Bab 4

Romance Completed 15358

Hari ketiga..
___Pagi itu___
'Tet'
Bunyi dari telefon pintarku menandakan ada mesej yang masuk.
*Konnichiwa, is this Sakinah?* Soalnya. Aku melihat namanya telah disimpan sebagai Ryoga. Oh, Ryoga rupanya. Mari aku nak buat kerja nakal. Haha!
*Konnichiwa. I'm sorry, but this is not Sakinah.* Balasku sambil bergelak ketawa tak berhenti. Kami sedang bersarapan waktu itu. Tersembur maggi tomyam yang aku makan. Maklumlah dah hari ketiga duduk di situ, kenalah berjimat.
*Oh, maybe I saved the wrong number. Sumimasen. (I'm sorry. Tetapi lebih, kepada gaya bahasa sopan.)* Balasnya lalu meminta maaf.
*Eh, it's okay. It's me Sakinah. Tadaa!!* Balasku masih tidak mampu untuk memberhentikan ketawa sendiri.
*Choddo! (Hei!) Naughty girl! I thought I saved the wrong number. If you are with me now, your cheek must be red.* Balasnya pula.
*Haha! Unfortunately, you aren't with me now.* Suka aku dia tak ada dengan aku sekarang. Kalau tidak memang dah merah pipi aku dicubit oleh dia.
*What are you doing?* Soalnya sudah tenang.
*I'm having my breakfast.* Jawabku dan memberi gambar keempat empat maggi kami. Aku punya maggi tomyam, Alyn pula asam laksa, Hannah punya ayam dan Eca pula kari.
*Wah! It looks delicious. Can I have a bit?* Soalnya lagi.
*Haha! Nak, datanglah. Tak datang, tak dapat.* Aku menyakat dia kemudian, tersenyum sendiri. Entah kenapa terasa bahagia.
"Weh korang, tengok ni. Haha!" Aku menunjuk kepada kawan-kawanku perbualan kami itu.
'Ting tong'
"Eh, siapa pula yang datang ni. Kacau saje aku tengah sedap makan maggi. Sekejap, aku pergi buka. Korang bacalah dulu." Ujarku memberi telefon itu pada mereka dan memakai tudung.
Sebelum aku membuka pintu aku melihat kawan-kawanku sudah siap memakai tudung. Pelik tapi aku biarkan sahaja. Takkan pakai tudung pun salah.
Aku membuka pintu.
"Ohayou gozaimasu!" Ucap mereka.
"Eh? Hayai! (Lajunya!) Run, huh?" Ujarku.
"No, we're here from 5 minutes ago before I message you." Jawab Ryoga.
"Ooo, kalau bab makan laju je eh? Ha, come in." Ujarku sambil tersenyum. Mereka masuk dan aku membiarkan pintu terbuka dengan luas seluas-luasnya.
"Do you guys have breakfast?" Soalku sambil menyuap kembali maggi tomyam aku itu kedalam mulut.
Mereka menggeleng lalu menyengih.
"Oh, it's okay. Weh, tolong, pergi buat sekejap. 4 maggi, sharing is caring. Seorang sedekahlah satu maggi." Aku meminta tolong pada Alyn dan Eca. Mereka mengangguk lalu masuk ke bilik mengambil maggi.
"Mana maggi korang, Hannah, Sakinah?" Soal Alyn dari bilik.
"Ada dalam luggage, dekat belah tepi." Jawabku meletakkan cawan maggiku di atas meja. Tunggu mereka punya siap dahulu, aku sambung makan.
"Aku pun." Senang jawapan Hannah.
"Weh, aku rasa kau belum baca lagi ni." Hannah menunjuk padaku telefonku itu.
"I'm in front of your door now." Aku membacanya.
"Ceh, patutlah korang terus pakai tudung." Hannah hanya menyengih.
"Nahh, this is Malaysia ramen. Careful, it's hot." Alyn berkata sambil meletakkan maggi itu di atas meja makan.
"Wah, so colourful." Ujar Kai dengan mata yang bersinar-sinar. Lapar sangat ke ni?
"Haha, each colour have different spices. Choose which one do you want." Balasku. Mereka memilih. Alah, ambil ikut warna masing-masinglah, kan? Masing-masing dah ada warna nak ambil warna orang buat apa? Haha!
"Itadakimasu! (Saya makan dulu!)" Ujar mereka serentak.
________________
Okey, sekejap. Tutup cerita ini sebentar. Ini Miss Sakura punya POV. Pada bab 4 ini, Miss Sakura baru nak ceritakan tentang siapakah mereka ini sebenarnya. Lambat sikit perkenalan tentang mereka ni. Orang lain selalu buat awal-awal, kita buat lambat-lambat sikit. Baru 'rare'.
Kita mulakan dengan yang lelaki dulu. Watak yang keluar baru empat, kan? Sebenarnya mereka ini bertujuh. Mereka ini satu kumpulan yang terdiri daripada 2 orang vokalis dan 5 orang penari utama. Kumpulan mereka dikenali sebagai 'Choutokkyuu' atau 'Bullet Train'. (Siapa rajin pergilah google ya? Lagu mereka best. Mereka juga agak lawak.) Apa yang Miss Sakura suka sangat pada mereka ni dan yang boleh dicontohi adalah ikatan tali persahabatan mereka yang amat kuat. (Muzik video mereka, kebanyakannya tentang unsur persahabatan sehinggakan mereka ada buat lagu tentang sahabat.) Dan, yang uniknya, mereka ini ada warna sendiri dan nombor gerabak yang telah ditetapkan mengikut tarikh lahir. Kita akan mulakan dengan Ryoga Funatsu iaitu watak utama cerita ini.
Ryoga Funatsu adalah ketua kumpulan atau dipanggil 'riidaa' dalam Jepun. Dia agak tegas jika bertindak sebagai ketua. Warnanya adalah ungu. Nombor gerabaknya adalah 3. Dia adalah salah seorang penari utama kumpulan ini. Suaranya sedap juga kalau menyanyi. Gelaran dia di dalam kumpulan ini ialah 'kurus keding' atau orang Jepun panggil 'garigari'. (Berat dia 54 kg. Serius kurus.) Dia adalah seorang 'ex pro gamer'. Dia pernah menduduki tempat kedua tertinggi di Jepun dalam permainan Resident Evil 5! Dia juga mahir dalam bermain alat muzik seperti piano dan gitar. Kalau nak tahu, dia anak orang kaya. (Miss Sakura pun baru tahu dia ini anak orang kaya.) Haha! Dia juga seorang yang romantik dan 'sweet talker'. Dia sangat ambil berat tentang seseorang yang dia sayang.
Kemudian, kita ada Kai Ogasawara. Dia adalah penari utama juga di dalam kumpulan ini. Warnanya biru dan nombor gerabaknya ialah 2. Dia juga bagus dalam 'rap' dan menyanyi. Gelaran dia adalah misteri. Dia sentiasa menjadi orang tengah antara Ryoga dan Sakinah. Dia sangat baik hati. Kai juga mempunyai seorang adik perempuan. Kai sangat suka berfesyen.
Seterusnya, Takuya Kusakawa. Dia ini agak terkenal. Korang boleh jumpa dia dalam Ultraman Ginga dan Ultraman Ginga S sebagai Tomoya Ichijouji. Warna Takuya ialah hijau. Nombor gerabaknya pula 4. Dia adalah orang tengah dalam kumpulan ini sebab dia nombor 4. Gelaran dia adalah yang paling 'macho'. Dia ini agak 'sado' sebenarnya walaupun kalau tengok badan dia macam kecil, itu hanyalah ilusi semata-mata. Ada masa dia periang, ada masa dia bising dan ada masa dia 'tsundere'. (Tsundere ialah satu perwatakan yang kita lihat seperti sombong secara zahirnya tetapi sebenarnya dia adalah sebaliknya dalamannya.)
Lelaki yang terakhir untuk perkenalan kali ini ialah Yuki Murata. Dia adalah penari paling paling paling paling utama dalam kumpulan. Dia hebat dalam menari sehinggakan jika mereka tak memilih 'center' untuk sesebuah lagu dialah yang akan jadi 'center'nya. Warna Yuki adalah merah dan nombor gerabaknya adalah 5. Gelaran dia adalah cuai. Dia memang agak cuai. (Itu yang terlanggar bagasi Eca tu.) Dia juga periang bila bergabung dengan rakan-rakannya dan dia seorang yang sangat gembira. (#HappyYuki!) Tetapi, dia ni kuat juga menangis. Haha!
Okey, ini yang lelaki. Lagi 3 orang tunggu kemunculan mereka, ya? Bagi yang perempuan pula pada bab seterusnya.
Ha, lagi satu kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga kerana ada perkataan Bahasa Malaysia yang dimasukkan dalam lagu mereka. (Walaupun sikit, kenalah bangga juga.) Kalau nak tahu lagu apa tanyalah. Komen komen. Haha! (Mengaharap lah Miss Sakura ni.)
Sambung cerita tadi.
________________
"It's a bit spicy." Kata Ryoga yang mengambil maggi perisa tomyam. Aku hanya ketawa kecil.
"It's delicious but why mine not spicy at all?" Ujar Takuya. Aku ketawa lagi. Memanglah dia punya tak pedas sebab dia punya ayam.
"Here, sharing is caring." Ujar Ryoga menukar magginya dengan Takuya sambil mengipas mulutnya yang pedih akibat kepedasan dan kepanasan. Aik? Ambil ayat aku nampak.
Kemudian, mereka semua menukar maggi masing-masing. Bagi seorang rasa sikit semua perisa. Kuat persahabatan mereka ni. Geram sahaja aku melihat persahabatan mereka sekuat itu.
"Weh, air, air." Ujarku meminta Alyn mengambil air. Dia akur sahaja. Tak baik lawan cakap bonda. Ya, aku bonda mereka. Sejak dari zaman sekolah lagi. Alyn segera mengambil dua gelas air.
"Here. Sorry, I don't inform you the tomyam one is spicy." Ujarku memberi Ryoga air tersebut. Dengan seteguk sahaja habis air itu.
"But, why Yuki doesn't taste spicy? Yours is curry, right? The curry is the most spicy than the others." Soalku. Dia tak pedas ke?
"Ah, he likes spicy one." Balas Kai.
"Oo~"
"Gochisou sama deshita. (Thanks for the food.)" Ujar mereka menyusun sepuluh jari mereka setelah habis makan.
Kami pula baca doa selepas makan.
"Mm, oishii! Arigatou gozaimasu." Ujar Ryoga memandang kami sambil tersenyum.
"Ah, our pleasure. You guys have helped us a lot. Especially awak yang suka sangat belanja saya. Hehe." Balasku menyengih memandang Ryoga. Yalah, Ryoga yang banyak belanja aku. Haha!
"No problem." Mereka menjawab.
"Ya, I guess we have to go now. It's late." Yuki berkata sambil mengerling ke arah telefon pintarnya.
"Late for what?" Soalku kehairanan.
"Our plans. We have some plans today." Aku melihat Kai mencuit Ryoga. Aku berfikir mungkin mereka ada kerja.
"Oh, okay, we got some plans too today." Ujarku lalu mengangkat segala cawan-cawan maggi itu ke dapur.
Kemudian, aku kembali ke ruang tamu. Mereka sudahpun memakai kasut.
"Sayounara, see you guys later." Ucap mereka. Kami membalas lambaian mereka sehingga mereka hilang dari pandangan.
"Okay! We have something to explore today, guys! Jom kita pergi....Asakusa!" Ujarku teruja.
"Yeayy!! Jom!!" Mereka menyahut.
Kami pun bersiap.

Share this novel

Fukumen Hime
2021-03-23 16:45:18 

Miss Sakura, I think you need to change your male characters. You cannot use something that doesn't belong to you. You don't even credit them and their agency. You don't even ask permission from their agency to use their idols as your characters in your story. Be careful you might get sued from breaching copyrights.


NovelPlus Premium

The best ads free experience