SERANGAN PERTAMA: HELAH

Fantasy Series 2325

"Tempat Knight diserang dahulu. Bukan situ sahaja, tetapi Pulau Pahlawan Legenda pun kena serang juga. Kita perlu berpecah kepada dua kumpulan. 1 kumpulan 8 ahli 2 mentor. Bertindak segera!" General Rama memberi arahan kepada mereka.

"Kumpulan 3 dan kumpulan 4 akan jadi 1 kumpulan pergi ke Tempat Knight. Tangkap Doktor Ming jika dapat. Kumpulan kamu perlu ikut ke mana saja Doktor Ming pergi dan hentikannya. Dengar arahan mentor jangan nak gatal-gatal bertindak tanpa arahan. Kumpulan 1 dan kumpulan 2 akan jadi kumpulan 2. Selamatkan penduduk di Pulau Pahlawan Legenda dan bunuh setiap satu jangan tinggalkan seekor pun Si X. Faham!!" General Bakar bahagikan kumpulan. Satu kumpulan ikut Doktor Ming dan halangnya atau bunuh terus. Kumpulan lain tolong selamatkan orang-orang di Pulau Pahlawan Legenda.

"Bertindak segera!" keempat-empat general cakap dengan serentak. Syafiq terduduk sambil termenung di tepi hujung pangkalan yang rosak. Termenung pada Pulau Pahlawan Legenda yang diserang X. Syafiq bermonolog. "Ini semua salah saya. Kenapalah saya lawan juga dengan Doktor Ming dan Trez? Kan saya dah tahu. Kalau saya hilang atau kena tangkap atau terperangkap ke kawan-kawan saya juga yang datang selamatkan saya terutama Ali." 'sigh' Semua bersiap untuk jalankan misi masing-masing. Syafiq termenung sambil memikirkan rancangan seterusnya untuk hentikan Doktor Ming.

"Syafiq, kau dah siap? Kumpulan kita tengah tunggu kau. Cepat sikit. Nak gerak dah ni!" tanya Ali.

"Aah. Kejap. Nak gi ambil barang ngan pakaian jap. Kau dah siap? Kalau kau tak siap lagi, jom gi sama-sama. Aku bosan aah gi sorang-sorang. Jom." ajak Syafiq.

"Okaylah. Jom gi. Aku pun lupa nak ambil bad beg saya." Mereka pun bergerak dengan pantas kerana tak mahu lambatkan masa kumpulan 1 menunggu mereka.

Apabila mereka siap, kumpulan 1 mulakan misi mereka. Mereka menggunakan satu kristal yang dipanggil 'Gem Of The Lion Heart' sejenis kristal daripada jantung singa di dimensi World Of Pride Lion Knight. Viktor ditugaskan menjaga kristal tersebut kerana jika kristal itu hilang ataupun hancur mereka akan terperangkap dalam dimensi itu. Bermulalah pengembaraan mereka ke dunia lain. To the other dimension.

Sampai sudah mereka di dunia lain, Viktor dan Iman menunjukkan jalan ke Pulau Knight di atas air berdekatan air terjun. Dalam perjalanan ke pulau tersebut, ada pula datang konco-konco kumpulan yang ramai tidak suka akan kumpulan tersebut. Nama kumpulan tersebut bunyinya sangat pelik iaitu The Bad Lion Hunter Knight. Nama kumpulan dinamakan oleh ketua kumpulan mereka iaitu bekas ahli knight, Ken. Dendam mereka terhadap Viktor sangat mendalam disebabkan kejadian hari itu.

Pada hari itu, Viktor, Ali dan Syafiq pergi keluar ke tempat mereka selalu lepak pada waktu lapang. Di rumah atas pokok tempat mereka lepak untuk bercerita tentang pengalaman yang mereka harungi. Datang kumpulan The Bad Lion Hunter Knight kacau rumah mereka. Takkanlah mereka tak mengamuk kalau ada orang kacau tempat mereka. Apa lagi. Mereka serang kumpulan dengan cara mereka sendiri. Sekali ketua mereka kena belasah dengan Viktor, Ali dan Syafiq. Ketua mereka cepat panas baran apabila mereka bersikap batu api kepada kumpulannya. Setiap kali mereka terjumpa, mereka akan mula bergaduh. Bak kata pepatah seperti kucing dengan anjing. Kumpulan tersebut musuh rapat mereka dalam dimensi itu.

"Sudah lama kita tidak berjumpa, Viktor. Nampaknya kamu berjaya menjadi ahli knight, Viktor. Kawan kamu dua ekor tu semakin kuat dan bijak nampaknya kecuali budak berbaju merah hitam tu." kata-kata Ken tidak dapat menyakitkan hati Viktor dan Syafiq kecuali Ali.

"Ya. Sudah lama kita tidak berjumpa, bekas ahli knight, Ken Hard. Kamu nampak sihat dan bodoh sekali dengan pakaian kamu yang selekeh itu." Viktor cuba naikkan darah Ken supaya Viktor dapat serang dari belakangnya kerana Ken tidak berfikir panjang apabila serang.

"Kita tiada masa untuk semua ni, Viktor. Dos, Iman, Alicia, Affrin, Sam dan Rudy pergi ke Pulau Knight sekarang. Beritahu mereka tentang Doktor Ming dan suruh mereka bersiap sedia menghadapi X. Kami ikut belakang." pesan Ejen Rizwan kepada Ejen Dos. Mereka terpaksa berpecah kepada dua kumpulan.

Iman membawa kumpulan itu ke Pulau Knight secepat mungkin. Manakala kumpulan lagi satu akan menguruskan The Bad Lion Hunter Knight. Syafiq terfikir kenapa X belum sampai lagi. Sepatutnya X sudah pun menyerang dimensi itu tetapi satu tanpa pun tiada.

"Izinkan saya bertanya?" tanya Syafiq.

"Boleh pula kamu nak tanya saya?" jawab Ken.

"Kamu ada kena serang dengan benda yang kamu tak pernah nampak? Ataupun nampak kelibat sesuatu atau satu portal muncul dengan tiba-tiba tanpa kamu tahu?" tanya Syafiq dengan serious.

'Budak ni serious sangat ni. Kenapa dia nak tahu sangat? Tapi muka dia tak nampak nak gaduh dan ingin tahu jika kami nampak apa-apa yang pelik. Budak ni boleh dipercayai. Baiklah saya akan cuba rapat dengannya.' bisik hati Ken yang ingin tahu.

"Baiklah. Kami semua tidak nampak kelibat benda pelik tetapi ....... Sesuatu yang pelik berlaku di dimensi lain." Ken hanya menjawab. "Kami terdengar khabar daripada General King sedang mesyuarat penting bersama tiga sahabatnya dari dimensi lain." jawab orang kanannya.

"Dimensi lain? Yang mana satu?"

"Takkan Syafiq tidak tahu lagi? Dimensi World Of Lust Griffin Magic yang kena serang."

"Kita kena tipu. Nampaknya helah Doktor Ming berjaya tipu kita." Syafiq rasa sangat kecewa dengan diri sendiri.

"Kamu ada sebut nama Doktor Ming tak? Jika ya, kami akan join kamu juga." Ken mahu join Syafiq dan kumpulannya untuk tolong tangkap Doktor Ming.

"Susah untuk kami percayakan kamu semua. Bolehkah kami percaya?" Syafiq hanya menunggu jawapan daripada Ken. Ken hanya tersengih. Mereka bergerak dengan pantas sekali diikuti Ken dan kumpulannya.

'Bagaimana saya boleh tak tahu plan sebenar dia? Saya sepatutnya tahu apa yang dia fikirkan. Ini semua salah saya. Kenapa? Saya perlu biar Shane kawal saya dulu tapi ia akan sakitkan kawan-kawan aku. Fikir Syafiq! Fikir! Fikir!' berbisik hati Syafiq.

"Abang Rizwan, kita nak buat apa? Plan mereka berjaya tipu kita." tanya Alicia.

Rizwan nemandang Syafiq dengan mata yang tajam. "Syafiq, saya tahu kamu boleh cari mana Doktor Ming. Cuba masuk dalam fikiran Shane. Mungkin kamu tahu dimana mereka sekarang." Rizwan memaksa Syafiq masuk dalam fikiran Shane. Mereka tiada pilihan lain.

Iman dan Rudy tertanya-tanya dalam fikiran mengapa Gang yang dia jumpa itu ikut mereka.

Syafiq masuk dalam fikiran Shane. "Saya nampak sekelilingnya..... ketakutan..... kesedihan..... kemarahan...... kehijauan...... sinaran...... kematian...... kesengsaraan..... magic......? Aaaah!" Syafiq dalam keadaan pengsan dan air matanya mengalir. Syafiq sedar dengan keadaan mengejut dan menangis? Syafiq terus bangun pergi ke tempat yang tiada orang lalu lalang. Dia nampak kesemuanya yang berlaku.

Yang lain beri dia masa untuk tenangkan diri. Kemudian berbincang dengan apa yang Syafiq kata semasa pengsan. General King dan tiga sahabatnya, Wizard Magica dari Magic, Serial Ash dari Assassin, Trickster Trice dari Thief keluar dari bilik mesyuarat dengan bimbang. Wizard Magica jatuh ke simen juga Alicia dan Sam.

"Magica, kamu okay tak? Kenapa ni? Ada apa-apa yang awak rahsiakan daripada kami?" tanya General King.

"Tiada. Saya rasa.....aaaah..... Magic Life Temple..... kena.....serang... aaaah." Wizard Magica terus pengsan. General King angkat Wizard Magica ke biliknya. Rizwan mengangkat Sam, Dos mengangkat Alicia masuk ke bilik general. Syafiq baru sahaja sampai terus dia pula yang rasa sakit kepala sesangat sehingga menghentam-hentam kepalanya pada dinding dan simen.

"Kita perlu bergerak ke World of Lust Griffin Magic sekarang. Saya... dapat rasa... yang... Gem of The Heart of Griffin... uugh...aaaah... ha..ha..ha. Saya tak sempat hentikannya. Tetapi dia masih kat World of Magic. Jika kita bergerak sekarang, mungkin kita sempat... tangkapnya." cadang Syafiq setelah dapat mengawal semula.

"Bagaimana dengan mereka?" tanya general.

"Bawa mereka sekali. Buat masa sekarang, mereka masih dalam kesakitan. Mereka akan cepat sembuh jika di dimensi Magic." jawab Syafiq.

General King mengangkat Wizard Magica. Trickster Thice mengangkat Sam dan Dos mengangkat Alicia. Yang lain perlu jaga mereka yang membawa ahli magic. Tanpa membuang masa, mereka terus bergerak ke World of Lust Griffin Magic.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience