Dugaan

Drama Series 421991

"Balik ni ajak Arif pergi buat check up", ujar angah perlahan ketika kami sama sama berjalan ke kereta dari masjid usai solat terawih malam pertama.

"Buat apa? Kakak pitam je tadi", balasku sambil mengerling ke belakang. Mak dan Kak Zah jalan beriringan manakala along masih di tangga masjid bersalaman. Dah macam YB  je.

"Mana tau rezeki kau dapat baby". Aku tersenyum mendengar ayat angah. Baby??? Hatiku berbunga bunga dalam masa yang sama timbul rasa ragu.

"Tak mungkin la. Kakak penat je tadi. Lately ni kurang rehat. Mmmm... Angah ada bagitau Arif ke tadi?", tanyaku berdiri di luar kereta menanti mak.

Angah menggeleng, "nanti dia balik sini tergesa gesa. Dah la jalan sesak. Takat pitam je kan".

"Kakak ok tak ni?", tanya Kak Zah. Kami berjanji bertemu di masjid dan pulang ke rumah mak. Kak Zah dan along dari rumah mereka tadi. Mesti mak dah cerita pada Kak Zah kejadian petang tadi. Aku mengangguk.

"Kalau rasa tak ok, cakap dengan Kak Zah tau. Kita pergi klinik. Ada satu klinik baru buka, doktor perempuan Islam", ujar Kak Zah lembut. Hati aku dilanda kebimbangan namun senyuman tetap terukir di bibir.

Malam tu, ketika berbalas mesej dengan Arif, sikit pun aku tak cerita tentang apa yang terjadi. Arif pula yang terlebih excited katanya ayah tak habis habis bercerita tentang penampilan aku julung julung kalinya di masjid di Whatsapp famili. Haih.. sentap mak. Tahu la aku pergi masjid bermusim. Aku tak tahu la samada Paklong Man ni dah tau aku ni menantu dia ke belum. Namun dari cerita Arif, Paklong Man bahasakan aku sebagai pembaca berita bukannya menantu ayah.

Memang ketika sampai tadi, tak sempat aku nak masuk ke dalam masjid pun orang dah tarik untuk berselfie. Semuanya warga kampung, ada yang aku kenal, ada yang tidak. Maklong Yam hanya mengerling pada kami yang bergambar. Aku membalas lambaian Fauziah ketika mereka melintas di depan kami. Kelibat PakLong Man aku tak perasan. Ada la tu agaknya.

Aku melabuhkan punggung setelah mengambil daun pandan di belakang, merancang untuk membuat bubur sumsum. Teringin pula di tekak ni. Sedap dimakan sejuk sejuk semasa berbuka nanti. Daun pandan tu aku letakkan di dalam sinki. Panas pula hari ni walaupun jam baru menunjukkan pukul 10 pagi.

"Kakak, betul ke takde boyfriend ni?". Tiba tiba mak bertanya selepas memberi salam. Mak baru pulang dari pasar bersama along dan angah. Sebungkus plastik diletakkan ke atas meja secara kasar.  Mak memandang aku seketika sebelum membuka tudung.

Aku mengerut dahi kepelikan, terus memandang along yang menjinjit beg plastik di belakang mak. Along sekadar mengangkat bahu.

"Kat pasar tadi ada orang tunjukkan gambar kakak dengan seorang lelaki, ada dalam telefon dia", kata mak kelihatan bengang. Mungkin ada cerita yang kurang enak sampai ke telinga mak.

Aku dah pucat memikirkan lelaki mana pula, kepala pun mula nak pening semula. Angah yang terakhir masuk perasan perubahan aku. Terus dia mendekati dan memicit bahuku.

"Ala mak ni. Kakak kan selebriti sekarang. Banyak la gambar dia dengan lelaki. Tengok je semalam. Cumanya haji haji tu tak berani nak join sebab bini ada, memasing garang ngalahkan rimau", kata angah menekan titik titik tertentu di pangkal tengkuk.

"Ni bukan selfie. Candid. Kakak tengah makan kat kedai dengan lelaki pakai baju putih. Bukan main ceria lagi, siap gelak gelak". Terus aku teringat. Mak sibuk mengeluarkan barang dari dalam plastik. Aku masih duduk di meja makan.

"Tu peguam. Kan mak suruh akak beli rumah", jawabku lemah. Angah menyentuh jariku.

"Sejuk ni. Pergi masuk bilik, baring. Tidur", bisiknya. Aku mengeleng.

"Kang pitam lagi", gertak angah. Nak tak nak aku masuk ke bilik. Suara mak membebel dari dapur boleh didengari hingga ke dalam bilik.

"Hah, cakap sikit lari. Tak boleh langsung ditegur. Macam mana nak berlaki, tidur je. Kebulur la laki kau nanti. Cari bini baru".

Macam macam mak bebelkan. Pedih hati aku bila mak cakap macam tu. Bukan tak biasa dengar mak membebel tapi ni terasa pulak. Eh, selalu je terasa dengan mak.

Aku dan angah pulang ke KL secara berkonvoi selepas solat subuh hari kedua puasa. Aku terus ke stesen tv, ada program latihan langsung bertugas pada malamnya. Hanya sempat mesej dengan Arif menyatakan aku selamat tiba.

Malamnya, Arif tersenyum lebar saat aku membuka pintu. Dia bangun dari sofa membetulkan kain pelikat sebelum datang padaku.

Tak sempat aku naik ke atas untuk membersihkan diri, dia sudah memeluk aku erat. Rindu la tu. Jual mahal masa aku ajak balik kampung bersama. Aku membalas pelukan Arif dengan kucupan mesra dan menarik tangan Arif supaya mengikutku naik ke atas, aku perlu mandikan. Dah rasa berlengas ni.

Arif terbaring di atas katil sewaktu aku keluar dari kamar mandi. Rasa rindu membuak buak pula melihat senyuman dan lirikan matanya yang memerhati setiap gerak geriku. Lingerie hitam kusarung ke tubuh setelah setiap inci tubuh telah kuoles dengan losyen bauan mawar. Perlahan aku baring di sebelah Arif yang tangannya sudah bersedia untuk menjadi bantalku.

"Abang ada benda nak bagitahu sayang ni", katanya. Aku setakat meng 'hurm' saja. Hilang rasa penat seharian bila dapat haba kehangatan Arif. Bulu dadanya kumain langsung kulanjutkan ke puting. Nafas Arif keras sedikit bilamana aku merapatkan kangkangku ke pahanya.

"Nanti sayang packing baju masa bonda datang, sayang packing sekali baju kat rumah sana sekali ye. Sekali dengan barang barang sayang". Aku yang baru memanjat naik badan Arif, terus terduduk. Aku tau posisiku ini sangat mengundang. Dah apa aku buat tadi pun, memang meminta.

"Kenapa?". Soalanku tak dijawab, tangan Arif mencekup kedua gunung di depan matanya sambil memilin putingku yang masih berlapik namun tak segan menonjol. Belahan depan lingerie terbuka dek ramasan Arif mempamerkan kulit perutku.

Arif sekadar mengangkat kening dan berkata, "Nak tau, bukak kain abang dulu". Cisss... pervert. Aku tau la apa ada kat situ. Tak payah la nak arah arah. Kejap lagi aku buat la.

Tapi apahal pulak sampai nak kemas baju barang semua. Aku biarkan arahan Arif, sengaja nak menyeksa dia. Kelakiannya mencuit cuit pintu kelaminku di balik kain. Baru dua tiga malam tak dapat dah nak banjir, melampau betul aku ni. Sememangnya mudah kerja Arif seminggu dua ini, tak perlu lama untuk berpanasan. Tekan suis terus jalan.

"Cepat la buka. Nak masuk kena ada kunci. Kena buka pintu", rengek Arif sengaja makin kuat dijoloknya aku dari dalam kain. Galak! Dah la pinggulnya bergerak tanpa henti, ramas meramas semakin menjadi.

Aku pula sengaja membalas, aku putar perlahan tapi memberikan tekanan. Air hangat mengalir membasahi kain Arif dan terus mengenai kepala budak botak. Akhirnya aku yang mengalah bilamana tujahan Arif semakin tepat ke sasaran disertakan dengan usapan ghairah di paha. Dikuaknya kakiku lebih besar.

Gulungan kain pelikat Arif aku longgarkan, ada sesuatu yang keras dan sejuk didalamnya. Aku sentuh bermula dari kekerasan Arif hingga ke gulungan yang longgar. Aku tersenyum kerana sudah tau apakah ia. Namun aku harus berlakon.

"Kunci apa ni bang?".  Bila 3 batang anak kunci yang dijadikan segugus, aku ambil dari gulungan kain, aku rebahkan tubuh ke atas Arif, bibirnya kusambar rakus. Dalam hati bersorak gembira.

"Kunci rumah kita", ujar Arif sebaik cumbuan kami berakhir dan kini dia di atas pula, bersedia untuk melakukan serangan. Kain pelikatnya sudah berada di lantai. Aku terkejut juga awalnya kerana tak sangka secepat ini.

Denyutan pada liang senggama berakhir dengan tujahan terakhir Arif yang dalam, keras dan lama. Erangan Arif saat melepaskan air mani enak di pendengaranku, kerutan mukanya saat satu persatu pancutan dilepaskan dan kelegaan terpancar ketika ianya berakhir adalah pemandangan yang indah di mataku. Arif rebah di atas tubuhku.

Tidur kami dikejutkan dengan bunyi alarm untuk bersahur. Arif bangun, aku disuruh berehat dulu dan bersihkan diri sesudah dia. Aku mendengar arahannya dengan mata tertutup. Sebaik Arif ke dapur menyediakan hidangan sahur kami, barulah aku membersihkan diri.

Hari ini Arif tiada penggambaran tapi akan lewat masuk kerana ke pejabat Yong dulu. Manakala aku akan ke stesen tv dulu kemudian ke bank sebelum ke pejabat. Nama saja kerja satu pejabat tapi pergi asing asing.

Aku tiba di pejabat selepas waktu makan. Arif sudah berada di biliknya. Kami sekadar berpandangan dan membuat kerja masing masing.

"Aircond rosak ke Naimah?", soalku sambil mencetak dokumen kewangan yang aku siapkan tadi.

"Elok je kak. Kenapa?". Naimah berdiri dan mengangkat tangan dekat pada pendingin hawa bagi merasai udara yang keluar. Aku lihat dia pun menyarung cardigan di luar baju kurungnya.

"Tah, akak berpeluh pula", kataku mengambil kertas kertas yang siap dicetak, mengasingkan dan memasukkan ke dalam fail mengikut kategori. Di dahiku, merecik peluh seolah berdiri di bawah terik matahari.

"Akak demam kot", balasnya bimbang. Aku sekadar memuncungkan bibir.

"Boss, ni fail finance kita. Yang ni dokumen loan yang kita cuba apply tu", kataku meletakkan dua fail di depan Arif. Pintu bilik aku tutup sebaik masuk tadi.

"Duduk la. Kita semak bersama", arah Arif menyelak dokumen pinjaman. Aku menggeleng, aku rasa tak selesa. Dah lama aku tak rasa sakit begini. Aku memegang kejap kerusi sambil membongkok.

"Kenapa?". Arif memandang wajahku tepat saat aku menyeringai menahan kesakitan. Aku terduduk di kerusi, terus mengerekot. Ianya lebih sakit dari senggugut yang pernah aku alami dulu.

"Kenapa ni yang?", tanyanya cemas. Arif mencangkung didepanku, rambut aku ditolak ke belakang kerana menutupi muka. Aku menggeleng. Aku rasa peluh keluar sebiji sebiji dari liang roma. Aku tak mampu membuka mata.

Arif membuka pintu, diarahkan Man membawa keretanya ke depan lif manakala dia mencempung aku yang kesakitan. Mataku tertutup menahan kesakitan namun aku mendengar suara Arif, "buka mata sayang. Tak jauh pun hospital ni. Sayang, say something. Sayang, please. Sayang, dont leave me".

*******

Aku masih termenung, duduk berlunjur di atas katil memandang ke luar. Arif datang duduk di hujung kakiku. Segelas mug berisi air herba panas dihulur padaku. Kakiku yang bersarung stokin diurut perlahan tapi terasa. Aku kesat air mata dengan ibu jari.

"Sorry bang. Nura patutnya sedar....". Ayatku dipotong.

"Shhhh... kenapa Nura Nura ni sayang? Kita kat rumah. Sayang isteri abang. Tak nak lagi Nura, saya", kata Arif menggenggam sebelah tanganku.

"Habis tu?", tanyaku. Aku dah biasa guna kata ganti nama saya dengan Arif.

"Mama".

"Tapi kita takde anak. Anak kita...", balasku seakan membantah, air mataku menitis semula.

"Kita boleh cuba lagi lepas ni. Orang kata lebih mudah lekat", bisik Arif mengucup tanganku.

Apa yang Arif katakan tak memberi kesan padaku. Emosiku masih lagi koyak. Aku tetap menyalahkan diri aku. Aku alpa, aku sibuk dengan kerja. Aku lupa pesanan angah. Aku penyebab kehilangan zuriat pertama kami.

Share this novel

Haila Mat
2021-12-27 17:57:11 

paklong man ke paklong sudin nama ayah arif

Hani
2019-12-16 23:02:00 

alaaa. tkpela cuba lagi

Hana
2019-12-16 22:06:48 

gws nura....selamat mencubaaa :)


NovelPlus Premium

The best ads free experience