SEGALANYA aku ceritakan pada Aina. Tak tertinggal sedikit pun.
Hinggakan Aina capai buku nota aku dan dia belek laju. Tiada satu pun
nama Iman yang aku abadikan dalam buku nota yang aku abadikan setiap
perjalanan aku selama ini.
“Mana mana dia?”
Aku pandang Aina pelik. “Dah kau ni kenapa carik nama dia?”
“Yalah. Patut ada nama dia.”
“Kenapa mesti ada?”
“Sebab dia ada dalam hati kau,” jawab Aina laju.
Aku rampas buku yang ada di tangannya. “Tak perlu. Dia pernah ada
dalam hati aku. Sekarang, hati aku kosong untuk aku isi dengan lelaki
bergelar suami.” Kemudian, aku sambung menulis muka surat terakhir
sebelum aku benar-benar mahu tutup buku lama ini dan buka buku baru.
Aina mengesot mendekati aku yang sedang bersandar pada katil yang sudah
dirias. “Kejora , ni aku nak bagitahu kau…”
“Aina, Isa carik.” Mama muncul tiba-tiba menyekat suara Aina.
Dia buat isyarat telefon pada aku tapi mama menjeling tajam bagai
memberi amaran. Aina berlalu dan mama duduk dekat dengan aku.
“So, macam mana perjalanan? Seronok? Banyak kenangan manis?”
Aku angguk dan sengih sinis pada diri sendiri. Apalah sangat yang
manisnya bila pengakhirannya sedikit kelat. Tapi, yang kelat itulah
boleh menjadi ubat.
“Seronok.” Senang jawapan aku. Aku simpulkan segalanya dalam satu
perkataan.
“Iman tak balik lagi?”
Aku geleng. Tanda tak tahu sebenarnya. “Banyak lagi benda dia nak buat
dalam jadual dia.”
“Dah tu, Kejora balik dulu. Tak apa ke?”
“Dia tak ada hak nak sekat. Malah, dia yang nak Kejora balik tunaikan
janji. Kejora sendiri pun memang rasa nak balik cepat. Lagipun, kami
cuma kawan, ma,” jawab aku lembut.
Mama senyum penuh makna. Dia usap rambut panjang aku. “Mama memang
percayakan anak-anak mama. Nak-nak Kejora yang dah biasa berdikari sejak
dulu. Sejak pertama kali Kejora pakai tudung masa pergi jumpa Ayie dulu,
mama bertambah yakin yang Kejora memang pandai jaga diri. Tapi, mama nak
dahulukan bahagia Kejora …”
Ayat mama buat aku rasa nak gelak. “Mama, papa dan keluarga adalah
kebahagian Kejora , mama…”
“Tapi, Iman?”
“Sekarang Zaza , ma. Iman dah berlalu. Dia pun lepaskan Kejora dengan
baik dan Kejora pun…”
“Yakin boleh lupakan dia?”
Laju aku angguk bila mama menyoal. “Kalau tak yakin, Kejora lari dengan
Iman, ma. Mungkin Kejora tak balik sampai bila-bila. Dia ajak Kejora
kahwin dekat sana. Dia mintak Kejora tabah jika Kejora pilih dia. Tapi,
Kejora budak budak-budak. Kejora boleh cari 1000 lelaki sekalipun, tapi
mana lagi Kejora nak cari ganti mama dan papa? Kan?” Suara aku mula
bersendu.
Nescaya, akan ada airmata yang bakal mengalir. Sungguh. Sebaik saja
mama usap kepala aku, airmata aku jatuh lebat. Tapi, tak lama bila mama
letakkan beberapa keping borang di atas riba aku.
“Letak buku ni…” Mama tarik buku nota aku. “…Kejora anak yang baik.
Yang taat. Mama memang harap kebahagian Kejora selamanya. Tapi, Kejora
kena sign dulu borang ni. Keluarga Zaza dah hantar minggu lepas lagi.
Yang lain semua dah selesai. Sign sekarang. Kejap lagi, papa nak
hantar ke pejabat agama. Lusa nak nikah dah. itu pun papa dah pergi
cakap dulu dengan pejabat agama hantar lambat sikit,” jelas mama.
Tanpa menanti, aku terus belek helaian pertama. Tipikal perempuan yang
bagai dipaksa kahwin. Manalah aku mahu lihat nama pengantin lelaki.
Terus aku hulurkan pada mama. Tapi, mama tak sambut.
“Baca betul-betul, Laisa Kejora . Mama tak nak Kejora nyesal nanti…” ugut mama.
Aku buat wajah bosan. Tapi, aku belek semula helaian demi helaian.
Semuanya aku dah sign. Tiada satu borang pun yang tertinggal.
“Dah sign semua, ma…”
“Mama tak suruh Kejora tengok sign ke tak. Tapi, check nama Kejora , nama
Zaza .” Hint mama jelas.
Terus aku tengok nama pengantin lelaki. Dan, demi kerana itu aku
pandang mama. Mama gelak. Muncul juga Aina yang tersengih dengan wajah
bersalah. Dia belot aku lagi!
“Kejora , sorry. Mama warning…” Tak habis ayat, mama jegilkan mata.
Mereka saling ketawa tapi aku… kenapa airmata aku mengalir lagi bila aku
kata hati aku sudah lengkap dengan redha?
Share this novel