“Kau dah cuba DM dia dekat IG ke?” aku dah macam boleh agak dah starting point budak-budak ni nak bercakap malam ni.
“Ish, belumlah! Aku takut nanti aku berharap..last-last tertiaraplah aku.” Aku memberi jawapan untuk soalan yang ditanya oleh Illa.
Semua ini bermula bila aku bagitahu kawan-kawan aku yang aku suka gila dekat Jebat Zulkarnain tu.
Haish! Serabutlah diorang ni. Nak tembak orang pun asyik tak kena je. Oh! Lupa pula aku tengah main PUBG Mobile ni. Biasalah bila dah terjebak dengan game online ni tak kiralah, kau muda ke kau tua ke budak ke semuanya akan menagih untuk main walaupun sekali sehari.
PUBG Mobile ni startnya dari kawan aku yang diberi nama Ninia. Dah macam Narnia kan. So, biarlah dah nama tu dia suka. Lepas saja dia cuba bermain terus dia hasut habis semua kawan-kawannya termasuklah diri aku.
By the way, group aku ni ada empat orang termasuk aku. Ninia, Illa, Eyra dan aku.
Oh! Lupa nak bagitau masa Bab 1 tu. Nama aku Mea Idrina. Cukuplah kenal aku sebagai Mea ok. Umur kitorang 28 tahun dan semuanya masih single. Nak try? Boleh DM aku tau! Tapi aku tak bolehlah sebab hati aku hanya untuk Abang Jebat je. Yang lagi tiga tu boleh la kalau nak risik-risik. Hahaha.. mampus kalau diorang baca!
“Aku seganlah nak start dulu.” Aku mula meluahkan perasaan tentang kegusaran hatiku.
“Kau nak dia ke tak nak?” Illa memulakan mukadimahnya.
“Of courselah aku nak kenal dia!” sambil aku melepaskan keluhan, Eyra pun munculkan diri di atas skrin telefon kami bertiga.
“Hai korang!” Eyra adalah manusia yang selalu bersuara ceria dan mula menyapa kesemua makhluk yang wujud ketika itu.
“Hai!” hampir serentak kami bertiga membalas sapanya.
“So, Mea dah DM ke Jebat?” masih di dalam topik DM si Jebat di IG rupanya.
Soalan Eyra aku membalas dengan sebuah keluhan kasar.
“Belum! Aku takut tak berbalas. Nanti kecewa lagi..” OMG! Lagi? Eh.. kisah lama usah diingat lagi.
Please, move on Mea!
Sambil aku duk menembak ni, tiba-tiba teringat pula soalan Effa petang tadi.
“Kenapa mesti Jebat?” Effa mula menyoal bila aku memberitahu mengenai keinginan aku untuk berkawan dengan Jebat Zulkarnain.
Aku pun terfikir juga. Kenapa ya? Mungkin jodoh? Ke bodoh? Hahaha… apa bendalah aku ni.
“Entahlah.. mungkin aura dia menarik hati aku.” Bedal jelah labu sebab si Effa ni sejenis manusia yang memerlukan jawapan kepada setiap soalannya.
Jadi untuk menyelamatkan diriku daripada disoal berterusan, aku memilih untuk memberi jawapan sebegitu. Moga-moga Effa berpuas hatilah dengan jawapan yang diberi tadi.
“Mea! Kau buat apa tu? Dah macam ayam dah. Duk patuk tanah cari ulat!” pekik suara si Illa ni terus membuatkan aku sedar kembali ke alam PUBG.
Rupanya dari tadi aku duk kutip barang dekat tempat yang sama. Patutlah si Illa ni duk bising dekat aku. Hahaha..
“Ish, kau ni kacaulah. Aku baru tengah berangankan Abang Jebat aku tu. Potong stim betul! Dengan jawapan itu, maka riuhlah mereka-mereka di alam PUBG tu gelakkan aku yang kena bising dengan Illa sebab hilang fokus waktu berperang.
Berperang sangat gais! Jangan tak tahu, perempuan pun pandai tembak orang tau!
“Wei dah lah, jom out. Esok kerja kot. Ingat weekend ke?!” Aku terus logout dari PUBG mobile selepas selesai mengucapkan selamat malam kepada mereka bertiga.
Dan malam itu aku mengharapkan sebuah mimpi indah untuk diriku.
Selamat malam, dunia tipu-tipu!
Terima kasih sudi baca karya saya.
Share this novel