BL20

Humor Series 177133

MEY LING membuka matanya ketika kesedaran menghampirinya. Sudah berapa lama dia agaknya dia tidak sedarkan diri. Yang dia tahu, rasa sakit yang menyerangnya di pehanya masih terasa lagi.

Mey Ling mengalihkan kepalanya ke kanan di mana tiub IV terletak elok di tangannya. Pada masa yang sama, Kaki di sebelah kirinya terasa kebas seperti ditindih oleh sesuatu. Serentak itu Mey Ling memandang ke arah kirinya. Matanya bertemu dengan mata Megat Fairus. Lelaki itu memberikan senyuman padanya.

Ketika melihat pergerakan Mey Ling tadi.Megat Fairus yang tadinya sedang duduk di kerusi di sebelah katil Mey Ling terus bangun dari kerusinya dan berdiri.

"Finally bangun pun, Alhamdulillah tuhan panjangkan nyawa kau."Seloroh Megat Fairus.

"Oh tuhan! Kenapa mesti dia yang ada dekat sini."Marah Mey Ling pelahan.

Megat Fairus tersenyum mendengar leteran pertama yang keluar dari mulut Mey Ling. Setelah gadis itu tidak sedarkan diri selama dua hari selepas menjalani pembedahan. Luka tembakan itu menyebabkan Mey Ling mengalami retak pada tulang peha.

"Najwa, Dia okey ke Fairus?" Mey Ling terus menanyakan tentang sahabatnya itu. Hatinya bercampur baur sekarang ni.

"Kau tak perlu risau. Dia okey, Mangkuk tu pun dah kena tahan." jawab Megat Fairus seraya menarik sedikit selimut menutupi peha Mey Ling yang sedikit terdedah. Haish putih elok.

Megat Fairus dapat merasakan cengkaman kuat Mey Ling pada tangannya. Dia pasti Mey Ling masih terasa sakit akan besi yang berada di pehanya itu. Melihatkan wajah Mey Ling yang nampak berkerut menahan sakit Megat Fairus duduk di tempat tidur, lalu mengusap lembut peha gadis itu berlapik kain selimut.

"Buat masa ni kau tak boleh bergerak lagi, Tulang peha kau retak. Lepas pembedahan haritu, Dalam peha kau diorang pasang splint kaki panjang, Bagi dapat menetapkan tulang yang patah pada tempat yang normal bagi mengekalkan panjang dan lurus kaki kau ni. Luar ni pula diaorang pasang pin besi skru diletakkan ke dalam tulang di atas dan bawah bahagian tulang yang patah."Terang Megat Fairus.

"Yang dekat luar ni besi nak bagi stabilkan bingkai yang pegang tulang dalam posisi yang betul supaya tulang kau boleh pulih dengan baik.." Megat Fairus tersenyum melihat ekspresi Mey Ling.

Gadis itu memandangnya dengan riaksi kosong. Tidak berminat menunggu setiap kata yang dari bibir lelaki itu.

"Dah habis pencerahan Dokter Fairus?" Soal Mey Ling, Sengaja ingin memerli Megat Fairus.

"Dah."

Mey Ling memejamkan matanya lega.

"May god blessing me. Kau boleh balik. Aku nak rehat. Tengok muka kau, Aku bertambah sakit." ucap Mey Ling tanpa rasa bersalah sambil menutup matanya.

Spontan tangan Megat Fairus naik menampar pelahan peha Mey Ling.

"Ikutkan hati aku ni, Memang nak biar je kau dalam ni sorang, Sebab aku fikir adik aku. Aku tunggu kau tau. Kenapa la dokter muthu dekat OT tu tak jahit mulut kau ni sekali.."

"awwwhh..sakit la bodoh." Marah Mey Ling. Berkerut dahinya menahan sakit. Mey Ling menatap ke arah anak mata Megat Fairus.

"Kan aku dah cakap, tak ada function pun kau dekat sini. Bertambah sakit ada lah."

Nafas di tarik dalam dan di lepaskan pelahan, Tanpa sedar airmata Mey Ling jatuh membasahi pipi.

Sakit.

"Wey, Sorry. Sorry." Megat Fairus mula panik apabila melihat Mey Ling sudah menangis. Sebelah tangan naik mengusap air mata yang jatuh di sisi wajah Mey Ling dengan kedua tangannya.

"Sshh...jangan menangis. Aku tak sengaja la mulut kau tu lain kali jangan macam longkang."

Entah kenapa Mey Ling dapat merasakan sikap Megat Fairus kali ini lain. Lelaki itu yang selalu poyo dan suka menyakitkan hati berubah Caring. Mungkin itu hanya perasaannya sahaja atau mungkin lelaki itu hanya simpati padanya.

Mey Ling memberanikan dirinya menatap ke arah anak mata Megat Fairus.

"Apa ni pegang pegang aku ni, Tangan tak basuh suka hati je sentuh orang." Tangan Megat Fairus di tepisnya perlahan.

"Kau ni tak padan dengan sakit. Memang aku jahit mulut kau nanti." Bibir Mey Ling di tarik.

"Hmmm." Kuat tangan Mey Ling menampar tangan Megat Fairus.

"Sakit la bodoh!"

Mendengar pintu di buka Mey Ling dan Megat Fairus serentak memandang ke arah pintu ward itu. Farah yang baru sahaja masuk ke dalam terpinga-pinga.

"Eh?" Matanya memandang Megat Fairus dan Mey Ling. Berkerut dahinya melihat Megat Fairus berdiri di sisi Mey Ling manakala tangan kiri Megat Fairus di peha Mey Ling dan sebelah lagi tangan lelaki itu di sisi pipi gadis itu.

"Dah beku kenapa? Korang tengah buat maksiat ke?" Soal Farah bersahaja sambil matanya memberi isyarat pada Megat Fairus.

"Tangan tu baik punya landing Ngah." Farah melangkah masuk ke dalam. Katil Mey Ling di dekati.

"Tak sengaja la tadi aku nak pujuk orang sakit." Megat Fairus segera mengalihkan tangannya apabila tersedar dengan teguran adiknya itu. Bibirnya mengukir senyuman tidak bersalah.

"Okeylah dik, hang pun dah sampai. Angah keluar dulu lah, Apa-apa roger je Angah sampai." Megat Fairus melangkah ke arah sofa lalu mencapai Kot berwarna putih. Dia kembali semula ke arah sambil melilit Stetoskop di lehernya. Usai bersalaman, Megat Fairus terus meninggalkan bilik itu.

Berkerut dahi Mey Ling memandang Farah.

"Seriously Najwa. He is a doctor?."

Tersenyum Farah memandang Mey Ling sambil kedua kening sengaja dia naikkan ke atas dan kebawah.

"Kau berminat ke?"

....

Mr Arlo bermundar-mandir di tempatnya. Seminggu sudah berlalu. Pertemuan dengan perlabur besar di Syarikatnya itu membuatkan dia sangat tertekan. Dia memicit kepalanya. Rambut dikusutkan. Dia memanggil Ferdi yang berada di luar untuk menghadapnya.

"Ya Tuan."

"Dapat apa yang aku nak??"

Ferdi menggelengkan kepalanya.

"Maaf Tuan."

"Tak guna!" Mr Arlo mengamuk. Rasa bimbangnya semakin menguasai. Bagaimana jika Albert adalah Gibran. Dan lelaki itu tidak mati dan ingin membalas dendam dengan membongkarkan tentang segalanya dan yang paling penting, bagaimana jika Neyla dan Darlow mengetahui hal yang sebenar.

Sudah seminggu berlalu dan Dia masih tidak dapat mencari maklumat mengenai Albert. Darlow juga langsung tidak menemui sebarang petunjuk. Rasa amarah semakin membungkam di dadanya.

Dia tidak pernah berperangai sebegini.
Resah dan gelisah.

"Shit!" amuk Mr Arlo. Dia bermundar-mandir membuatkan Ferdi juga turut sama mengeraskan tubuhnya. Sudah lama majikannya itu tidak mengamuk sebegini.

"Where is Darlow?."

Sekali lagi Ferdi menggelengkan kepalanya.

"Don't give him a chance. Cari dia aku rasa dia semakin jauh daripada aku dan semakin berani." ujar Mr Arlo. Ferdi menganggukkan kepalanya mengiyakan kata-kata lelaki itu.

Selama ini, Darlow amat rapat dengan Mr Arlo. Tambahan pula Darlow orang kanannya yang sangat dipercayai. Walaupun hakikatnya ada sesuatu yang dia sembunyikan dari lelaki itu. Mr Arlo sering menggunakan Darlow untuk menggerakkan kerja kotornya. Dan Darlow hanya akan menuruti segala kata-katanya kerana lelaki itu terhutang budi di besarkan oleh Mr Arlo.

Kerana itu dia mempercayai Darlow tidakkan mengkhianatinya tetapi sejak peristiwa seminggu yang lalu, Kepecayaanya terhadap lelaki itu semakin luntur.
Dada berombak kencang, amarahnya semakin menggunung. Sakit hatinya semakin terasa dan rasa bencinya semakin kuat.

Dan seseorang perlu terima akibatnya. Dia memandang Ferdi.

"Do what I have planned before. He will appear if we disturb his woman." mengerti akan lirikan mata majikannya itu Ferdi pula terus menganggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience