BAB 11

Humor Completed 9296

“Iman, boleh mummy masuk?” tanya Puan Mastura sesudah mengetuk pintu bilik anaknya. Iman Soraya baru sahaja selesai membersihkan diri dan menunaikan fardhu Isyak.

“Masuklah mummy. Pintu tak berkunci.” Ujar Iman Soraya sambil melipat telekung yang digunakan dan diletakkan di tempat khas.

“Jom, pillow talk macam biasa!” kata Puan Mastura dengan muka yang teruja. Mereka berdua mengambil tempat di atas katil sambil bersandar pada bantal dan menyelimutkan diri separas pinggang. Biasanya sesi ‘pillow talk’ mereka bukanlah sehingga masing-masing tertidur, lebih kepada berkongsi cerita dan kemudian Puan Mastura tetap akan kembali ke pangkuan suaminya. Hanya masa sebegini yang dia ada untuk berbual mesra dengan anak kesayangannya ini.

“How’s your life?” tanya Puan Mastura.

“Alhamdulillah, okay mummy. Susah juga kat tempat kerja tu tapi biasalah kan, junior staff kenalah tadah telinga. How about you?” Iman Soraya bertanya kepada ibunya pula.

“Itulah mummy suruh kerja dekat company ayah tapi Iman pula tak nak. Alhamdulillah mummy pun okey sayang. Mummy perlu berterima kasih pada Iman sebab tak pernah putus asa untuk bawa mummy kembali ke pangkal jalan. Ya Allah, mummy tak dapat bayangkan kalau Iman berputus asa sekerat jalan, mesti mummy masih belum bertemu ketenangan yang mummy rasa sekarang. Alhamdulillah ayah pun sekarang ni dah sama-sama ikut bila ada aktiviti di surau.” Ujar Puan Mastura panjang lebar. Air matanya sudah bergenang. Iman Soraya sudah tersenyum terharu dan kesyukuran. Dikesat air mata yang mengalir perlahan.

“Alhamdulillah mummy. Allah yang beri kekuatan pada Iman dan Dia juga yang beri hidayah pada mummy dan ayah.” dan Dia juga yang hantar Aidil untuk sedarkan Iman. Aidil… Semoga Allah merahmati awak dan tenang di sana. Kalau mummy perlu berterima kasih, orang yang selayaknya menerima ucapan itu adalah awak. Iman Soraya bermonolog sendiri.

“Iman, Iman ingat lagi tak mak cik Hasnah yang pernah sekali datang rumah kita? Mak cik yang mummy beritahu Iman yang mummy kenal dari kawan mummy tu? Yang ajar mummy mengaji semula, yang ajak mummy join kumpulan marhaban semua?”

“Oh, mak cik Hasnah tu. Ingat mummy. Apa khabar dia sekarang?”

“Alhamdulillah dia sihat. Iman, mummy nak cakap pun serba salah tapi ini mungkin hikmah Iman tergerak hati nak balik rumah hari ni. Sebenarnya kami berdua merancang untuk mengeratkan lagi silaturrahim kita dengan menyatukan anak mak cik Hasnah dengan Iman. Jadi mummy harap sangat Iman boleh pertimbangkan perkara ni. Anak dia sangat baik, sayang. Mummy dah pernah jumpa. Mummy rasa dia memang sesuai sangat dengan Iman.” Puan Mastura bersuara menyampaikan hajatnya. Iman Soraya terkedu. Kahwin? Iman Soraya masih lagi membisu tidak membalas apa-apa.

“Kenapa sayang? Iman dah ada calon sendiri ke? Maafkan mummy.” Puan Mastura bertanya sambil turut melafazkan maaf.

“No mummy, Iman belum ada calon lagi. Mummy tak perlu minta maaf. Sorry mummy. Iman cuma terkejut. Mummy, sejujurnya Iman tak pernah terfikir soal kahwin dalam masa terdekat ni. Mummy bagi Iman masa boleh? Hati Iman milik Allah dan biarlah Iman minta petunjuk dari pemilik hati ini.” Sehabis lembut Iman Soraya bersuara supaya tidak mengecilkan perasaan ibunya. Puan Mastura mengangguk tanda faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience