Bab 11

Horror & Thriller Completed 869

Malam pun tiba. Bermulanya acara membuang hantu pada badan Wana. Wana di minta mencari kotak hitam di dalam bilik. Ternyata kotak yang di maksudkan hantu itu adalah kotak make-up Wana. Ustazah membuka kotak itu,ternyata dalam kotak itu di penuhi debu-debu putih seperti bedak tapi sebenarnya adalah abu mayat yang di tabur. Ustazah merenjis air yang telah Ustazah solatkan ke dalam kotak tersebut tiba-tiba kelihatan darah terpercik keluar dari kotak itu di samping itu juga Wana meraung kesakitan. Hantu dalam badan Wana marah katanya sayapnya sakit. Ustazah memegang belakang Wana dan mematahkan sayap hantu itu tapi hanya Ustazah je yang nampak. Hantu dalam badan Wana meronta-ronta kesakitan. Hantu itu cuba untuk bangun menari tapi tak dapat kerana kedua-dua sayapnya telah di patahkan oleh Ustazah. Ustazah minta kotak hitam itu di buang ke sungai dengan segera. Hantu dalam badan Wana pun turut menghilang. Ustazah memberitahu kemungkinan Hantu itu balik pada orang yang menghantarkannya.

Selang beberapa hari Wati telefon Wana menyatakan yang dia terpaksa berpindah kerana dia kena gangguan makluk halus. Wana mulai yakin yang membuat Wana di rasuk hingga sakit adalah perbuatan Wati sahabatnya sendiri. Sejak hari itu Wana berpindah lagi dan mengelak dari berhubung dengan Wati untuk selamanya.
Memang kita memerlukan seorang kawan yang boleh berkongsi suka dan duka. Bukan mudah untuk mendapat kawan yang baik. Kadang-kadang ada baiknya jangan kongsi pada sesiapapun walau kita bahagia kerana tentu ada yang cemburu dalam baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience