She don't start it, but she can tell you how it ends
Don't get sad, get even
So on the weekends
She don't dress for friends
Lately, she's been dressing for revenge
Maureen duduk di mejanya, fokus dengan buku latihannya sambil melayan muzik daripada headphone. Di depannya, Madison sedang bercerita penuh semangat tentang perkahwinan yang bakal dirancang oleh Datin Natalia untuk dia dan Fabian. Namun, Maureen tak memberikan reaksi.
"Mau! Mau! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Madison bertanya, tangannya cekak pinggang, memandang adiknya dengan serius.
Maureen tetap diam, terus menulis sambil menikmati lagu. Tanpa sabar, Madison membuka headphone di kepala Maureen dan memanggil, "Maureen!!" sambil ketawa kecil.
"Hah?! Kenapa, Mad? Aku tengah study ni," jawab Maureen, jelas terganggu. Dia cuba mengambil semula headphonenya, tapi Madison dengan cepat merampasnya.
"Kau tahu tak aku nak kahwin dengan Fabian?" tanya Madison lagi, kali ini dengan nada ceria.
"Ye, aku tahu, kak. Satu U femes dengan berita ni," jawab Maureen, nada suaranya tenang, seperti tak terlalu peduli.
Madison duduk di sebelah Maureen sambil membelek telefon, skrol berita hangat tentang dirinya dan Fabian di media sosial.
"Aku pun hairan, kenapa Datin kali ni bagi merestui hubungan kami berdua?" Madison menyoal lagi, dia memang hairan bagaimana Datin Natalia, yang dulu menentang habis-habisan, tiba-tiba berubah pendirian.
"Tapi, kak, ada satu benda yang aku hairan," Maureen berkata dengan tenang, namun nada suaranya menunjukkan ada sesuatu yang mengganggunya.
"Kau hairan pasal apa?" Madison bertanya, masih asyik dengan telefon di tangannya.
"Siapa yang sebarkan berita ni?"
Madison mengangkat bahu. "Kau kenapa nak rasa pelik? Ini biasalah. Orang gossip. Ke kau cemburu, Mau?"
"What the hell, Mad? Aku nak cemburu? Cemburu kenapa pula?" Maureen menatap buku kembali dan menulis.
"Yelah, mana tau kan. Kau kan takde boyfriend macam aku. Kalau ada pun, tak mungkin macam Ian, kan?" Sindiran Madison cukup pedas. Tapi Maureen malas nak bergaduh atau melayan kehendak kakaknya itu, suka cari gaduh.
"Ish kau ni. Aku sibuk belajar, takde masa nak bercinta macam kau, Mad. Tak... aku hairan je. Macam tak logik. Semua orang tahu Datin Natalia tak suka kau dengan Fabian, tapi sekarang berita perkahwinan kau dua tersebar cepat gila. Macam... ada orang yang nak sangat cerita ni keluar."
Madison terdiam sejenak, memikirkan apa yang dikatakan Maureen. "Mungkin kau tak faham, Mau. Datin memang ada rancangan dia sendiri, tapi entah lah... aku pun hairan juga kadang-kadang."
Maureen kembali fokus pada bukunya, tetapi hatinya masih rasa tak sedap. Ada sesuatu yang tak kena dengan berita itu, tapi dia tak pasti apa.
"Mau, aku keluar malam ni, ada latihan kat studio. Aku balik lewat sikit."
Maureen hanya mengangguk, memberi respon seadanya tanpa memandang kakaknya. Dia memerhati Madison yang bersemangat, menyanyi kecil sambil berjalan menuju ke bilik tidur untuk bersiap. Dia menyarung kembali headphonenya, menyelam semula dalam dunia muzik yang menenangkannya. Namun, di sebalik alunan lagu, bayangan wajah Fabian tiba-tiba muncul di fikirannya.
Dia cepat-cepat cuba mengalih perhatian, tak mahu perasaan atau fikirannya terganggu oleh Fabian. Baginya, Fabian ialah kekasih Madison, bukan seseorang yang patut dia fikirkan. Dia menekan sedikit kuat pada penanya, cuba memfokuskan kembali pada latihannya, walaupun hatinya terasa sedikit bergetar dengan rasa yang tak sepatutnya.
MADISON memandang ke arah cermin besar sambil memanaskan badan, menikmati muzik yang mengalir dari radio di studio latihan yang sunyi itu. Dia sempat merasa hairan, studio yang biasanya sibuk dengan pelajar lain, kini kosong. Walaupun begitu, dia tak peduli, menikmati waktu bersendiri sambil menari dengan penuh gaya, tubuhnya yang ramping bergerak lincah seperti seorang idol K-pop.
I'm telling you loosen up my buttons baby (Uh huh)
But you keep fronting (Uh)
Saying what you going do to me (Uh huh)
But I ain't seen nothing (Uh)
Namun, suasana berubah apabila Mickey, junior yang terkenal dengan sikap kurang baik, masuk secara tiba-tiba. Tanpa menghiraukan perasaan tidak selesa Madison, Mickey mula menari bersamanya, semakin mendekat, hingga suasana bertukar menjadi tegang.
"Hye, Madison. Kau takut ke, aku menari lebih baik daripada Fabian?" ucap Mickey lagi dengan sindiran.
Pada awalnya, dia tidak mempedulikan Mickey yang terus menari, tetapi setelah beberapa saat, dia merasa tercabar. Mereka mula bergerak lebih dekat, mengikut rentak lagu 'Button' daripada The Pussycat Doll yang sensual, seolah-olah terbawa suasana. Sesekali, nafas Mickey menyentuh leher Madison, dan mata mereka bertembung dalam jarak yang sangat dekat, menambah ketegangan antara mereka.
"Tiada siapa yang dapat menandingi bakal suami aku, Mickey. Walaupun kau sekali pun." balas Madison dengan tegas apabila Mickey menarik tangannya agar lebih dekat dengan dirinya.
"Oh yeah, how about this?" Mickey mendekatkan bibirnya dan memberi satu ciuman sekilas kepada Madison.
Jantung Madison berhenti seketika. "Shibal! Cilaka! Berani kau!" Dengan pantas, dia mengangkat tangannya, bersedia untuk menampar Mickey. Namun, tangannya terhenti di udara ketika pandangannya jatuh ke arah pintu studio, apabila melihat Datin Natalia dan Puan Zara berdiri di pintu, menyaksikan kejadian tersebut dengan ekspresi kecewa. Madison terkedu.
"Ups," kata Mickey perlahan, namun tetap tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal.
-
SEMINGGU berlalu, dan Madison mula menunjukkan perubahan dalam sikapnya. Dia kelihatan lebih risau dan sering mengelak untuk bertemu dengan Fabian, tunangnya. Sejak kejadian di studio bersama Mickey, rasa bimbang menguasai dirinya. Walaupun tiada gosip atau khabar tentang insiden itu tersebar, Madison tetap berasa cemas jika perkara tersebut sampai ke telinga Fabian. Dia terus berfikir sama ada Mickey akan menyebarkan berita itu atau jika Datin Natalia akan bertindak balas.
Di rumah, Maureen, yang menyedari perubahan pada kakaknya, memilih untuk tidak bertanya terlalu banyak. Dia tahu Madison bukan jenis yang senang berkongsi masalah, dan Maureen pula tidak suka mencampuri urusan orang lain tanpa sebab. Walaupun dia hairan dengan sikap kakaknya yang tiba-tiba berubah, Maureen membiarkan sahaja Madison dengan halnya sendiri.
-
HARI yang dinanti-nantikan akhirnya tiba, hari perkahwinan antara Fabian dan Madison. Di dalam bilik persalinan, Madison duduk diam sambil dikelilingi oleh mak andam dan beberapa penolong yang sibuk menguruskan segala persiapan. Rambutnya ditata rapi, kukunya dipakaikan pewarna, dan wajahnya dirias dengan solekan yang simple namun anggun, persis seorang selebriti. Maureen yang berada di sudut bilik, hanya memerhati dan sesekali memuji kecantikan kakak kembarnya.
"Mad, kau nampak cantik sangat. Macam bintang K-pop," ucap Maureen dengan senyum ikhlas, berharap kata-katanya boleh menceriakan Madison.
"Thanks, Mau." balas Madison dengan senyuman yang terlihat melalui cermin meja solek di depannya itu.
Setelah mak andam dan para penolong selesai menyiapkan Madison, dia meminta mereka semua keluar sekejap dengan alasan mahu menenangkan diri sebelum majlis perkahwinan. Semua mengangguk setuju, dan Maureen, yang masih berada di dalam bilik bersama kakaknya, mendekat lalu memeluk Madison erat. Dalam pelukan itu, tangisan Maureen mula mengalir.
"Jangan nangis, Mau. Aku akan baik saja," ucap Madison perlahan, cuba meyakinkan adiknya. Namun, suaranya terdengar sedikit bergetar, seperti menyembunyikan sesuatu.
"Lagipun, kau selalu tolong aku... Tapi kali ni, kau boleh tak..." Madison terhenti, matanya sedikit berkaca, seolah-olah ada sesuatu yang sukar untuk diucapkan.
Maureen melepaskan pelukan mereka sedikit dan memandang kakaknya dengan penuh kebimbangan.
"Tolong apa, kak?" soal Maureen, suaranya lembut namun penuh dengan kekeliruan.
Madison tersenyum sayu, pandangannya menerawang jauh. "Tolong... bahagia, boleh? Aku nak kau juga bahagia."
Kata-kata Madison terasa penuh emosi, seolah-olah dia akan pergi jauh. Maureen merasakan sesuatu yang aneh dalam hati, perasaan tak sedap mula menyelubunginya.
"Kau cakap apa ni, Mad? Bunyi macam orang nak mati je," Maureen ketawa kecil, sengaja cuba menceriakan suasana yang terasa semakin berat.
Madison hanya tersenyum tipis, senyum yang penuh dengan makna yang Maureen tidak sepenuhnya faham. "Aku nak tenang sekejap," kata Madison perlahan. "Kau boleh tolong bawakan aku air?"
Maureen mengangguk dengan senyuman, cuba menenangkan dirinya sendiri. "Okay, aku pergi sekarang."
Ketika Maureen keluar dari bilik, hatinya masih diselubungi perasaan tidak sedap. Sesuatu tentang cara Madison bercakap sebentar tadi membuatkan dia resah.
So as long as I live I love you
Will have and hold you
You look so beautiful in white...
Paderi mengucapkan sumpah perkahwinan dalam bahasa Inggeris, dan Fabian dengan yakin menjawab dengan nada tenang dan yakin.
"I do."
Kini giliran Maureen, yang berdiri kaku, teragak-agak. Semua mata tertumpu padanya, termasuk Fabian yang mulai kelihatan risau. Maureen merasa terperangkap, fikirannya bercelaru. Dia tahu ini bukan hidupnya, bukan perkahwinannya, tetapi dia tetap mengikutinya.
Dia menoleh ke arah Datin Natalia yang memandang tajam, memberi amaran agar dia tidak membuat masalah. Dengan nafas tersekat, Maureen akhirnya berkata, "I do."
Fabian tersenyum lega, tetapi bagi Maureen, kata-kata itu bukan tanda bahagia, melainkan permulaan penderitaan dalam dunia yang tidak pernah dia pilih.
Paderi itu mengucapkan, "Now you can kiss the bride," dan tepukan gemuruh memenuhi ruang gereja.
Jantung Maureen berdegup kencang, seluruh tubuhnya terasa cemas. Ini kali pertama dia menerima ciuman itu daripada seorang lelaki, dan lelaki itu adalah Fabian—suaminya yang sah. Saat bibir Fabian mendekat, Maureen terasa seperti dunia berhenti berputar.
MAUREEN duduk di depan meja solek, pura-pura sibuk sambil mengelak daripada memandang Fabian. Namun, jantungnya berdegup kencang, terlalu tahu apa yang akan berlaku apabila Fabian mendekatinya dengan senyuman nakal di wajahnya.
Maureen terasa tubuhnya bergegar saat Fabian mendekat dan menyentuh zip gaun pengantin yang masih terpasang di tubuhnya.
"Kenapa, Mad? Malu ke?" Fabian mengusik, suaranya rendah dan menggoda.
Maureen cuba menghilangkan rasa kekok dengan menyoal, “Err... Kau tak penat ke?”
Harapannya adalah untuk meredakan suasana yang semakin tegang.
Fabian mengerutkan dahi sedikit, menjawab dengan nada hairan, “Kau?”
Maureen cepat-cepat sedar kesilapannya. “Eh, sorry... Ian,” dia cuba perbetulkan, tetapi wajah Fabian menunjukkan rasa pelik, seolah-olah tidak biasa mendengar panggilan itu dari ‘isterinya.’
Menyedari kesalahan kedua, Maureen bergegas memeluk Fabian.
“Sorry, sayang! Aku gementar,” katanya, cuba menutupi kecuaiannya dengan rasa mesra agar Fabian tidak mula curiga.
Suasana tiba-tiba menjadi senyap, dan jantung Maureen berdegup semakin kencang. Ketakutan mula menyelinap ke dalam dirinya.
Namun, tiba-tiba Fabian ketawa.
“Hahaha! Aku gurau je, Mad. Tapi, kalau panggil abang, lagi best, betul tak?” usik Fabian, nada suaranya mesra, matanya memandang Maureen dengan penuh kasih sayang, seperti mana dia memandang Madison sebelum ini.
Maureen hanya mampu memandang ke bawah, tidak berani bertentangan mata dengan suaminya itu, cuba menyembunyikan rasa bersalah. Fabian, tanpa sebarang syak wasangka, mencium dahinya dengan penuh kasih sayang. Jantung Maureen berdegup makin laju. Adakah begini cara Fabian melayan kakaknya selama ini? So sweet, bisik hatinya. Maureen mula terasa bertuahnya Madison memiliki lelaki seperti Fabian.
"Abang Ian..." Maureen bersuara perlahan, hampir berbisik.
Senyuman Fabian melebar mendengar panggilan itu. "Aku suka kau panggil aku macam ni, wifey," bisik Fabian lembut di telinga Maureen.
Sekelip mata, tubuh Maureen mula bergoyang apabila Fabian menggelarkan sebagai wifey, gemuruh tak terkawal sekali lagi apabila Fabian mula mencium pipinya dan bibir lelaki itu perlahan-lahan jatuh ke lehernya. Jantung Maureen seolah-olah hendak meletup. Dia hampir pengsan, tetapi dia cuba mengawal dirinya dengan menolak lembut dada Fabian.
Fabian keliru seketika, berhenti dan bertanya dengan lembut, "Why, wifey?"
Maureen panik, cuba mencari alasan. "Aku... Err..." Hampir saja air mata ingin mengalir, tetapi dia cuba tahan.
Fabian memandangnya dengan penuh simpati, tiba-tiba tersenyum kecil. "Kau period, eh?"
Maureen tersentak, mendongak memandang Fabian dengan wajah terkejut. Dia baru sahaja nak bagi alasan, tapi Fabian cuba meneka?
"Aku dah agak. Biasanya kau memang macam ni kalau datang period. Tak nak kena sentuh. It's alright, wifey. I understand," kata Fabian dengan nada tenang dan penuh pemahaman.
Maureen terdiam sejenak, terharu dengan penerimaan Fabian yang lembut dan bertimbang rasa. "Tapi... Abang tak marah?" soal Maureen perlahan, masih ragu-ragu.
Fabian menggeleng kepala dengan senyuman. "Tak, sayang. Abang tak marah. Rehatlah dulu. Kita ada masa," jawab Fabian, mencium dahinya lagi.
Perlahan-lahan, perasaan bersalah Maureen semakin dalam. Bukan sahaja dia menipu, tetapi dia juga mula sedar betapa baiknya Fabian, dan bagaimana dia sepatutnya menjadi isteri yang sepatutnya berada di sini—Madison.
Komen sikit. Korang suka Maureen ke Madison? Hihi... Beri sebab sekali kenapa korang pilih dia.
Share this novel
watak Maureen dekat dengan jiwa sis...hihihi..
sweetnya abg Ian..sya suka, saya suka..Maureen..sebb cute, polos..lembut mcm sis, hihihi....
tp mybe ada sisi kuat gak