BAB 3.

Romance Series 7123

ADARRA 3

SEPASANG gaun yang mendedahkan dada. Sudah pun dilapisi dengan belitan selendang lace diikat seumpama riben berjuntaian di belakangnya kelihatan bersilang.  

Puan Roha sudah berbincang dengan suaminya biar hanya yang ada sanding malam saja. "Buat apa bang nak sanding siang bagai. Anak kita tu kahwin pun macam itu. Cukuplah sanding malam saja..." 

Tanpa pasangan itu sedar,  Adarra Aisyah juga mendengarnya begitu juga dengan Tengku Aryan dari balik dinding ruang tengah di antara lorong bilik-bilik di mana Adarra tengah mencuri dengar.

Dan sekarang, Adarra sudah pun siap. Nasiblah mak andam yang ditempah tidak kisah tentang soal bayaran yang tidak jadi kerana ketiadaan solekan keesokan harinya. Sekadar nikah dan sekarang ini.  

Mata Adarra Aisyah semakin bergenangan bukan kerana alergik eyeliner mahupun mascara tetapi hati seperti dicarik-carik dengan rakus bila teringat kembali kes tangkap basah Mateo dengan Elly. 

"Dah siap ke Adarra?  Tak payahlah nak mekap tebal-tebal.  Dah malam pun. Bukan ramai pun jemputan malam.  Belum tentu lagi lelaki yang entah siapa-siapa tu nak pandang kau tu lama-lama!" 

Adarra Aisyah mengebam bibir.  Dengan sedaya-upaya dia cuba menahan empangan airmata supaya tidak pecah. Nanti rosak pula mekap. 

Puan Roha berpaling arah lain dan berjalan ke arah ruang tamu.  Sempat lagi dia mengintai bilik di mana Tengku Aryan sedang bersiap dengan satu senyuman penuh makna.  

Tengku Aryan sudah siap berpakaian dan hanya menanti, Johar panggil saja untuk bersanding di atas pelamin.  Dia melabuh duduk seketika. Telefon pintar jenama mewahnya diangkat. Ada mesej baru dari papanya, Tengku Lutfi yang mengucapkan tahniah berjaya menyahut cabaran. Reward akan dia dapat setelah membawa menantunya itu ke villa mereka. 

"Hmm... macam mana aku nak hidup dengan perempuan tu?  Kenapa papa begitu benci sangat pada Lara? You are soo cruel papa. Challenge me this way... tak ikut suruhan you, pa.  You  akan tarik balik all my luxurious, on the spot!" Menggeleng Tengku Aryan yang tidak lama lagi akan mengorbankan rambut rastanya itu dan tiada lagi segala denim.

"Can you imagina pa? Like how i'm gonna leave under one roof or one room with stranger? Just to take your challenging pa!" 

"No, it can' t be! I never love her.  I already have Lara. Tapi... aku sudah pun menikahi dia..."  Sedikit sayu suara bernada ketidakpuasan hati itu bersuara.

"Tapi takpe... apa aku lakukan untuk kepentingan aku jugak. Jika tak habis allowance beribu aku tu! Aku tak boleh bagitahu Lara tentang pernikahan ini.  Random solemnization pun... and you, Adarra i pasti... u mungkin akan menyesal... tak mungkin I nak tinggalkan Lara demi you. Stranger!"

"Tengku, dah bersiap ke? Anak ayah pun dah bersiap tu..." Suara lembut Johar menerbangkan segala luahan rasa dia tadi.  

Di hadapan pintu bilik Adarra sedang menanti ketibaan suaminya itu.  Nampak saja kelibat Johar dengan Tengku Aryan, Puan Roha yang baru saja habis membawang dengan grup-grup membawang di dapur bergegas naik atas dan melangkah laju ke arah Adarra tanpa berpeneman itu. 

"Seronok bersuamikan Tengku?" Sampai saja Puan Roha di tepi pengantin baru itu yang terkeluar dari mulutnya.  

Adarra Aisyah tersentak.  Dia juga masih lagi tertanya-tanya pasal Tengku Aryan yang secara tiba-tiba  muncul itu.  Sungguh dia memang tidak mengenalinya langsung.  

"Diam tu  tanda seronoklah kan? Kan?" Sindir Puan Roha tidak berpuas hati pada kebisuan Adarra Aisyah.  Dia seboleh-bolehnya mahu gadis itu melawan seperti selalu. Di dalam diam. 

"Terpulang pada ibu nak kata apa pun katalah. Adarra sedar Adarra dah malukan ibu, malukan bapak. Ya, memang Adarra ni degil tidak sebaik anak ibu kan?" Adarra cuba menahan airmata yang ingin tumpah lagi setelah dia mengungkap kata-kata itu.

"Kalau kau tu dah tahu. Dah sedar beri malu pada aku. Lepas saja majlis malam ni. Aku nak kau berambus. Tapi ingat jangan kau bercerita aku yang menghalau kau masa kau mengadu pada bapak kesayangan kau itu.  Kau fikir kau akan bahagia ke nanti? Hahaha..." Makin pedas sindiran Puan Roha yang benar-benar seronok  akhirnya dia berjaya juga mencari alasan agar Adarra Aisyah keluar dari rumah pusaka idamannya itu.  Dan Johar pula pasti tidak akan membantah. 

"Adarra, marilah. Pegang lengan suami tu kita nak turun ke khemah pelamin dah ni," arah Johar setelah dia mengiringi pengantin lelaki dari kamarnya. 

Tengku Aryan seraya mendekatkan lengannya ke Adarra Aisyah agar isterinya itu merangkulnya. Dalam keadaan tersipu-sipu malu, Adarra Aisyah merangkul. 

Berderau darah kedua-duanya.  Kini beriringan menuju ke pintu. Johar di sebelah menantu manakala Puan Roha pula terpaksa bermanis muka berada di sisi Adarra Aisyah.
Turun-turun sahaja pasangan tersebut. Mereka tetap menerima tepukan gemuruh dari beberapa orang jemputan yang sebenarnya jiran dan saudara terdekat. Itu pun, awalnya mereka terkejut juga bertukar pengantin lelaki. Dj langsung memutarkan muzik balada sebagai pengiring langkah pengantin baru itu ke arah pelamin. Di tepi tetap ada meja kek. Hadiah dari Cammy. 

Sampai saja di pelamin. Juru foto memulakan tugas menangkap pasangan yang sudah pun duduk sebelum upacara memotong  kek.  Pandai Tengku Aryan menjayakan watak seorang suami yang paling bahagia.   Hanya Adarra Aisyah dan masih teringatkan Mateo biar pun dia cuba membencikan setelah menjadi suami, Elly.  

Puan Roha juga masih lagi dalam watak ibu paling gembira pada perkahwinan anak. 

MALAM semakin merangkak. Segala majlis serta para tetamu juga sudah balik. Pintu terbuka secara perlahan-lahan.  Adarra Aisyah enggan berpaling. Dia tahu siapa yang sedang melangkah masuk ke kamar pengantin itu.  

Tengku Aryan membuka suite yang dipakainya. Haruman Tengku Aryan biar pun seducing namun tetap tidak dapat memancing Adarra Aisyah. Pipi semakin di cemari lelehan airmata bercampur mascara.

"You, I tak expect apa-apa from you. And I jugak berharap perkara yang sama dari you. Esok, ikut I balik Kl. And don' t worry I takkan sentuh you pun even you halal untuk I... maybe some day... and you also kenalah bagi ya. Jika takut berdosa." Direct luahan rasa Tengku Aryan luahkan untuk halwa telinga Adarra Aisyah.

Semakin basah pipinya mendengar ungkapan pedih itu.

"Siapa awak sebenarnya? Macam mana awak tahu saya? And tahu pula rumah serta majlis saya? Sedangkan saya tak kenal awak..." Ujar Adarra Aisyah memalingkan wajah basahnya ke arah suami tidak dia kenali dan ingini itu.

Tengku Aryan terkedu melihat Adarra Aisyah. Wajah seperti baru lepas menangis teruk.

"Perlu ke aku beritahu kau semua ini? Bukankah kau sepatutnya bersyukur aku jadi sang penyelamat kau!" Tengku Aryan tersenyum senget setelah mengeluarkan ayat itu pula.

"But i' m not know you. Even I also don' t love you."

"Then you think? Aku suka?" Sanggah Tengku Aryan langsung mengambil bantal dan hempasnya atas lantai papan namun berpermaidani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience