Sudah seminggu peristiwa itu berlaku. Hubungan Nurin dan Mikael semakin memburuk dari hari ke hari. Pelbagai cara Mikael lakukan untuk memujuk Nurin. Namun semuanya tidak berkesan. Puas dijelaskan namun Nurin enggan menerimanya.
"Laling,bie betul-betul sayangkan laling. Laling janganlah macam ni. Kesian mama dan papa. Diorang macam dah syak sesuatu."
"Aku aku kesah?" Balas Nurin sambil menjulingkan mata ke atas.
"Laling,bie cintakan laling. Tak boleh ke laling terima bie sebagai suami. Lebih-lebih kita dah 'tu'.."
"Aku tak peduli kau nak cakap apa. Tak payah nak buat urus niaga jual beli cinta kat sini."
"Bie bukan nak jual cinta bie. Bie dah serahkan cinta bie untuk laling. Bie cuma nak laling berikan bie kasih sayang laling walau sedikit cuma. Bie mohon sangat laling terima semua yang berlaku antara kita. Kita jalani kehidupan normal macam suami isteri yang lain ya, sayang?"
"Daahh.. Kau jangan nak tergedik-gedik menagih kasih sayang dari aku! Kalau dah kekurangan kasih sayang tu buatlah cara kekurangan kasih sayang. Tak payah nak berlagak cukup kasih sayang sangat!"
Mikael tersentak. Pedih hatinya saat insan yang disayang berkata sedemikian. Hatinya terasa bagai disayat dengan belati tajam. Tidak cukupkah kasih sayang yang dicurahkannya buat Nurin? Pincang sangatkah hatinya sehingga Nurin sanggup berkata sedemikian? Sungguh hinakah dirinya bergelar seorang yatim piatu yang kekurangan kasih sayang seusia 7 tahun? Perlahan manik-manik jernih mengalir melalui lekuk pipinya. Dengan sayu dia berkata..
"Aku tahu lah aku cuma menumpang kasih sayang ibu dan abah.. Aku cuma menumpang kasih dan sayang dari mama,papa dan Nek Da. Aku juga cuma mampu tergedik dan meminta balasan kasih sayang dari seorang Nurin Syakirah. Aku hanya seorang anak yatim yang dipungut dari Taman Qaseh. Aku sedar aku siapa Nurin Syakirah. Maaf. Terima kasih untuk segalanya. Aku janji aku akan akhiri semua ni."
Serentak itu dia mencapai kunci kereta dan berlalu keluar dari rumah. Pedih hatinya tidak tertanggung lagi. Sekian lama dia cuba melupakan kesedihan di hatinya namun cuma sekelip mata Nurin menambahkan lagi kesakitan yang di alaminya. Cukuplah sampai di sini saja. Dia sudah tidak sanggup lagi. Tabahlah wahai hati.
Nurin terpinga-pinga. Tidak menyangka begitu reaksi Mikael. Keterlaluan kah aku?? Dada kirinya disentuh. Terasa sakit di situ. Pedih. Ngilu. Rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Share this novel