4

Romance Completed 6186

berat terasa kepalaku. tekak yang kering meminta untuk dibasahkan, memaksa aku untuk membuka mata. malap suasana bilik ku. hanya lampu tidur yang menyala. tiba tiba terasa ada sesuatu benda berat menimpa perutku. 'eh! tangan sape pulak ni' terusku menoleh ketepi melihat si empunya tangan. baru ku teringat aku dah kawen. tangannya aku alihkan. dan perlahan aku bangun. "peningnya" suaraku serak .tiba tiba suasana bilik terang. sakit mataku kerana silau. suamiku terbangun rupanya.

"bila awak sedar?"tanyanya lembut. dia duduk mencangkung dihadapan ku dan memegang lututku untuk menstabilkan dirinya. melihat ku kebingungan lalu dia menjelaskan bahawa aku pengsan kerana migrain.

"saya nak g dapur, saya haus" susah untukku bersuara kerana tekak ku sakit.

"awak duduk sini. saya ambilkan" lalu dia bangun namun tangan ku pantas memaut tangannya.

"saya nak ekot. saya lapar" lalu ku melihat mukanya tersenyum.

"awak dapat bangun tak?" tanyanya lembut dan aku hanya mengangguk lemah.dia membantuku bangun. setelah aku mampu menstabilkan diriku baru kami berjalan menuju ke dapur.

"nah, minum air dulu baru makan ubat." dua biji ubat panadol diletakkan diatas tangan ku. 'besarnya ubat ni. macam mana nak makan.'

"cantik betul ubat tu awak tenung lama lama. cepat makan." mukanya ku tenung. sambil membuat muka kesian aku berkata

"saya tak pandai makan pil" suaraku perlahan.

"pulak dahh. kalau patah boleh makan tak?" aku mengangguk. lalu dia mematahkan pil tersebut

aku mencapai ubat tersebut dan menelan nya. berkerut muka ku menahan rasa pahit. tangannya mengusap rambutku lembut. "selesanya" suaraku perlahan.

"apa ?" suaranya menyedarkan aku dari terus berada di dunia khayalan.

" eh. hehe takdepape." tangannya mencuit hidungku.

"berangan je kerja dia nih. awak nak makan apa?" tanyanya lembut. aku yang hendak bangun terus ditahannya. "awak duduk jer. biar saya sediakan"

'ape ape jelah suamiku' senyum ku meleret. "saya nak makan roti cicah dengan air horlick."

"ok, siap!" slangnya seperti mamak india. aku ketawa bahagia.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"migrain tu dah ok ke liya?" tanya ibu mertuaku dengan penuh santun.

"dah mak. malam tadi sedar terus amir suruh makan ubat." terang ku dengan lancar

"heish kamu ni, panggil nama lagi. diakan suami kamu. panggil lah elok elok sikit." ibuku menampar bahu ku.

"lahh.. baru knl, nantila bincang panggilan tu mak. " bisik ku dengan mak

"mesra betul ibu anak ni kan bang. siap berbisik bisik lagi" kata ibu mertuaku kepada suaminya. lalu tercetuslah tawa bahagia kami sekeluarga. ku lihat senyuman bahagia di bibirnya. oh indah sungguh masaku kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience