33

Romance Series 10716

Taylor memandu perlahan keretanya sambil memandang ke sekitar. Laluan sunyi. Perjalanannya hanya ditemani lampu jalan yang sesekali terlihat menyala dan sesekali terpadam.

Dia cuba berfikir dengan tenang. Sepanjang perjalanannya pulang tadi, dia langsung tidak bertembung dengan sesiapa, apatah lagi Fea.

Taylor tersedar, dia mengambil susur ke kiri, dimana laluan itu menghala ke arah sebuah bukit. Malah laluan itu juga menghala ke sebuah kampung yang jauh dipedalaman.

Taylor menekan break secara mengejut. Dia bergegas turun bila dia terlihat sesuatu. Taylor berlari mendekati kereta milik Rey yang terbabas dibahu jalan dengan keadaan lampu kereta masih menyala.

Taylor pantas membuka pintu kereta, mahu menyelamatkan Fea.

Saat pintu kereta terbuka, kosong! Tiada sesiapa didalam. Taylor semakin resah.

"Fea!!!" jeritnya lantang sambil memandang ke sekitar yang kelam dan gelap.

"Taylor berjalan menyusuri jalan itu perlahan-lahan, mana tahu jikalau gadis itu sedang berteduh di bawah pohon.

Tapi, dengan cuaca dingin seperti ini, tak mungkin Fea akan duduk dan tunggu disitu.

Taylor masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan kawasan itu. Dia yakin, Fea sudah pergi dari situ untuk meminta bantuan.

.

Taylor tidak akan pulang selagi dia tidak menjumpai kekasih hatinya. Dia semakin gelisah bila Fea tiada didalam kereta milik Rey.

Taylor memperlahankan pemanduannya. Dia menurunkan cermin tingkap kereta sambil menjerit kuat memanggil nama Fea berulang-ulang kali.
Dia sangat berharap, Fea mendengar dan menyahut panggilannya.

Suaranya yang lantang dengan suasana yang sunyi ketika itu, memudahkan Fea untuk mendengar suara Taylor dengan jelas.

Taylor menghentikan keretanya. Dia turun dari kereta lalu menjengah ke celah pepohon menghala ke hutan. Gelap.

"Fea!!!!" jeritnya sekuat tenaga.

"Sayang, please.. kalau awak dengar suara saya, tolong-.."

"Taylor"

Taylor berpusing tubuh saat mendengar suara Fea.

Gadis itu berada tepat dibelakangnya tetapi keadaannya sangat lemah dan kesejukkan.

"Sayang" Taylor menarik tubuh Fea ke dalam pelukkannya erat.

"Thank God! Thank God! Thank God!" ucapnya berkali-kali tanda bersyukur. Satu kucupan singgah dipuncak kepala Fea.

"Awak tak apa-apa?" soalnya lantas meleraikan pelukkan. Dia memandang pakaian yang dipakai Fea, hanya pakaian sejuk biasa dan langsung tidak kena jika dipakai disaat salji tebal begini.
Sudah tentu kekasihnya ini kedinginan.

Taylor melepaskan baju sejuk yang dipakainya lalu disarungkan ke tubuh Fea. Dia segera membawa Fea ke kereta.

Fea hanya diam sepanjang jalan sehinggalah tiba dirumah. Tubuhnya lemah untuk berjalan lagi. Seluruh tubuhnya terasa kebas.

Taylor mengendong Fea masuk ke dalam rumah.
Rey yang melihat keadaan anaknya, langsung menyambar tubuh anaknya itu lalu dibawa masuk ke dalam bilik.

"Saya penuhkan air panas dalam tub mandi dulu. Nanti tuan rendamkan tubuh Fea sehingga suhu badannya kembali normal." ujar Taylor langsung berlari masuk ke dalam bilik mandi.

Dia membuka air panas sehingga separuh tub mandi. Dia kemudian kembali kepada Rey yang sedang menanggalkan pakaian Fea.

"Taylor, awak nak kemana?" tanya Rey dalam keadaan resah.

"Saya tunggu diluar saja" ujarnya segan.

"Tapi saya tak pandai dalam hal macam ni. Tolong Taylor, bantu saya" pintanya sambil memasang wajah resah.

Tapi Taylor masih ragu. Dia sendiri segan bila papa kepada Fea ada disitu, dia rasa kekok.

"Taylor, saya tahu semuanya. Saya tak buta. Saya dapat lihat bagaimana cara awak melayan anak saya. Saya percayakan awak, kerana itu juga saya sanggup tinggalkan anak saya dibawah pantauan awak. Saya juga dapat rasakan, Fea juga merasakan hal yang sama seperti awak"

Raut wajah Taylor berubah saat majikannya itu sendiri suarakan mengenai hal itu. Dia faham benar maksud kata-kata Rey.

Tanpa menunggu lama, Taylor segera mengendong tubuh Fea masuk ke dalam bilik mandi. Dia tidak menanggalkan semua pakaian ditubuh Fea. Hanya pakaian dalam sahaja dibiarkan menutupi bahagian tubuh gadis itu.

Fea masih menggigil kesejukkan. Melihat itu, spontan dia melangkah masuk lantas memeluk tubuh gadis itu erat, cuba untuk memanaskan tubuh Fea yang masih menggigil kesejukkan.

Pakaian Taylor basah keseluruhannya.

"Sayang, sebentar lagi, awak akan rasa semakin baik, percayalah" bisiknya perlahan di cuping telinga Fea.

Perlahan tangan Fea terhulur lalu membalas pelukkan Taylor.

.

Rey memandang sayu kearah susuk tubuh Fea yang terbaring. Selimut tebal menutupi tubuhnya sehingga ke dagu.

Sebentar kemudian, Taylor masuk bersama segelas susu dan semangkuk sup panas. Dia sudah segak mengenakan pakaian ganti.

"Terima kasih Taylor. Kalau awak tak ada, saya tak tahu nak buat apa" ujarnya sebak. Dia tidak mahir dalam hal sebegini. Jika ditanya mengenai dunia perniagaan, mungkin dia boleh menjawabnya dengan begitu mudah sekali.

"Dah jadi tugas saya, Tuan" jawabnya merendah diri.

Rey terkekeh ketawa disebalik kesedihannya.
"Bukan tugas, tapi sebenarnya sudah menjadi tanggungjawab awak lepas ni"
Dia gembira bila melihat ada lelaki yang begitu hormat dan menyantuni wanita pada zaman sekarang. Cukup susah untuk dicari pada zaman sekarang bahkan dizamannya dahulu pun belum tentu ada. Dia sendiri tidak sehebat dan sebaik Taylor.

Dari awal lagi dia dapat melihat bagaimana Taylor berjaya mengawal kedegilan anak gadisnya pada saat zaman kuliah dulu. Anak muda ini begitu sabar dengan karenah Fea yang kadang kala agak menyusahkan dan sangat menyebalkan.

Taylor terbengong sejenak dengan kata-kata majikannya.

"Maksud tuan?" soalnya lantas meletakkan dulang berisi makanan di atas meja kecil disisi katil. Dia berjalan menghampiri Rey.

Rey menepuk bahu Taylor sambil tersenyum.
"Papa.. panggil papa."

Taylor semakin bingung.
Rey sekali lagi terkekeh melihat anak muda dihadapannya ini kebingungan.

"Papa izinkan hubungan kamu dengan anak papa" ujarnya sambil tersenyum.

Taylor yang mula mengerti, mula mengukir senyuman lebar.

"Betul ke apa yang saya dengar ni, Tuan?" soalnya seolah tidak percaya.

"Papa.." tegur Rey pantas.

Taylor terkedu. Dia sendiri tidak menyangka dengan penerimaan baik Rey terhadap dirinya. Siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang lebih bekerjaya dan mempunyai legacy sendiri dalam dunia perniagaan jika hendak dibandingkan dengan dirinya.

Dia tidak punya apa-apa. Dia hanya pembantu peribadi Rey dan juga pengawal peribadi Fea. Dia juga tidak berharta dan tidak mempunyai keluarga. Dia hanya hidup sebatang kara. Kehidupannya terbela sejak dia diterima bekerja oleh Rey. Dia banyak terhutang budi dengan Rey. Dengan pendapatan bulanan yang diberikan agak lumayan, dia berjaya miliki kediaman sendiri walaupun tidak sebesar dan segah banglo milik Rey. Cukup dia mempunyai penthouse hasil dari titik peluhnya bekerja dengan Rey. Namun, dia jarang pulang kerumahnya kerana masanya lebih banyak dihabiskan bersama keluarga Rey. Dia banyak menumpang tidur di banglo milik Rey jika hendak dibandingkan masanya di penthousenya sendiri.

.

Tubuh Fea rasa lebih segar pada keesokkan paginya. Saat dia tersedar, ada seseorang yang tidur disampingnya. Sebahagian tubuh lelaki itu berada dibirai katil manakala punggungnya masih kekal di atas sebuah kerusi yang berada disisi katil.

Senyuman Fea melebar saat melihat lelaki itu begitu nyenyak tidur. Tangannya terhulur lalu mengusap perlahan ubun-ubun kepala Taylor.

Melihat Taylor yang mula bergerak, Fea lantas menarik tangannya kembali.

Fea memandang Taylor sambil tersenyum.

"Awak dah sedar?" sapa Taylor dengan suara garau saat bangun tidur.

Fea mengangguk perlahan seraya tersenyum lebar.

"Terima kasih kerana telah selamatkan saya" suara Fea separuh bisik, namun dapat didengari oleh Taylor dengan jelas.

Taylor bergerak rapat kesisi Fea lalu menggenggam tangan wanita itu erat.

"Tolong jangan bertindak seperti semalam lagi, saya risau. Kalau saya tak jumpa awak semalam macam mana?" Riak wajah Taylor terlihat gusar dan takut. Ya, dia benar-benar takut semalam. Takut kehilangan gadis kesayangannya, takut jika Fea tidak ditemui atau mungkin tercedera.

Fea tersenyum. Dia tahu, Taylor begitu mengambil berat tentangnya.

"Sebenarnya.." Fea ingin mengatakan sesuatu, namun terhenti sejenak. Perlukah dia beritahu Taylor tentang hal yang sebenarnya? Tentang mengapa dia buru-buru keluar dari rumah semalam walaupun cuaca buruk di luar? Perlukah lelaki ini tahu?

Matanya bergetar saat bertatapan dengan lelaki itu.

"Sebenarnya...

Bersambung...

Adakah Fea akan berterus terang tentang perasaannya terhadap Taylor? Bagaimana jika hubungan mereka ditentang keras oleh papanya? Fea mula ada rasa ragu dan was-was. Dia mula rasa serba salah mahu ungkapkan perasaannya yang sebenar terhadap Taylor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience