BAB 10

Humor Completed 3969

“Maaf. Bukan niat aku. Tak sengaja. Serius” terasa ada beban di hujung suaranya itu. Bunyi jam di dinding membuatkan Nadhim tersentak. Ah dah pukul 12 tengah malam. Tak pasal masa tidur aku terbuang fikirkan perkara tadi. Suis lampu ditekan.

“Cukup ma…cukup…Nur tak suka” tegas Tasnif. Berdepan dengan mamanya, Siti Fazura memerlukan kesabaran yang tinggi.

“Nur tak boleh nak bangkang kata-kata mama”

“Nur tetap akan bangkang”

“Baik. Kalau Nur bangkang juga Nur bukan anak mama” Tasnif tergamang.

“Mama…” Siti Fazura berpaling. Dia tekad dengan keputusan untuk menjodohkan anak tunggalnya itu dengan pilihannya. Tasnif mengeluh dia terduduk. Mama kenapa suka seksa Tasnif. Papanya siang-siang sudah keluar dari rumah. Malas nak masuk campur. Sampai hati papa.

“Baik kalu itu kata mama Nur ikut” Siti Fazura sudah pun tersenyum mendengar keputusan anaknya.

“Tapi ingat mama sebaik sahaja Tasnif kahwin, mama dah tiada anak bernama Nur Tasnif lagi dan Nur doakan yang Nur mati sebelum tarikh tu” Tasnif berlari keluar dari rumah. Dia perlukan ketenangan. Dia tak nak hidup sebagai anak derhaka. tapi mama terlalu mendesak. Salah ke kalau dia ingin tentukan hidupnya untuk kali ini.

“Weh jom la kahwin dengan aku” pujuk Tasnif. Nadhim terkejut. Tapi dia dapat call dari Tasnif katanya ada hal penting. Lebih penting dari kucing nak beranak. Sengal punya budak. Dia pun tak tahu bila masa perempuan itu dapat nombor phone dia.

“Apa masalah kau sebenarnya. Kita bukannya rapat mana pun” luah Nadhim. Mereka bukan kenalan rapat. Jumpa atas salah faham sahaja. Itu pun tak sangka masih boleh berjumpa lagi dan lagi. Ai la nasib kenapa la aku perlu jumpa perempuan sengal ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience