H24

Crime Series 45700

"Yang... sekarang la..."

"Malam ni laa.. sekarang mana boleh.."

"Ala... abang nak sekarang jugak.."


Ekor mata Dafika melirik kepada suaminya. Apa kena dengan Ezhar sejak Akhir-akhir ni asyik nak melekat je dengan dia.

"Abang nampak tak Fika tengah masak ni. Sabar lah dulu, malam karang la.."

Pujuk Dafika lagi.

"Ala... abang tak tahan ni... Sekarang la.."

"Ehem.."

Salwa berdehem kuat ketika kakinya melangkah masuk ke ruang dapur.


Serta merta Ezhar menjauh tubuhnya dari terus menghimpit sisi Dafika.

"Nak bermanja kat rumah lah.. sini kedai makan."

Sindir Salwa sambil bibirnya mengorak senyum.


Ezhar mengalah,bibir didekatkan di telinga Dafika sebelum bebisik halus.
"Okay.. malam ni tau. Abang tunggu."

"Ye la."

Jawab Dafika lembut seraya matanya menghantar Ezhar keluar dari ruang dapur.
Kerja memasak kembali disambung walaupun menyedari Salwa sudah berada disisinya.

"Apahal yang sebut pasal 'malam malam' tu? Tak sabar sangat ke? Sampai suruh kau berhenti memasak?"

Kening Salwa dijongket, sisi bahu Dafika ditolak lembut.

"Ish kau ni Sal! Otak kau fikir bukan-bukan kan? Har suruh aku urut belakang dia sebab dia sakit. Aku kata malam ni la. Takkan aku nak tinggalkan memasak sebab nak urut dia."

"Amboiii... manjanya Har sekarang ni.. Sakit sikit nak berurut bagai.."

Omel Salwa lagi, sambil lengan dicekak dipinggang saiz 40 nya.

"Bahu dia sakit masa main bola sepak dengan Arsyad semalam, malam tadi aku dah urut. Okay sikit, ni dia cakap rasa sengal-sengal balik, sebab tu mintak aku urut."

Terang Dafika jujur. Tak sangka pula Salwa boleh terfikir benda lain.

"Yeke sakit lagi? Entah-entah dia saja nak bermanja dengan kau kot Fika. Aku tengok pun sejak 3 4 bulan ni makin menjadi-jadi manja Har pada kau. Asyik nak melekat je. Dulu mula-mula masa kahwin, aku tengok korang tak la rapat sangat. Har pun masih bercakap kasar dengan kau. Sekarang siap 'bersayang sayang' lagi. Kau pakai minyak pengasih ke Fika?"

"Astargfirullahazimm.. Tak baik kau cakap aku macam tu Sal. Berdosa besar kalau kita guna-gunakan suami. Takdenya aku nak buat benda terkutuk macam tu."

Ucap Dafika lantas menoleh kepada rakanya. Salwa hanya mengukir senyum.

"Aku gurau je la Fika. Aku pun tahu kau takkan buat benda macam tu. Cuma aku pelik je, senakal-nakal Ezhar. Kau je yang boleh tunduk kan dia."

"Ini semua dari doa kau, doa Wan doa Atok yang nak kitaorang bahagia. Sebab tu Allah makbul kan."

Terang Dafika lembut. Salwa mengangguk faham.

"Ye Fika.. aku ni dari dulu tengok kau merana, Nak tolong duit, Kau sendiri tahu aku bukan orang kaya. Yang boleh aku tolong, hanya sedekah doa je supaya segala kesabaran kau menghadapi kesusahan dibalas dengan kebahagian. Dan aku pun rasa bersyukur bila angan-angan kau untuk bersama Har tercapai juga akhirnya."


Dafika kerut dahi, ayat terakhir Salwa cuba diamati.

"Jangan kau nak sorok dari aku Fika.. Kita rapat sejak dari sekolah. Bukan aku tak tahu kau suka kan Har. Sampai masa kau nak ditunangkan dengan Nasir pun kau tak setuju. Kau duduk rumah aku semalaman sebab kau nak merajuk dengan arwah mak kau kan. Aku dengar malam tu kau menangis teruk. Bila aku tanya kau taknak cerita. Padahal kau memang tak setuju bertunang dengan Nasir kan?"

Faham dengan kerutan Dafika, Salwa akhirnya menerbak kembali kenangan dulu.

"Aku memang tak suka dengan Nasir. Aku tahu dia lelaki baik. Hormat orang, lagipun keluarga dia berada. Ada segalanya. Tapi aku tak boleh tipu hati aku Sal."

"Kau cinta kan Har sejak dulu kan?"

Potong Salwa laju seraya Dafika mengangguk perlahan.

"Har tu memang jodoh kau Fika, tak sia-sia kau menaruh hati pada dia dulu."


Dafika mengangguk lagi. Dalam hatinya bersyukur dikurniakan suami seperti Ezhar. Dia tak perlukan harta lelaki itu. Cukup Ezhar sentiasa berada disisinya.


4bulan usia perkahwinan mereka, Dafika amat berharap ianya akan berpanjangan.

*******

"Fika mana Har? Lepas makan tadi terus tak nampak?"

Hajah Salhah bertanya sambil menghenyak punggung bersebelahan suaminya yang sedang menonton televisyen.

"Fika cakap dia penat. Nak tidur katanya. Sebab tu dia masuk bilik dulu."

Jawab Ezhar yang bersila dilantai bersama Karsyad yang sedang melakukan kerja sekolahnya.

"Wan tengok sejak akhir-akhir ni awal Fika tidur. Pelanggan makin ramai ke sekarang ni?"

Soal Hajah Salhah kembali.

"Nak dibandingkan dengan dulu, rasanya sekarang lebih ramai Wan. Baru ni kitaorang tambah meja makan baru. Dapur gas pun tambah lagi. Fika cadang nak cari tukang masak baru. Tapi belum jumpa."

Lembut suara Ezhar menjawab soalan Hajah Salhah. Malahan sejak berkahwin dengan Dafika. Perilaku lelaki itu sedikit beradap berbanding dulu.

"Syukur lah Har. Ini rezeki korang. Tak sia-sia Wan bagi kedai tu untuk korang uruskan. Wan doakan lepas ni rezeki korang berdua makin bertambah."

"Aaminn... Terima kasih Wan."

Laju Ezhar membalas kata-kata neneknya seraya mereka berdua menghembur tawa.

"Har... Atok nak cakap sikit boleh?"

Kini Haji Bohari pula bersuara ketika isteri dan cucunya masih bebaki tawa.


Pandangan Ezhar dihala kepada Atoknya seraya mengangguk kepala.

"Pagi tadi papa Har telefon Atok. Dia nak pergi umrah minggu depan. Har taknak jumpa dia ke?"


Sentap sedikit jantung Ezhar ketika mendengar Haji Bohari menyebut akan Tan Sri Iskandar.

Rasanya kali terakhir dia berjumpa ayahnya dalam empat bulan lepas sewaktu perkahwinannya dengan Dafika. Dan sehingga sekarang wajah tua itu tidak ditemuinya. Nak tanya khabar jauh sekali.

"Atok rasa Har jumpa lah dengan dia sekejap, ambik berkat dia nak ke tanah suci. Lagipun tu kan papa Har. Apa sahaja yang dia lakukan, Har tetap darah daging dia. Papa Har pun dah menyesal. Kita bagi dia peluang Har."


Panjang lebar Haji Bohari menasihati. Dan Ezhar terus membisu. Tak tahu nak balas apa, sedang luka lama itu masih terasa pedihnya.

Ezhar perasaan ayahnya sudah berubah. Namun hatinya masih keras untuk menerima kembali.


Kata-kata Haji Bohari terus berlegar di benak fikiran Ezhar sehingga matanya masih sukar terlelap.

Dafika yang sudah lama lena di lengan kirinya, dibiarkan.

Mata menatap pusingan kipas disiling walaupun agak kelam.


Wajah Tan Sri Iskandar bermain sejenak. Tipu jika Ezhar kata kan dia tidak merindui ayahnya sendiri. Tertapi apabila teringat akan wajah itu yang pernah dicium oleh seorang wanita yang tidak Ezhar kenali suatu ketika dulu, membuat kan dendam makin memalu dirinya.


Kerana perbuatan ayahnya itu juga. Mama Ezhar terpaksa bertarung nyawa keseorang sehingga menghembuskan nafas terakhir.


Huh! Seksa itu Ezhar yang rasa!
Perlahan keluhan dihela pendek.

"Abang tak tidur lagi?"


Ezhar menoleh laju, anak mata bulat milik Dafika, disusuri.
"Abang ganggu sayang ke?"


Laju Dafika menggelengkan kepala seraya bangun dan menyandarkan belakang ke kepala katil.

Ezhar turut mendudukan diri, tubuh kecil Dafika diraih menyebabkan isterinya kembali rapat dengan dadanya yang berlapik baju.

"Abang fikir pasal papa abang ke?"

Soal Dafika setelah agak lama mereka berpelukan.


Ezhar diam kutik, sebelah tangan menyua rambut ke belakang kepala.

"Sorry, tadi Fika tak sengaja dengar Wan dan Atok bercakap pasal papa abang. Fika dapat tahu papa abang nak ke pergi Umrah kan?"


Halkum Ezhar berputar laju meneguk liur sebelum menanggukan kepala.

"Abang pergi la jumpa papa abang."

Ujar Dafika lagi.

"Abang takde kekuatan, sayang... Hati abang masih sakit.."

Terang Ezhar secara jujur. Luka dulu bukan senang untuk sembuh.

",Abang.. abang tahu tak abang beruntung kerana masih mempunyai papa,.Fika ni dua-dua ibu bapa Fika dah meninggal. Sedara mara Fika juga buang Fika. Jika ditanya sakit, hati Fika lagi sakit bang. Tapi Fika tetap kuat sebab Fika tahu abang Wan dah Atok sayang kan Fika. Begitu juga abang, Abang rasa disakiti bila papa abang buat perkara ni pada abang. Abang rasa diri dibuang, tapi abang sedar tak, Fika, Wan, Atok dan Reen masih sayangkan abang. Dan Fika nampak papa abang pun sangat sayang kan abang. Mungkin apa yang berlaku ni tanpa dia sedari bang."


Panjang lebar Dafika bersuara, lanta sekali lagi melirik kepada suaminya yang terus mendiamkan diri.

"Kita ni semua pendosa bang. Abang ingat bagaimana abang diberi peluang untuk menyesali perbuatan abang dan bangkit semula untuk hidup? Begitu juga papa, kita tak berhak untuk menghukum. Fika tahu papa menyesali perbuatan dia sebab tu dia nak jumpa abang. Dan abang sebagai anak, tak salah nak memaafkan papa kerana mungkin dengan kemaafan abang maka papa akan benar-benar berubah sepenuhnya."

Ujar Dafika lagi. Lengan Ezhar yang melilit dipinggangnya dielus lembut. Takut jika lelaki itu terasa akan kata-katanya.

"Tapi hati abang sakit bila mama abang pergi dalam keadaan terseksa."

Keluh Ezhar akhirnya.

"Abang.... Fika faham. Fika sendiri pernah duduk kat tempat papa, dimana mak Fika meninggal sebab sedih dengan sikap Fika. Sedara mara Fika buang Fika, tapi Allah tetap kuatkan Fika untuk menyesali dan kembali rapat pada Dia. Dan sekarang Fika bahagia. Begitu juga dengan abang, Dulu abang banyak buat perkara yang dilarang, tapi Allah bagi peluang abang untuk berubah. Dan Insha Allah orang kampung pun dah mula terima abang. Jadi kenapa abang sendiri taknak bagi peluang untuk diri abang terima papa kembali? Segala dosa yang dia buat, biar Allah sahaja yang membalas. Yang penting abang masih tak putus tali persaudaraan abang dengan papa abang."

Jawab Dafika lembut. Dia harus terus menasihati suaminya. Dafika tak mahu dua beranak itu sentiasa bermasam muka.

Ezhar pula masih tunduk, bait kata isteri masuk terus didalam kepala. Dia sedar akan kesalahannya. Namun mungkin ego yang melangit membuatkan perasaan sayang itu sengaja ditutup kemas.


Melihat keadaan suaminya, Dafika duduk bersila diatas katil, lengan kiri Ezhar diambil dan diletak diriba. Jemarinya bermain lembut dengan tangan kasar si suami.

"Abang... Selagi ada masa ni, rapat la dengan papa abang. Jangan sampai dia dah pergi baru abang menyesal. Macam Fika dan mak Fika."


Ezhar memandang tepat pada wajah isterinya, Jemari yang digengam Dafika dibalas erat.

"Sorry sayang.. Abang tak bermaksud nak mintak sayang ingat balik kisah sayang."

Kesal pula Ezhar rasakan ketika ini.

"Tak bang.. Walaupun sebelum ni apa yang Fika lalui terlalu perit tapi Fika beruntung sebab ada abang kat sisi."


Ezhar mengangguk faham, Badannya turut ditegakan dan mengambil kedua tangan Dafika untuk diletakan diribanya.

"Sayang... Abang akan pergi untuk jumpa papa, tapi abang tak kuat sorang-sorang. Boleh sayang teman kan abang?"

Soal Ezhar kembali.

"Ye bang.. Fika akan teman kan abang.."

Senyuman Dafika melebar mendengar permintaan suaminya. Jika itu yang Ezhar mahukan. Dia akan turut.


Perlahan Ezhar meraih semula isterinya dalam dakapan. Hangat tubuh Dafika seolah-olah memberi kekuatan kepada dirinya.

Dia lemah dengan pujukan Dafika, dalam masa yang sama isterinya jua adalah pendamping keteguhan ketika ini.


Belakang Dafika terus ditarik merapatinya hingga wajah isterinya melekap di dada kekar Ezhar. Ubun-ubun Dafika dicium sekali. Sebelum Ezhar kembali berbisik.
" Mmmm... Terlanjur sayang dah bangun ni, Apa kata sayang tunaikan janji sayang nak urut abang malam ni."


Dafika tarik wajah, ketika mendengar kata-katanya. Muka dikerut seribu. Sengaja.
"Errr.... Fika penat lah bang.."

"Penat apanya? Malam ni kita belum 'berperang' pun lagi."

Spontan jawapan Ezhar membuatkan Dafika merengus manja.

"Kalau sayang taknak urut, abang akan buat sayang 'penat' lagi. Nak?"

Ugut Ezhar.

"Mengada lah abang.."
. Tapak tangan kecil Dafika menampar lembut dada suaminya. Mahu tapi malu!
Ah! Dafika yang mengada sebenarnya!

"Penat takpe sayang.. jangan sampai demam lagi sudah lah.. "

Bisik Ezhar dalam suara garaunya. Tubuh Dafika diraih lagi. Malam ni segala keindahan milik Dafika akan menjadi santapannya sekali lagi.

Ezhar Iqbal tak pernah puas memiliki tubuh isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience