-TEBUSAN ATAU CINTA?ATAU KEDUA-DUANYA?
Adakah ini berlaku tanpa sengaja atau ini semua perancangan semata mata untuk menjadi seorang gadis biasa sebagai tebusan bank,iaitu ZAHIRA SAFIYYA.
Seperti mana dirancang tanpa sebarang kecelakaan oleh ketua Mafia DragonRyanuntuk menjadi gadis itu sebagai tebusan bank untuk larikan diri selepas merombak bank.
.......
Niatnya ke bank hanyalah semata mata untuk keluarkan duit belanja dari bank untuk kegunaan Universitinya.
"Zahira Safiyya"
Gadis itu berdiri dan mula melangkah kekaunter bank apabila namanya dipanggil oleh akauntan bank.
Tiba tiba satu tembakan muncul di pintu bank.
....BANG!....
Terjerit kecil aku tersentak terus terduduk.
Berdegup kencang jantung aku mendengar tembakan kuat yang baru saja dilepaskan.
Pantas aku menoleh ke belakang.Empat orang lelaki berbadan tegap dan berkemeja hitam.Muka mereka ditutupkan dengan mask hitam.Dan aku yakin,ketuanya memakai topi cap hitam yang sedang menuju ke arah aku yang sedang terduduk ketakutan.
"Duduk diam diam jika kau nak SELAMAT!"tengking salah seorang daripada mereka sambil menghala senjata.
Si Ketua menuju ke arah aku lalu duduk bersama satu kaki diangkat sambil menatap wajah si gadis ayu itu yang ketakutan meliputi badannya.
"Don't scare with me, sweetie "ujar Si ketua bernada nakal sambil menatap aku .
Aku hanya mampu menundukkan wajah aku ,mata dipejam rapat.Jantung makin berdebar debar.
"Hey ,pandang aku Sayang"arah si ketua yang masih berlembut.
Aku hanya gelangkan kepala aku.Tak ingin memandang wajah lelaki tersebut.
"Hey Zahira,it's last warning"amaran Rayyan Evans mula keluar dari mulutnya,menanda ia mula serius.Si ketua Mafia yang sengaja singgah bank,untuk lunaskan niatnya.
Aku mengangkat wajah,dan wajah si ketua sudah dekat dihadapan wajah aku.Mata bertembung dengan mata.
"Sweet"bisik Rayyan yang semakin hampir dengan aku.
"Arghh!"jerit aku terus menolak kuat lelaki itu yang cuba menghampiri aku.Rayyan hampir jatuh terduduk lalu ketawa kecil.Aku terus berdiri dan kebelakang.
Namun,anak anak buah Si RAYYAN terus menghalang dan mengelilingi aku sambil menghalakan hujung senapang mereka ke arah aku.
Perasaan takut ,dengupan Jantung semakin lajuuu apabila berlaku pada aku.Apakah aku akan mati dengan kelam di sini?
"It's okay.Gadis itu terlalu takut.It's okay."Tegur Rayyan terhadap anak anak buahnya.
"Zul, start the mission."arah Rayyan kepada mereka sambil berdiri menghadap tebusan tebusan di hadapan dirinya.
Zul hanya mengangguk akur,selaku orang kanan Rayyan Evans serta yang lain.Tanpa membuang masa lagi,mereka terus bergerak ke bilik kawalan bank.
"Kalau kau semua nak selamat,just diam." ujar Rayyan dengan serius.Rayyan mengalihkan semula pandangan ke arah aku yang sedang berdiri.
"And you sweetie,just shhh." sinis Rayyan sambil meletakkan jari ke bibirnya sebagai isyarat diam.Aku hanya mengangguk dengan ketakutan sebelum si ketua memasuki bilik kawalan bank.
Tangan yang berketar ketar mendail nombor telefon ayah dengan harapan ayah akn menjawab panggilan aku apabila mereka memasuki bilik kawalan...
"Aa..yah..Ayaahh..Tolonggg Zaazahiraa ayahh.. ZAHIRA kena jadi tebusan di bank."minta tolong akuu.
"Zahiraa kat mana sekarang??"cemas ayahh Zahira.
"Di .." Tak sempat aku menghabiskan ayat,seseorang merampas telefon pintar aku di tangan aku.Aku menoleh...
Si ketua, Rayyan.
Wajahnya mula berubah bengis memandang si gadis itu.Rayyan terus mengbaling kuat telefon pintar aku.Terhinjut bahu aku dengan kelakuan kasar lelaki itu.
"Kau ni memang nak cari nahas ke?"soal Rayyan dengan sinis mula semakin dekat dengan aku.
"Tak..tak."Turun naik nafas aku ketakutan.
"Kau nak selamat,Kau duduk diam diam, kalau tak kau mati dengan kejam di tangan ketua MAFIA, DRAGONRYAN."-Amaran keras Si Rayyan lalu menolak kuat aku ke belakang.
"Ma...mafiaa??"gagap aku.
"MEMANG SALAH LA SENGAJA CARI HAL DENGAN AKU, ZAHIRA!"-Tengking Rayyan sekilas tangan aku ditarik ke dakap Si Ketua Mafia.
"Pandang aku."
Aku masih gelengkan kepala,tak mahu memandang wajah Si Mafia itu sambil cuba melepaskan diri daripada dakapan dia.Rayyan mula naik angin dengan sifat gadis itu.
Rayyan mengenggam kedua tangan si gadis dengan kuat.Dirinya mula berasa bengang dengan kedegilan gadis itu.
"Sss,sa..kitt..Lepaslahh!"desis aku dengan kuat sekali.Sangat sakit .
Rayyan Evans terus lepaskan tangan aku dengan kasar lalu menolak perlahan badan aku ke kerusi.
"Kau duduk!Kau nak selamat,kau duduk diam."-Rayyan
Tebusan tebusan yang lain hanya menelan air liur ketakutan memandang aku yang selalu menjadi sasaran lelaki kejam itu.
_Earpiece Rayyan berbunyi_
"Kenapa?Dah dapat semua?"
"Dah boss."
"Bagus.Hancurkan semua bukti"
"Baik boss"
....BANG!BANG!BANG!
Terus aku menoleh ke bilik Kawalan bersebelahan dengan aku.Kedengaran jelas sekali beberapa tembakan yang baru saja dilepaskan dalam bilik kawalan bank. Aku memandang si ketua.
"DON'T WORRY,DEAR.Kau Selamat dengan akuu"-Sinis Si Rayyan melembutkan suaranya sambil pandang gadis itu yang mula risau.
Ketiga -tiga anak buah Rayyan keluar dari bilik kawalan dengan tiga bag duit rompakan mereka.Kelihatan puas diwajah mereka bertiga setelah mendapat hasil wang yang lumayan.Duit rompakan.
"Done?"soal Rayyan kepada mereka sambil mengangkat keningnya.Ada senyuman sinis.
Zul mengangguk sambil tersenyum lebar apabila mendapat hasil yang banyak berbanding sebelum ini.
Namun,keadaan mula menjadi huru hara selepas bantuan polis tiba di luar bank.
"Tchhh...Macam mana ni boss ??"soal Dav dengan cemas sambil memandang Si ketua yang sedang meninjau keadaan ke luar tingkap.
"Plan B,JUST ONE HOSTAGE" arah Rayyan kepada mereka.
Mereka mengangguk faham.
Rayyan menuju ke arah si gadis itu lalu menundukkan sikit badannya dan menatap wajah gadis itu.Tetapi tiada reaksi dan terpaksa dirinya berkeras sedikit.Rayyan mengangkat wajah aku dengan pistol dari tangannya.
"Pandang aku"
Aku memandang wajah lelaki tersebut.Sekali lagi mata bertembung dengan mata si ketua.
Anak anak buah Rayyan terus melepaskan tembakan terhadap tebusan tebusan di bank selepas mendapat isyarat tangan dari Rayyan.
BANG! BANG! BANG! BANG! BANG!
Terjerit aku apabila mereka melepaskan tembakan betul betul belakang aku.Aku terus menepis senjata di tangan lelaki tersebut lalu berlari menuju ke pintu keluar bank.
Tangkas kedua tangan aku ditarik kuat oleh anak anak buah Rayyan yang sempat mencapai tangan aku.
"TOLONG!!Arghh!Lepas laa" jerit aku sekuat hati lalu cuba ingin loloskan diri aku untuk keluar.
"Kau jerit,nasib kau akan jadi macam diorang,FAHAM TAK?!!"-Tengking Zul dengan kuat lalu menunjukkan jari telunjuknya ke arah tebusan tebusan yang sudah ditembak.
' Astaghfirullah..'- istighfar terus aku melihat tebusan tebusan sudah lagi tidak bernyawa dan berlumuran darah.Tangan sudah bergetar ,kaki sudah lemah untuk menampung badan yang sudah ketakutandan mata masih memandang mayat mayat di hadapan aku.
"Zul,please la." marah Rayyan Evans lalu pergi ke hadapan aku.Si ketua cuba menghalangi aku daripada melihat lagi tebusan yang sudah tidak bernyawa.
Turun naik nafas aku ,aku mula rasa panik, berpeluh dan lemah seluruh badan aku setelah melihat tebusan tebusan yang lain ....Aku...
"Boss,kita kena keluar ,polis dah buat kacau"-celah Lucy yang baru lepas mengintip polis di luar bank.
Rayyan Evans hanya mengangguk lalu memandang anak anak buahnya.
"Macam biasa,Dav dengan Lucy ikut pintu belakang"ujar Rayyan yang mengikuti rancangannya.
Dav dan Lucy mengangguk akur dan pergi dari situ.
"Zul ,kau jaga aku dari belakang,faham?"arah Rayyan
"Faham Boss!"
Rayyan memusingkan badannya lalu ke arah aku.Tangan aku terus digengam kuat oleh si ketua,Rayyan.
"Arghh!Lepaskan Zahira!!Lepas laaa!!"jerit aku sambil menarik lengan tangan aku.Rayyan tetap menarik lengan tangan aku.
"TOLONG!!LEPAS LAH!!!"
#komen dan vote #enjoy the story
Share this novel