BAB 7

Spiritual Completed 509

“Apa sebenarnya awak cari di sini, Ammar? Saya yakin, awak jadi sukarelawan ni ada sebab awak yang tersendiri, bukan?”

Mawar memberanikan diri untuk bertanya. Pertanyaan yang memang menggaru-garu hatinya sejak kali pertama melihat pemuda dari Kuala Lumpur itu. Ammar menarik nafas dalam-dalam. Hawa hujan memenuhi rongga dada.

“Bukanlah yang tinggal tetap itu rehat bagi orang yang berakal, Mawar. Air turut menjadi cemar kerana tidak mengalir. Saya mahu membantu saudara-saudara seagama saya di sini, saya juga mahu bantu diri saya sendiri. Biar saya kuyup, asal bukan iman saya yang mengontang. Inilah jihad kecil saya, insyaALLAH. Sebelum saya pergi,”

“Awak mahu pergi ke mana?”

Ammar memilih untuk berdiam barang sejenak. Ada kesayuan mencucuk-cucuk tangkai hatinya. Mawar tidak mahu memaksa. Suasana menjadi hening seketika. Terasa waktu bergulir begitu perlahan sekali.

“Ada orang lemas! Ada orang lemas!”

Ammar tersentak. Berlari dia ke arah suara yang sedang menjerit cemas.

Seorang wanita yang menjadi saksi kejadian, tertuding-tuding jari telunjuknya ke satu arah. Naik turun naik turun nafasnya.

“Kenapa mak cik?”

“Mak cik nampak ada budak lemas. Depan tu longkang besar, mungkin dia tak tahu ada longkang di situ,”

“Dia buat apa di luar?” soal Ammar semula.

“Dia mahu selamatkan kucing dekat pagar sekolah sana. Dari sini nampak saja cetek tapi depan pagar tu ada longkang besar. Cepat selamatkan dia!”

“Baik...baik...”

Ammar bertawakal kepada ALLAH. Benar, banjir di situ cetek saja, bawah paras lutut cuma. Tetapi tidaklah hingga airnya memasuki pusat pemindahan banjir itu kerana tanahnya lebih tinggi.

Perlahan-lahan Ammar mengatur langkah. Air keruh berwarna coklat kekuning-kuningan diredahnya. Semakin jauh ke depan, semakin dekat Ammar ke pagar utama sekolah. Dua ekor anak kucing yang kebasahan, mengiau mengharap belas kasihan. Ammar cuba menggapai binatang itu sebelum kaki kanannya tiba-tiba terperosok ke lubang dalam yang tidak terzahir di penglihatan.

Mawar tergamam. Batang tubuh Ammar tenggelam tidak timbul timbul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience