari yang dia nantikan telah pun tiba. Penantian selama bertahun dan ego yang semakin menipis saban hari. Langkah kakinya semakin laju. Mengekori setiap derap tapak kaki lelaki dihadapan nya. Setibanya di pintu kecil itu, dia melangkah keluar dengan tenang. Udara tenang di pagi hari? Tidak jugak. Dadanya masih terasa sesak.

"Gibs! Harini kau dah bebas? Apa plan kau lepasni?" Tanya Sarjan Helmi.

Dia menunggu jawapan. Lelaki muda itu hanya diam. Sesekali menggaru kepalanya. Dia hanya meminta sebuah topi untuk menutup mukanya. Pakaian? Dia memakai baju sama sewaktu dia tiba enam tahun lepas. Baju yang sudah sendat dengan saiz tubuhnya yang semakin tegap.

"Gibs! Aku tanya kau ni!" Gesa Sarjan Helmi.

Syed Gibran ketawa. Dia hanya tersenyum.

"Tak ada plan lagi. Tunggu driver daddy datang. Lepastu baru fikir. Sama ada bawak haluan sendiri atau kerja dengan daddy. Gitulaa," jelas Syed Gibran.

Sarjan Helmi ketawa. Dia hanya mengangguk kepala tanda faham. Sudah tahu benar anak orang kaya memang begitu bukan?

"Kau kena buat keputusan bijak. Jangan sampai aku nampak muka kau dekat dalam ni lagi. Kau berjaya kawal diri dan keluar awal daripada hukuman kau. Jadi, buktikan pada diorang semua. Ok?" Sarjan Helmi memberi semangat.

"Rasanya tak ada apa yang perlu diibuktikan lagi. Tak ada," perlahan saja Syed Gibran menjawab.

"Alah, macam kau tak biasa kan? Cari girlfriend, boleh kahwin. Ada kehidupan kalau kau kahwin nanti!"

Kening Syed Gibran terjongket. Dia mencebik.

"Kahwin? Kenapa pulak? Tak ada kaitan pun kan?"

"Sekurang-kurangnya kamu akan ada tujuan hidup. Ingat pesan aku. Kalau susah, cari aku. Aku ada!"

Mereka berdua saling berpelukan sebaik saja menyedari sebuah kereta mewah berhenti dihadapan pintu pagar lusuh itu. Syed Gibran hanya memberi tabik hormat kepada lelaki itu sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Pintu kereta dibuka buatnya. Dia hanya tersenyum sebelum melangkah masuk. Cermin tingkap dikunci rapi. Syed Gibran ketawa. Rupanya mereka risau dia melarikan diri lagi. Dia hanya memandang Sarjan Helmi yang semakin hilang daripada pandangan mata.

Hidup baru akan bermula? Ah, dia malas berfikir. Dia mahu berehat seketika sebelum berfikir apa dia mahu lakukan.

"So,Gibs... You're back. What you wanna do now?" Tanya Syed Ali.

Dua beranak itu berbalas senyuman. Keduanya tidak berhenti tersengih.

"Nak rest dulu. Lepastu baru fikir. Lagipun kalau tak kerja, nak makan apa? Tak larat makan makanan teruk macam dalam tu. Daddy tu, bila nak kahwin lagi.?" Tanya Syed Gibran.

Serentak kepalanya diketuk kuat. Anak muda itu hanya ketawa.

"Habistu mummy kau nak letak mana? Kau jangan, Syed Gibran. Marah mummy tapi jangan sampai dia tahu apa yang jadi selama ni. Ingat janji kita?" Pesan Syed Ali.

Anaknya bersandar pada kerusi. Wajahnya menjadi keruh. Sama seperti beban yang dia tanggung selama ini.

"Kenapa mummy tak datang?"

Syed Ali kaku. Dia tidak tahu apa perlu dia jawab. Pasti anaknya menunggu bukan? Apa yang harus dia jawab? Jujur walaupun menyakitkan?

"Mummy sibuk. Nanti kamu jumpa dia dekat rumah ok?" Pujuk Syed Ali.

"Sibuk ke benci dengan Gibs? I know her very well. I didn't do it. Kenapa susah sangat mummy nak percaya? Kenapa dia percaya anak angkat dia tu?" Keluh Syed Gibran.

"Jangan cakap macam tu. Daddy ada benda nak tawarkan pada kamu. Kamu kena tolong daddy. Daddy tak boleh biarkan semua harta daddy dapat dekat orang luar. Kamu satu-satunya anak daddy. Kamu yang patut jadi pewaris sebenar. Please, Gibs? Stop sulking? Hm?" Pinta Syed Ali.

Syed Gibran terus memejamkan mata. Dia tidak mahu menjawab. Kenapa selama ini, wanita itu tidak mahu percaya? Bukannya salah dia kan? Semuanya kerana terpaksa.

"Gibs?" Panggil Syed Ali.

"Bagi Gibs rehat untuk seminggu. Gibs nak keluar enjoy. Lepastu baru fikir semua ni." Balasnya.

Lantas pipinya di cubit perlahan. Syed Gibran terus bangun duduk menegak. Dia menarik wajah masam. Itu sebenarnya sisi yang dia tidak pamerkan kepada sesiapa.

"Tak rindu daddy ke?" Syed Ali sudah mendepakan tangan.

Tidak menunggu lama, Syed Gibran terus memeluk tubuh yang semakin menua itu. Erat. Dia membenamkan wajahnya pada dada Syed Ali. Boleh tahan keras. Masih kuat rupanya daddynya. Dua beranak itu saling membalas pelukan.

"I miss you daddy," luah Syed Gibran.

Syed Ali ketawa perlahan. Dia mengusap belakang anaknya.

"Daddy lagi rindu kamu tau?" Ujarnya.

Mereka berdua mula bercerita perihal yang mereka ketinggalan. Tanpa sedar, ada perjalanan baru yang bakal muncul. Dan, ada hati yang sedang menunggu dengan setia.

Share this novel

test_account
2024-07-09 10:54:44 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience