BAB 8

Family Completed 1384

“Jangan pening-pening. Begini, harap anak ibu faham. Ayah dan abang sedang tekun berusaha untuk membebaskan tanah air kita daripada cengkaman penjajah. Mereka pergi berjuang demi kita.”

Allyssa terdiam. Dia masih tidak faham apa-apa yang dikatakan ibunya. Siapa pula penjajah? Perjuangan untuk dia dan ibunya? Dia masih tidak mengerti. Allyssa meneruskan untuk menggaru-garu kepalanya. Dia memang tidak faham apa-apa.

“Suatu hari nanti kamu akan faham.” Tambah ibu Allyssa.

Tok! Tok!

“Tentu ayah dan abang!” Ucap Allyssa sebaik sahaja terdengar pintu rumahnya diketuk.

Pintu rumah dibuka. Muka ayah dan abang Allyssa kelihatan tidak bermaya. Mungkin mereka tidak makan lagi. Yang peliknya, tangan ayah dan abang mempunyai calar-balar.

Walaupun begitu, ayah dan abang masih mampu menguntumkan senyuman. Tentu ini kesakitan yang ibu ceritakan tadi. Perjuangan yang dilakukan oleh ayah dan abangnya mungkin tidak begitu sakit kerana mereka masih tersenyum dan pulang dengan gembira.

Allyssa mendekati ayahnya. Dia sempat berpelukan dengan ayahnya. “Bolehkah Allyssa mengikut ayah dan abang berjuang?”

“Tidak perlu sayang. Kamu tinggal di rumah dengan ibu sahaja. Lebih selamat.” Balas ayah lalu mengucup dahi luas Allyssa.

“Khalid, pergi makan dengan ayah di dapur. Bila lagi mahu makan masakan ibu yang sedap.” Celah ibu yang cuba meleraikan drama peluk-memeluk ayah dan Allyssa.

Boom! Bergegar rumah Allyssa dibuatnya. Tidak tahu dari mana pula datangnya bunyi itu.

“Khalid ! Ikut ayah sekarang. Pasti mereka berada di luar rumah kita!” Tegas ayah yang baru sahaja mahu berjalan ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience