BAB 9

Thriller Completed 3653

Najib menguis kaki Nadira yang masih terlentok kepalanya. “Nadira,” panggilnya perlahan. “Dira, bangunlah,” jeritnya lagi. Perlahan-lahan dia melihat Nadira terpisat-pisat bangun.

“Kat mana ni Jib?”

“Kat rumah tadi lah. Tapi aku tak tahu siap yang ketuk kepala kita menyebabkan kita berada kat sini, dengan tangan terikat begini,” rungut Najib. Nadira cuba melepaskan ikatan tangannya namun sia-sia kerana ikatan tersebut terlalu ketat.

“Macam mana ni Jib?”

“Macam mana apa? Kita tunggulah apa yang akan terjadi seterusnya,”

Tolakan pintu dari luar menyentak perbualan mereka. Masing-masing mendiamkan diri menunggu gerangan yang akan memunculkan diri. Dan apabila gerangan itu menampakkan diri, mereka terkejut besar.

“Encik Firman!” serentak keduanya menjerit.

“Kenapa? Terkejut?” tanya Encik Firman bersama tawa kecilnya.

“Apa encik buat ni? Kenapa buat kami macam ni? Takkan lah tak siap assignment tu encik nak hukum kami macam ni? Lagipun, due date kan sehari lagi,” omel Nadira.

“Diam!!” jeritan Encik Firman bergema.

“Kalau korang nak tahu aku sengaja bagi kerja untuk siasat rumah ni kerana aku nak balas dendam. Untuk pengetahuan korang, rumah ini adalah rumah aku,” sambung Encik Firman menyebabkan Nadira dan Najib tersentak.

“Kalau dah rumah encik, kenapa nak di siasat lagi?” Najib sebal kerana merasa seperti dipermainkan.

“Sebab aku nak perempuan ni tahu siapa dia yang sebenarnya dan aku nak balas dendam pada dia,”

“Apa maksud encik?” tanya Nadira hairan.

“Kalau kau nak tahu, perempuan dalam gambar ini adalah moyang engkau. Keturunan penipu!” jerit Encik Firman lantas menunjukkan gambar yang berada di tangannya.

Wanita itu! Desis hati kecil Nadira.

“Saya tak faham apa yang encik maksudkan,”

“Wanita ini penipu. Dia tipu atuk aku. Lepas dia dapat apa yang dia nak, dia tinggalkan atuk aku dan kahwin dengan lelaki lain. Sebab itu atuk aku bunuh mereka…..” Encik Firman tersengih. Nampak menyeramkan. “Dan kalau kau nak tahu lagi, mayat mereka tersimpan di sebalik dinding dimana gambar ini digantung,” Nadira terpana. Najib hanya ternganga.

“Sebelum atuk aku meninggal, dia pesan supaya aku buru keturunannya yang berjaya melarikan diri pada malam mereka dibunuh. Pada mulanya aku tidak tahu bahawa engkau adalah keturunan wanita itu, aku mendapat tahu 3 minggu yang lepas. Itupun secara tidak sengaja apabila engkau bercerita mengenai moyang engkau yang mati dibunuh tetapi engkau tidak tahu siapa moyang engkau. Aku jadi penasaran dan ingin menyiasat mengenai kau. Dan ternyata telahan ku tepat kerana engkau merupakan keturunan wanita durjana ini,”

“Dan kau……” Encik Firman menghayun kapak yang berada di tangannya ke arah Najib. Nadira menjerit kuat apabila melihat kepala Najib yang sudah terkulai.

“Kenapa kau bunuh dia? Dia tak bersalah. Kalau kau nak bunuh aku, kau bunuh sekarang,” jerit Nadira dalam tangis. Najib telah tiada. Mati kerana permusuhan keluarganya. Sungguh Nadira tidak tahu bahawa wanita yang ada dalam gambar itu adalah moyangnya kerana sejak kecil dia dibesarkan di rumah anak-anak yatim.

“Aku memang nak bunuh kau. Tapi aku nak tengok engkau sengsara melihat kematian orang yang kau sayang,”

“Dan, aku tak nak bunuh kau dengan cara macam ni, senang sangat,” Encik Firman ketawa. Dia melepaskan ikatan di tangan Nadira.

“Aku nak lihat kau merayu pada aku supaya tidak dibunuh. Dengan kata lain, aku seronok nak main kejar-kejar dengan engkau,”

Sebaik sahaja ikatan tali di tangannya terlerai, Nadira segera menendang Encik Firman dengan sekuat hati namun hanya gelak tawa yang kedengaran. Tendangan Nadira langsung tidak meninggalkan bekas pada badan majikannya itu. Ya Allah! Kebal ke apa dia ni? Dan gema tawa Encik Firman terus kedengaran serentak dengan derap kaki Nadira yang cuba untuk melarikan diri. Nadira menuju ke pintu untuk keluar dari rumah itu, namun pintu itu berkunci. Dengan sekuat hati dia menendang pintu tersebut berharap yang pintu tersebut dapat dibuka namun sia-sia kerana langsung tidak menampakkan hasil.

“Sia-sia usaha kau Nadira,” suara Encik Firman bergema. Nadira menoleh. Encik Firman berdiri di tangga. Nadira segera melarikan diri berharap ada tempat untuknya bersembunyi. Tiba-tiba matanya melihat ada meja besar di sudut rumah itu. Dia segera berlari dan menyembunyikan diri di bawah meja tersebut. Peluh di dahi segera di lap.

“Dira….oooo Dira. Tak guna kau bersembunyi kerana aku tahu selok belok rumah ni Dira,”

Nadira hanya mendiamkan diri. Debar di dada hanya Tuhan yang tahu. Dia tahu dia tidak dapat melawan kerana tubuh badan Encik Firman yang seolah-olah kebal. Ketukan kapak di meja menyebabkan badannya terangkat sedikit. Dia segera menutup mulut.

“Cakkk!!” jengukan kepala di bawah meja menyebabkan Nadira menjerit kuat. Dia segera keluar dari bawah meja dan ketika hendak melarikan diri, kakinya tersadung sesuatu menyebabkan dia jatuh terduduk.

“Aku suka tengok kau takut macam ni Dira,” Encik Firman ketawa terbahak-bahak. Nadira cuba untuk bangun namun sakit di kakinya menghalang dia untuk bangun.

“Tolonglah encik. Lepaskan saya. Saya tak bersalah. Saya tak tahu semua itu,” rayu Nadira apabila melihat Encik Firman semakin mendekatinya.

“Engkau memang tak layak untuk hidup. Kalau engkau mati, tidak akan ada lagi keturunan penipu di muka bumi ini,” jerit Encik Firman serentak mengangkat kapak yang berada di tangannya. Nadira hanya dapat memejamkan mata menunggu maut menjemputnya.

Pang!! Nadira yang masih memejamkan mata hairan kerana tiada ketukan kapak mengenai kepalanya sebaliknya dia hanya mendengar bunyi orang terjatuh. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kelihatan Encik Firman sudah terbaring dengan darah berlumuran di dadanya dan kapaknya yang betul-betul di hujung kaki Nadira. Nadira menarik nafas lega. Tetapi siapa yang telah menyelamatkannya? Dia menoleh. Kelihatan pakcik rongak bersama beberapa orang anggota polis datang menghampirinya.

“Cik tak apa-apa?” tanya pegawai polis itu ramah. Nadira hanya menganggukkan kepala. Peristiwa tadi masih menjadi kejutan untuknya. Tiba-tiba dia teringkatkan Najib.

“Encik, ada sorang kawan saya yang berada di tingkat atas. Dia…dia…” Nadira tidak dapat meneruskan kata-kata lantaran sebak yang melanda. Dia teringat kata-kata Najib ketika mengajaknya makan tengahari siang tadi. Bahunya terhinggut-hinggut menangis.

“Sabar cik. Semua ini sudah ketentuanNya. Kami akan bawa mayat kawan cik untuk dituntut oleh ahli keluarganya nanti,”

Seorang pegawai polis wanita menarik Nadira untuk bangun dan memimpinnya untuk berjalan. Sebelum meninggalkan rumah tersebut, Nadira sekali lagi menoleh ke belakang. Terlihat pakcik rongak yang masih melemparkan sengihannya. Seolah-olah mengatakan padanya ‘padan muka kerana melawan cakap orang tua’.

****

“Jib, aku doakan kau tenang kat sana. Aku minta maaf kerana permusuhan ahli keluargaku, engkau yang jadi mangsa,” Nadira mengusap nisan pusara sahabat baiknya. Peristiwa seminggu yang lalu masih menghantuinya. Setelah kejadian itu, dia masih menyiasat siapa dia yang sebenarnya.

“Dira, dah lah tu. Hari nak hujan ni,” Mila menarik tangannya. Nadira hanya mengangguk perlahan. Perlahan-lahan mereka melangkah meninggalkan pusara kerana awan sudah mulai bertukar warna memakai selubung gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience