Pengenalan

Family Completed 17149

Suasana bilik yang sedikit bising langsung tidak memberi kesan ke Fitri yang sedang mengelamun. Entah kenapa dia rasa seperti dia sendirian di bilik kuliah itu. Fikirannya jauh melayang entah kemana, mungkin di kampung atau ke majlis yang bakal berlangsung.

"Aaauuchh".

Fitri memegang tangannya terasa sakit di cucuk menggunakan kunci kereta. Jelingan tajam diberikan ke lelaki di depannya serta merungut kesakitan.

“Sakit la Aidil.”

Tanpa menoleh ke arah lelaki itu, Fitri terus membetulkan duduknya.

“Kau kenapa?, dari luar tadi berangan je aku tengok?".

"Tiada apa. Cuma fikirkan nasib saya ni".

"Ehh, kenapa pula?. Kita ada lagi dua semester kan nak habis. Rileks la", melabuhkan punggungnya di sebelah Fitri.

"Kau takpa la rileks, keluar sini sudah ada kerja dengan bapa kau. Fitri ni budak kampung je".

"La apa susah, aku pinang kau, so kau tak payah fikir nak kerja. Kau jadi Madam aku selamanya.Nak?", mengangkat kening mengusik.

"Jangan mengarutlah Aidil", balas Fitri menolak bahu Aidil.

"La.. aku bagi kau cadangan bernas apa?".

Fitri memukul Aidil kali ini menggunakan buku tebalnya sedikit kuat. Sakit pula hatinya dengar rakannya mengusiknya dari tadi, namun Fitri langsung tidak melenting marah kerana Aidil memang selalu mengusiknya. Aidil menggosok bahunya yang terasa sakit di pukul Fitri.

"Aku bagi idea, tawaran terbuka tau dari dulu lagi. Kau cuba la fikirkan ye Fitri", terus bangun beralih duduk di tempatnya yang betul sebaik tuan punya kerusi muncul di depan mereka.

Aidil terus duduk di belakang Fitri selang satu kerusi. Entah kenapa dia senang melihat Fitri di dalam kelas. Walaupun Fitri sikit pun tidak hiraukan dia entah kenapa dia rasa seronok mengusik Fitri dari dulu lagi.

Sebaik kelas selesai semua rakan kuliahnya keluar dari bilik itu termasuk Aidil. Tiba di kawasan tempat letak kereta Aidil yang baru membuka pintu kererta melihat Fitri berjalan sendirian pulang.

"Apa yang tak kena dengan awek ni hari ni. Moddy je dari pagi?".

Aidil terus masuk serta menghidupkan enjin kereta. Dia terus memandu dan berhenti sebaik tiba dekat dengan Fitri dan membunyikan Hon memanggil Fitri.

“Isyhh Aidil, terkejut la", marah Fitri menjengah ke tingkap sebaik Aidil membuka tingkap.

“Eehhh”.

Ketika itu muncul Amy berlari dari belakang mendapatkan Aidil dan Fitri.

"Hi Fitri, apa khabar?".

"Amy, baik je", balas Fitri bersahaja.

Ketika itu Aidil sudah mengeluh muncul perempuan tidak di undang. Sebenarnya dia mahu mengajak Fitri keluar pada awalnya untuk bertanya dan meleraikan kusut Fitri.

"Aidil, tumpang balik".

Laju tangannya menekan kunci pintu tidak benarkan Amy membuka dan masuk ke dalam keretanya.

"Eehh, aku ada hal. Ni aku panggil Fitri nak bagi buku je", menghulurkan buku ke Fitri dan terus berlalu pergi.

Amy memandang geram ke arah kereta Aidil yang meninggalkanya bersama Fitri. Fitri terus pergi meninggalkan Amy yang tidak puas hati dengan Aidil yang pergi begitu sahaja. Sambil berjalan dia melihat buku yang di serahkan Aidil kepadanya tadi.

"INSPIRASI".

"Buku apa la mamat ni bagi. Sengaja la tu mengelak dari Amy", tersenyum sendirian sambil kaki melangkah pulang panas terik petang tepat ke mukanya.

"Kak Fitri, kak Fitri".

Dia menoleh sebaik terdengar seseorang memanggilnya, langkahnya terhenti mencari suara itu.

"Yea, kenapa ni dik?".

"Ada kereta merah tunggu akak kat sana. Dia minta tolong saya panggilkan akak bila akak sampai pagar".

"Ehh, boleh pula macam tu?".

"Entah, dia tunggu kat sana", menunding jari ke arah kereta itu.

"Yelah, thanks ye dik", terus menukar arah yang di tunjuk adik tadi.

Dari jauh dia cukup kenal dengan kereta itu. Tiba sahaja di kereta Aid terus membuka pintu pelawa Fitri masuk segera.

"Aidil, sengajakan?".

Aidil tidak balas dan terus meluncur laju pergi dari kawasan asrama bimbang ada mata yang perasan dia di situ. Fitri memandang lelaki yang sedang memandu keluar dari kawasan universiti.

"Aidil?".

"Yea, sengaja. Aku mengelak dari Amy sebab nak bawa kau. Aku tengok kau dari class pagi tadi moddy je tak macam selalu. Ada masalah ke?".

"Share le mana tau aku boleh tolong?. Ni tak sampai kelas petang pun sama".

Fitri menarik nafas panjang dan memberitahu ke Aidil apa yang buat dia serabut dari semalam selepas dia membuat panggilan ke ayahnya di kampung. Aidil yang sedang memandu terus berhentikan keretanya mengejut di tepi jalan bila mendengar cerita Fitri.

"Serious la Fitri?. Kau biar betul?. Habis tu kau terima?".

"Saya terima ke tak terima sama je. Mereka sudah terima pun lamaran tu".

"Hujung bulan ni. Lepastu exam kan?".

"Yea. Jemputlah datang ke kampung Fitri jika Aidil tidak percaya. Fitri ada jemput rakan-rakan lain dan saya suruh mereka rahsiakan hal ni".

Aidil merenung gadis di dalam keretanya itu dengan beribu persoalan. Bagaimana dia boleh setuju pilihan kedua orang tuanya sedangkan mereka tidak bercinta dan kenal antara satu sama lain. Sedikit kesal bila gadis yang suka di usiknya bakal menjadi milik orang lain.

"Hhmm, memang aku datang. Jika kau tak kisah aku boleh hantarkan kau balik".

"Tapi..?".

"Eehh syyyttt.. jangan risau, aku tak hantar depan rumah. Aku faham kau taknak orang kampung mengata kau kan".

"Ta..".

"Upps..".

"Tapi Aidil?".

"Fitri".

"Nanti..".

"Ops, no.. aku hantar noktah, titik".

Aidil melihat Fitri mengganguk dan melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Terasa senang bila Fitri setuju dengan permintaannya itu walaupun agak susah untuk dia memujuk perempuan di sebelahnya itu.

"Buku tu letak balik kat belakang, jangan buat harta", usiknya bila melihat Fitri diam membisu.

"Isyhh, dia bagi tadi. Boleh pula minta balik. Buruk siku betul", memusing ke belakang untuk meletakkan buku di kerusi belakang.

Aidil dengan sengaja memasuki simpang dengan memaut stering kuat menyebabkan Fitri tidak dapat mengimbangi badannya dan nyaris terhantuk.

"Aidil ni kan. Reti ke tidak memandu tu. Eloklah sikit. Ni nampak?".

Fitri menghalakan buku lima ke arah muka Aidil bengang dengan tindakannya tadi sengaja mengenakan dirinya. Aidil ketawa sambil tersengih melihat tangan Fitri di depan mukanya sambil menepis. Terasa lucu bila Fitri cuba berlagak garang dengannya.

"Aku tak heran la, tepi sikit tak nampak".

.........

Selesai hantar Fitri balik ke asramanya, Aidil pulang ke rumahnya. Kunci di tangan di pusing-pusing di hujung jari sqmbil bersiul masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum ".

"Waalaikumsalam, lewat balik Aidil. Kata kelas habis pukul 5petang. Ini sudah pukul berapa?".

"Kereta rosak tadi mama. Aidil masuk bilik dulu yea".

"Pergilah, jangan lupa lepas maghrib kita ada makan malam dengan keluarga Puan Azie dan Encik Irfan", meninggikan sedikit suara dengan harapan anaknya mendengar.

"Yea, ingat".

Aidil sedikit kecewa dengan apa yang dia dengar petang tadi dari mulut Fitri. Sesungguhnya dia sebenarnya sudah lama menyukai Fitri, namun Aidil tidak meluahkan perasaannya. Dia sekadar meluahkan dengan cara mengusik dan suka bergurau dengan Fitri setiap hari. Baginya bila lihat Fitri marah dan ketawa di kelas hatinya senang dan terhibur.

"Fitri, ohh Fitri... kenapa kau setuju nak nikah dengan lelaki yang tidak kau kenal. Kecewanya aku Fitri ooii", bebel Aidil.

Sementara di ruang tamu Puan Ros yang sedang duduk membaca majalah terhenti. Majalah di tangan di letakkan di meja kaca di hadapannya.

"Kereta rosak?, tapi tadi masuk macam orang baru balik dating?, Eh budak ni, ada je la", bebelnya sendirian memikirkan cara anaknya balik sebentar tadi.

Di bilik, Selesai mandi Aidil memandang cermin melihat wajahnya yang di tolak mentah-mentah oleh Fitri setiap kali dia berkias melamar Fitri di kelas.

"Rupa aku tak le buruk mana, ramai je awek datang nak mengorat. Kau je tak pandang aku sebagai lelaki kacak dan bergaya Fitri".

"Dari mula semester sampai sekarang, kau je tak terkesan bila aku cuba takcle kau".

"Itu lagi salah satu sebab aku suka pada kau".

Pintu bilik di ketuk, Aidil yang sedang elok berangan di depan cermin terus melompat di atas katil menarik selimut seolah-olah sudah lena. Perlahan pintu di buka Puan Ros mengintai anaknya di bilik sebaik panggilannya tidak dijawab ketika dia ketuk.

"La, tidur pula budak bertuah ni. Penat je tunggu, sengaja la tu tak mahu jumpa Amy", terus menutup pintu dan berlalu pergi.

Aidil yang berada di bawah selimut tersenyum meleret bila berjaya melepaskan diri dari makan malam bersama keluarga Amy. Dia tahu mama sengaja nak anaknya ini ada hubungan dengan Amy. Aidil menggenggam kedua belah tangannya dan ditenung.

"Kecil benar buku lima kau Fitri, tak sesuai", sambil ketawa bila dia teringat apa yang berlaku di dalam kereta bersama Fitri.

"Boleh aku kira berapa kali je aku dapat bawa lari kau macam tadi. Tak sampai 3kali rasanya".

......

Hujung bulan yang Aidil nantikan akhirnya tiba. Pagi itu Aidil sudah memasukkan beg bajunya ke dalam kereta sebelum mama turun. Sebaik selesai meletakkan baju di kereta dia terus masuk menuju ke meja makan tanpa rasa bersalah. Pembantu rumahnya perasan tingkah laku anak muda itu yang berbeza pagi ini.

"Kemana hujung minggu ni?", berbisik sambil menuangkan air nescafe panas di cawan Aidil.

"Mak Nik,saya nak ke kampung kawan. Ada kenduri kawin", balasnya berbisik.

Mak Nik beralih mencedukkan nasi untuk Aidil. Pada masa sama sekali lagi dia mengusik Aidil yang begitu ceria pagi ini.

"Jangan Aidil yang menikah sudahlah yea. Mahu mama Aidil nanti bertukar jadi hijau", usiknya sambil ketawa.

"Hijau saya boleh lagi Mak Nik. Kena tukar jadi Zombie. Perghh haru jadinya", balas Aidil menarik pinggan di tangan pembantunya.

Mak Nik dan Aidil ketawa memecah kesunyian di ruang makan itu pagi itu.

"Amboi, seronok pagi-pagi ketawa berdua ni. Kutuk mama ke ?".

Aidil tersenyum sebaik mama dan papa muncul di meja makan menghampiri mereka.

"Mana ada mama. Aidil kata anak mak Nik tu kalau sudah marah dia boleh jadi zombie kampung pisang", balasnya cuba menukar cerita.

Aidil memberikan senyuman ke papa yang duduk di sebelahnya. Papa yang nampak tenang pagi ini duduk tanpa menyampuk kata-kata mama.

"Si Hadi tu memang. Sebut pasal dia, lama dia tak datang sini kan Nik?. Mana dia?".

"Ada Puan, biasalah anak bujang, mana nak kita kawal dia", balas pembantu rumahnya.

Aidil diam sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya. Telinganya lebar mendengar mama dan mak Nik bersembang. Hadi rakan Aidil ketika kecil, membesar bersama sudah seperti adik beradik. Namun sejak dia dapat sambung belajar di Melaka mereka jarang berjumpa.

"Aidil, ada rumah ke minggu ni?", soal papa memandang anaknya.

"Eemm, tak", balasnya perlahan bimbang mama mendengar jawapannya.

"Jaga diri, papa percayakan Aidil", balasnya perlahan.

Aidil mengangguk dan lihat wajah papa yang mengukir senyuman seorang ayah ke anak lelakinya. Pada masa sama mama sibuk berbual dengan mak Nik hal Hadi.

New baby dari winwin untuk semua pembaca..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience