Bab 35

Romance Completed 53837

Munirah memegang kepalanya yg mula terasa pening sedikit. Mungkin kerana tidak cukup tidur semalam. Semalam Munirah pulang jam 1.00 a.m. Selalu sangat termenung sampaikan lupa sudah larut malam. Azhar sudah lama tunggu dirinya di depan pintu rumah. Apa lagi panas saja telinganya menahan segala bebelan mulut Azhar itu. Munirah mengeluh perlahan. Kata-kata Azhar semalam masih tergiang di fikirannya.

Ke mana awak pergi Munirah?? Jam berapa baru tahu jalan pulang? Tahu tak saya cari awak merata tempat. Saya call awak tak angkat. Ehh penatlah kalau macam ni awak buat perangai setiap hari. Tak boleh ke sehari awak tak menyusahkan saya? Banyak benda lagilah saya kena pikir. Marah Azhar tanpa menghiraukan diri Munirah yg baru saja pulang dan kelihatan wajahnya sembab sangat. Azhar tidak mempedulikan semua ini. Yang dia tahu hanyalah kesalahan yg Munirah selalu timbulkan. Sejak akhir-akhir ini Azhar selalu saja melepaskan amarah kepadanya. Munirah sendiri tak faham apa yg telah dia lakukan sampai Azhar naik angin seperti ini. Padahal Munirah sudah buat apa yg Azhar mahukan. Munirah memandang sayu saja wajah Azhar yg sedang menahan amarah itu. Munirah tahu ini baru separuh dia sembur. Apa lagi yg dia cuba tahan tidak tahulah.

Boleh tak esok saja kita bincang? Saya penat.. Saya nak rehat. Esok kita dua nak kerja. Tolonglah..Bersuara Munirah sambil menanggalkan kasut tingginya itu. Terasa kebas dan sakit saja kakinya. Azhar yg suruh dirinya mengayakan semua ini. Sekarang dia langsung tidak ingat dan tahu nak marah saja. Cepat sungguh suaminya ini hilang ingatan. Munirah cuma malas nak bercakap lebih lagi. Lebih baik dia mengalah daripada terus melawan. Munirah terus berjalan melepasi Azhar. Banyak kali juga lelaki ini cuba menghalangnya. Kenapa?? Mahu halau dia dari rumah?? Teka Munirah.

Saya belum habis cakap lagi Munirah Safiyah. Mana hormat awak dekat saya? Saya ni suami awak. Kata Azhar lalu menarik kasar lengan Munirah. Munirah tersentak dengan tindakan Azhar ini. Dia menarik semula lengannya daripada dipegang terus oleh Azhar. Munirah lalu melabuhkan dirinya di atas sofa. Menunggu saja apa yg Azhar mahu bincangkan dengannya sekarang. Sudah lama dia mahu berbincang dalam keadaan series seperti ini dengan Azhar. Luah segala isi hati Azhar terhadapnya selama ini.

Saya tanya awak pergi mana tadi?? Kenapa buat macam ni?? kalau apa-apa terjadi dekat awak di luar sana. Siapa yg susah?? Saya jugakan? Tanya Azhar lagi tetapi kali ini suaranya mendatar saja. Azhar melabuhkan punggungnya di sofa sebelah. Semasa ia bercakap matanya tidak beranjak dari memandang Munirah yg sudah mengurut lembut kepalanya. Azhar melihat jari manis Munirah sudah disarung cincin perkahwinan mereka. Tergamam dirinya sekejap. Munirah tidak pernah memakainya sebelum ini.

Pergi mana?? Awak sudah hilang ingatan ke?? Saya tunggu dekat Cafe tu hampir 2 jam..2 jam Azhar..Saya tak kisahlah kalau awak dah lupa hari lahir saya.. tak nak celebrate or tak sempat. I even don't care about that. Hanya call dan beritahu saja. Tidaklah diri saya terasa bodoh tunggu orang yg sudah berjanji tetapi langsung tak datang. Apa yg awak mahu Azhar?? Nak saya sambut sendiri semua itu?? Saya raikan sendiri?? Itulah yg awak mahu? Sepatutnya saya yg bertanya..awak pergi mana? awak pergi mana Azhar? Ujar Munirah sudah hilang sabar. Daripada perkataan abang sudah dipanggil nama. Biarlah jauh perbezaan umur mereka asalkan Azhar faham apa yg cuba ia sampaikan ini. Munirah sudah penat di tuduh tanpa ada usul periksa dahulu. Salahkah dia bersuara? Sampai bila dirinya mahu dipersalahkan. Munirah sudah serik dengan kisah silamnya. Kali ini dia tidak mahu berdiam diri lagi. Bukannya dia meninggikan suara. Rentak suaranya seperti biasa saja bila bercakap dengan Azhar. Dia masih tahu batasnya sebagai seorang isteri. Jeda Azhar buat seketika waktu. Baru dirinya teringat mahu sambut hari lahir Munirah di sana. Azhar mengusap kasar wajahnya. Rasa bersalah mula bermain di benak hatinya. Mira baru sedarkan diri tadi. Azhar lupa memberitahu Munirah perkara ini sampaikan janjinya dengan Munirah tadi tidak dapat ditunaikan. Azhar memandang sayu ke arah Munirah. Segera dia bangun dan duduk di sebelah Munirah.

Irah..saya minta maaf..saya betul-betul tak ingat tentang perkara itu tadi. Saya minta maaf sangat-sangat. Kata Azhar lalu memegang tangan Munirah. Azhar mula rasa kesal pada dirinya sendiri. Menyembur amarah kepada diri Munirah tanpa ada usul periksa dahulu.

Tak perlu minta maaf..benda dah berlakukan.. Saya tahu..Saya sudah banyak menyusahkan awak selama ini. Saya selalu saja timbulkan masalah. Saya yg patut minta maaf. Dengan perangai dan kelakuan saya selama ini. Saya tak layak nak bergelar isteri awak pun. Saya banyak kekurangannya. Ambil lah kembali. Cincin ini milik Mira kan? Kotak cincin kosong itu inikan empunya nya? Kenapa awak tak beritahu saya saja. Tidaklah saya menyimpan cincin milik orang lain terlalu lama. Kalau tak ada apa-apa saya naik dulu. Bukan saya yg awak patut lafazkan akad..tetapi dengan Mira. Ujar Munirah lalu menanggal cincin di jari manisnya dan memberi semula kepada Azhar. Rasa hilang resah dan sedikit masalah melepaskan semua soalan Azhar tadi. Munirah terus bangun dan berlalu naik ke atas. Rasanya tidak perlu lagi dia menunggu apa yg akan Azhar katakan. Mungkin air mata ini tidak mampu bertahan lama di sini.

Munirah tuggu..apa awak maksudkan kotak cincin kosong? Pendek saja soalan itu di tujukan kepada Munirah sehingga langkah kakinya terus berhenti di anak tangga ketiga. Azhar juga bangun dan memandang ke arah Munirah. Menunggu apa yg ia cuba sampaikan.

Maaflah..tempoh hari..Saya nak ambil tuala baru dalam almari awak..satu kotak jatuh ke kepala saya..pada mulanya yaa saya tak berniat nak buka tapi kata hati saya suruh membukanya..jadi saya bukalah. Semua surat dan kad ucapan hari lahir itu untuk Mira kan? Saya tak baca tapi dari tarikh apa yg saya lihat setiap tahun awak buat macam ni. Dan cincin itu..cincin untuk Mira juga. Untuk hari pernikahan awak dan Mira. Bukannya untuk saya. Perkahwinan kita terjalin atas dasar maruah saya Azhar..maruah keluarga saya. saya terimanya. Kalau awak masih sayang dan cintakan Mira..kenapa awak tak nikahinya saja? Saya tak akan halang..dan buat apa saya nak halang...Saya tak ada hak sebagai isteri awak. Awak buatlah apa yg awak rasa benar. Jangan rasa bersalah dan kasihan bila melihat saya. Jangan gunakan diri saya sebagai alasan semua itu. Saya sudah besar dan boleh hidup berdikari. Saya dah tak payah nak bergantung dekat sesiapa pun. Tolonglah, kali ini saja saya minta..Jangan bermain dengan perasaan saya. Awak tua 13 tahun dari saya. Awak dah boleh fikir nak buat satu keputusan. Luah Munirah segalanya. Cukuplah selama ini dia selalu mengelak untuk berbicara semua ini dengan Azhar. Munirah bukanlah anak gadis yg tidak pandai menilai dan tepat pada waktunya untuk berbincang. Biarlah dirinya ada alasan yg kukuh sebelum bersuara. Senyuman kelat masih lagi terukir di bibir Munirah. Keadaan menjadi sunyi dan sepi saja di situ. Terasa seperti di tusuk lembing pada lubuk hati Azhar. Azhar tidak mampu membalas kata-kata Munirah lagi. Dia terduduk lemah di atas sofa. Fikirannya terus melayang. Terasa dirinya menjadi tidak berguna sebentar. Tidak semenanya dia sudah hancurkan perasaan Munirah dalam diam. Munirah sudah lama masuk ke dalam biliknya. Ditutup perlahan pintu dan mengunci dari dalam. Munirah terus berlalu pergi ke dalam tandas. Muka air paip dan membiarkan saja ia keluar. Dia menangis sepuasnya di situ. Tubuh Munirah menjadi lemah dan akhirnya dia duduk bersandar di tepi pintu tandas jua. Biarlah tangisan ini mengalir buat terakhir kalinya. Munirah terlalu penat dengan semua ini. Kehidupan yg penuh dengan air mata hampir setiap hari. Tangisan yg redup dibawa pergi dengan bunyian air keluar.

Tiba-tiba..Dukk!! Habis semua fail yg dipegang Munirah itu jatuh ke lantai. Lamunannya terus berakhir tatkala diganggu oleh bunyi tadi. Kepala Munirah mula terasa berat. Dia memegang tepi almari untuk menjadi tempat memaut. Kakinya terasa lemah dan tiada kudrat untuk berdiri lagi. Munirah jatuh terjolopok ke lantai. Masih memegang kepalanya yg kian terasa sakit.

Ya Allah..Munirah.. Irah tak apa-apa? ok tak nak ni? Tanya Farah apabila terdengar bunyi tadi lalu segera ia datang melihatnya. Farah menolong Munirah bangun semula dan segera memapahnya ke bilik rehat yg telah disediakan untuk para pekerja. Dia menolong Munirah duduk dahulu. Segera ia mengambil air kosong untuk Munirah. Munirah masih tidak menjawab soalan yg dituju kepadanya itu. Kepala sangat sakit dan tidak boleh menjawab sepatah apa pun.

Irah..mari kita ke klinik..Panas badan kamu ni. Muka kamu pun pucat saja. Kata Farah apabila memegang kepala Munirah. Boleh lihat dari wajahnya sudah tahu Munirah tidak sihat. Munirah hanya mengeleng laju saja. Dia cuma mahu berehat dan tidur sebentar. Semalaman dia tidak dapat tidur semalam. Mana taknya mata sakit dan sembab. Nak tutup mata pun tak boleh.

Irah nak tidur 30 minit boleh? Pinta Munirah sayup saja kedengaran suaranya. Bukan dia mahu curi tulang tetapi dia tiada tenaga sangat untuk buat kerja dalam keadaan yg macam ini. Samalah kalau mereka ke klinik pun. Ambil masa 30 minit juga. Lebih baik Munirah tidur saja.

Mestilah boleh..rehatlah dahulu. Irah tidak cukup tidur ni. Nanti akak kejutkan. Tidurlah. Kata Farah lalu menolong Munirah baring. Dia melihat saja tubuh kecil Munirah berbaring di hadapannya. Rasa kasihan saja dia melihat keadaan Munirah seperti ini. Farah membiarkan saja Munirah mahu berehat selama mana pun. Bukannya ada kerja yg perlu mereka siapkan hari ini. Walid juga akan datang ke sini tidak lama lagi selepas baru saja pulang dari lawatan. Munirah sudah banyak menolong mereka. Kecekapannya dalam pengurusan HQ sangat memberansangkan. Sepatutnya Munirah bekerja di syarikat mewah dan bukannya di sini. Munirah tidak pernah memilih kerja. Selagi dia mendapat rezeki yg halal itu sudah cukup baginya. Dapatlah juga dia berkongsi rezeki dengan Pusat jagaan dan Uminya pada setiap bulan.

Jam menunjukkan pukul 12.00 p.m. Munirah masih lagi nyenyak tidur di atas sofa. Azhar memandang sayu saja wajahnya yg sangat pucat dan letih. Di sebabkan hal semalam Munirah tidak dapat melelapkan matanya. Azhar boleh nampak perubahan akan diri Munirah. Dia sudah lama tidak mengambil pil tidurnya. Munirah sudah mampu mengawal mental dan emosinya sekarang.

Azhar..biarlah Munirah berehat dahulu. Mari kita makan. Panggil Walid perlahannya supaya Munirah tidak terjaga dari tidur. Azhar mengusap perlahan tangan Munirah lalu ia bangun dan mengikuti langkah walid.

Ada cerita yg kamu mahu berkongsi dengan walid, Azhar? Tanya Walid sambil menghirup air kopi di cawannya itu. Mereka berbual di meja bulat kawasan air terjun itu. Azhar membekalkan makanan tengah hari buat Munirah tetapi Munirah pula tidur. Banyak yg dia masak untuk memberi kepada staf-staf walid juga. Azhar tidak terjaga pada waktu pagi tadi menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti hari ini. Selalunya kalau dirinya terlebih tidur Munirah akan datang kejut tapi hari ini awal pagi lagi Munirah sudah keluar. Segala sarapan pagi dia masih sediakan seperti biasa untuk Azhar. Munirah tidak memandu sendiri malah hanya menaiki grab saja. Mungkin dia juga risau akan mendatangkan risiko jika memandu dalam keadaan mengantuk. Rasa bersalah saja Azhar berbuat begini kepada Munirah.

Ermm..sebenarnya.. Azhar mencerita dari awal sehingga akhir apa yg telah berlaku kepadanya dan juga Munirah. Pada mulanya Azhar masih boleh selesaikan sendiri tetapi dengan bantuan walid sedikit mungkin perkara ini tidak akan berlaku nanti. Itu sahajalah yg Azhar harapkan. Dia tidak mahu Munirah salah faham dalam hal ini. Dia cuma perlukan masa sedikit lagi untuk memberitahu Munirah perkara sebenarnya.

..................................................................

Mira rasa macam mana hari ini sihat?? Tanya Bonda sambil mengaul bubur di dalam mangkuk untuk menyuapkan kepada Mira. Mira hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Masih tidak mahu berbual dengan siapa pun. Hanya Azhar yg boleh membuatkan Mira bercakap seperti biasa. Dengan orang lain Mira cuma angguk dan geleng saja. Keadaannya sangat tidak terurus sekali. Sedar dari koma ini mengambil masa sedikit untuk faham dan hadam apa yg telah berlaku. Mira hanya pandang sayu sahaja kesan jahitan yg masih terlihat merah pada bahagian nadinya. Baru ia sedar bukan sebelah saja dia cuba potong tapi kedua belah tangannya. Dirinya tak ubah seperti orang yg masih dalam rawatan mental saja. Bukan Munirah yg sakit mental tetapi dirinya sekarang ini pula. Mira menelan payah bubur kosong yg melepasi anak tekaknya. Perutnya sudah tidak keriuan asyik mengeluarkan bunyi kerana terlalu kosong tanpa ada isi sedikit pun. Bonda tersenyum manis melihat keadaannya akan kembali pulih tidak lama lagi. Hatinya bagai nak remuk saja melihat keadaan Mira yg tengah koma dulu.

Nanti Azhar datanglah tengok Mira..Jangan risau ok? Mira kena banyak makan..banyak berehat. Nanti dah sembuh boleh tengok.Eisya semula. Kesian Eisya rindukan mummy dia. Kata Hajah Fazilah lagi mengusap lembut kepala Mira. Rambut Mira yg ikal mayang itu disanggul ke atas olehnya. Fikiran Mira terus memikirkan diri Munirah. Perkara yg sama Munirah lakukan kepadanya seperti ini. Dia melihat wajah bonda tersenyum riang. Apakah yg telah berlaku semasa dia dalam keadaan koma?. Adakah Munirah telah bercerai dengan Azhar kerana Azhar selalu saja datang melawatnya. Mira buntu. Semua itu menjadi tanda tanya buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience