Series
                        
4680
                    Hari yang tidak dinanti nantikan telah tiba . Pada hari ini , dia akan pulang ke dunia yang sepatutnya dia tinggal . 
  Cleo sendiri yang akan menghantar mereka pulang ke dunia manusia . Kalau macam ni lah gayanya , memang tak nak aku balik hoho !
   Sementara menunggu , dia lagi duduk santai di taman bunga . Bunga rose merah itu ditatap . Untuk kali terakhir katakan . 
   Perasaan gembira itu memang ada , tapi entahlah.. rasa macam tak nak tinggalkan tempat ni . Dekat sini lah aku dapat rasa kasih sayang sebuah keluarga . 
   Emelya lagi lah . Sampai menangis dia sebab tak nak balik . Terlebih sayang dengan Aunty Bethany lah tu . Dahlah Emelya ni susah kena pujuk . 
   Nasib baik aku tak join sekaki dengan Emelya tadi . Kalau tak memang haru jadinya . 
“ Emelyn.. ” panggil seseorang .
   Laju saja kepalanya menoleh selepas namanya dipanggil . Senyumannya terukir manis apabila memandang wajah pujaan hati hehe . 
   Cleo membalas senyuman gadis itu lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengannya . 
“ Jom ikut saya kejap . ” kata Cleo dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir .
“ Pergi mana ? ” berkerut dahi Emelyn mendengarnya . Bukan mereka kena balik ke ? Nak bawa aku pergi mana pula ni ?
 “ Saya ada surprise untuk awak sebelum awak balik . ” sahut Cleo .
  Amboi.. Berahsia nampak . 
  Tanpa fikir panjang , Emelyn mengangguk lalu berdiri dan diikuti oleh Cleo . Jangan nak buat macam macam sudahlah . 
  Baru setapak mereka melangkah.. 
“ Cleo . ” panggil Aunty Bethany .
  Serentak mereka menoleh memandang wajah yang lagi berkerut itu . 
  
  “ Nak pergi mana ? ” soal Aunty Bethany . Mana pula mereka nak pergi ni ? 
  Emelyn menghalakan pandangannya ke wajah Cleo . Tu lah ! Kau nak bawa aku pergi mana sebenarnya ?
“ Saya nak bawa dia pergi ke satu tempat kejap . Nanti kami balik . ” kata Cleo sambil tersenyum .
  Berkerut dahi Aunty Bethany mendengarnya . Wajah anak bongsunya ditatap seketika sebelum perlahan lahan dia mengangguk tanda mengizinkan mereka keluar . 
   Tanpa banyak bunyi , Cleo menarik tangan Emelyn lalu mengorak langkah untuk pergi . 
   Aunty Bethany memandang mereka berdua sehingga hilang dari pandangan . Ada aura aneh yang dirasakan tentang anak bongsunya itu .
  Selama dia menjaga Cleo , belum pernah lagi dia membahasakan dirinya ' saya ' . Ni kenapa tiba tiba pula guna ' saya ' ni ? 
   Kepalanya digeleng perlahan . Tak kisahlah dia nak guna apa pun . Janji sopan . Tak gitu ? 
••••
  Mereka melangkah dan terus melangkah sehingga masuk jauh ke dalam hutan . Lenguh kedua kakinya mengikut langkah Cleo .
  Dan yang peliknya.. sepanjang perjalanan , Cleo lebih banyak berdiam diri . Selalu bukan main banyak dia bercakap . 
  Dah bisu ke apa ? 
“ Awak nak bawa saya pergi mana sebenarnya ? ” soal Emelyn setelah lama suasana menjadi sunyi .
“ Ikut saja ! ” agak kasar kedengaran bunyinya .
  Tergamam Emelyn dibuatnya . Terkejut.. sangat sangat terkejut .
  Aneh betul lelaki di hadapannya ini .
  Setelah beberapa minit mereka melangkah , akhirnya mereka berhenti di hadapan sebuah rumah . 
  Emelyn melangkah setapak ke hadapan apabila mereka hanya berdiri seperti tunggul di situ .
  Matanya meliar memandang rumah yang sudah usang dan reput itu . Gulp.. Menyeramkan.. 
  Kenapa pula Cleo membawanya ke rumah ni ? Dahlah rumah ni macam rumah hantu . Lepas tu macam tinggal nak roboh saja gaya rumah ni . 
  Lama dia memandang rumah itu sebelum tiba tiba ada sesuatu bayangan yang muncul di dalam mindanya . 
  
  “ Aku akan pastikan yang kau takkan hidup bahagia bersama dia ! ” 
  Buntang matanya memandang memori mengerikan itu . Memori dimana Cealyn dibunuh dari belakang . Tapi kenapa memori ni tiba tiba muncul ? 
  Tangannya memicit perlahan dahinya yang rasa berdenyut . Kenapa ni ? 
  Sepasang matanya tidak dialihkan dari memandang rumah yang usang itu . Terasa seperti rumah inilah yang menjadi pengakhiran hidupnya . 
  Kejap ! Bukan ini ke tempat Cealyn kena bunuh ?! Kenapa Cleo membawanya kesini ? Apa semua ni ?! 
Tubuhnya berpaling menghadap Cleo yang berdiri di belakangnya . Serentak..
BUK !
  Kepalanya dihentak dengan benda keras . Terasa cecair panas mula mengalir keluar dari kepalanya . 
  Matanya memandang wajah Cleo yang lagi tersenyum sinis sebelum pandangannya mulai kelam . 
   Kepalanya yang terasa sakit membuatkan tubuhnya rebah dan tidak sedar disitu . 
   Kenapa kau buat aku macam ni.. 
   Dia tersenyum sinis lalu duduk mencangkung menghadap tubuh yang sudah tidak sedarkan diri itu . 
   Serentak tubuhnya bertukar menjadi tubuh seorang gadis . Rambut panjangnya diraup ke belakang . 
   Merah padam matanya memandang wajah yang dibenci itu . 
“ Tak sangka kau ni seorang yang bodoh ! ” katanya sinis bersahutan dengan tawa kejamnya .
Mangsa dah masuk perangkap !
••••
  Kehulur kehilir dia berjalan di ruang tamu itu . Hati kecilnya kuat menyatakan bahawa ada sesuatu yang buruk sedang terjadi . Naluri seorang ibu sentiasa betul bukan ? 
   Aura aneh yang dirasakan tentang Cleo tadi bermain di mindanya . Susah untuk dia menepis segala perasaan yang mulai menggunung di hatinya . 
“ Mom ? ”
  Terhenti terus dia dari melangkah apabila seseorang memanggilnya dari belakang . 
  Cleo yang baru masuk ke rumah pun hairan melihat ibunya berjalan kehulur hilir . Wajah yang lagi risau itu jelas di pandangannya . 
  “ Emelyn mana ? ” soal Aunty Bethany . Semakin risau hatinya apabila Cleo pulang tanpa Emelyn disisi . 
  Berkerut terus dahi Cleo apabila ibunya menyoal sebegitu rupa . Emelyn mana ?
“ Mana Cleo tahu . Cleo kan ada urusan tadi . Cleo nak pergi jumpa Emelyn lah sekarang ni . Kenapa ? ” soal Cleo semula . Pelik.. Bukan Emelyn duduk di rumah saja kah ?
  Buntang mata Aunty Bethany mendengarnya . Mulutnya ditekup . Jadi benarlah firasatnya tadi ! Lelaki itu bukanlah anaknya ! 
  Habis itu siapa ?! 
“ Cleo ! Emelyn hilang ! ” jerit Aunty Bethany perlahan . Hatinya cemas mengingati gadis itu .
“ Hah ?! ” terkejut beruk Cleo dibuatnya .
  “ Macam mana boleh hilang ?! ” soal Cleo kasar . Baru sekejap dia meninggalkan gadis itu , sudah jadi macam ni.. 
   Aunty Bethany menceritakan kesemuanya . Dari A sehingga Z . Langsung tak ada yang tinggal . 
  “ Tak guna ! ” jerit Cleo . Penumbuknya digenggam erat . Habis merah anak matanya menahan kemarahan yang membara . 
   Laju saja dia berlari keluar mencari kelibat gadis itu dengan wajah tegang . Apapun yang terjadi , dia harus menemukan gadis itu hari ini juga !
  Perasaannya bercampur baur . Marah dan cemas menjadi satu . Tolong jangan tinggalkan aku lagi.. 
  
  “ Aku akan bunuh kau ! ” katanya keras . Pembunuh tu memang sengaja nak cari pasal dengannya ! 
Aku tak akan lepaskan kau lagi lepas ni !
Share this novel